Thursday, November 19, 2009

Keep & Sunnah Prophet of Muhammad SAW


Jaga 7 Sunnah Rasul

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia

Wednesday, November 18, 2009

Ulama, Pendakwah & Budaya Cari Makan

Hiasan
Ulama, Pendakwah & Budaya Cari Makan

Tajuk ini bukan mencela atau menghina golongan yang tersenarai sebagai sabda nabi sebagai kumpulan yang perlu dihormati malah disifatkan nabi sebagai pewarisnya. Namun perkataan ulama terutamanya hari ini hanyalah satu gelaran ataupun panggilan yang dalam banyak keadaan si empunya panggilan ini langsung tidak memiliki keperibadian seorang ulama, kecuali mulut yang petah berkata-kata kerana mereka memiliki berbakul-bakul ilmu.

Ulama, pendakwah umpamanya kini telah pun menjadi golongan elit ataupun disindirkan sebagai golongan bangsawan Islam yang kedudukannya sangat tinggi bukan di atas tingkat kerusi atau pangkat tetapi seakan-akan bersila di atas timbunan buku-buku dan kitab–kitab ilmuan mereka.

Bagi saya perkataan ulama hari ini tidak ubah seperti pergelaran Datuk yang bersepah dan lebih menyedihkan ulama hari ini menggunakan status quo piawaian Islam terhadap kemurniaan gelaran itu untuk kepentingan peribadi bagi permainan duniawi mereka dengan menjual segala pengetahuan dunia akhirat.

Saya tidak takut untuk mencela golongan ini malah sudah sampai masanya insan biasa seperti saya selaku umat Islam menuding jari ke batang hidung ulama supaya segera bermuhasabah, sedar diri dan paling penting kalau merasa diri tidak layak eloklah memakai gelaran Pak Lebai sahaja.

Apabila isu lapan pengidap HIV Melayu Islam terpaksa menumpang di sebuah gereja di Rawang kerana ketiadaan tempat tinggal ia bukan isu baru tentang bagaimana gereja “tanpa sebarang prejudis saya tidak menggangap usaha ini sebagai satu taktik mengkristiankan orang Islam, tetapi sebagai nilai murni orang Kristian yang menyeru kepada kasih sayang dan kebaikan”.

Bagi organisasi gereja, peranan mereka turut membabitkan usaha membela golongan terbiar. Adalah tidak adil, sekiranya usaha kemanusiaan itu dianggap sebagai misi kristianiti, hanya kerana gereja turut menyediakan khidmat kemanusiaan kepada orang Islam yang tersisih dan terbiar.

Kita tidak boleh lagi menggunakan alasan Tok Kaduk: Sentiasa menyalahkan orang lain apabila kita gagal menjalankan tanggungjawab terhadap bangsa dan agama sendiri.

Kenapa ulama dan pendakwah yang saya bantai?

Kerana ulama adalah peneraju bagi gerakan ummah samada berorentasikan gerakan dakwah masjid, pertubuhan kebajikan atau apa jua bentuk peranan yang lebih dominan yang sepatutnya mereka mainkan sesuai dengan cabaran zaman yang tidak lagi memerlukan kelompok ulama elit yang lagaknya duduk di bilik mewah berkenderaan kelas A dan sentiasa sibuk ala-ala CEO agama.

Pengalaman Satu

Setahun yang lalu dengan biaya yang diberikan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan saya menerbitkan sebuah dokumentari mengenai kisah seorang gadis AIDS yang sudah berada ditahap kronik dan dilaporkan oleh doktor mempunyai peluang hidup antara enam bulan ke dua tahun. Gadis ini adalah mangsa rogol ketika masih kanak-kanak dan kemudian tercampak ke Chow Kit lalu menjadi pelacur dan penagih dadah.

Enam tahun lalu, ketika ditahanan penjara, gadis ini disahkan HIV positif, dan mula menerima kesan kemerosotan kesihatan yang sangat mendadak. Ini menyebabkan dia mengalami radang paru-paru dan menghabiskan sebahagian besar waktunya dengan terbaring di kaki lima jalan.

Atas persetujuan AADK, gadis ini kami pilih sebagai watak utama dalam dokumentari khas yang ditayangkan pada Hari Raya Aidilfitri 2008 melalui Saluran Ria.

Tragedi gadis ini bukan sekadar penderitaan HIV, tetapi lebih menyedihkan enam tahun lalu, ketika mengalami masalah kesihatan dan ketiadaan biaya untuk mendapatkan bekalan ubat bagi penyakit HIV yang dideritainya gadis ini ditemui oleh sekumpulan pendakwah wanita beragama Kristian dan diberikan perlindungan disebuah gereja dengan peruntukan perubatan bagi merawat penyakitnya yang menjadi sangat kronik kerana beliau juga mengidap asma yang serius.

Akhirnya tanpa dipaksa dia mengaku kepada saya telah memeluk agama Kristian kerana amat terharu dengan kasih sayang, perhatian dan sokongan yang diberikan oleh pihak gereja ketika beliau melalui sisa–sisa kehidupan yang perit di penghujung hidupnya.

Waktu itu, penagih dadah dan pelacur dianggap jijik oleh masyarakat dan menjadi bertambah jijik dengan kempen-kempen dan pandangan sempit para ulama, yang menjual air liur dengan mencela golongan ini sebagai puak yang dilaknat Allah, dan apa yang mereka deritai sebagai pembalasan akibat dosa mereka.

Pandangan ulama dan pendakwah memberi pengaruh yang amat besar kepada masyarakat kerana mereka adalah jurupandu yang menentu bentuk mentaliti umat Islam terhadap sesuatu isu dan pengaruhnya menjadi lebih kuat apabila golongan ulama memberikan tafsiran menggunakan hukum agama tanpa menggunakan budi bicara, khemah dan hikmah serta nilai-nilai murni dalam Islam berhubung konsep keinsanan dan kemanusiaan.

Ketika pertemua awal gadis ini memberikan syarat: Dia hanya bersetuju kisahnya didokumentarikan sekiranya pihak produksi saya sanggup membantunya untuk kembali kepada Islam dan mengaturkan pertemuan dengan pihak yang bertanggungjawab (ulama dan pendakwah) untuk mengislamkan kembali dirinya.

Penerbit dokumentari ini menghubungi seorang ustaz yang amat-amat terkenal di tanahair dan mempunyai pengaruh yang sangat luar biasa dalam masyarakat. Kami menjelaskan hasrat produksi untuk meminta bantuan beliau mengislamkan kembali gadis yang sudah pun murtad ini namun usaha kami gagal kerana tiga pekara yang disyaratkan oleh ustaz itu yang pada saya sangat menjijikkan.

Bayaran enam ribu ringgit bagi kemunculan beliau di dalam dokumentari ini. Produksi mesti menyediakan bilik hotel lima bintang berkelas suite untuk beliau dan keluarganya. Membayar semula klim minyak dan tol untuk perjalanan beliau hadir di lokasi penggambaran.

Secara komersialnya, apa yang diminta oleh ustaz yang terkenal ini terutama dari segi kewangan adalah terlalu tinggi dan tidak mungkin mampu kami bayar bagi sebuah produksi berbajet kecil yang kami hasilkan semata-mata untuk menyedarkan masyarakat mengenai ribuan pelacur dan penagih wanita yang tersadai dijalanan menunggu kematian tanpa sebarang pembelaan.

Dalam keadaan waktu yang suntuk, penerbit program ini teringat akan Datuk Zainal Abidin Sakom, ahli politik dan aktif dalam kegiatan dakwah. Melalui notis enam jam, Datuk Zainal terus bersetuju, malah sangat teruja hingga kami dapat mendengar suaranya yang sebak di telefon, mengucapkan ribuan terima kasih kerana penerbitan kami memberikan beliau peluang untuk melaksanakan satu ibadat yang tidak pernah beliau lakukan seumur hidupnya.

Akhirnya Datuk Zainal hadir dan majlis berjaya dilakukan dimana hampir semua krew, pelacur dan penagih dadah wanita di sekitar Chow Kit dan serta jemaah surau turut sebak dan menitiskan airmata kerana peristiwa begini hampir tidak pernah disaksikan.

Datuk Zainal sendiri menangis dan menyampaikan sumbangan peribadi bagi membolehkan gadis itu mendapatkan rawatan kerana ketika itu tahap asmanya sudah kronik.

Persoalan saya ialah apa kejadahnya ustaz popular itu, menuntut begitu banyak harta dunia untuk melaksanakan satu kewajiban dunia akhirat, yang sepatutnya menjadi tanggungjawab beliau melakukannya secara ikhlas?

Sampai sekarang timbul perasaan benci dan marah terhadap peristiwa itu, di mana saya langsung tidak dapat menerima hakikat seorang pendakwah yang sentiasa muncul di kaca tv dan hampir keseluruhan jadual hidupnya dipenuhi dengan programi ceramah dan koleksi vcd ceramah yang bertimbun laris di pasaran, tergamak mengenakan syarat yang demikian.

Pada saya, ini satu kesesatan yang melampau, seakan-akan ilmu yang ada padanya itu, satu aset komersial yang perlu dibayar, sekalipun terhadap mereka yang ingin menyerahkan diri kembali ke jalan Allah.

Pengalaman kedua

Anak saudara saya berjaya menjadi guru sandaran di sebuah sekolah rendah di Shah Alam. Dia baru sahaja lulus dari Universiti Utara Malaysia dan kebetulan tinggal di kampung, maka pengetahuan dan pengalamannya untuk mengendalikan satu program yang diamanahkan oleh pihak sekolah, terasa amat berat.

Satu hari, dia datang meminta bantuan saya: Mencari nombor telefon seorang pendakwah yang tersohor.

Kisahnya begini, PIBG sekolah tersebut mula merasakan hubungan di antara guru dan ibu bapa pelajar berada di dalam keadaan amat renggang, malah sudah berlarutan sejak bertahun-tahun lamanya. Justeru Jawatankuasa PIBG mengambil keputusan untuk menjemput seorang pendakwah tersohor bagi menarik kehadiran ibubapa sebagai kaedah mengakrabkan hubungan.

Topik ceramah dicadangkan menyentuh mengenai betapa pentingnya hubungan guru-guru dan ibubapa demi kebaikan murid-murid, terutama isu yang menyentuh prestasi pendidikan dan akhlak. Ceramah itu secara umumnya juga, diharap dapat menjadi satu pedoman atau tazkirah kepada semua yang hadir agar mengambil berat akan soal anak-anak, serta melihat makna tanggungjawab tersebut dari perspektif Islam.

Malah jawatankuasa sekolah itu turut bercadang untuk menaikan kain rentang, di sekitar kawasan perumahan berdekatan sekolah tersebut dengan harapan menjadikan kawasan sekolah bukan sekadar temapt untuk murid-murid tetapi setahun sekali mampu menjadi pusat kemasyarakatan melalui majlis-majlis dakwah ke arah penyatuan umat.

Saya segera memberikan nombor telefon seorang pendakwah terkenal untuk dihubungi dan saya percaya sekiranya kain rentang yang dicadangkan oleh pihak sekolah memaparkan wajah sang tokoh ini maka sudah tentu populariti dan rasa hormat masyarakat terhadap ketrampilan beliau yang selama ini memonopoli pelbagai program di hampir semua saluran tv tempatan akan mampu menarik ibu bapa, penduduk malah golongan muda bukan sahaja disekitar Shah Alam tetapi juga dari kawasan–kawasan berdekatan terutama Klang.

Al kisahnya begini, apabila anak sudara saya menghubungi sang tokoh yang memiliki ilmu agama yang kalau ditimbun boleh menjadi beratrus-ratus bakul banyaknya, dan jawabannya amat mengecewakan. Beliau meletakkan syarat lapan ribu ringgit untuk 90 minit sesi ceramah walaupun anak saudara saya memaklumkan pihak sekolah hanya memiliki bajet sekitar RM3 ribu hasil sumbangan tabung PIBG.

Maka sekali lagi anak saudara saya datang menemui saya untuk mendapatkan bantuan kedua. Yakni mencari dermawan untuk mendapatkan dana tambahan RM5 ribu untuk menampung kos bayaran kepada penceramah tersohor ini.

Saya terkedu dan tidak percaya tetapi itulah kenyataannya dan akhirnya apa yang dapat saya katakan hanyalah satu jawaban yang mudah. “Lupakanlah, kalaulah itu permintaannya majlis ini tidak mendapat barakah kerana yang diundang adalah seorang yang memperniagakan kalam-kalam Allah”.

Memandangkan sudah kesuntukan masa anak saudara saya memaklumkan bahawa penceramah itu ada mencadangkan beberapa nama penceramah yang lain yang sememangnya rate bayaran mereka sekitar RM4 ribu maka disebutlah anak saudara saya satu demi satu nama yang disenaraikan nama penceramah tersohor itu sekiranya pihak sekolah hanya mampu menyediakan dana sekitar RM 4 ribu adalah disebutkan empat lima nama yang sebahagiannya saya kenal dan sebagaiannya tidak pernah saya dengar namanya.

Namun yang jelas pada waktu itu nama-nama itu tidak lagi penting, kerana saya diserang tekanan perasaan yang luar biasa hingga keseluruhan tubuh saya menggigil dan menyebabkan anak saudara saya menjadi takut lalu segera pulang. Untuk pertama kali walaupun sudah 16 tahun berada di dalam dunia media massa saya mendengar kewujudan rate harga berdasarkan standard dan populariti seseorang pendakwah yang telah pun ditentukan di dalam pasaran semasa.

Friday, November 13, 2009

Hikmah Menjadi Wanita

Hiasan Sahaja
Bersyukurlah Anda Seorang Wanita...

Kaum Hawa..
Asalnya dari rusuk Adam,
bukan dari kepalanya untuk dijadikan atasan,
bukan dari kaki untuk dijadikan alasnya,
melainkan dari sisinya untuk dijadikan teman hidupnya,
dekat pada lengan untuk dilindungi,
dekat dihati untuk dicintainya..

Mulianya seorang isteri disisi Allah..
Betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
pada keluarga, suami dan anak-anak..
Rugi dan binasalah suami-suami
yang tidak menghargai isteri mereka kerana
isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak..
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim
Dia bekerja dengan Tuhan..
jadi ‘kilang ‘ manusia.
Tiap-tiap bulan diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang..
sembahyang wajib baginya
dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah..
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin,
itu dianggap mati syahid,
Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga
tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.

Untuk peringatan semua wanita yang bersuami..
seluruh kebaikan suaminya,
isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

Diakhirat nanti seorang wanita solehah
akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima
diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah..
ganjaran Alah keatasnya jua..

Sungguh Cantik sekiranya ia bertudung

Bila dia lihat suaminya di titian Sirat
dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.

Kalau seorang isteri asyik merungut,
mulut selalu muncung terhadap suami
dia tak akan dapat pahala extra ini.
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..

Dinasihatkan kepada semua wanita
supaya faham akan syariat Allah
agar tidak derhaka denganNya.
bersyukurlah
anda dilahirkan sebagai kaum hawa…….

Thursday, November 12, 2009

Benarkah mereka hanya berkawan..

Memang antara sahabat boleh bergurau senda tetapi ada batasnya. Jika rakan wanitanya itu kelihatan berlebih-lebih atau menunjukkan kemesraan melampau, bermakna persahabatan mereka telah melampau batas. - Gambar hiasan

BENAR...mereka hanya berkawan? Adakah rakan wanitanya itu satu ancaman kepada anda? Dan pernahkah anda terdetik bahawa pasangan anda itu mungkin menipu tentang kawan wanitanya.

Berkawan dengan rakan berbeza jantina bukanlah sesuatu yang pelik pada zaman serba moden ini. Tapi sejauh manakah kemesraan pasangan anda terhadap rakan wanita mereka?

Apa pun sebelum anda menyiasat kebenaran tersebut, pastikan diri anda tidak diselubungi perasaan cemburu kerana perasaan tersebut boleh mengaburi keputusan anda.

Cemburu juga boleh membuatkan anda berfikir tentang perkara yang bukan-bukan tentang pasangan anda serta rakan wanitanya.

Selepas anda berjaya ketepikan perasaan cemburu tersebut, kaji cara persahabatan antara pasangan anda dan rakan wanitanya.

Semasa membuat pemerhatian tersebut, carilah jawapan untuk soalan-soalan di bawah:

l Berapa lama masa yang pasangan anda habiskan untuk rakannya?

l Berapa kerap mereka berhubungan di telefon dalam sehari?

l Adakah pasangan anda amat mementingkan setiap panggilan telefon yang diterimanya?

l Adakah mereka nampak mesra lebih daripada rakan biasa?

l Akhir sekali adakah naluri anda mengatakan bahawa wanita tersebut mahukan pasangan anda lebih dari seorang rakan.

Jika mereka menghabiskan banyak masa bersama dan sering berhubung telefon, awas, perhubungan anda mungkin goyah disebabkan wanita tersebut.

Jika rakan wanita itu berlebih-lebih sebagai contoh bersentuhan kulit secara mesra bila bercakap dengan pasangan anda, bermakna persahabatan mereka telah melampau batas.

Memang antara sahabat boleh bergurau senda tetapi ada batasnya, ditambah pula dengan naluri anda kuat mengatakan yang wanita tersebut mahukan sesuatu yang romantis daripada pasangan anda.

Tetapi sebelum anda bertindak, anda perlu ingat bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Rakan wanita ini hanya menjadi ancaman sekiranya pasangan anda membuatkan dia betul-betul menjadi ancaman anda.

Mungkin pasangan anda tidak menyedari bahawa rakan wanitanya mempunyai niat serong, tapi tidak bermakna dia tidak boleh menilai dengan cara layanan rakan wanitanya yang berbeza dari sahabat lain.

Jika mereka hanya kawan, pasangan anda juga mesti tahu had waktu yang sepatutnya dihabiskan dengan rakan wanitanya itu dan sejauh mana pentingnya panggilan telefon daripada wanita itu.

Bermakna, jika anda rasa tidak selamat atau rasa terancam dengan sikap wanita tersebut, perlu diingatkan juga bahawa pasangan anda itu juga sepatutnya menjaga perasaan anda dan tidak bersikap sesuka hatinya.

Berbicara untuk elak syak wasangka

Jika persahabatan pasangan anda dengan rakan wanitanya menjadi satu gangguan pada perasaan anda adalah lebih baik jika anda berdua duduk berbincang.

Beritahu dia apa yang anda rasa dan pastikan anda tidak minta sesuatu yang membuatkan dia rasa terikat dengan anda. Ini kerana pasangan anda sebenarnya berhak untuk berkawan dengan sesiapa sahaja sama seperti anda juga berhak memilih sesiapa sahaja sebagai rakan.

Pasangan yang menghormati anda akan menerima dan mengambil berat tentang apa yang merisaukan anda. Dan perhatikan juga adakah pasangan anda berubah sekali gus membuatkan anda berasa lebih selesa dengan situasi baru tersebut.

Jika dia tidak mengendahkan kerisauan anda, maka tibalah masa untuk anda berdua mengkaji dan memastikan adakah kehadiran anda bermakna untuk dia.

Tidak dinafikan sahabat memang perlu tetapi janganlah sampai merosakkan hubungan intim anda dan pasangan.

Memang pasangan anda bebas berkawan namun jika persahabatan tersebut mengganggu perhubungan anda maka persahabatan tersebut perlu dihentikan.

"Tidakkah saya nampak terlalu mengongkong jika meminta dia jangan berkawan dengan perempuan?"

Itu hanya dilakukan apabila anda pasti bahawa 'ada sesuatu' yang luar biasa pada persahabatan mereka.

Tidak salah jika anda berbuat demikian jika anda pasti bahawa wanita itu tidak berniat ikhlas terhadap persahabatannya dengan pasangan anda.

Memang pasangan anda patut menyedari hakikat tersebut dan selesaikan dengan baik, namun perlu diingat anda juga berhak untuk menyuarakannya jika anda mahu.

Anda juga perlu mengawal diri, bersikap tenang dan bertutur dengan jelas untuk melindungi hak anda. Jangan sesekali bergaduh, reaksi si dia boleh memberitahu respons dia terhadap isu tersebut.

Jika dia bersikap negatif terhadap kerisauan anda, mungkin ini memberitahu anda bahawa hubungan anda perlukan 'cuti panjang', mungkin pada tempoh tersebut dia boleh berfikir dan membuat keputusan apa yang dimahukan dalam hidupnya.

Sunday, November 08, 2009

Tazkirah


Tazkirah Jumaat: Mengapa manusia berani menentang Allah secara terbuka?

Sejak akhir-akhir ini, para ulama' sering menekankan keprihatinan dan kepekaan mereka mengenai telatah serta gelagat umat Islam, khususnya yang melibatkan gaya hidup masyarakat umat Islam yang semakin tersasar daripada landasan Islam sebenar.

Ia dapat disingkap dalam aspek hiburan dan sukan yang keterlaluan yang disuburkan oleh pihak tertentu yang bertopengkan Islam, sedangkan realiti hidup mereka (pihak penganjur sesuatu program hiburan atau sukan tertentu) tidak mencerminkan minat mendalam kepada gaya hidup Islam.

Benarlah kenyataan ayat 7-9 daripada surah as-Syams (91), Allah berfirman yang bermaksud : 7. Demi diri manusia dan yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); 8. serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa; - 9. Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan).

Kecenderungan jiwa atau hati manusia kepada perkara jahat merupakan naluri dan lumrah biasa, sebab itu al-Quran mendedahkan bahawa penghuni Neraka lebih ramai daripada penghuni Syurga.

Kejahatan manusia menjangkau apa yang tidak dapat dicapai oleh pemikiran, kerana penentangan bukan sekadar menolak kerasulan baginda Nabi Muhammad s.a.w, menolak al-Quran, terlibat dalam rasuah, judi, meninggalkan solat, tidak berpuasa, merosakkan alam sekitar dan yang lebih parah lagi ialah menentang Allah dengan menghina hukum-hukum- Nya.

Sebab Penentangan Manusia terhadap Allah

Justeru, mari kita menyingkap pandangan ulama berhubung faktor yang menyebabkan penentangan manusia terhadap Allah SWT selaku Pencipta mereka.

1- Alpa terhadap matlamat sebenar penciptaan manusia di muka bumi ini.

2- Iman yang amat lemah terhadap rukun-rukun iman yang enam.

3- Jahil mengenai Allah, suruhan dan larangan-Nya, pahala dan dosa serta Syurga dan Neraka.

4- Tidak waspada terhadap bisikan syaitan yang sentiasa mengajak untuk melakukan kejahatan.

5- Tertipu dengan habuan dunia hingga tidak mahu memohon ampun dan bertaubat kepada Allah.

6- Berputus asa dari rahmat Allah (kasih sayang-Nya).

7- Tidak mempercayai qada dan qadar Allah malah mempertikainya. .

8- Berbangga dengan maksiat dan tidak memperakui dosa besar yang dilakukannya.

9- Panjang cita-cita (banyak berangan-angan dalam perkara dunia).

10- Berlebihan cinta kepada dunia hingga tidak menjalankan tugas utama sebagai manusia bernama Islam.

11- Tersungkur dengan mengikut hawa nafsu yang rosak.

12- Terlibat dalam perkara-perkara syubhat yang menjurus kepada kemurkaan Allah SWT.

13- Ego dan sombong diri terhadap Allah, Rasul dan manusia seluruhnya.

14- Suka bergaul (bercampur) dengan ahli maksiat dan menolak untuk bersama golongan yang soleh.

15- Suka melakukan fitnah dalam masyarakat hingga memporak-perandakan hubungan sesama mereka.

16- Merosakkan gambaran Islam dengan penggunaan istilah yang menyalahi konsep sebenar seperti melabelkan orang Islam yang berjanggut dengan pengganas dan lain-lain.

17- Bergelumang dengan ada-adat yang menyalahi hukum Syariat Islam.

18- Meninggalkan tugas utama Amar Ma'ruf dan Nahi Munkar.

Bagaimana boleh jadi seorang muslim yang baik?

Setiap insan bernama Islam, sama ada lelaki ataupun perempuan, berusaha meningkatkan diri dengan pelbagai amal ibadat yang boleh mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini kerana masing-masing mahukan diri mereka mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah sebagai hamba-Nya yang taat dengan melakukan segala titah perintah-Nya dan meninggalkan segala tegahan dan larangan-Nya dengan penuh rasa rendah diri dan berserah diri kepada-Nya.

Justeru, mengetahui kaedah terbaik bagi tujuan di atas, adalah sesuatu yang amat digalakkan, agar setiap muslim/muslimah mencapai status hamba Allah yang diterima di sisi-Nya, antara kaedah berkenaan yang perlu diberi perhatian adalah seperti berikut :

*
Melakukan solat lima waktu dengan baik (sama ada dari sudut pada awal waktu pelaksanaannya, kaifiat serta tata-cara bagi menjamin penerimaannya) .
*
Mengetahui sedalam-dalamnya bahawa meninggalkan solat dengan sengaja boleh membawa kepada kekufuran, kerana ia adalah tiang agama dan perkara pertama yang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak.
*
Melaksanakan seluruh hukum-hukum syariat Islam, bagi kaum muslimah, memakai hijab, kerana ia adalah arahan Allah dalam al-Quran, membaca al-Quran dengan memahami isi kandungannya.
*
Mengkaji secara mendalam serta mentelaah sirah Nabi Muhammad s.a.w, sirah para sahabat Nabi, bagi muslimah, perlu memilih serta bercampur wanita-wanita solehah bagi menjamin pegangan dan akidah mereka.
*
Sentiasa melakukan muhasabah diri, khususnya memerhatikan persiapan buat hari esok di akhirat dengan amalan, sumbangan kepada agama, perkara-perkara kebajikan buat umat Islam, menjauhi perkara yang menjadi kemurkaan Allah dan sebagainya.
*
Perbanyakkan program kebaikan yang membawa ketaatan kepada Allah dan banyak berdoa kepada Allah agar diri diberi petunjuk ke jalan kebenaran dengan tetap dan cekal terhadapnya.

Mudah-mudahan kita sentiasa mendapat rahmat dan naungan daripada Allah agar boleh mati pada jalan yang diredai-Nya.Amin. *afif*

Tuesday, November 03, 2009

PAS akan muncul sebagai parti yang dominan dan terunggul

Hiasan

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) sudah berada dalam arena politik negara dalam suatu jangka masa yang lama iaitu lebih 55 tahun, sejak ia ditubuhkan pada 23 November 1951. Sepanjang pembabitannya dalam politik negara sejak sebelum merdeka lagi, PAS dikenali oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, sebagai sebuah parti Islam.

PAS memaktubkan dalam Perlembagaannya, bahawa matlamat utamanya ialah untuk mewujudkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah.

Sebagai sebuah parti Islam, PAS bertanggungjawab mempertahankan kesucian Islam, memelihara kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Bagi mencapai tujuan tersebut PAS menggariskan 11 usaha dalam Perlembagannya, yang antara lainnya, meletakkan prinsip Islam yang utama dalam berpolitik sebagai usaha menegakkan keadilan dan kemajuan di segenap aspek.

PAS bertanggungjawab menyuburkan perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum, dengan membantu memperbaiki perencanaan politik, ekonomi dan sistem sosial.

Untuk mencapai matlamat dan usahanya, PAS harus bekerjasama dengan badan politik atau lain-lain persatuan bila mana ianya mustahak dan sesuai dengan perjuangannya.

Di atas prinsip-prinsip Islam inilah PAS terus kekal dalam politik negara. Dengan prinsip ini juga PAS mengalami jatuh bangun, kalah menang, memimpin kerajaan negeri atau menjadi pembangkang.

Menyusuri sejarah politik PAS, PAS pernah beberapa kali bertahaluf atau menjalinkan kerjasama politik, sama ada dengan parti yang memerintah atau gabungan parti pembangkang.

PAS pernah bergabung dengan Perikatan (Barisan Nasional) pada tahun 1974, sebelum ditendang keluar pada tahun 1978.

Akibatnya, Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui PAS sejak 1955, ditumbangkan pada 1979 dengan cara yang mengaibkan hasil kegelojohan pemimpin Umno-BN.

PAS juga mengalami krisis kepimpinan apabila Yang Dipertua Agungnya, Dato’ Asri Muda bersama beberapa yang lain menyertai Umno pada tahun 1982.

Kepimpinan PAS kemudiannya, diambilalih oleh al-Marhum Ustaz Yusof Rawa. PAS menjalani fasa kesuraman dalam perjuangannya. Wakil Parlimennya hanya tinggal seorang iaitu Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat, beserta beberapa orang Ahli Dewan Undangan Negeri di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-7 pada tahun 1986, PAS memulakan era politik baru dengan bekerjasama dengan parti-parti pembangkang seperti Nasma, SDP, CCC dan lain-lain.

Namun kerjasama tersebut tidak mampu memberikan impak besar kepada perubahan iklim politik. Status-quo PAS dengan kerusi tunggal Parlimen dan beberapa kerusi Dun.

PAS mengalami sedikit perbalahan kecil di kalangan kepimpinan, sehingga Naib Yang Dipertua PAS Pusat, Ustaz Nakhaie Ahmad meletak jawatan dan menyertai Umno. Bagaimanapun pemergian Nakhaie, tidak langsung memberi apa-apa kesan terhadap PAS.

PAS mula mengalami perubahan selepas kepimpinannya bertukar tangan. Ustaz Yusof Rawa mengundurkan diri kerana keuzuran pada tahun 1987, maka kepimpinan diambil alih oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor dengan gandingan Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai timbalannya.

Dalam masa yang sama Umno juga menghadapi pelbagai krisis kepimpinan, Tengku Razaleigh Hamzah bertembung dengan Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad dalam perebutan sengit jawatan Presiden Umno.

Perpecahan dalaman Umno turut mengheret krisis kehakiman dalam negara yang menyaksikan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat.

Umno berpecah dan diharamkan. Mahathir menubuhkan Umno baru, manakala Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46.

Pada tahun 1989, PAS diajak bekerjasama dengan Tengku Razaleigh. Bertitik tolak daripada beberapa pertemuan antara kedua-dua parti maka terbentuk satu persefahaman politik baru.

PAS bergabung dengan Angkatan Perpaduan Ummah yang membariskan, Berjasa dan Hamim, manakala disebelah pihak lain dibentuk Gagasan Rakyat yang menggabungkan DAP dan PSRM.

Semangat 46 menjadi orang tengah antara parti Angkatan Perpaduan Ummah dengan Gagasan Rakyat. Idea mewujudkan dua bentuk gabungan yang berbeza ialah dengan tujuan mengelakkan pertembungan antara PAS dan DAP yang bertentangan ideologi.
Logo PAS

Bagaimanapun, sejarah politik tidak boleh menafikan kebijaksanaan Tengku Razaleigh yang mampu meredakan ketengangan politik antara PAS dengan DAP, dengan mencapai matlamat yang satu iaitu menumbangkan Umno-BN.

Gabungan parti-parti pembangkang ini memasuki gelangang PRU ke-8 dengan jayanya walaupun tidak cukup kuat untuk memberikan impak untuk menumbangkan BN di peringkat Pusat.

Hasil dari kerjasama ini, PAS dan Semangat 46 menyapu bersih seluruh kerusi Parlimen dan Dun di Kelantan, beberapa kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu. Hasil dari kerjasama ini juga PAS kembali menjadi parti yang dominan di Kelantan.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada bulan Oktober 199), sehingga kini sudah 19 tahun PAS memerintah Kelantan.

Namun kerjasama dengan gabungan Angkatan Perpaduan Ummah tidak lama. Menjelang PRU ke-9 pada tahun 1995, Semangat 46 berpecah, beberapa orang pemimpinnya kembali kepangkuan Umno.

Gagasan Rakyat juga tidak kekal kerana DAP membuat keputusan tidak mahu bekerjasama dengan PAS yang komited dengan ideologi Islamnya.

Walaupun berlaku sedikit kesuraman dalam gabungan pembangkang, PAS berjaya mengekalkan kerajaan negeri Kelantan dan kerusi-kerusi Dun dan Parlimen di Terengganu dan Kedah.

Kepimpinan PAS terus utuh dan mantap. Di bawah kepimpinan Ustaz Fadzil, Ustaz Hadi dan Ustaz Nik Aziz, PAS menikmati era kepimpinan ulama yang gemilang di kemuncaknya.

Pada ketika itu wujud desas desus yang kuat bahawa Tengku Razaleigh mahu membubarkan Semangat 46 dan kembali kepangkuan Umno. Namun PAS tetap setia dengan kerjasama sehingga saat-saat akhir.

Selepas Tengku Razaleigh memasuki Umno, pembangkang tidak lagi bersatu. PAS dan DAP serta parti-parti lain membuat haluan sendiri.

Bermula tahun 1997 Umno-BN kembali dengan bibit perpecahan dalaman yang hebat. Akibat daripada perpecahan yang sudah sampai kekemuncak, Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dipecat pada September 1998.

Perpecahan dalaman Umno amat hebat sehingga Mahathir tidak menjangka waktu itu pengaruh Anwar begitu kuat di kalangan rakyat. Tiap-tiap minggu rakyat berdemonstrasi di Kuala Lumpur membantah kezaliman Mahathir terhadap Anwar.

Peluang yang terbuka itu memungkinkan satu kerjasama dibentuk menjelang PRU ke-10 tahun 1999. Ustaz Fadzil lantas bekerjasama dengan Anwar. Parti Keadilan Nasional ditubuhkan.

Ustaz Fadzil menerajui NGO yang dinamakan Gerak. Gerak berjaya menggabungkan berpuluh-puluh NGO untuk bersatu menentang kezaliman Mahathir.

Dalam masa yang sama parti-parti pembangkang menubuhkan Barisan Alternatif (BA). Hasil gabungan PAS, Keadilan, DAP dan PRM.

Gabungan BA amat unik. Masing-masing mempunyai ideologi yang jauh berbeza, namun bekerjasama atas matlamat yang sama untuk menumbangkan BN.

Gabungan ini menghasilkan impak yang kuat. Pembangkang menang 45 kerusi Parlimen, mengekalkan Kelantan, merampas Terengganu dari BN dan menguasai separuh dari Kedah.

Walaupun masih tidak mampu menumbangkan BN keseluruhannya. Tetapi gabungan pembangkang ini, menunjukkan kesatuan yang hebat. Mereka berjaya mengetepikan ideologi, sebaliknya bekerjasama erat dalam pelbagai isu nasional.

Namun takdir Allah mengatasi segala-galanya. Di kemuncak kerjaya politiknya, Presiden PAS, Dato’ Fadzil Mohd Noor, yang juga Ahli Parlimen Pendang dan Ketua Pembangkang, dipanggil pulang mengadap-Nya pada 23 Jun 2002.

Kehilangan Ustaz Fadzil amat dirasai sebilangan besar rakyat Malaysia, khususnya ahli-ahli dan kepimpinan PAS.

Ustaz Fadzil pergi, kepimpinan PAS bersilih ganti. Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengambilalih kepimpinan. Beliau juga Ketua Pembangkang dan Menteri Besar Terengganu.

Pada PRU ke-11 tahun 2004. BA menghadapi kesuraman yang besar, Terengganu terlepas, manakala Kelantan hampir tumbang. BN menang besar selepas Mahathir digantikan oleh Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kemenangan besar BN, bukan kerana BN kuat. Tetapi akibat daripada persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 2003 dan berlaku beberapa kekecohan khususnya di Selangor pada hari pengundian.

Kemenangan BN pada waktu itu dikaitkan dengan perubahan persepsi rakyat kepada Umno-BN, dan memberi peluang kepada orang baru seperti Abdullah untuk menerajui negara.

Ringkasnya, kemenangan besar BN tidak lama. Hagemoni mereka tersekat pada PRU ke-12 tahun 2008. Kepimpinan Abdullah gagal memperkukuhkan Umno-BN. Gabungan PAS, KeADILan dan DAP berjaya membuat ‘comeback’ yang cukup besar dalam politik negara.

Kuasa besar dua pertiga majoriti BN di Parlimen hilang. BN tewas di enam negeri termasuk Wilayah Persekutuan.

Lantas ketiga-tiga parti ini membentuk Pakatan Rakyat. Kerjasama Pakatan Rakyat lebih baik dengan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat.

Umno-BN kehilangan arah. PM Abdullah menerima tekanan yang hebat. Genap setahun selepas PRU 2008, Abdullah terpaksa melepaskan jawatan kepada Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak.

Selepas setahun bergelut dengan pelbagai masalah dalaman, Umno-BN kini dilihat mula membuat reform dengan PM yang baru. Sementara Pakatan Rakyat kini dilanda pelbagai kemelut dalaman.

PAS punyai kemelut dalamannya sendiri. Begitu juga KeADILan dan DAP. Kemelut-kemelut ini jika dibiarkan berpanjangan, nescaya akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.

Buat masa ini, penulis mahu memfokuskan tulisan ini kepada PAS sahaja.

Bagi kepimpinan, ahli dan penyokong PAS, mereka harus disedarkan bahawa dalam sejarah politik PAS yang disusur-galurkan dalam tulisan ini, walau apapun perseteruan atau berbezaan yang wujud di antara PAS, dengan rakan-rakan, PAS tidak pernah sama sekali mengkhianati tahaluf atau kerjasama politik yang dibina.

PAS juga harus sedar bahawa arus perubahan yang dilakukan PM Najib mungkin memberikan kesan dalam bentuk persepsi positif di kalangan rakyat.

PAS tidak seharusnya membenarkan sebarang persepsi negatif melandanya. Persepsi negatif ini hanya akan mengundang padah yang lebih buruk.

Jika PAS dan Pakatan Rakyat tersilap langkah, atau gagal menunjukkan kesepakatan yang baik, nescaya kesuraman besar yang berlaku pada PRU 2004, tidak mustahil boleh berulang pada PRU ke-13 nanti.

Fikirlah, jika rakyat boleh memberi peluang kepada Abdullah selepas persepsi buruk yang terpalit terhadap Mahathir, apakah rakyat tidak boleh memberi peluang sekali lagi kepada Umno-BN menerusi kepimpinan baru Najib?

Atau apakah PAS sanggup menunggu pusingan lain, iaitu barangkali pada PRU ke-14 atau PRU ke-15 untuk membuat ‘come back’ politik selepas dilanda kesuraman yang berterusan?

Sepanjang PAS membuat tahaluf atau kerjasama dengan pelbagai parti politik dan NGO, PAS sekali-kali tidak pernah menggadaikan prinsip perjuangan yang digariskan dalam Perlembagaannya. Yang berubah hanya pendekatan dan strategi.

Di atas prinsip inilah PAS dihormati, di atas kesetiaan dalam persahabatan inilah PAS dipercayai dan di atas kekuatan dan kemantapan kepimpinanlah PAS dilihat mampu menggantikan Umno sebagai parti terunggul Islam-Melayu suatu hari nanti.

Sepanjang 58 tahun penubuhan PAS (November 1951-kini), tidak ada seorangpun pemimpin yang boleh memecahbelahkan PAS. Tiada seorang pemimpinpun boleh mengheret PAS ke arah kemusnahan jika beliau keluar daripada parti.

PAS tidak boleh mengelak, kemungkinan wujud pemimpin yang mempunyai agenda peribadi. Namun, sehebatmanapun agenda peribadi seseorang pemimpin itu, nescaya dia tidak akan mampu merealisasikannya. Tiada seorangpun pemimpin yang boleh memaksa PAS menurut agenda peribadinya.

PAS bukan milik individu, PAS adalah milih jamaah keseluruhannya. Ke mana sahaja PAS pergi, sama ada bekerjasama atau berdikari sendirian, PAS tetap utuh sebagai satu pasukan dan dalam satu pasukan yang mantap.

Kemantapan PAS adalah hasil daripada tarbiah fikrah (pendidikan pemikiran) yang meletakkan Islam sebagai keutamaan perjuangan, lebih dari kepentingan diri sendiri.

Justeru untuk waktu ini, untuk menghadapi PRU ke-13 ini, PAS tidak harus menoleh kebelakang lagi. Kerjasama PAS dalam Pakatan Rakyat ialah kerjasama yang terbaik dalam sejarah politik negara.

PAS harus terus menjadi rakan kongsi yang strategik kepada Pakatan Rakyat. PAS harus yakin bahawa dengan kekuatan kepimpinan, kekuatan akar umbi, dengan rangkaian cawangan yang ada di setiap taman dan desa, bahawa suatu hari nanti PAS akan muncul sebagai parti yang dominan dan terunggul dalam persada politik negara._

Difailkan dalam: POLITIK

*dipetik:-http://dupahang.wordpress.com

Sunday, October 25, 2009

Azimat Seorang Lelaki

Hiasan

Wahai insan bernama lelaki, renungilah pedoman di bawah sebagai panduan menjalani kehidupan yang semakin mencabar zaman ini.

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.


3. KETIKA AKAD NIKAH


Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah
4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana
menyia-nyiakan do'a mereka.


5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.


6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalanbertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak danduri.


7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan


8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.


10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.


11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita


12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.


13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....


15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan


4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

Tuesday, October 20, 2009

Kenali Murabbi Tok Guru Kita

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (PRESIDEN PAS)
Bismillahirrahmnairrahim...

1. Hari ini genap 62 tahun usia Presiden PAS , Al Fadhil Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang. Beliau dilahirkan pada 6 Zulhijjah 1366 bersamaan [ 20 Oktober 1947. ] di Kampung Rusila Marang , Terengganu . Anak ke 5 dari 9 orang adik beradik .

2. Tuan Guru menuntut di Sekolah Kebangsaan Rusila, Marang kemudian Sekolah Agama Marang dan seterusnya mengambil senawi di Sekolah Agama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Disamping itu belajar agama, Bahasa Arab serta politik dari ayah sendiri iaitu Tuan Guru Haji Awang Muhamad.

3. Tuan Guru melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Madinah dengan biasiswa dari Kerajaan Arab Saudi dari tahun 1969 - 1973 . Tamat dengan B.A (Syariah) . Melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar ke peringkat M.A (Siasah Syariyyah) dan berjaya menamatkannya dalam masa 2 tahun sahaja (1974 - 1975)

4. Tuan Guru Mula aktif sejak tahun 1964 iaitu semasa belajar lagi sebagai Setiausaha Ranting (sekarang cawangan) PAS kampung Rusila , Marang .

5. 1976 , setelah tamat belajar dan pulang ke tanah air , beliau dilantik menjadi Ketua Pemuda PAS Terengganu serta EXCO Dewan Pemuda PAS Pusat. Pada tahun 1977 dipilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan kemudiannya disahkan ke jawatan tersebut pada tahun 1980. Pada tahun 1989 di pilih menjadi Timbalan Presiden PAS setelah Dato' Fadzil Mohd Noor dipilih menjadi Presidennya .

6. Tuan Guru Mula menyertai pilihan raya sebaik sahaja pulang ke tanah air pada tahun 1978 di DUN Marang dan kalah di tangan Tengku Zahid Musa dengan majoriti 68 undi. Pada tahun 1982 diamanahkan sekali lagi menjadi calon PAS di DUN Marang dan Parlimen Dungun. Menang di DUN Marang tetapi kalah di Parlimen Dungun di tangan Haji Awang Jabar. Pada tahun 1986, bertanding DUN Rhu Rendang dan menang tetapi kalah di Parlimen Marang di tangan Abdul Rahman Bakar. Pada tahun 1990 menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang . Begitu juga tahun 1995, menang di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang.

7. Tuan Guru juga terlibat di peringkat antarabangsa di Madinah apabila menjadi Ketua Pelajar Malaysia Universiti Islam Madinah di samping menjadi Setiausaha Agung Gabungan Pelajar-pelajar Asia Tenggara di Madinah. Semasa di Asia Barat, beliau aktif bersama Gerakan Ikhwanul Muslimin bersama Dr. Said Hawa, Profesor Muhamad Al Wakeel serta Dr. Abdul Satar Al Khudsi. Di Mesir pula, beliau menjadi Setiausaha Seksyen Syariah dan Undang-undang Persatuan Melayu Republik Arab Mesir. Sebagai pemimpin PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang banyak terlibat di peringkat antarabangsa samada gerakan Islam atau gerakan rakyat.


Antaranya :-


a] Ahli Penyelaras Sekretariat Parti-parti Islam Sedunia yang berpusat di Istanbul Turki.
b] Ahli Sekretariat Perjuangan Rakyat mempertahankan Baitul Maqdis yang berpusat di Amman, Jordan.
c] Ahli Majma' Taqrir di kalangan mazhab-mazhab Islam yang berpusat di Tehran, Iran.
d] Ahli deligasi ahli Parlimen parti-parti Islam yang dipimpin oleh Dr.Necmetin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki menemui Setiausaha Agung PBB, Butros Butros Ghali serta menemui Ahli Senat Amerika Syarikat.
e] Menyertai deligasi ahli-ahli Parlimen Parti Islam melawat Eropah yang diketuai oleh Dr. Erbakan.
f] Menyertai deligasi pemipin parti Islam seluruh dunia menemui raja-raja serta presiden negara-negara Asia Barat sebelum Perang Teluk.
g] Mengiringi Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor bersama deligasi pemimpin German Islam seluruh dunia untuk mendamaikan kumpulan-kumpulan mujahidin Afghanistan.

8. Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan Selamat Ulangtahun ke 62 buat Al Fadhil Tuan Guru Hj. Hadi Awang dan mendoakan agar al Fadhil Tuan Guru senantiasa dikurniakan kekuatan dan petunjuk untuk memimpin sebuah parti yang besar pula mencabar ujiannya.

9. Kepimpinan beliau sejak awal sering berdepan dengan ujian getir samaada yang datang dari tekanan luar parti mahupun permasaalahan dalaman parti . Kesabaran dan ketabahan beliau mendepani segalanya adalah suatu yang sangat mengkagumkan . Semoga Allah swt terus mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan kepada beliau .

10. Kepada sahabat yang turut ingin memberikan ucapan selamat ulangtahun , bolehlah dimuatkan ke ruangan komen dan insyaallah ianya akan menjadi kata - kata semangat buat al Fadhil Tuan Guru untuk terus thabat memikul amanah berat ini seterusnya mendapat ganjaran setimpal daripada Allah swt .

ARTIKEL INI DIAMBIL DARI LAMAN BLOG NUKILAN PEJUANG BERANI MATI: http://episodeperjuangan.blogspot.com/

Monday, October 19, 2009

Ayat AL_QURAN membenteng Sihir

Hiasan sahaja

Apabila kita membicarakan mengenai sihir, kebiasaannya kita akan berdepan dengan tiga golongan manusia, iaitu mereka yang tidak mempercayai kewujudannya, mereka yang terpengaruh serta menggunakan khidmat ahli sihir dan mereka yang terlalu takut dengan kesan ilmu sihir sehingga tidak mengetahui apakah tindakan yang perlu dilakukan bagi melindungi diri mereka daripada terkena sihir.

Apa itu sihir? Menurut Ibnu Qudamah Al-Maqdisi di dalam al-Mughni, sihir adalah ikatan, jampi, perkataan yang dilontarkan secara lisan mahupun tulisan, atau melakukan sesuatu yang mempengaruhi badan, hati atau akal orang yang terkena sihir tanpa berinteraksi langsung dengannya.

Sihir ini mempunyai hakikat di antaranya ada yang boleh membunuh, menyakiti, membuat seseorang suami tidak boleh bersama isterinya atau memisahkan pasangan suami isteri, atau membuat satu pihak membenci lainnya atau membuat kedua-dua belah pihak saling mencintai.

Amalan sihir ini sebenarnya mempunyai hubung kait yang rapat dengan alam jin dan syaitan. Tukang sihir, pawang, dukun atau bomoh menjalankan ilmu hitamnya menerusi pertolongan jin dan syaitan.



Ahli sihir perlu melakukan amalan syirik, khurafat dan tahyul terlebih dulu bagi bersahabat dengan jin dan syaitan yang mereka gunakan untuk melakukan kerja jahat mereka. Apabila tukang sihir meningkatkan amalan kufur maka jin dan syaitan itu akan lebih taat kepadanya dan lebih cepat melaksanakan perintahnya.

Sehubungan dengan itu tukang sihir dan syaitan adalah teman setia yang saling bekerjasama dalam melakukan perbuatan yang terkutuk di sisi syarak dan ini dicela Allah SWT seperti firman-Nya: "Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang daripada manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." (al-Jinn: 6)

Bagi sesetengah pihak, sekiranya sesuatu perkara itu tidak boleh dibuktikan mengikut kaedah saintifik maka dia akan menolaknya secara mentah seolah-olah ilmu sains itu menjadi satu cabang ilmu yang sempurna tanpa cacat-cela. Ilmu sains bukanlah sesuatu cabang ilmu yang sempurna. Sesuatu perkara itu hanya kita boleh diyakini sebagai seratus peratus benar sekiranya ia termaktub di dalam al-Quran dan Sunnah.

Sihir dan alam jin ini sebenarnya termasuk dalam perkara ghaib dan bagi umat Islam perkara itu perlu dirujuk kepada nas al-Quran dan hadis. Sekiranya sihir itu tidak wujud mana mungkin Allah SWT menyuruh kita berlindung diri daripada perbuatan tukang sihir seperti firman-Nya: "Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang Dia ciptakan; dan daripada bahaya gelap apabila ia masuk; dan dari kejahatan makhluk (tukang sihir) yang menghembus pada simpulan- (dan ikatan); dan daripada kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya." (al-Falaq: 1-5).

Di dalam al-Quran juga ada kisah Nabi Musa AS bertarung dengan tukang sihir Firaun. Bahkan dalam riwayat hidup Rasulullah, Baginda juga pernah terkena sihir Labid bin al-A'sham, seorang tukang sihir Yahudi seperti diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Bagi mereka yang terbabit dengan perbuatan sihir dan suka bertemu dengan ahli sihir seperti pawang, dukun dan bomoh, ketahuilah bawah amalan sihir ini termasuk dalam kategori dosa besar. Nabi SAW bersabda: "Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan" . Baginda ditanya: "Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata: "Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina. "(Hadis al-Bukhari)

Sehubungan itu adalah diharamkan untuk bertemu bahkan mempercayai ahli sihir dan tukang ramal kerana ia perbuatan kufur. Sabda Baginda, "Bukan termasuk golongan kami yang melakukan atau meminta tathayyur (menentukan nasib sial berdasarkan tanda-tanda benda, burung dan lain-lain), yang meramal atau yang meminta diramalkan, yang menyihir atau meminta disihirkan dan barang siapa mendatangi peramal dan membenarkan apa yang dia katakan, maka sesungguhnya dia sudah kafir terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad SAW" (Hadis riwayat al-Bazzaar)

Tukang sihir ini sudah melakukan kerosakan serta huru-hara di dalam sesebuah masyarakat. Lantaran itu majoriti ulama mengharuskan hukuman bunuh terhadap tukang sihir. Akan tetapi Imam Syafie berpendapat tukang sihir hanya boleh dikenakan hukuman bunuh sekiranya dia menggunakan ilmu sihirnya itu untuk membunuh jiwa insan yang lain. Imam Syafie mengkategorikan hukuman terhadap tukang sihir ini sebagai qisas.

Dalam usaha seseorang itu untuk menghindarkan diri daripada terkena sihir, janganlah pula turut mengamalkan perbuatan yang memiliki unsur sihir atau meminta pertolongan daripada ahli sihir. Hendaklah setiap umat Islam melindungi diri mereka daripada niat jahat tukang-tukang sihir itu dengan membaca ayat al-Quran serta doa yang diajar Rasulullah SAW.

Berikut adalah beberapa petua yang diambil daripada hadis Baginda.

# Membaca ayat Kursi, iaitu surah al-Baqarah ayat 255 setiap kali selesai solat lima waktu dan sebelum tidur.

# Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Naas setiap kali selesai solat lima waktu dan membaca ketiga surah itu sebanyak tiga kali pada pagi hari sesudah solat Subuh dan menjelang malam sesudah solat Maghrib.

# Membaca dua ayat terakhir dari surat al-Baqarah, iaitu ayat 285-286 pada permulaan malam.

# Membaca doa, "Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaan-Nya" pada malam hari dan siang hari ketika ingin pergi atau masuk ke sesuatu tempat.

# Membaca doa, "Dengan nama Allah, yang bersama nama-Nya, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, baik di bumi mahupun di langit dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui " -tiga kali pada pagi hari dan menjelang malam.

Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah, bacaan zikir dan permohonan perlindungan kepada Allah bagi memperoleh keselamatan dan untuk menjauhkan diri dari kejahatan sihir atau kejahatan lainnya iaitu bagi mereka yang selalu mengamalkannya secara benar disertai keyakinan yang penuh kepada Allah, bertumpu dan pasrah kepada-Nya dengan lapang dada dan hati yang khusyuk.

- Dewasa kini kita sering mendengar bayak cerita-cerita makhlus yang seolah menyerang makhluk yang bernama manusia.Makhluk penyerang ini dipanggil Jin-jin.Banyak serangn yang dilakukan terutama kepada kaum-kaum Wanita terutama anak-anak gadis dan reamaja terutamanya pelajar-pelajar sekolah.Mengapa boleh berlaku sedemekian rupa? kadang -kadang orng memperkatakan dan mempersoalkan kenapa "ia" menyerang kepada remaja Muslimah sahaja tidak non- Muslim.Nak tahu ceritanya kita akan mengupasakan pada masa-masa akan datang..Nak tahu cerita selanjutnya jangna lupa untuk melayarri blog ini..
Sekian, terima kasih.

Wallahu'alam...
*afif*

Thursday, October 15, 2009

Lima CINTA yang patut dihindari

Hiasan

Suatu ketika Anda jatuh cinta tapi bisakah perasaan cinta Anda dipertanggungjawabkan?

1. Anda mencintainya tapi Anda sudah terikat

Mc Mahon mengatakan meninggalkan satu orang yang Anda cintai dan memilih yang lain bisa saja menjadi pilihan yang terbaik dan bisa juga menjadi pilihan yang terburuk. “Tergantung bagaimana hubungan dengan pasangan Anda saat ini, perasaan cinta terhadap yang lain selalu berarti bendera merah. Karena berarti selalu ada yang salah dengan apa yang sudah Anda lakukan selama ini.” Jadi sebaiknya lihatlah hubungan anda dengan pasangan dan bersikaplah jujur.

2. Anda mencintainya dan langsung ke pelaminan

Ibarat Cinderella, baru semenit bertemu Anda sudah ingin terbangbersamanya ke penghulu. Benarkah ini suatu yang romantis atau suatu kegilaan?

“Kala Anda bertemu dengan seseorang pertama kali dan yang benar-benarAnda sukai, tubuh Anda akan mengalir hormon kebahagiaan dan ini akanbenar-benar menerbangkan semua pertimbangan anda,” terang McMahon.

“Sebaiknya uji motivasi Anda, terkadang salah satu pasangan Anda mencoba mendorong pasangannya menuju pernikahan sebab ia takut pasangannya akan meninggalkan dirinya.” Pasangan lain melakukan hal ini karena merasa mereka tidak dapat bertahan pada hubungan yang biasa saja. Namun demikian,mereka akan menghadapi kenyataan sesungguhnya. Mereka akan menjumpai bahwa sangat sulit menjalani pernikahan yang terburu-buru ini. “Harus ada fondasiyang kuat untuk menikah,” lanjut Walton. “Saya selalu menanyakan, ’Mengapa harus terbur-buru?’ dan mendorong mereka untuk mengambil waktu lebih lamalagi sebelum bertindak.”

3. Anda mencintainya, tapi dia menyimpan rahasia buruk

Susi (35), seorang designer web yang sukses, jatuh cinta pada malik. Tetapi Malik, yang sudah setahun ini menganggur, tak memperlakukan Susi dengan baik. “Dia bisa sangat menakjubkan,” terang Susi, “Tetapi ketika mabuk atau mengalami depresi, yang sering kali terjadi, dia berubah menjadi sangat mengerikan. Dia suka memaki, mendorong, bahkan memukul saya. Meski iaselalu meminta maaf sesudahnya.”

Cinta demikian adalah cinta yang berbahaya.”Padahal Anda selalu punyapilihan. Hanya karena Anda cinta padanya, tak berarti anda harus terusmenjalani kehidupan demikian. Lihatlah kembali emosi Anda. Jika emosi mengarahkan Anda untuk melawan perasaan, maka Anda bisa mengabaikannya.”

4. Anda mencintainya tapi dia jauh

Anda tak ingin menyesal kan? Jadi pikirkan konsekuensinya.Pikirkan selalu tentang apa yang akan Anda lakukan jika pada akhirnya perasaan Andaberbalik menjadi sebuah kesalahan. Orang yang benar-benar mencintai anda akan mendorong Anda untuk bersikap bijaksana. Jika anda justru menyerahkan kehidupan Anda sepenuhnya pada mereka, mereka adalah jenis orang-orang yangsuka mengontrol.

5. Anda mencintainya tapi dia sudah terikat

Menurut Walton, jarang orang jatuh cinta pada orang yang benar-benar berkomitmen baik pada hubungan dengan pasangannya. Cinta pertama kitabiasanya tidak pada orang yang kita nikahi. Kita juga tidak selalu dapat menyelesaikan hubungan sebelum ketemu yang baru. Sebaiknya minta untuk mengakhiri hubungannya dulu dengan pasangannya sebelum Anda pergi keluar bersamanya. Memang tak ada perpisahan yang dapat dilakukan tanpa kepedihan,tetapi setidaknya mereka telah bersikap jujur. (NOVA)

diadaptasi drpd:-
http://hasmizihashim.blogspot.com/

Tuesday, October 06, 2009

Islam tulen dan UMNO

hiasan

Ramai tokoh-tokoh UMNO bertanya pendapat saya, apakah caranya untuk memulihkan UMNO. Saya terlebih akui bahawa saya bukan 'orang politik' untuk menghuraikan masalah UMNO. Namun, sebagai seorang yang dianggap ada sedikit sebanyak pengetahuan tentang Islam, saya ingin menyentuh soal Islam dalam UMNO. Islam itu sebagai addin dalam kehidupan masyarakat Islam, termasuklah masyarakat melayu yang secara majoritinya mengakui Islam sebagai nadi hidup mereka. Jika UMNO inginkan masyarakat melayu menerima mereka, UMNO mestilah mendokong dan menjaga nadi hidup mereka ini dengan baik.

Justeru itu, jawapan saya mudah sahaja: "UMNO! Kembalilah kepada Islam tulen! UMNO mesti memainkan peranan sebagai gerakan dakwah kepada Islam yang tulen, moderat dan progresif. Apabila saya kata demikian, bukan bererti saya menafikan keislaman UMNO sebelum ini, atau unsur-unsur Islam yang sedia ada dalam UMNO. Namun apa yang jelas keislaman UMNO itu perlu diperkukuh dan proses perbaikan kelemahan perlu dibuat segera. Allah sendiri dalam al-Quran pernah menyebut: (maksudnya) Wahai orang-orang yang beriman! Berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kepada kitab (al-Quran) yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad SAW), juga kepada Kitab yang telah diturunkan sebelum daripada itu. Dan sesiapa yang ingkar kepada Allah, Malaikat-malaikat-Nya, Kitab-kitab-Nya, Rasul-rasul-Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (Surah al-Nisa, ayat 136).

Dalam ayat ini Allah memerintahkan orang yang beriman agar beriman. Bagaimana begitu? Tidakkah itu seakan-akan memerintahkan apa yang sudah terlaksana?! Tidak! Maksudnya seperti kata al-Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini: "Allah taala memerintahkan hamba-hamba-Nya yang beriman agar masuk secara keseluruhan dalam segala syariat iman, cabang, rukun dan tiangnya. Ini bukan suruhan agar melakukan perkara yang sudah tersedia, sebaliknya ia bermaksud lebih menyempurnakan yang sempurna, menetapkan, mengukuhkan dan berterusan atasnya". Dalam konteks UMNO, hendaklah mereka menghidupkan Islam dalam gerakannya kerana yang sedia ada itu tidak mencukupi.
hiasan
Di sini, saya tidak mahu bercakap tentang falsafah-falsafah politik yang besar-besar. Sudah saya sentuh isu-isu yang lebih prinsip dalam banyak tulisan saya yang lepas. Saya juga tidak berbicara untuk tujuan bagaimana UMNO ingin mengekalkan kuasa. Itu kerja orang politik. Saya bercakap untuk kepentingan setiap individu muslim yang ada dalam UMNO. Saya ingin mengajak orang UMNO berfikir secara 'kampung' sahaja. Saya harap orang UMNO jangan kecil hati, saya bermaksud ingin menceritakan ubat bukan untuk menambahkan penyakit. Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar. Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui. Jika adapun mungkin kes terpencil bukan fenomena umum.

dipetik sahaja:-
ARKIB : UTUSAN-04/10/2009