Monday, December 13, 2010

Galakan, Asal Usul & Kelebihan Puasa Hari 'Asyura (10 Muharram)

Galakan, Asal Usul & Kelebihan Puasa Hari 'Asyura (10 Muharram)

"Pada bulan Muharram, terdapat satu hari iaitu pada 10 Muharram yang dipanggil Hari Asyura. Hari Asyura adalah hari yang mulia di sisi ummat terdahulu hinggalah kepada ummat Nabi Muhammad sallAllahu ‘alaihi wasallam. Pada Hari Asyura (10 Muharram) itu, dianjurkan kita ummat ISLAM agar berpuasa bagi yang menghendakinya.

Mesej


Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)
Aisyah rha. telah berkata: “Pada hari Asyura orang Quraish pada zaman Jahiliyah berpuasa, dan Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa dengannya. Tatkala tiba Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam di Madinah baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa, dan memerintahkan manusia berpuasa dengannya, maka tatkala difardukan Ramadhan baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa mahu maka berpuasalah ia, dan barangsiapa tidak mahu, maka boleh meninggalkannya” (HR Bukhari & Muslim)

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.: Ibnu Abbas ra. pernah ditanya tentang puasa pada hari Asyura’, dia menjawab: “Aku tidak pernah melihat Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam berpuasa sehari untuk mencari keutamaan hari itu atas hari-hari yang lain selain pada hari ini. Begitu pula (saya tidak pernah melihat beliau) berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan ini, bulan Ramadan. (HR Muslim)

Asal-usul Puasa Hari Asyura (10 Muharram) dan Galakannya

Hadis riwayat Ibnu Abbas ra., ia berkata: “Ketika Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam tiba di Madinah, beliau menjumpai orang-orang Yahudi melaksanakan puasa hari Asyura. Ketika ditanyakan tentang hal itu, mereka menjawab: “Hari ini adalah hari kemenangan yang telah diberikan Allah kepada Nabi Musa as. dan Bani Israel atas Firaun. Kerana itulah pada hari ini kami berpuasa sebagai penghormatan padanya.” Mendengar jawapan itu Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kami lebih berhak atas Musa dari kalian, maka beliau menyuruh para sahabat untuk berpuasa.” (Shahih Muslim No.1910)

Hadis riwayat Abu Musa ra., dia berkata: “Hari Asyura adalah hari yang dimuliakan orang-orang Yahudi dan dijadikannya sebagai hari raya. Kemudian Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Berpuasalah kalian pada hari Asyura’ tersebut.” (Shahih Muslim No.1912)

Kelebihan Berpuasa Pada Hari Asyura (10 Muharram)

Dari Abu Qotadah al-Ansory ra. bahwa Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya mengenai puasa hari Arafah, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun lalu dan yang akan datang.” Beliau juga ditanya tentang puasa hari Asyura, lalu beliau menjawab: “Ia menghapus dosa-dosa tahun yang lalu.” Dan ketika ditanya tentang puasa hari Isnin, beliau menjawab: “Ia adalah hari kelahiranku, hari aku diutus, dan hari diturunkan al-Qur’an padaku.” (HR Muslim)
Tidak terdapat amalan-amalan tambahan yang disyariatkan ISLAM pada Hari Asyura ini. Yang disyariatkan oleh ISLAM berdasarkan sumber yang sahih hanyalah berpuasa pada hari tersebut.

Mudah-mudahan ingatan ringkas ini bisa memberikan manfaat buat kita semua, amin.

WAllahu Ta’ala A’lam.

Dipetik: http://muzir.wordpress.com/2009/12/26/anjuran-berpuasa-pada-hari-asyura-10-muharram/

"

Sunday, December 12, 2010

perpecahan dlm bersatu- syiah

Tahukah anda, orang-orang syiah jika mereka bersengketa dan bergaduh seburuk mana sekalipun, mereka akan bersatu dalam satu hal. Dan satu hal inilah yang menjadi tali pengikat yang sampai kini mustahil digunting ceraikan.

Tali pengikat itu adalah menangis demi Husin.

Dr. Michael Brant, seorang ejen CIA menawarkan penyelesaiannya dalam laporan bertulis A Plan to Divide and Destroy The Theology. Kesimpulan beliau, hentikan syiah dari menangis. Kekuatan mereka akan luntur dan mudahlah Islam seluruhnya diluluh. Untuk makluman, CIA kurang mempedulikan kita orang-orang sunni. Ini kerana 1) kita tidak bersatu. Kita sunni tidak seperti syiah yang bersatu di bawah kepimpinan seorang ketua. Orang syiah bersatu di sebalik Aketua mereka, Ayatullah al Uzma Ali Khamenei. Juga kerana 2) oleh kerana kita , sunni, bercempera maka mudahlah mereka melantak kita. Sebagai contoh, belum ada gerakan sunni yang berjaya melawan kuasa barat dan tirani di dunia moden ini.

Akan tetapi syiah nampaknya lain. Meski mereka kadang-kala bergaduh dan berbalah; setahun sekali, apabila Muharam tiba mereka akan bersatu dalam tangisan.

Ramai orang menyangka penganut syiah menangis kerana mereka kaki meratap seperti orang gila. Berdasarkan kajian saya, ini adalah tidak benar. Orang syiah percaya, menangis membuktikan ketinggian kedudukan rohani seseorang itu. Kita sunni pun percaya perkara ini. Kitakan sudah pernah mendengar kata-kata, gelak ketawa mematikan hati sedang tangis sedih menyuburkan hati (kerana mengenangkan amal yang masih kurang.)

Baik, berbalik kepada perangai orang syiah yang suka menangis.

Menurut seorang ulama syiah, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi, (foto) orang syiah menangis untuk menuju empat tingkatan spiritual. 1) Mereka berusaha mencapai keredhaan (ar-rida'), 2) Mereka berkehendak kepada kebenaran (ash-shidiq), 3) Mereka menangis memohon petunjuk (al-hidayah) dan 4) Orang syiah menangis dalam proses pemilihan (al-isthifa'). Ayatullah Taqi Misbah Yazdi seterusnya menghuraikan para nabi-nabi telah mencapai empat tingkatan spiritual yang tinggi ini. Ini berdasarkan ayat al-Quran, "Sesungguhnya orang-orang yang diberi pengetahuan sebelumnya apabila Al-Qur'an al-Karim dibacakan kepada mereka, mereka menyungkur atas muka mereka sambil bersujud, dan mereka berkata, 'Maha Suci Tuhan kami, sesungguhnya janji Tuhan kami pasti dipenuhi.' Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyuk." (Al-Isra': 107-109). Melalui ayat ini, Ayatullah Taqi Misbah Yazdi menegaskan orang syiah menangis bukan kerana mereka tiada kerja lain. Akan tetapi mereka menangis kerana ilmu dan makrifat. Bahawa ilmu dan makrifat itulah penyebab timbulnya tangisan. Sebagai contoh ketika orang syiah mengenang akan kesyahidan Saidina Husin, setiap mereka akan mengetahui hakikat sesuatu meski berbeza-beza dapatannya, dengan itu mereka pun mengetahui hakikat kenabian Rasulullah SAW dan seterusnya mengetahui hakikat kesyahidan Imam Husin. Tiap kali mereka berasa terketuk hati oleh pengetahuan seperti yang terjelma dalam surah al Isra' maka hati mereka menjadi peka, dilanda emosi dan mata mereka pun mulai mengucurkan tangisan.

Bukankah Rasulullah ada bersabda, "Seandainya kalian mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis." Di ayat lain Allah berfirman, "Dan apabila mereka mendengarkan apa yang diturunkan kepada Rasul, kamu melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan kebenaran yang telah mereka ketahui (Al-Maidah: 83).

Orang syiah juga percaya falsafah tangisan ada pada ayat ini: 'Apakah kamu merasa heran terhadap pemberitaan ini? Dan kamu mentertawakan dan tidak menangis?' (An-Najm: 59-60)

Orang syiah berbeza daripada kita sunni, kerana selepas al-Quran dan hadis; mereka merujuk ahlul bait sebagai sumber asas ajaran mereka. Oleh itu jika kita membandingkan mereka dengan kita tentulah kurang tepat, kerana memang mereka berbeza dari segi rujukan.

Menurut rujukan syiah, cucunda Rasulullah saw, bernama Zainab (setelah kesyahidan saudaranya Husin dengan cara yang kejam) telah bertindak menyatakan protes dalam senyap yang berkesan iaitu dengan menangis sambil menghantukkan kepalanya kepada tiang penyangga yang digunakan untuk menawan dan mengurung beliau. Tindakan beliau itu menyebabkan pendarahan yang banyak di kepala serentak dengan perarakan masuk membawa kepala Saidina Husin yang telah dipenggal ke dalam kota Kufah. Perbuatan itu menjadi ikutan orang di Kufah yang kesal kerana gagal mempertahankan Saidina Husin dari dibunuh. Zainab terus melakukan perkara yang sama tatkala rombongan beliau yang ditawan itu digiring ke Damsyik untuk menghadap Yazid. Saya difahamkan bahawa aksi Zainab ini menurut sumber rujukan syiah adalah dikira sahih seperti yang diriwayatkan oleh ‘Allamah al-Majlisi dan Sheikh al-Shari’ah al-Isfahani. Riwayat ini misalnya dilaporkan dalam Bihaar al-Anwaar jilid 45, halaman 114. Dan dalam Jalaa’ al-‘Oyun; jilid 2, halaman 238, Zaynab al-Kubra; halaman 112, Asraar al-Shahadah; halaman 474, Al-Muntakhab; jilid 2, halaman 478, dan dalam Nusrat-ul-Madhlum; halaman 18.

Berdasarkan kajian saya, dalil perkabungan untuk mengenang Saidina Husin juga ada dalam tradisi sunni kita. Lihat Sahih Tirmidzi hadis bernombor 3860. Terdapat hadis menggambarkan kedukaan Rasulullah saw sehingga kepala dan muka baginda dipenuhi debu. Saya telah mengemukakan pun hadis penuh tersebut dalam entri sebelum ini. Namun untuk kepuasan merujuk, saya turunkan sekali lagi: Abu Said al-Asyajj menceritakan kepada kami, Abu Khalid al-Ahmar memberitahukan kepada kami, Razin memberitahukan kepada kami, dia berkata Salam menceritakan kepada kami, dia berkata: Aku masuk menghadap Ummu Salamah sedangkan dia tengah menangis lalu aku berkata: Apa yang membuat kamu menangis? Dia berkata: Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW, sedangkan di atas kepala dan janggut beliau terdapat debu. Lalu aku bertanya: Apa yang terjadi pada engkau Wahai Rasulullah. Beliau bersabda: "Aku baru saja menyaksikan pembunuhan Al-Husin."

Selain itu, sumber sunni dan syiah kedua-duanya menceritakan perihal sahabat Rasulullah saw bernama Uwais al-Qarni yang sangat mencintai baginda Nabi Muhammad saw. Sebaik sahaja berita Rasullullah cedera serta patah 2 gigi di medan Uhud tiba di telinga beliau (Uwais tinggal di Yaman), Uwais serta merta mencabut satu demi satu giginya merasakan ia tidak memadai, beliau mencabut semua giginya sebagai aksi kesedihan mengenangkan kecederaan baginda Rasul. Apabila Rasulullah saw kemudian dimaklumkan tentang insiden ini, baginda Rasulullah saw mengisytiharkan Uwais adalah sahabatnya yang setia. Kisah ini dapat ditemukan dalam 'Sirat Halbia' jilid II, halaman 295. Untuk makluman tuan-tuan, Uwais adalah sahabat Rasulullah saw yang diiktiraf sahabat meskipun beliau tidak pernah menemui baginda secara fizikalnya. Ini kerana Uwais tinggal berjauhan dari Madinah.

Ulama Sunni terkemuka, Farid al Din Attaar dalam 'Tadhkhirah tul Awliya' melaporkan apabila Uwais kemudiannya bertemu dengan Umar Khattab, beliau mengatakan kepada Umar:

"Jika kau benar-benar sahabat kepada Rasulullah maka mengapa pada hari patahnya gigi Rasulullah kau tidak mematahkan gigimu sebagai satu penyataan persahabatan? Kerana itulah bukti persahabatan. Uwais menunjukkan giginya. Aku mencabut seluruh gigiku walaupun aku tidak pernah menemuimu wahai Rasulullah saw dan bersahabat denganmu secara ghaib. Aku mencabut sebatang gigiku tetapi aku tidak dapat memuaskan hatiku maka aku mencabut satu demi satu sehingga tertanggal semuanya."

Saya mendapati insiden Uwais yang 'ekstrim' ini merupakan satu hujah yang menarik. Pertama, Uwais tidak pernah menemui Rasulullah saw secara sedar. Kedua, Uwais melakukan perbuatan mencederakan diri secara sengaja dengan sedar. Ketiga, secara sedar juga apabila insiden ini dimaklumkan kepada Nabi Muhammad saw, baginda telah memberi 'reward' kepada Uwais iaitu memberikan beliau gelar 'sahabat' yang hanya diperolehi oleh mereka yang hidup bersama Rasulullah saw sahaja.

Walaupun begitu, sila beri perhatian, terdapat banyak bentuk perkabungan dalam kalangan orang syiah. Di Iran dan Lubnan, perkabungan yang lazim dan dibenarkan oleh para ulama terkemuka mereka ialah - sekadar menangis dan meratap - sandarannya adalah Rasulullah saw sendiri menangisi Husin seperti yang telah ditunjukkan menerusi hadis Ummu Salamah (dari rujukan sunni, Tirmidzi, yang terdapat di atas). Kadang kala mereka menjadi lebih kreatif dalam perkabungan dengan melakukan pementasan dan perarakan (semacam reenactment peristiwa di Karbala). Tuan-tuan perlu memahami reenactment kejadian Karbala ini menjadi satu tools pendidikan sangat berkesan buat generasi muda mereka (lihat foto di atas).

Namun, umat syiah di Iraq, Pakistan, Afghanistan dan India memilih untuk berpegang kepada insiden Zainab al Kubra dan Uwais al Qarni seperti yang telah saya nukilkan di atas. Justeru kita akan melihat beberapa aksi yang ekstrim daripada mereka. Saya tidak nafikan, saya sendiri sebagai pengkaji berasa gerun.

Pada pandangan saya, sementelahan mereka berbeza, dan selagi mereka mempunyai dalil untuk berpegang, serta masih berpaut dan mengikat diri dengan Allah dan Rasulullah saw (akidah yang sama dengan kita, sunni); maka tidak wajar untuk kita melenting menghukum tanpa mengkaji terlebih dahulu. Mereka mendakwa mereka mencederakan diri demi kecintaan kepada Saidina Husin, maka biarlah Saidina Husin yang menerima atau menolak aksi mereka itu. Tidak usahlah kita yang bukan sesiapa ini menghukum pula. Sudahlah kita tidak berkabung mengenangkan Saidina Husin, kita malah tidak mengenal pun sejarah baginda.

Tuan-tuan, azadari atau perkabungan inilah rahsianya pengaruh syiah. Dan inilah yang ingin dimusnahkan oleh CIA.

Nah, Dr. Michael Brant, ejen CIA yang mengkaji dan menekuni kekuatan syiah berbanding sunni dalam laporannya “A Plan to Divide and Destroy the Theology” menemukan satu 'gunting' untuk memutuskan orang-orang syiah yang kuat menangis ini.

Menurut kajiannya, orang syiah tanpa mengira fahaman politik, kawan seteru, kelas dan keturunan akan selalu berhimpun untuk mengingati tragedi Karbala. Dalam majlis peringatan itu, biasanya seseorang akan berceramah dan menukilkan kembali sejarah tragedi Karbala, sambil hadirin pun mendengarkannya. Pada saat itu, menurut Dr Brant lagi, orang syiah akan dirasuk kesedihan (kita telah menghuraikan kenapa mereka melakukan begitu dalam perenggan-perenggan di atas) lalu spontan memukul dada dan melakukan ‘upacara kesedihan’ (seperti yang sebutkan, dalam tradisi mereka dipanggil, azadari).

Dr Brant memutuskan, penceramah dan para pendengar ini sangat penting untuk 'dicemarkan'. Ini kerana, azadari seperti inilah yang selalu menciptakan semangat dan gelora penganut syiah justeru mendorong mereka untuk selalu siap memerangi kebatilan demi menegakkan kebenaran. Hal ini telah saya sentuh secara ringkas dalam entri ini, klik sini.

Maka pelan CIA hasil saranan Dr Brant ialah sembilan perkara:

1. Amerika harus mencari tokoh syiah yang ada sifat materialistik dan memiliki tunjang akidah yang lemah. Bagaimanapun tokoh ini tetap memiliki kemasyhuran dan kata-kata yang berpengaruh. Menerusi tokoh-tokoh inilah CIA berharap dapat menyusupi upacara-upacara azadari (wafat para Imam Ahlul Bait).

2. Daya eksternal yakni Amerika harus menaja dan mendana terus para penceramah dan agamawan sunni yang tidak begitu banyak mengetahui akidah syiah supaya dapat menimbulkan bibit rasa tidak senang sunni terhadap mereka.

3. Daya internal yakni CIA mesti mencari sejumlah orang syiah yang memerlukan duit segera, lalu memanfaatkan mereka dalam kempen anti-syiah. Orang syiah yang akan diajar berkhianat ini akan melemahkan dasar-dasar doktrin syiah sambil melemparkan kesalahan kepada para Marja (ulama rujukan masyarakat Syiah).

4. Orang syiah yang memerlukan wang ini harus diajar dan disuntikkan dalam fikiran mereka bahawa praktik azadari adalah tidak sesuai, dan bertentangan dengan ajaran syiah yang sebenarnya. Hal ini akan dibantu oleh daya eksternal di mana sesetengah orang syiah akan berasa rendah diri, malu atau terpukul ekoran ulama sunni yang mengecam perlakuan azadari mereka.

5. CIA harus membesar-besarkan keburukan aksi azadari sehingga muncul kesan bahwa orang syiah ini adalah kelompok manusia bongok, penuh khurafat, tahyul-sesat di mana pada bulan Muharram melakukan hal-hal yang mengganggu orang lain.

6. Untuk itu, CIA perlu disediakan dana besar, supaya dapat membiayai penceramah baik dari sunni mahupun syiah yang dapat menistakan praktik azadari. Ini supaya mazhab syiah yang logika menjadi sumber keempatnya selepas al-Quran, hadis dan sunnah ahlul bait dapat ditampilkan sebagai suatu mazhab yang sebenarnya tidak logis, palsu dan mengelirukan. Hal ini akan menjelmakan perpecahan di antara mereka dengan sendirinya.

7. Apabila kesatuan mereka sudah genting, sediakanlah gunting iaitu sedikit daya ketenteraan dan perisikan.

Wednesday, December 08, 2010

KOMITED DAN ISTIQAMAH DENGAN PERJUANGAN

KOMITED DAN ISTIQAMAH DENGAN PERJUANGAN

Keiltizaman ( komited ) pejuang terhadap aktiviti dan agenda perjuangan tanpa mengenal penat atau bosan dan keistiqamahan mereka menghadapi cabaran antara rahsia utama kekalnya perjuangan Islam. ( sekalipun terpaksa melalui sejarah getir yang sangat panjang dan ianya menjadi prinsip asas seorang pejuang.)

Wasiat Baginda musthafa saw. kepada para pejuang menjelaskan prinsip tersebut [1]:

حَدِيثُ حُذَيْفَةَ بْنِ الْيَمَانِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَ النَّاسُ يَسْأَلُونَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْخَيْرِ وَكُنْتُ أَسْأَلُهُ عَنِ الشَّرِّ مَخَافَةَ أَنْ يُدْرِكَنِي فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا كُنَّا فِي جَاهِلِيَّةٍ وَشَرٍّ فَجَاءَنَا اللَّهُ بِهَذَا الْخَيْرِ فَهَلْ بَعْدَ هَذَا الْخَيْرِ شَرٌّ قَالَ نَعَمْ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الشَّرِّ مِنْ خَيْرٍ قَالَ نَعَمْ وَفِيهِ دَخَنٌ قُلْتُ وَمَا دَخَنُهُ قَالَ قَوْمٌ يَسْتَنُّونَ بِغَيْرِ سُنَّتِي وَيَهْدُونَ بِغَيْرِ هَدْيِي تَعْرِفُ مِنْهُمْ وَتُنْكِرُ فَقُلْتُ هَلْ بَعْدَ ذَلِكَ الْخَيْرِ مِنْ شَرٍّ قَالَ نَعَمْ دُعَاةٌ عَلَى أَبْوَابِ جَهَنَّمَ مَنْ أَجَابَهُمْ إِلَيْهَا قَذَفُوهُ فِيهَا فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ صِفْهُمْ لَنَا قَالَ نَعَمْ قَوْمٌ مِنْ جِلْدَتِنَا وَيَتَكَلَّمُونَ بِأَلْسِنَتِنَا قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فَمَا تَرَى إِنْ أَدْرَكَنِي ذَلِكَ قَالَ تَلْزَمُ جَمَاعَةَ الْمُسْلِمِينَ وَإِمَامَهُمْ فَقُلْتُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُمْ جَمَاعَةٌ وَلا إِمَامٌ قَالَ فَاعْتَزِلْ تِلْكَ الْفِرَقَ كُلَّهَا وَلَوْ أَنْ تَعَضَّ عَلَى أَصْلِ شَجَرَةٍ حَتَّى يُدْرِكَكَ الْمَوْتُ وَأَنْتَ عَلَى ذَلِكَ *

( رواه البخاري و مسلم )



Diriwayatkan daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a katanya: Manusia sering bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai amalan-amalan yang baik, tetapi aku telah bertanya tentang amalan-amalan jahat kerana aku takut ia akan menimpa diriku, lalu aku bertanya: Wahai Rasulullah! Dahulu kami berada dalam kejahilan dan kejahatan, kemudian Allah mengurniakan kepada kami kebaikan (kebenaran), adakah selepas kebenaran ini akan berlaku pula kejahatan ? Rasulullah menjawab: Ya. Aku bertanya lagi: Adakah akan berlaku pula kebaikan selepas kejahatan itu? Rasulullah menjawab: Ya, tetapi ketika itu terdapat kekurangan dan perselisihan. Aku bertanya apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan dan perselisihan itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Iaitu satu kaum yang tidak beramal dengan sunnahku dan mengikuti selain dari jalanku, di antara mereka itu ada yang kamu kenali dan ada yang kamu tidak mengenalinya. Aku bertanya lagi: Adakah kejahatan akan berlaku lagi selepas itu? Rasulullah menjawab: Ya, ketika itu ada orang-orang yang menyeru atau mengajak manusia ke Neraka Jahannam, sesiapa yang menyahut ajakan mereka, maka orang itu akan dicampakkan ke dalam Neraka itu. Aku berkata lagi: Wahai Rasulullah! Sifatkan mereka kepada kami. Rasulullah menjawab: Baiklah, mereka adalah sebangsa dengan kita dan berbahasa seperti bahasa kita. Aku bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pendapatmu sekiranya aku masih hidup lagi ketika itu? Rasulullah menjawab dengan bersabda: Kamu hendaklah beriltizam ( komited ) dengan jemaah Islam dan pemimpin mereka. Aku bertanya lagi: Bagaimana sekiranya ketika itu umat Islam tidak mempunyai jemaah (kesatuan) juga tidak ada pemimpin? Rasulullah menjawab lagi dengan bersabda: Kamu hendaklah memencilkan diri kamu dari kumpulan mereka walaupun kamu terpaksa memakan akar-akar kayu dan tinggalah kamu di sana sehingga kamu mati dalam keadaan yang demikian *



Dua kekuatan asas perjuangan , iaitu iltizam ( komited ) dan istiqamah akan menjadi alasan kenapa kita ( BA ) tidak boleh ditewaskan malah semakin mantap mengharungi liku – liku perjuangan , sungguhpun konspirasi dan manipulasi musuh ( BN ) kian dholim dan kejam demi mempertahankan kuasa dan pengaruh mereka .



Justeru itu , pastikan setiap anggota dan kepimpinan parti / jamaah mempunyai nilai komitmen dan istiqamah yang tinggi . Keiltizaman dapat dinilai melalui kesungguhan menganjur dan menyertai aktiviti amal Islami di pelbagai peringkat parti / jamaah . Bersedia dikerah dan diarah untuk menjayakan agenda dan aktivitinya , bila dan dimana ia dianjurkan.



Mereka yang mempunyai komitmen bernilai tinggi akan berasa kesal dan berdosa tatkala gagal menghadhirkan diri dalam apa jua program atau aktiviti yang melibatkan dirinya untuk hadhir.



Aktiviti yang perlukan iltizam ( komitmen )



Antara contoh aktiviti / program yang memerlukan komitmen dari anggota dan kepimpinan :



* Mesyuarat Agong ( tahunan )
* Mesyuarat Ajk. ( bulanan )
* Usrah , tamrin atau seminar
* Taklimat pimpinan dan taklimat Isu semasa
* Majlis penerangan ( spt. ceramah umum )
* Majlis Ilmu , da’awah fardiyyah dan dialog gerakkerja
* Majlis muhasabah dan lain - lain aktiviti semasa yang diputuskan oleh parti / jamaah.[2]



Mengawasi ( متابعة ) jadual aktiviti/program dan rasa terpanggil untuk menyertainya adalah antara tanda awal bagi seorang pejuang memiliki komitmen yang tinggi terhadap perjuangan , justeru semua bentuk penglibatan dalam aktiviti amal Islami adalah merupakan suatu tuntutan . Firman Allah swt .



يَاأَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمْ انفِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ اثَّاقَلْتُمْ إِلَى الأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنْ الآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الآخِرَةِ إِلا قَلِيلٌ إِلا تَنفِرُوا يُعَذِّبْكُمْ عَذَابًا أَلِيمًا وَيَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ وَلا تَضُرُّوهُ شَيْئًا وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ( التوبة 38 – 39 )

Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang/berjuang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang/berjuang pada jalan Allah - membela ugamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.





Objektif untuk memiliki Istiqamah



* Menghayati peraturan dan arahan perjuangan ( jihad fi sabilillah ) yang terkandung di dalam Al Quranul karim dan Sunnah An nabawi

* Mengambil iktibar dari gerakan sirah perjuangan dan pengorbanan baginda saw. jua para sahabatnya rhm.

* Memahami matlamat serta arah tuju perjuangan yang didokong dan diperjuangkan .( jangka panjang dan jangka pendek )

* Menerima motivasi dan bimbingan yang berterusan dari pucuk pimpinan atau sahabat seperjuangan .

* Mengenali realiti dan menginsafi tuntutan perjuangan bagi mengisi keperluan jamaah dan ummah .

* Bertugas atau bekerja secara jamaei ( kolektif ) dengan memelihara asas kombinasi tenaga dan fikrah .

* Memiliki ilmu perjuangan dan kumpulan data maklumat untuk menyusun atau merangka gerakkerja bersistematik dan strategi yang efektif.

* Memahami tabiat atau sunnatullah bagi sebuah perjuangan yang ingin mendaulatkan syariat Ilahi dan menegakkan keadilan sejagat . [3]





[1] كتاب الإمارة : باب وجوب ملازمة جماعة المسلمين عند ظهور الفتن و في كل حال و تحريم الخروج على الطاعة و مفارقة الجماعة



[2] Komitmen anggota dan kepimpinan tidak terhad kepada kepada senarai di atas sahaja tetapi mestilah senantiasa bersedia untuk turun ke medan dalam apa jua bentuk aktiviti yang diputuskan oleh parti / jamaah termasuklah sanggup dan bersedia untuk jihad qitaliah ( perang ) jika parti, hukum dan suasana memerlukan sedemikian .



[3] Tabiat perjuangan kita , sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Allah swt melalui firmanNya dari surah At taubah , ayat 42 :

لَوْ كَانَ عَرَضًا قَرِيبًا وَسَفَرًا قَاصِدًا لاتَّبَعُوكَ وَلَكِنْ بَعُدَتْ عَلَيْهِمْ الشُّقَّةُ وَسَيَحْلِفُونَ بِاللَّهِ لَوْ اسْتَطَعْنَا لَخَرَجْنَا مَعَكُمْ يُهْلِكُونَ أَنفُسَهُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) suatu faedah yang mudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh dan dirasakan sukar bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: "Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu". (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).



* Ayat di atas menggariskan 2 tabiat perjuangan iaitu Sukar dan Jauh sementara Firman Allah swt dalam surah Al Anfal , ayat 30 pula menjelaskan :

وَإِذْ يَمْكُرُ بِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا لِيُثْبِتُوكَ أَوْ يَقْتُلُوكَ أَوْ يُخْرِجُوكَ وَيَمْكُرُونَ وَيَمْكُرُ اللَّهُ وَاللَّهُ خَيْرُ الْمَاكِرِينَ

Dan ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang-orang kafir musyrik (Makkah) menjalankan tipu daya terhadapmu untuk menahanmu, atau membunuhmu, atau mengusirmu. Mereka menjalankan tipu daya dan Allah menggagalkan tipu daya (mereka), kerana Allah sebaik-baik yang menggagalkan tipu daya.



* Ayat ini menggariskan 3 tabiat perjuangan sepanjang zaman iaitu penjara , bunuh dan buang daerah .

Tuesday, December 07, 2010

salam maal hijrah 1432H


anjakan paradigama


Dalam kerinduan padaMu yang kian menggebu
Aku terpana dalam diam dudukku..
Semakin hari-hariMu berlari meninggalkanku
Semakin bergetar cintaku mencari redhaMu
walau siapalah aku dalam bilangan angka ummah kekasihMu
Namun aku masih ingin mencari,merebut,mengecapi..
Indahnya sayangMu dan sucinya kasih kekasihMu..
Dalam keterbatasan ruang hidupku...
Lena dan jaga dalam dambaku..
Kullu Am Wa Antum Bikhoir!!

Monday, December 06, 2010

Awal Muharram

Awal Muharram merupakan merupakan bermulanya tahun baru di dalam kalender Islam. Masyarakat kita telah didedahkan semenjak zaman berzaman lagi upacara membaca doa awal tahun dan akhir tahun. Yang agak sedihnya adalah terdapatnya semacam janji syaitan kepada si pengamal doa ini bahawa : “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.” dan juga “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah syaitan”.

muharram

Kata-kata siapakah ini? Apakah kata-kata dari manusia biasa boleh dijadikan sebagai hujah fadilat sesuatu amalan lebih-lebih lagi perkara yang berkaitan dengan aqidah? Sudah tentu sekali tidak boleh sama sekali. Perkara yang berkaitan dengan fadilat amal, dosa, pahala dan semua perkara yang berkaitan dengan akidah tidak boleh berhujah atau diambil dari kata-kata manusia biasa yang tidak maksum, meskipun ia merupakan seseorang yang begitu alim dan warak di dalam selok belok agama. Hanya Allah dan Rasulnya sahaja yang berhak.

Yang paling menyedihkan sekali, kata-kata yang terkandung di dalamnya janji-janji syaitan itu disandarkan kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi sayangnya ujaran kata-kata di atas tidak terdapat di dalam kitab-kitab yang menghimpun hadith-hadith baginda s.a.w seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan al-Tirmizi, Sunan Abu Daud, Sunan Nasa’ie, Sunan Ibnu Majah, Musnad Imam Ahmad, Sahih Ibnu Hibban, Sahih Ibnu Khuzaimah dan lain-lain lagi.

Maka jelaslah bahawa fadilat doa awal dan akhir tahun adalah palsu dan batil serta tidak boleh sama sekali disandarkan kepada Nabi s.a.w. Ketahuilah bahawa di situ terdapat amaran keras daripada Rasulullah s.a.w bagi sesiapa yang menyandarkan sesuatu perkara yang bukan dari baginda, Sabdanya: “Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka” Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Beramal dengan riwayat palsu?


Berdasarkan hadith di atas, para ulama hadith menekankan bahawa haram beramal dan menyebarkan hadith-hadith palsu apatah lagi disandarkan kepada baginda s.a.w bagi sesiapa yang mengetahui status kepalsuannya, seperti yang dinyatakan oleh al-Imam Ibnu al-Solah di dalam karangannya ”Ulum al-Hadith‘ m.s 98: “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ianya hadith palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya“.

Al-Imam an-Nawawi juga menjelaskan hukum berkenaan dengan hadith palsu di dalam muqaddimah (pendahuluan sesuatu kitab) karangannya iaitu ‘Syarh Sahih Muslim‘: “Haram meriwayatkan sesuatu hadith palsu bagi orang yang mengetahui bahawa hadith itu maudhu’ atau dia hanya menyangka hadith ini palsu. Siapa yang menceritakan hadith yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya palsu serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad SAW di antara hadith tentang hukum-hukum dan hadith yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadith yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadith-hadith nasihat dan lain lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam.“

Seterusnya an-Nawawi berkata lagi: ” Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.”.


Selain itu, kebatilan riwayat doa tersebut dan fadilatnya dikuatkan dengan tiada riwayat yang menyatakan amalan ini diamalkan oleh golongan salafussoleh yang terdiri dari golongan sahabat dan tabi’ien. Jika benar amalan ini dari Rasul dan digalakkan di dalam Islam, nescaya para sahabat dan tabi’ien berlumba-lumba untuk melakukannya demi mengarap kebaikan disebalik amalan tersebut yang kononnya hebat fadilatnya. Begitu juga tiada riwayat yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w dan para sahabat r.a membaca doa tersebut secara berjemaah dan beramai-ramai. Apa yang thabit dari baginda s.a.w dan para sahabat r.a adalah membaca semua jenis doa secara bersendirian.

Bolehkah beramal dengan doa ini?

Berasaskan minda yang terbuka, tidak ada salahnya membaca doa ini selagimana tidak terlintas di hati pembacanya bahawa ia disyarakkan atau diperintah oleh agama kita. Begitu juga kerana maknanya pun tidak menyalahi syarak. Kita tidak perlu terhad kepada kaifiat yang didatangkan bersama-sama doa ini, seperti kaifiat doa awal tahun hendaklah di baca selepas Magrhrib 1 Muharram. Disebabkan maknanya baik, tidak kiralah waktu dan hari apapun, baca sahajalah doa ini dengan mengharapkan Allah mengkabulkan doa tersebut.

Pada pendapat penulis, doa ini adalah lebih baik tidak diamalkan samaada individu ada secara berjemaah. Kerana terbukti bahawa ia datang dari riwayat yang palsu dan batil. Kerana ia juga dikuatiri bahawa masyarakat akan menganggap bahawa amalan ini adalah sunnah yang datang dari baginda s.a.w atau dari sahabat nabi r.a. Lihat sahaja bilangan bacaan yang digalakkan untuk membacanya(sebanyak tiga kali), siapakah yang mengesyorkannya begitu? sudah tentu bukan sama sekali dari Allah s.w.t dan RasulNya.

Lihat realiti semasa, betapa ramainya individu muslim menganggap bahawa doa awal dan akhir tahun disyarakkan oleh agama sedangkan ia tidak termaktub sama sekali di dalam al-Quran dan Sunnah mahupun amalan salafussoleh. Jika anggapan seperti ini terus diyakini setelah mengetahui kebatilan riwayat, sanad dan matannya, maka secara jelasnya ini adalah Bid’ah di dalam agama dan perkara yang diketogarikan sesat dan ditolak oleh Islam.

Semua orang maklum bahawa doa tidak perlu terhad kepada apa yang terdapat dari al-Quran dan hadith-hadith Nabi saw sahaja tetapi ia adalah yang terbaik. Ia merupakan manifestasi keikhlasan dan kesungguhan si pemintanya yang dilahirkan dari suara hati dan bait-bait perkataan. Asalkan ia tidak menyalahi syarak dan keterlaluan, maka bacalah apa sahaja doa yang kita hajati.

Lihat juga:-

http://forum.jiwang.org/Kebathilan-Doa-Awal-Tahun-and-Doa-Akhir-Tahun-t15171.html

http://www.al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=97&t=31502

http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/artikel-jakim-doa-awal-dan-akhir-tahun.html

Nota : Jumhur Ulama’ mengatakan bhw HARUS kita berdoa dgn doa yg dikarang sendiri walaupun Nabi tidak pernah berdoa dgn doa itu. Bila berdoa dgn doa yg tidak ma’thur , janganlah pula iktiqad doa itu lebih baik drp doa yg didatangkan dr Qur’an dan Sunnah.

Sekadar perkongsian..
Sumber : http://aburuqayya.wordpress.com

Sunday, December 05, 2010

Nikah gantung

Nikah gantung tangani kemaruk nafsu, buang bayi'

Proses perkahwinan yang digalakkan oleh Islam sewajarnya dipermudahkan agar generasi muda tidak liar dan kemaruk nafsu, lalu
terjebak dalam kancah seks bebas, kata ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Nasrudin Hassan.

Menurut, langkah memudahkan proses perkahwinan boleh dilakukan oleh pihak berwajib, antaranya dengan:

Sini

# Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin.
# Memberi insentif sebagai galakan berkahwin.
# Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan.
# Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma.
# Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan.
# Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan.
# Merendahkan hantaran perkahwinan.

"Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai nikah gantung," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Cuma bezanya, tegas beliau, ialah pasangan pengantin tidak tinggal serumah dalam tempoh-tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti:

# Masih menuntut di kolej atau univerisiti.
# idak mempunyai kemampuan menyewa rumah.
# Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga.


Nasrudin berkata, kelebihan nikah gantung ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang-undang negara.


"Andainya dalam tempoh itu mereka bertemu, keluar makan, belajar bersama, bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks, mka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram.

"Andai berlaku kehamilan, maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab (keturunan).

"Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah," tambahnya .

Menurutnya lagi, kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata-ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit.

"Malah mereka juga takut untuk kembali ke pangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang. Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama .

"Akhirnya, jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara," tegasnya lagi.

Saturday, December 04, 2010

Thursday, December 02, 2010

Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
Menurut Perspektif Islam
Muqaddimah
Malaysia yang kita kenali merupakan sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama rasminya sekaligus mengertikannya sebagai sebuah negara ummat Islam. Bermula dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga kini, Islam masih menjadi tunggak asas walaupun imejnya masih samar-samar dewasa ini. Selepas penjajahan Barat ke atas Tanah Melayu, struktur kepimpinan dalam negara berubah secara total. Dahulunya, kuasa Sultan adalah yang utama di dalam negara pemerintahannya. Kini, kuasa Sultan dihadkan dalam hal ehwal yang berkait dengan soal-soal keagamaan sahaja. Adapun kuasa-kuasa yang melibatkan hal ehwal pengurusan negara diserahkan kepada Jemaah Menteri untuk menguruskannya.

Sini

Rentetan dari itu, ketua yang mengepalai Jemaah Menteri juga mestilah individu yang Islam agamanya dan mengetahui hal ehwal agama. Di dalam Islam sendiri, perbahasan Wazir al-Tanfiz dan Wazir al-Tafwidh telah dijelaskan oleh ulamak-ulamak secara panjang lebar. Oleh kerana Malaysia adalah sebuah negara yang berpaksikan kepada Islam maka agama pemerintahnya juga mestilah Islam. Bagaimana seseorang Islam boleh menyerahkan urusan pemerintahannya kepada seorang yang bukan dari agama Islam. Firman Allah swt di dalam Surah Ali ‘Imran ayat 28

لا يَتَّخِذْ الْمُؤْمِنُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِنْ دُونِ الْمُؤْمِنِينَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَلَيْسَ مِنْ اللَّهِ فِي شَيْءٍ إِلاَّ أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً وَيُحَذِّرُكُمْ اللَّهُ نَفْسَهُ وَإِلَى اللَّهِ الْمَصِيرُ

“ Janganlah orang-orang Yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. dan sesiapa Yang melakukan (larangan) Yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya Yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali.”

Sesungguhnya nas ini tersangatlah jelas buat umat Islam yang hidup di dalam sebuah negara Islam untuk tidak menyerahkan urusan kehidupannya kepada seorang yang tidak beriman dengan Allah swt.

Wizarah al-Tafwidh dan Wazirah al-Tanfiz

Umumnya di dalam sistem pemerintahan Islam, kedua-dua jenis kementerian ini amat terkenal sehingga ianya dibahaskan di dalam kitab-kitab feqh yang besar. Terlebih dahulu, kita perlu mengenali apakah dia definisi bagi kedua-dua kementerian ini supaya kita dapat mengqiaskannya di dalam negara kita.

1- Wizarah al-Tafwidh

Ia juga dikenali dengan nama معون التفويض atau وزراء التفويض atau سلطة القضائية . Ianya bermaksud individu yang diangkat oleh Khalifah supaya menjadi pembantu kepada Khalifah untuk membantunya dalam mengembang tanggungjawab dan melaksanakan tugas-tugas pemerintahan. Mereka yang dipilih oleh Khalifah di dalam wizarah ini berpeluang menguruskan dan melaksanakan urusannya menurut pendapatnya atau ijtihad dirinya. Dengan kata lain, Khalifah telah memberinya bidang kuasa secara umum dan juga kedudukan untuk mewakili Khalifah.Sabda Nabi saw menurut riwayat Imam al-Tarmizi ra yang berbunyi

عن أبي سعيد الخدري قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: (ما من نبي إلا له وزيران من أهل السماء ووزيرين من أهل الأرض، فأما وزيراي من أهل السماء فجبريل وميكائيل، وأما وزيراي من أهل الأرض فأبو بكر وعمر)[1]

Daripada Abi Sa’id al-Khudri ra berkata : Telah bersabda Rasulullah saw “ Tiadalah daripada para nabi melainkan bagi diri mereka itu dua orang pembantu daripada penghuni langit dan dua pembantu daripada penghuni bumi, adapun pembantuku daripada penghuni langit adalah Jibril as dan Mikail as, dan adapun pembantuku daripada penghuni bumi adalah Abu Bakar ra dan Umar ra “.
Perkataan wazir dalam hadis ini adalah bermakna pembantu dan penolong. Ia bersifat mutlak dan mencakupi semua bentuk bantuan dan pertolongan dalam semua urusan. Dari hadis ini juga dapat difahami bahawa (bilangan) mu’awin boleh lebih dari seorang.

Saidina Abu Bakar ra setelah diangkat sebagai Khalifah, juga telah mengangkat Saidina Umar al-Khattab ra sebagai wazirnya di mana peranan Saidina Umar ra sebagai wazir sangat menonjol. Setelah Saidina Umar ra dilantik dan memegang jawatan Khalifah, Saidina ‘Uthman bin Affan ra dan Saidina Ali bin Abi Thalib ra menjadi dua orang mu’awinnya. Begitu jualah yang berlaku kepada khalifah-khalifah selepasnya. Saidatina Aishah ra pernah mengatakan bahawa Rasulullah saw pernah bersabda :

عن عائشة قالت : قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم - : إذا أراد الله بالأمير خيرا ; جعل له وزير صدق إن نسي ذكره ، وإن ذكر أعانه ، وإذا أراد به غير ذلك ، جعل له وزير سوء ; إن نسي لم يذكره ، وإن ذكر لم يعنه[2]

Daripada Saidatina A’isyah ra berkata : Telah bersabda Rasulullah saw “Jika Allah menghendaki kebaikan terhadap seorang amir (Imam/Khalifah), Allah akan jadikan baginya seorang pembantu (wazir) yang jujur dan benar; jika ia lupa wazir itu akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu akan membantunya. Jika Allah menghendaki terhadap amir itu selain yang demikian, Allah akan jadikan baginya wazir yang jahat/buruk; jika ia lupa wazir itu tidak akan mengingatkannya, dan jika ia ingat, wazir itu tidak akan membantunya”.
2-
Wizarah al-Tanfiz

Ia juga boleh disebut dengan معون التنفيذ ataupun سلطة التنفيذية yang bermaksud pembantu yang dilantik oleh Khalifah untuk urusan-urusan pentadbiran. Ianya berfungsi untuk menghubungkan Khalifah dengan struktur dan sistem dalaman negara. Selain itu, ia juga berfungsi untuk menghubungkan Khalifah dengan rakyat dan juga negara luar. Kementerian ini bertanggungjawab untuk membawa polisi Khalifah dan juga membawa informasi daripada rakyat kepada Khalifah.

Wazir al-tanfiz diangkat sebagai pembantu Khalifah dalam hal pelaksanaan dan jua pelbagai urusan. Tugasnya hanyalah tugas administrasi, bukan tugas pemerintahan. Jabatannya merupakan lembaga pelaksana yang melaksanakan pelbagai polisi yang dikeluarkan oleh Khalifah kepada instansi-instansi (perwakilan) dalam negeri dan juga luar negeri, di samping menyampaikan informasi dari berbagai-bagai instansi tersebut kepada Khalifah

Dalam bidang seperti di atas kuasa bagi Wazir al-Tanfiz adalah terbatas dan dikehendaki merujuk kepada khalifah sebagai penentu dasar. Sekiranya di dalam wazir al-Tafwidh diberikan hak di dalam urusan pemerintahan dan boleh menguruskan dengan bergantung kepada pandangan dan keputusan dari dirinya maka, wazir al-Tanfiz pula adalah satu jawatan yang ruang kerjanya lebih kecil dan dia hanya bertindak dengan apa yang telah diputuskan oleh Khalifah.

Siapa Perdana Menteri

Kita melihat bahawasanya Perdana Menteri seolah-olah tenaga utama yang menggerakkan bahtera pentadbiran di dalam negara kita. Akan tetapi, apa yang kita lihat bukanlah realitis sehingga kita boleh mengqiaskan Perdana Menteri itu sebagai Khalifah. Sekiranya, terdapat golongan yang mengatakan Perdana Menteri Malaysia itu umpama Khalifah maka, ketahuilah bahawasanya syarat bagi khalifah itu adalah Islam.
Menurut saya, Perdana Menteri umpama wazir al-Tafwidh yang menjalankan urusan kepimpinan oleh Ketua Negara iaitu Yang di Pertuan Agong. Kita dapat lihat di sini, Perdana Menteri boleh bertindak dengan keputusan yang dibuat oleh dirinya tanpa merujuk kepada Sultan di dalam urusan pentadbirannya. Jadi, sekiranya Perdana Menteri itu adalah wazir al-Tafwidh maka timbul pertanyaan di dalam diri kita iaitu; Adakah disyaratkan untuk memegang wazir al-Tafwidh itu mestilah dia seorang Muslim ?.

Syarat-syarat melantik wazir al-Tafwidh

Imam al-Mawardi[3] menetapkan antara syarat-syarat yang perlu untuk melantik seseorang di dalam jawatan ini mestilah dia :
1-
Islam
2- Baligh
3- Beraqal
4- Merdeka
5- Lelaki
6- Adil
7- Mestilah dia orang yang mengetahui hukum-hukum syara’ dan usul feqh
8- Sihat dan sejahtera tubuh badan

Sebagai maklumat tambahan, syarat- syarat di atas merupakan syarat-syarat yang disepakati dan tiada khilaf padanya di dalam wizarah al-Tafwidh walaupun terdapat sedikit perbincangan yang dibincangkan oleh para ulamak dan rasanya ianya tidak perlu untuk diperbahaskan di sini kerana takut ianya akan lebih terperinci sehingga menjadi panjang penulisan ini. Fokus utama di dalam wazir ini adalah Islam yang menjadi syarat pertama dan juga yang terutama.

Adapun di dalam wizarah al-Tanfiz, syarat-syarat yang diperbincangkan oleh ulamak tidaklah sama dengan syarat di dalam wizarah al-Tafwidh. Di dalam wizarah al-Tanfiz, perempuan dan orang bukan Islam boleh memegang jawatan tersebut. Ini kerana ianya adalah melibatkan pentadbiran bukannya bertugas selaku pemerintah. Adapun syarat yang ditetapkan oleh para ulamak untuk wizarah al-Tanfiz adalah seperti berikut:

1- . Amanah, supaya dia tidak mengkhianati amanah dan tanggungjawab yang diberi.
2- . Jujur tidak berbohong , supaya dipercayai apa yaug hendak disampai dan dilaksanakan,
3- . Tidak tamak, supaya tidak melakukan rasuah, dan pecahamanah,
4- . Tidak ada hubungan buruk atau permusuhan dengan orang ramai, supaya apa yang hendak dilaksanakan dapat diterima oleh rakyat.
5- . Bijak dan pintar, marnpu memahami realiti dan keutamaan sesuatu perkara sebelum dilaksanakan.
6- . Tidak mengikut hawa nafsu, supaya tidak ditukar kebenaran dengan kebatilan.
7- . Lelaki, kerana dianya bertanggungjawab secara langsung kepada khalifah (seorang lelaki), dan layak menjadi saksi kepada khalifah dalam laporannya.
8- . Berpengalaman, supaya melakukan sesuatu berasaskan realiti dan penilaian yang teliti tentang kesan-kesan baik dan buruk terhadap sesuatu perkara.

Di sini saya ingin menjelaskan bahawasanya Islam tidak menjadi syarat untuk jawatan ini. Perlantikan wanita juga tidak berlaku masalah kerana padanya ada pendapat yang membenarkan wanita untuk memegang jawatan di dalam wizarah ini.

Rasional Perdana Menteri mestilah seorang Muslim

Diwujudkan sistem al-Sultah al-Qadhaiyyah di dalam Islam adalah bertujuan untuk menjalankan hukum-hukum syara’ dan meperincikan ceraian-ceraiannya di atas muka bumi ini. Selain itu, ianya adalah supaya denda-denda atau hukuman-hukuman yang disepakati di dalam Islam boleh direalisasikan.
Justeru, disediakan oleh Islam syarat-syarat asas yang utama dan tertentu di dalam Kementerian ini. Oleh kerana, kementerian ini merupakan satu bidang tugas yang besar maka Islam memandang ia sebagai satu tanggungjawab yang besar sehingga syarat-syaratnya juga khusus dan menghimpunkan motif kementerian ini iaitu memastikan hukum Allah swt tertegak di dalam wilayah pemerintahan Islam.

Menurut Ibnu Khaldun[4] Khalifah pertama yang menggunakan sistem ini adalah Saidina Umar ra berikutan meluasnya wilayah Islam dan perlunya ada wakil khalifah lagi mujtahid sebagai sumber rujukan di dalam wilayah-wilayah tersebut.

Oleh kerana motif daripada wizarah al-Tafwidh ini adalah berkaitan dengan menegakkan hukum Allah swt, bagaimana pula diharapkan oleh umat Islam orang bukan Islam yang menjadi pemimpin di dalam urusan ini ?. Bahkan perlu kita tahu bahawasanya Islam telah melarang keras perlantikan orang bukan Islam sebagai pemerintah bagi orang Islam di dalam urusan mereka sendiri (urusan orang Islam).

Dalil dari al-Quran

wahai orang-orang Yang beriman! janganlah kamu mengambil orang-orang Yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. mereka sukakan apa Yang menyusahkan kamu. telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa Yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.
Surah Ali ‘Imran ayat 118 -
Wahai orang-orang Yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan Yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?
Surah al-Nisaa’ ayat 144

Janganlah orang-orang Yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat Dengan meninggalkan orang-orang Yang beriman. dan sesiapa Yang melakukan (larangan) Yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah Dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya Yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan dirinya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali.
Surah Ali ‘Imran ayat 28

Dalil Hadith

Nabi saw pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud:

”Sekiranya amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran”. Lalu para sahabat baginda bertanya tentang bagaimanakah yang dikatakan bahawa amanah itu disia-siakan? Lalu nabi saw menjawab: ”(Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang tidak layak memikulnya, maka tunggulah akan kehancuran!”.

Dalam hadis nabi saw yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim, baginda bersabda yang bermaksud:

”Setiap kamu adalah pemimpin, dan kamu bertanggungjawab kepada setiap perkara yang berada di bawah kepimpinan kamu, seorang imam (pemerintah) merupakan pemimpin, maka dia bertanggungjawab kepada sesiapa pun yang berada di bawah kepimpinannya…”.

Kesimpulan

Larangan-larang tersebut jelas melarang Umat Islam mengambil orang bukan Islam sebagai pemimpin di dalam urusannya secara umum. Ketahuilah bahwasanya dengan melantik orang bukan Islam sebagai Perdana Menteri atau timbalannya seolah-olah menyerahkan urusan umat Islam kepada orang yang bukan daripada umat Islam.

Simbol pemerintahan Islam turut digadaikan dengan perlantikan orang bukan Islam sebagai pemimpin utama Negara Malaysia. Kita tidak menolak sekiranya kedapatan orang Islam dari bangsa lain yang menjadi Perdana Menteri atau timbalannya akan tetapi syaratnya mestilah dia Islam. Ini kerana di dalam Islam itu sudah lengkap dan tiada yang lebih tinggi melainkan Islam.

Nasrudin bin Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia .

[1] Sahih al-Tarmizi 5/579 cetakan دار الكتب العلمية. Adapun riwayat yang datang daripada al-Hakim dengan isnad yang sahih menurutnya berbunyi :
وعن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم-: (وزيراي من السماء جبريل وميكائيل ومن أهل الأرض أبوبكر وعمر)
[2] Hadith Riwayat Imam Ahmad dan Imam al-Nasaie. Kitab مرقاة المفاتيح شرح مشكاة المصابيح di dalam كتاب الإمارة والقضاء hadith 3707.
[3] الأحكام السلطانية karya Imam al-Mawardi ra halaman 88
[4] مقدمة ابن خلدون 2/567

Like · Comment · View original post · Share

amalan tasawuf

amalan tasawuf
KEWAJIPAN AMALKAN TASAWWUF DAN BAHAYA MENINGGALKANNYA!
Susunan : Tok Kelana

1.0 MUQADDIMAH
Berdasarkan pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf serta mengamalkannya adalah FARDHU AIN atas setiap mukallaf lelaki dan wanita.

Ilmu Fiqh adalah berkaitan perlakuan2 serta ibadah2 serta muamalah zahir. Ilmu Tauhid adalah berkaitan keimanan dan kepercayaan kepada Allah dan segala yang Ghaib. Ilmu Tasawwuf adalah berkaitan penyucian hati, aqal dan ruh daripada segala kekotoran yang berunsur nafsu, dunia dan syaitan.

Kebanyakan kita sedia maklum tentang2 ketiga2 Ilmu ini. Tetapi apa yang ingin kita paparkan didalam kesempatan ini adalah kelemahan Ummat Islam pada zaman ini yang kebanyakannya abaikan Ilmu Tasawwuf yang menjadi nadi kesucian dan kekuatan diri. Dalam ertikata penyempurnaan kepada kepada sifat2 Mu'min itu telah diabaikan.

Mulai dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhirnya ke peringkat universiti kita diajar dengan berbagai bidang ibadah solat, puasa, zakat dll. Alhamdulillah. Tetapi malang sekali sangat sedikit atau tiada langsung diajar tentang Ilmu tentang sifat2 nafsu, kebinasaan2 yang dihasilkan oleh nafsu2 kejahatan, kaedah2 memerangi nafsu dan syaitan yang merosakkan jiwa. Sedangkan penyucian jiwa ini adalah yang paling penting didalam kehidupan seorang yang beriman kepada Allah Ta'ala berdasarkan Firman Allah Ta'ala :

يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ
Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 )


Dan Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).

Apa yang disebut didalam ayat2 diatas adalah berkenaan hati yang sejahtra, hati yang suci, hati yang bebas dari syirik dari semua bentuk mazmumah. Hanya hati2 yang suci ini selamat dunia dan akhirat. Hanya hati yang suci ini mampu menghadapi sakratul maut yang sangat dahsyat. Hanya hati yang sejahtera ini dapat ketenangan didalam kuburnya. Hanya hati yang tenang ini akan memperoleh keampunan dan Rahmat Ilahi di Perhimpunan Mahsyar nanti....!!!

Untuk mendapat hati yang sejahtera daripada syirik khafi, bebas dari mazmumah - (sifat2 kekejian) dan memperoleh sifat2 mahmudah yang terpuji seseorang wajib menuntut Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya.


2.0 PENTINGNYA TASAWWUF DIDALAM IBADAH DAN KEHIDUPAN

Sebagaimana kita bicarakan sebelum ini bahawa menuntut Ilmu Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf menjadi kewajipan ; Fardhu Ain atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. Serta mengamalkannya didalam kehidupan tanpa memisah-misahkannya. Kerana semua hukum2 yang terkandung didalam Fiqh, Tauhid dan Tasawwuf adalah bersumberkan Al-Qur’an Kitabullah dan Hadis Nabi صلى الله عليه وسلم

Mari kita lihat satu contoh bagaimana hubungan2 ini berlaku. Iaitu Ibadah solat yang dikerjakan setiap hari.

Apabila seseorang melakukan solat dengan mematuhi syarat2 dan rukun solat dengan sempurna sebagaimana terkandung didalam Ilmu Fiqh, maka sah solatnya dari sudut Fiqh dan terlepas dia dari taklif Syara’. Tetapi dia belum terlepas dari hukum2 yang menyentuh batinnya. Iaitu adakah dia khusyu’ didalam solatnya? Adakah dia riya’ ketika solatnya? Adakah dia ‘ujub selepas solatnya? Semua ini tidak diketahui oleh manusia lain, iaitu dari sudut fiqh dia selamat, tetapi pada pandangan Allah yang melihat pada hati dia belum selamat.

Dalam ertikata lain seseorang wajib menyempurnakan syarat2 Fiqh dan pada yang sama wajib berusaha sedaya upaya memenuhi syarat2 batin. Mengapa kita kata “wajib berusaha sedaya upaya” ? Ini kerana kebanyakan kita akan menghadapi gangguan2 hati ketika solat. Gangguan ini adalah daripada nafsu dan syaitan. Maka wajib seseorang berusaha membenteras gangguan2 ini dengan berbagai cara yang diajarkan oleh Ulama2 Tasawwuf.

Ini bermakna seseorang yang melakukan solat dengan sempurna pada fiqh tetapi pada masa yang sama riya’ ketika solatnya, iaitu perasaan riya’ yang dikekalkan didalam hati (ikhtiari) maka binasa solatnya. Kerana riya’ adalah syirik khafi (syirik yang tersembunyi) yang wajib disingkirkan/ dibuang dari hati.

Demikian juga seseorang yang mengerjakan solat wajib berusaha sedaya upaya khusyu didalam solatnya. Kerana khusyu didalam solat adalah isi kepada batin solat. Seseorang yang mengerjakan solat sedangkan hatinya lansung lalai dari awal sampai akhir, maka ini juga termasuk orang yang diancam dengan “neraka wail”.

Sebagaimana kata Imam Hasan Basri “Orang yang mengerjakan solat dalam keadaan lalai adalah ia lebih dekat kepada neraka”.

Maksudnya adalah seseorang wajib berusaha sungguh2 agar tidak termasuk didalam golongan lalai didalam solat. Walaupun ia bukan perkara mudah, tetapi wajib berusaha sedaya upaya khusyu’ didalam solat.

Disini kita lihat betapa pentingnya kita menuntut Ilmu Tasawwuf dan amalkannya disamping Ilmu Fiqh agar segala Ibadah kita tidak sia2. Jangan zahir kita nampak cantik sedangkan batin kita tercemar. Kerana Allah Ta’ala tidak memandang kepada kecantikan rupa paras zahir tetapi batin yang tersembunyi. Di sisi Allah tiada ertinya segala kecantikan rupa, tetapi kecantikan yang menjadi tempat jatuh pandangan Allah adalah hati mansusia.


3.0 DALIL2 WAJIB AMALKAN TASAWWUF

Kita dapati pada zaman ini kebanyakan Ummat Islam hanya mengambil Fiqh sedangkan Tasawwuf diabaikan. Apa puncanya?

Sebahagian besar Ummat Islam masih keliru atau telah dikelirukan oleh fahama bahawa Tasawwuf adalah untuk orang2 tertentu. Ada juga yang mengatakan Tasawwuf adalah sebagai amalan sampingan untuk mendapat kelebihan bukan sebagai kewajipan. Berbagai pendapat ini dan banyak lagi pendapat lain adalah bertentangan sama sekali dengan apa yang dinyatakan oleh seluruh Ulama2 Mu'tabar.

1) Kewajipan menyucikan hati dari berbagai penyakit syirik, nifaq dan sifat2 mazmumah serta menghiasinya dengan Iman, Taqwa dan sifat2 Mahmudah sebagaimana yang dihuraikan didalam Tasawwuf adalah berdasarkan banyak bukti2 didalam Al_Qur'an dan Hadis Nabi. Diataranya :

Firman Allah :

يَوْمَ لاَ يَنفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُونَ - إِلاَّ مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

Pada hari itu tiada berguna harta dan anak-pinak kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik); (Ash-Shuara 26; 89 )


Dan Sabda Nabi صلى الله عليه وسلم :

"Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging apabila baik ia, nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan apabila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalb. (hati).(Riwayat Bukhari).

2) Ilmu Tasawwuf adalah sebahagian syariat Nabi yang dihimpunkan oleh Ulama2 berdasarkan Al-Qur'an dan Sunnah. Ianya mengandungi hukum2 haram dan halal yang menyentuh batin/kelakuan hati manusia.

Contohnya : Hasad, jahat sangka, takabbur ujub, ria' adalah termasuk perkara2 yang diharamkan pada hati. Sesiapa yang ada sifat2 ini, WAJIB membuangnya segera.....bukan sebagai sunnat atau menuntut kelebihan. Hal ini didasarkan kepada perintah Allah dan Hadis2 Nabi yang soheh. Umpamanya TAKABBUR adalah antara sifat Iblis yang sangat tercela yang diharamkan.


Rasulullah shalallahu صلى الله عليه وسلم bersabda:

Tidak akan masuk syurga barang siapa di dalam hatinya terdapat setitik kesombongan. (Muslim)


Maka WAJIB setiap mukallaf menyucikan batinnya daripada sifat takabbur ini. Demikian halnya sifat2 kekejian yangn lain wajiblah atas kita menyucikannya. Kerana semua sifat2 ini bukan saja merosakkan amal bahkan lebih buruk daripada itu menjadi sebab kemurkaan Allah Ta'ala serta menjadi sebab dicampakkan kedalam neraka.

3) Seluruh Ulama2 Mu'tabar telah bersepakat bahawa menuntut dan mengamalkan Tasawwuf adalah Wajib Aini atas setiap mukallaf lelaki dan wanita. Di sini kita kemukakan beberapa keterangan Ulama2 Mu'tabar.

Kata Imam Malik رضي الله عه :

" Fiqh tanpa Tasawwuf adalah Fasiq. Tasawwuf tanpa Fiqh adalah zindiq. Menghimpun antara keduanya itu yang haq"

Kata2 ini telah disepakati oleh seluruh Ulama Arifin walaupun dengan makna yang berbeza2 tetapi membawa kepada maksud yang sama. Iaitu wajib menghimpunkan kedua2 Fiqh dan Tasawwuf. Mengamalkan Fiqh semata2 tanpa disertai Tasawwuf membawa seseorang kepada menjadi Fasiq. Wal Iyazubillah.

Berkata Imam Ghazali رضي الله عه :

“Sedangkan ilmu tentang qalbu dan mengenal penyakitnya, berupa iri dengki, ujub, dan riya’ serta semisalnya, “Adalah Fardlu ‘Ain”.


Kata Ibnu Abidin dalam catatannya :

“Mengenal Ikhlas, Ujub, Riya’, Dengki, adalah fardlu ‘ain, begitu juga mengenal penyakit-penyakit jiwa seperti sombong, dendam, menipu, marah, membuat permusuhan, dendam, tamak, bakhil, boros, pengkhianatan dan wah-wahan, sombong terhadap kebenaran, pengkhianatan, keras hati dan panjang angan-angan, dan sebagainya merupakan penyakit hati, yang dibedah dalam seperempat kitab bab perilaku yang menghancurkan, oleh Al-Ghazaly dalam kitab Al-Ihya’ disebutkan, “Sudah tidak ada alasan lagi untuk menolak, seharusnya siapa pun mempelajari penyakit-penyakit itu sebagai kewajipan.” (Hasyiyah Ibnu Abidin)

Berkata Shaikh Abdul Wahab Asy-Sya'rani :

"Telah diketahui bahwasanya tiap2 orang yang tidak mengambil daripada Shaikh ahli Sufi yang menunjukkan kepada jalan yang mengeluarkannya daripada segala sifat tercela, yakni segala maksiat yang batin seperti riya', ujub takbur, hasad, kasih kepada dunia, bakhil dan barang sebagainya, maka adalah dia melakukan ma'siat kepada Allah Ta'ala dan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam kerana dia tidak akan mendapat petunjuk bagi mengubati segala penyakit yang batin itu melainkan dengan Shaikh walaupun dia menghafaz kitab didalam ilmu yang lain daripada ilmu Tasawwuf itu sekalipun." (Masyariq Al-Anwar Al-Qudsiyyah)

Banyak lagi kata2 Ulama Mu'tabar yang semunya menunjukkan akan kewajipannya mengamalkan Tasawwuf dan larangan meninggalkannya,

Wallahu A'lam

Wednesday, December 01, 2010

PENGGUNAAN FEQH MUWAZANAH

PENGGUNAAN FEQH MUWAZANAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN.

Membuat keputusan tidaklah semudah ungkapan atau arahan untuk mencapainya . Terkadang proses kajian dan perbincangan untuk membuat keputusan hanya berakhir dengan kebuntuan apabila ianya tidak berada di atas landasan atau manhaj membuat keputusan yang baik dan betul .


Terutama keputusan yang melibatkan soal strategi dan gerakkerja amal Islami dalam Gerakan Islam . Tidak mudah kerana ia berhadapan dengan 1001 kemungkinan sementara harapan yang disandarkan dari keputusan tersebut sangat tinggi .

Justeru itu , kita mesti benar - benar menguasai manhaj dan mekanisme membuat keputusan agar kita mampu meminimakan unsur kelemahan dan kekurangan dalam keputusan yang diambil , jauh sekali unsur kesilapan dan kesalahan dalam memuktamadkan sesuatu keputusan .

Saya melihat antara mekanisme yang perlu dikuasai oleh para amilin Gerakan Islam khasnya para pemimpin ialah Feqh Muwazanah atau Kefahaman yang jelas , benar dan tepat dalam pertimbangan sebelum membuat keputusan .

Peranan Feqh Muwazanah .

Feqh Muwazanah [ Feqh Pertimbangan ] adalah satu makenisme yang sangat berkait rapat dengan Feqh al Awlawiyyat [ Feqh Keutamaan ] dalam kita mengambil sesuatu keputusan dan tindakan agar apa yang kita lakukan adalah suatu yang terbaik .

Secara garis kasarnya , Feqh Muwazanah ialah :

* Membuat pertimbangan antara pelbagai bentuk kemaslahatan dan manafaat dari berbagai kebaikan yang telah disyariatkan .

* Membuat pertimbangan antara pelbagai bentuk kemudharatan , kerosakan dan kejahatan yang dilarang atau ditegah oleh Syariat .

* Membuat pertimbangan antara maslahat ( kepentingan ) dan mudharat ( kerosakan ) , antara kebaikan dan keburukan apabila 2 perkara yang bertentangan ini bertemu antara satu sama lain .

PERTIMBANGAN [ AT - TAWAZUN ] ANTARA MASLAHAH .

Kita akan dapati Maslahah ( kepentingan / kebaikan ) yng telah ditetapkan oleh syara' tidak berada dalam satu kategori sahaja bahkan ia terbahagi kepada beberapa kategori :

a ] Dhoruriyat - ضروريات

Jika tidak memilikinya ( dhoruriyat ) nescaya kita tidak boleh menjalani kehidupan ini seperti agama , nyawa dan aqal .

b ] Haajiyat - حاجيات

Kita masih mampu hidup sekalipun tanpa memilikinya ( haajiyat ) tetapi kita akan mengalami kesukaran dan kesulitan hidup yang getir seperti rumah , kenderaan dan perkara seumpamanya.

c ] Tahsiiniyat - تحسينيات

Suatu yang menambah keselesaan , kesenangan dan kemewahan dalam hidup kita dan ia juga sering disebut sebagai pelengkap ( كماليات ) seperti kenderaan kedua , rumah kedua , perabot tambahan dan lain - lain .

Keputusan yang kita hendak ambil ialah pastinya keputusan yang terbaik atau yang afdhal dan yang Aula . Maka pertimbangannya secara prinsip umum ialah mendahulukan Dhoruriyat ke atas Haajiyat demikian juga Tahsiiniyat .

Begitu pula sewajarnya kita mendahulukan Haajiyat ke atas Tahsiiniyat dalam pertimbangan yang melibat perkara dalam 2 kategori tersebut .

Dhoruriyat terbahagi kepada 5 :

* Agama
* Jiwa
* Keturunan
* Aqal
* Harta

Sebahagian Ulama' menambah perkara yang ke enam dalam senarai Dhoruriyat ini iaitu Maruah ( penghormatan ) .

Proses membuat keputusan ialah mengambil pertimbangan dengan teliti dan meletakkan Agama sebagai perkara yang terpenting daripada senarai dhoruriyat dan ia mesti didahulukan berbanding Jiwa , keturunan , aqal dan harta .

Pertimbangan teliti dan cermat ke arah menghasilkan keputusan yang baik dan wajar terhadap pelbagai maslahah ( kepentingan ) tersebut ialah dengan menggunakan kaedah berikut :

1. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) yang sudah pasti ke atas maslahah ( kepentingan ) dalam jangkaan atau masih diragui kedudukannya .

2. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) yang besar ke atas maslahah ( kepentingan ) yang kecil .

3. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) awam berbanding maslahah ( kepentingan ) individu .

4 . Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) yang banyak berbanding maslahah ( kepentingan ) yang sedikit .

5 . Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) yang berterusan dan berkesinambungan berbanding maslahah ( kepentingan ) yang sementara .

6. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) inti dan prinsip yang fundamental berbanding maslahah ( kepentingan ) yang bersifat luaran ( cabang ) dan tidak penting .

7. Mendahulukan maslahah ( kepentingan ) masa depan yang kuat , kukuh dan pasti berbanding maslahah ( kepentingan ) semasa yang lemah dan tidak pasti .

Iktibar dari Hudaibiyah

Sebagai contoh kita boleh melihat peristiwa Perjanjian Hudaibiyah bagaimana Nabi saw telah mengutamakan maslahah ( kepentingan ) prinsip dan masa depan berbanding maslahah ( kepentingan ) yang bersifat cabang dan semasa .

Nabi saw. setuju memadam kalimah Bismillahirrahmanirrahim sebagaimana yang dituntut oleh Kafir Quraisy pada surat perjanjian lalu diganti dengan Bismikallahumma . Demikian juga Nabi saw. setuju memadam nama Baginda Muhammad Rasulullah lalu diganti kepada Muhammad bin Abdullah .

Tindakan yang diambil oleh Nabi saw. adalah menafikan ( maslahah ) kepentingan semasa yang bukan sahaja membuatkan Nabi saw terpaksa menangguhkan umrah pada tahun itu ( walau telah berihram ) tetapi juga terpaksa berhadapan dengan bantahan dari para sahabat yang merasakan bahawa mereka ditewaskan oleh kuffar Quraisy secara diplomatik .

Namun begitu , Nabi melihat maslahah ( kepentingan ) masa depan dengan mewujudkan perjanjian damai atau gencatan senjata dengan musuh yang membolehkan Islam bergerak dan berkembang pesat di era damai itu , lalu akhirnya membawa kepada kemenangan besar bagi ummat Islam iaitu Fathul Makkah ( pembukaan Kota Makkah )

PERTIMBANGAN [ AT - TAWAZUN ] ANTARA MUDHARAT

Mudharat ( kerosakan ) juga mempunyai beberapa tahap . Mudharat ( kerosakan ) yang memusnahkan dhoruriyat seperti agama adalah tidak sama dengan mudharat ( kerosakan ) yang membinasakan Haajiyat dan Tahsiiniyat seperti rumah dan perabot .

Demikianlah juga mudharat yang merosakkan harta dan jiwa tidak sama tahapnya dengan mudharat yang meruntuhkan agama dan aqidah ( walau dalam satu kategori iaitu dhoruriyat ) .

Justeru itu , para Fuqaha' menetapkan beberapa kaedah untuk menangani persoalan ini :

1. Tiada bahaya ( tidak boleh mencetuskan bahaya ) dan tidak boleh membahayakan ( diri sendiri atau pihak lain )

2. Suatu bahaya seboleh mungkin mestilah disingkirkan .

3. Suatu bahaya tidak boleh dihapuskan dengan bahaya yang serupa atau lebih .

4. Bahaya yang ringan jika dibanding dengan bahaya yang lain ( lebih berat ) mesti dipilih ( bahaya yang ringan ) dan boleh dilakukan .

5. Bahaya yang lebih ringan boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang lebih besar .

6. Bahaya yang bersifat khusus boleh dilakukan untuk menolak bahaya yang sifatnya lebih umum dan luas .

PERTIMBANGAN APABILA MASLAHAH DAN MUDHARAT BERTEMU

Apabila dalam satu perkara mempunyai maslahah ( kepentingan ) dan mudharat ( kerosakan ) secara serentak . Ada bahaya dan dalam masa yang sama ada manafaat . Keadaan ini sangat - sangat memerlukan kita menimbangnya dengan teliti , tekun dan cermat sebelum membuat keputusan .

Situasi seperti ini menuntut kita mengambil keputusan berasaskan pertimbangan yang lebih berat dan lebih banyak dengan mengabaikan yang lebih ringan dan sedikit .

Contohnya arak . Kita terpaksa mengabaikan sedikit manafaat yang terkandung didalamnya berbanding mudharat yang lebih besar dan banyak padanya . Firman Allah swt :

يسئلونك عن الخمر و الميسر قل فيهما إثم كبير و منافع للناس و إثمهما أكبر من نفعهما

Mereka bertanya kepadamu Wahai Muhammad mengenai Khamar ( arak ) dan judi , katakanlah : pada keduanya ada dosa ( kemudharatan ) yang besar dan manafaat bagi manusia dan dosa ( kemudharatan ) pada keduanya lebih banyak dari manafaat keduanya .

Surah al Baqarah : 219

Sebaliknya jikalau dalam satu perkara itu terdapat manafaat yang banyak dan lebih besar maka perkara itu boleh dilakukan sementara kerosakan kecil yang ada padanya boleh diabaikan .

Antara kaedah penting dalam menangani perkara ini ialah :

1. Menolak mudharat ( kerosakan ) mestilah didahulukan ke atas pengambilan manafaat .

درء المفاسد على جلب المصالح

Kaedah ini disempurnakan oleh kaedah yang lain :

1. Kerosakan yang kecil dimaafkan untuk mendapatkan kemaslahatan yang lebih besar .

2. Kerosakan yang bersifat sementara dimaafkan demi kemaslahatan yang sifatnya berterusan / berkesinambungan .

3. Kemaslahatan yang sudah pasti tidak boleh ditinggalkan hanya kerana ada kerosakan yang baru dijangka wujudnya .

Penutup

Sesungguhnya Feqh Muwazanah ini mempunyai erti yang sangat besar dan penting , khususnya dalam masaalah siasah syari'yah kerana ia merupakan landaan pembinaan ummah yang pemeringkatannya juga boleh dilihat sebagai Feqh al Aulawiyat .

Sewaktu kita membuat keputusan dalam menetapkan gerakkerja jamaah sebagai contoh , seringkali kita berdepan dengan dilemma antara dua perkara dimana kedua - duanya dilihat baik atau paling baik seperti menentukan calon dalam pilihanraya .

Feqh Muwazanah memainkan peranan besar dalam perkara ini . Tatkala sukar membuat keputusan , terkadang kita terpaksa mendahulukan perkara baik tanpa risiko berbanding perkara yang paling baik tetapi mempunyai risiko .

Begitu juga disaat berat kita buat keputusan , feqh Muwazanah menetapkan cara kita membuat keputusan seperti kita terperangkap antara dua situasi " kalau berjuang mungkin kita mati tetapi kalau tidak berjuang agama pula mungkin mati " maka pertimbangannya ialah dibaca sekali dengan Feqh Aulawiyat bahawa kita kita mesti mendahulukan Agama berbanding Jiwa kita . lalu wajib kita kita turun berjuang walau risikonya mengorbankan nyawa .

LAMPIRAN :

BAGAIMANA MENGENAL PASTI MASLAHAT DAN MUDHARAT

Nota : 1

Asasnya , kemaslahatan yang perlu dipelihara ialah kemaslahatan akhirat demikian juga kemaslahatan dunia menurut urutannya .

Bertolak dari nokhtah itu , kita boleh mengenal pasti kemaslahatan dan kemudharatan ini melalui :

a. Ketetapan Agama ( Nas Naqli )
b. Fungsi Aqal Fikiran ( Nas Aqli )
c. atau kedua - duanya sekali .

Pendapat Imam Izzudin Abdus Salam dalam kitabnya : Qawai'd al Ahkam Masholih al Imam seperti berikut :

" Kebanyakan kemaslahatan dunia dan kerosakannya dapat diketahui dengan aqal sekaligus menjadi bahagian terbesar dari syariah kerana telah diketahui bahawa sebelum ajaran agama diturunkan , orang yang beraqal telah mengetahui bahawa usaha mereka untuk mencapai suatu kebaikan dan menghindar terjadinya suatu kerosakan pada diri manusia menurut pandangannya suatu yang terpuji dan baik ."

Nota 2 :

" Mendahulukan sesuatu kemaslahatan yang diterima kuat ( rajih ) atas kemaslahatan yang tidak diterima ( marjuh ) juga merupakan suatu yang terpuji dan baik . Sementara penolakan terhadap kerosakan yang dianggap pasti berbanding penolakan ke atas perkara yang dianggap belum pasti juga merupakan suatu yang baik . "

Nota 3 :

Konsep asal yang diambil dalam membuat pertimbangan ( tawazun ) :

Tindakan yang menghasilkan kemaslahatan yang baik merupakan perbuatan yang paling mulia sedang perbuatan yang menghasilkan kerosakan merupakan amalan atau tindakan yang paling hina .

Nota 4 :

a.] Kemaslahatan mempunyai 3 bahagian :

- Wajib
- Sunat
- Mubah ( harus )

b.] Kemudharatan mempunyai 2 bahagian :

- Haram
- Makruh

Sekian , semoga keputusan dibuat adalah yang terbaik :

Salam Perjuangan dari saya.
Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi