Friday, June 15, 2012

Sistem Pemerintahan Malaysia

Sistem Pemerintahan Malaysia

parlimen-bersidang

Dewan sedang bersidang

Dalam sistem pemerintahan Malaysia, terdapat tiga buah badan utama iaitu:-

• Badan Perundangan.
Badan ini hanya membuat undang-undang dan tidak boleh menyerahkan kuasa ini kepada mana-mana pihak dan tidak boleh mempunyai kuasa lain;

• Badan Pemerintah.
Badan ini hanya menjalankan kuasa eksekutif dan tidak boleh membuat undang-undang dan penghakiman; dan;


• Badan Kehakiman
Badan ini hanya menjalankan penghakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa eksekutif. Ketiga-tiga badan ini mempunyai kuasa, bidang tugas dan peranan masing-masing. Namun begitu, Badan Perundangan dan Badan Pemerintah berkait antara satu sama lain kerana Malaysia mengamalkan sistem kerajaan di mana ahli-ahli Badan Perundangan adalah juga Badan Pemerintah. Contohnya, Jemaah Menteri bertanggungjawab kepada Badan Perundangan (Parlimen Malaysia). Badan Kehakiman sahaja merupakan sebuah badan berasingan dan bebas daripada politik, bagi menjamin keadilan di negara ini.


KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM KERAJAAN MALAYSIA

Badan Perundangan
Badan Perundangan (Parlimen Malaysia) memiliki kuasa menggubal undang-undang persekutuan dan juga negeri-negeri di dalamnya. Parlimen terdiri daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan, iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Parlimen adalah badan kuasa perundangan untuk persekutuan yang membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh persekutuan. Parlimen juga mengawal kewangan kerajaan. Cukai-cukai dan kadar-kadar persekutuan boleh dinaikkan hanya dengan kuat kuasa Parlimen seperti yang dinyatakan dalam undang-undang persekutuan. Semua hasil yang diperoleh hendaklah dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Persekutuan Yang Disatukan dan semua wang hanya boleh dibelanjakan dengan kuasa Parlimen. Parti yang memenangi kerusi majoriti dalam pilihan raya umum dan dapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat akan membentuk kerajaan. Pemimpin parti majoriti yang mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri.

Yang di-Pertuan Agong
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Negara yang mengambil keutamaan mengatasi semua orang dalam persekutuan dan tidak boleh dikenakan dakwaan dalam apa-apa juga perbicaraan dalam mana-mana mahkamah. Yang di-Pertuan Agong dipilih oleh Majlis Raja-Raja mengikut peraturan yang termaktub dalam Jadual Ketiga Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong akan memegang jawatannya selama lima tahun kecuali baginda meletakkan jawatan atau dilucutkan jawatannya oleh Raja-Raja Melayu.

Sebagai ketua utama negara, baginda mempunyai kuasa eksekutif. Baginda berkuasa memanggil, membatalkan dan membubarkan Parlimen. Dalam melaksanakan kuasa, baginda mendapat nasihat daripada Jemaah Menteri. Yang di-Pertuan Agong boleh melaksanakan tiga perkara mengikut budi bicara baginda sendiri iaitu melantik Perdana Menteri, tidak mempersetujui pembubaran Parlimen dan meminta supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja. Baginda juga mempunyai kuasa pengampunan bagi semua kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan dan kesalahan-kesalahan tertentu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Baginda adalah Ketua Agama bagi Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak. Selain memegang tampuk tertinggi dalam Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga berperanan menentukan rizab orang Melayu dan bumiputera, jawatan perkhidmatan, biasiswa, bantuan keistimewaan pendidikan atau latihan, kadar permit atau lesen dan juga mengisytiharkan darurat.


Dewan Negara
Dewan Negara adalah Majlis Tertinggi yang berperanan membahaskan sesuatu rang undang-undang dengan lebih terperinci. Ia juga bertanggungjawab membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum. Mengikut Perkara 68, Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak sesuatu rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan. Walau bagaimanapun, Dewan Negara boleh menangguhkan pelaksanaan sesuatu rang undang-undang itu.

Dewan Negara mempunyai 70 orang ahli yang mana 44 orang dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada warganegara yang pada pendapat baginda “telah berbakti dengan cemerlangnya atau telah mencapai taraf gemilang dalam perkhidmatan awam, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan, perkhidmatan masyarakat atau wakil-wakil kaum yang terkecil bilangannya atau yang boleh mewakili kepentingan Orang Asli”. Wilayah Persekutuan dianggotai oleh empat orang ahli iaitu dua orang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli mewakili Wilayah Persekutuan Putrajaya juga dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebanyak 26 orang lagi dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dari 13 buah negeri di Malaysia, iaitu tiap-tiap sebuah negeri mengemukakan dua orang Senator.

Seorang Yang di-Pertua Dewan dan Timbalannya dipilih terlebih dahulu bagi mengendalikan Persidangan Dewan dari kalangan ahli-ahli sendiri. Keanggotaan Dewan ini dihadkan kepada warganegara yang berumur 30 tahun ke atas. Tempoh jawatan seseorang Ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan Ahli Dewan Negara boleh dilantik untuk kali kedua dan memegang jawatan Senator bagi tempoh tiga tahun lagi. Hanya dua penggal sahaja dibenarkan bagi setiap Senator memegang jawatannya. Tempoh memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara ini tidaklah terjejas dengan pembubaran Parlimen. Parlimen diberi kuasa oleh Perlembagaan untuk mengubah keahliah Dewan Negara, seperti menambah bilangan ahli-ahli dewan yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri menjadi tiga orang, memperuntukkan supaya ahli-ahli Dewan Negara itu dipilih oleh pengundi-pengundi, atau mengurangkan jumlah ahli-ahli Dewan Negara yang dilantik.

Dewan Rakyat
Dewan Rakyat merupakan majlis khas untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pendapat serta mendapatkan pembelaan menerusi wakil-wakil mereka. Ahli-ahli Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat keseluruhannya dalam pilihan raya umum. Yang di-Pertua dan Timbalannya dipilih oleh Dewan Rakyat. Namun demikian, terdapat pula satu syarat dalam perlembagaan yang membolehkan Yang di-Pertua dipilih dari luar Dewan Rakyat. Orang yang dipilih seperti ini dianggap sebagai ahli tambahan Dewan dan satu tambahan kepada ahli yang dipilih. Keanggotaan Dewan Rakyat dihadkan kepada warganegara yang berumur 21 tahun ke atas dan tidak boleh menjadi ahli Dewan Negara. Tempoh Dewan ini ialah lima tahun. Walau bagaimanapun, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkuasa, menurut kebijaksanaannya, untuk membubarkan Parlimen sebelum tempoh tersebut iaitu setelah memperoleh nasihat dari Perdana Menteri.

Ahli Dewan Rakyat pada masa ini ialah 222 orang yang mewakili kawasan pilihan raya di seluruh Malaysia. Pecahan kerusi Dewan Rakyat adalah 153 kerusi untuk negeri-negeri di Semenanjung, 25 kerusi untuk Sabah dan 31 kerusi untuk Sarawak, sementara Wilayah Persekutuan pula 13 kerusi iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (11 kerusi), Wilayah Persekutuan Labuan (1 kerusi) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (1 kerusi).



BADAN PEMERINTAH


Badan pemerintah atau eksekutif merupakan badan yang bertanggungjawab melaksanakan kuasa-kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan dan undang-undang.


Mengikut Perkara 39, Perlembagaan Persekutuan, kuasa memerintah Persekutuan Malaysia adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa ini boleh dijalankan oleh Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Jemaah Menteri. Tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang lain. Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah Timbalan Ketua Utama Negara. Apabila berlaku kekosongan disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak berupaya menjalankan tugas kerana sakit, tidak berada dalam Persekutuan Malaysia lebih daripada 15 hari atau kerana sebab-sebab lain maka Timbalan Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas Yang di-Pertuan Agong.

Jemaah Menteri
Jemaah Menteri merupakan badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di bawah Perkara 43, Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik barisan Jemaah Menteri untuk menasihatkan baginda dalam hal ehwal menjalankan tugas-tugasnya. Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti berikut:


a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik seorang daripada ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar daripada ahli-ahli Dewan itu sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri; dan


b) Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-menteri lain dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara.



Majlis Raja-Raja
Majlis Raja-Raja mengandungi semua Raja Melayu dan Yang di-Pertuan Agong. Tugas majlis ini seperti yang tercatat dalam Perkara 38, Perlembagaan Persekutuan adalah untuk:-


• Memilih Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi Persekutuan mengikut peruntukan-peruntukan Jadual Ketiga, Perlembagaan Persekutuan;


• Mempersetujui atau tidak mempersetujui supaya apa-apa perbuatan, amalan atau upacara agama meliputi seluruh persekutuan;


• Mempersetujui atau tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau memberi nasihat mengenai apa-apa pelantikan yang menurut Perlembagaan memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.



Badan Kehakiman


Badan Kehakiman adalah badan ketiga dalam sistem kerajaan Malaysia. Kuasa kehakiman ini terletak pada Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Kuasa Kehakiman juga terletak pada Mahkamah Agung yang mempunyai kuasa tertentu seperti yang termaktub dalam Perkara 126, 128 dan 130 Perlembagaan Persekutuan.



Fungsi Badan Kehakiman


Fungsi Badan Kehakiman bergantung pada taraf mahkamah-mahkamah seperti Mahkamah Agung, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah. Mahkamah Tinggi terdiri daripada dua buah, iaitu Mahkamah Tinggi Malaya – sebuah bagi Semenanjung Malaysia dan sebuah lagi bagi Sabah dan Sarawak (yang dahulunya dinamakan Borneo). Mahkamah Rendah di Semenanjung, Sabah dan Sarawak terdiri daripada Mahkamah Seksyen, Mahkamah Majistret dan Mahkamah Penghulu di Semenanjung manakala, Mahkamah Adat/Negeri di Sabah dan Sarawak. Di samping itu, terdapat juga Mahkamah Juvana bagi membicarakan kanak-kanak dan mereka yang di bawah umur 18 tahun. Fungsi-fungsi ini dijalankan mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan kepada mahkamah-mahkamah tersebut.

Pelantikan Hakim


Ketua Hakim Negara, Kedua-dua Hakim Besar Malaya dan Sabah dan Sarawak serta Hakim-hakim Besar Mahkamah Persekutuan dan Hakim-hakim lain Mahkamah Tinggi adalah dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Bilangan hakim di negara ini ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan meskipun keanggotaan mereka boleh diubah atas titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.



Sumber : Buku Malaysia 2009, Buku Rasmi Tahunan
Jabatan Penerangan Malaysia
Artikel dimasukkan pada : 28 Februari 2011

Thursday, June 14, 2012

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta


Assalamualaikum..

Wahai sahabat seakidahku.,Dengarlah pesanan ini:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan ‘si dia’.

2. Bercintalah kau dengannya sekadar sahaja.Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup,tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum engkau berhak menjadi milik ‘si dia’.

4. Apabila engkau menyintainya,binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariat-Nya.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu,yang hakikatnya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik dalam untukmu,maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating,cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cinta-Nya.



9. Jika engkau masih belum bercinta,tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah,kelak Allah akan tarik kebahagiaan darimu.

Wednesday, June 13, 2012

Pembentukan Rang Undang

Pembentukan Rang Undang
Pembentukan Rang Undang

Perkara 66 menjelaskan kuasa Parlimen dalam mengubal undang-undang. Rang undang-undang itu mestilah diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen.





• Sesuatu rang undang-undang itu boleh dikemukakan permulaannya di mana-mana dewan (biasanya bermula di Dewan Rakyat) dan kemudian di bawa ke Dewan Negara. Ada juga rang undang-undang yang bermula di Dewan Negara, dalam keadaan ini setelah melalui peringkat bacaan ketiga, rang undang-undang itu hendaklah dibawa ke Dewan Rakyat.



• Rang Undang-undang Awam/Kerajaan (Public Bills) merupakan rang undang-undang yang paling kerap dan mustahak dikemukakan di Parlimen. Rang Undang-undang jenis ini ialah rang undang-undang yang melibatkan keseluruhan undang-undang yang berhubung dengan dasar awam dan ianya dikemukakan oleh kerajaan.



• Sebelum diluluskan, sesuatu rang undang-undang itu mestilah melalui tahap-tahap berikut:



i. Bacaan Pertama:

Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa
perdebatan dibenarkan;

ii. Bacaan Kedua:

Ia dilakukan sekiranya rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan
kepada ahli dewan. Rang undang-undang akan dibincangkan secara teliti di
mana ahli-ahli dewan dibenarkan membahaskan rang Undang-undang
tersebut dan mereka boleh menyokong atau membangkang rang undang
undang berkenaan melalui undi;



iii. Peringkat Jawatan kuasa:
Sesudah dibahas rang undang-undang dirujuk kepada suatu jawatankuasa.
rang undang-undang akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci.
Jawatan kuasa berkenaan berhak mengubahsuai dan meminda rang
undang-undang jika perlu;



iv. Bacaan Ketiga:
Bacaan ketiga ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa
kandungannya sahaja. Kemudian dilulus dan dibawa ke Dewan Negara.



• Apabila sesuatu rang undang-undang itu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen ia hendaklah diserahkan kepada YDPA untuk diperkenankan dan dalam masa tempoh 30 hari YDPA baginda hendaklah memperkenankan rang undang-undang itu.



• Rang undang-undang yang diperkenankan oleh YDPA akan menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini kemudiannya akan diwartakan untuk dikuatkuasakan.

Tuesday, June 12, 2012

melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan

SILA AMBIL PERHATIAN..
Kepada teman-teman Facebook, janganlah melibatkan diri dengan sebarang game aplikasi ramalan tentang nasib dan seumpamanya.



"Tahun yang sesuai untuk anda berkahwin".
"Rumah yang sesuai untuk anda".
"Pasangan yang sesuai untuk anda".
"Peratus cinta anda pada si dia".

Ia perbuatan haram serta jalan kepada syirik dan kekufuran. Sekalipun untuk suka-suka. Ini adalah konsep mendatangi rumah tukang ramal cara moden.

Sekadar suka-suka menekan, sama seperti anda mendatangi peramal nasib, dan jika anda mempercayainya sama seperti anda mempercayai peramal nasib.

Nabi dah pesan tentang hal ini.

من أتى عرافاً فسأله عن شيء لم تقبل له صلاة أربعين يوماً

"Siapa yang mendatangi tukang ramal lalu bertanyakan sesuatu kepadanya, tidak akan diterima solatnya 40 hari". [H.R. Muslim]

Analoginya ialah sama dengan menekan butang game aplikasi ramalan dalam Facebook.

من أتى كاهناً فصدقه بما يقول فقد كفر بما أنزل على محمد

"Siapa yang mendatangi tukang ramal dan membenarkan apa yang dikatakannya, maka sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang dibawa oleh Muhammad s.a.w". [H.R. Abu Daud]

Analoginya ialah sama dengan mempercayai dengan jawapan game aplikasi ramalan tersebut.

Kontrak Cinta Sejati

Sekeping hati. Teruji. Kehadiranmu insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman. Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan. Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan. Hati mana tidak berbunga harapan.



Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan. Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian. Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.

Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan. Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan.

Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita, apa pun ujian yang datang. Takdir itu tetap menjadi noktah! Walaupun seluruh makhluk cuba merungkaikannya namun Allah tetap tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki takdir itu. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.

Ibnu Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian. Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya. Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram. Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan. Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita. Begitu jua lah sebaliknya.

“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.

InsyaAllah. Yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan. Yakinlah dengan kekuatan doa yang tulus mampu mengubah segala-galanya.

Monday, June 11, 2012

♥ 5 Jambatan Kehidupan ♥

♥ 5 Jambatan Kehidupan ♥

1. Jambatan terpendek adalah: PUTUS ASA ♥
2. Jambatan terpanjang adalah: PENGHARAPAN ♥
3. Jambatan terkuat adalah: IMAN ♥
4. Jambatan termahal adalah: PENGORBANAN ♥
5. Jambatan terindah adalah: KASIH SAYANG ♥

Sunday, June 10, 2012

Military of Malaysia!

Lagi artikel yang dipetik dari Military of Malaysia!

29 Fakta menarik tentang pertahanan negara kita!



1. Malaysia pernah menghantar pasukan tentera semasa Perang Vietnam bagi membantu Amerika Syarikat menjejaki gerila Viet Cong.

2. Kemalangan pesawat MAS (MH653) di Tanjung Kupang bukan berpunca dari kerosakan enjin atau pilot error tetapi ada orang kata perbuatan sabotaj atau rampasan.

3. Komando Malaysia pernah membantu tentera AS bagi menandakan sasaran-sasaran tentera Serb melalui Laser Target Designator untuk dimusnahkan dengan “Smart Bomb” dari pesawat pengebom NATO.

4. Pernah berlaku pemberontakkan “Mutiny on ship” dalam sejarah Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), mereka yang terlibat kemudian dibicarakan di Mahkamah Tentera (Fakta tidak dapat disahkan).

5. Kapal perang TLDM, KD Selangor pernah terlibat dengan
pertempuran laut dengan tentera Indonesia di mana seorang anak kapalnya mati semasa peristiwa konfrantasi dahulu.

6. Tahukah anda filem “Black Hawk Down” mengisahkan pemberontakan di Somalia, menyelewengkan fakta sebenar di mana sebenarnya tentera Malaysialah yang menjadi wira , tetapi oleh kerana ia filem Hollywood, maka peranan Malaysia langsung tidak diiktiraf.

7. Beberapa orang pegawai dari lain-lain pangkat dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditangkap kerana menjual maklumat semboyan kepada pihak Singapura.

8. Juruterbang Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan standby di cockpit pesawat mereka 24 jam apabila timbul isu panas terutama yang melibatkan Singapura.

9. TUDM telah menghantar pesawat Hawk ke Labuan semasa untuk kemungkinan peperangan semasa isu perebutan kepulauan Ambalat dengan Indonesia.

10. Seorang rakyat Malaysia pernah menjadi perisik KGB dan telah ditangkap oleh pegawai perisikan negara di antara tahun 70 - 80an dahulu dan beliau mengakui pegawai Cawangan Khas dan risik ATM sebenarnya sangat cekap.

11. Malaysia pernah mahu membeli pesawat Boeing AWACS semasa tahun 80an dahulu tetapi membatalkan hasrat tersebut selepas niatnya di bocorkan oleh media tempatan, wartawan yang mendedahkan isu itu kesemuanya di soal siasat oleh polis Bukit Aman.

12. TLDM sudah pun mempunyai kapal selam tetapi dalam bentuk mini subs, untuk kegunaan pasukan PASKAL.

13. Filiphina pernah “mengacah” sebuah kapal perang TLDM apabila dua jet pejuang F-5 mereka terbang rendah semasa satu isu dahulu.

14. TLDM sering membantu AS melalui pergerakkan kapal-kapal selam Russia di Selat Melaka semasa era Perang Dingin dahulu dan ini menunjukkan, TLDM sudah pun mempunyai sistem pengesan kapal selam yang amat baik pada ketika itu.

15. Singapura sering menguji sistem pertahanan Malaysia terutama radar melalui sistem peperangan elektroniknya dari dahulu sehingga sekarang.

16. Jumlah pelancong Singapura akan bertambah di sesuatu kawasan apabila ATM membuat eksesais tentera di kawasan terbabit.

17. Tentera Singapura akan membawa peluru betul tetapi berselindung di sebalik nama latihan apabila timbul isu panas dengan Malaysia sebagai contoh ketika lawatan seorang pemimpin Israel ke negara itu satu ketika dahulu.

18. CIA pernah memasang pelbagai alat pengintipan canggih di KLCC, aktiviti tersebut berselindung di sebalik pengambaran filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones (Fakta tidak dapat disahkan)

19. Komando Malaysia pernah dihantar dalam satu misi khas ke Manila untuk mengambil dokumen berkaitan dengan Sabah satu ketika dahulu (Fakta tidak dapat disahkan)

20. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang berjaya menghancurkan ancaman komunis sedangkan kerajaan demokratik Vietnam yang dibantu oleh Amerika Syarikat tewas kepada komunis.

21. Program permodenan ATM yang dikenali PERISTA dibatalkan oleh bekas PM, Mahathir Mohamad apabila terlalu banyak penyelewengan dalam program itu. PERISTA dibangunkan sebagai persediaan untuk menghadapi ancaman komunis yang telah menang di Vietnam.

22. Kapal perang tercanggih TLDM (bergantung kepada zaman) akan dihantar dahulu dan berlabuh di perairan antarabangsa apabila ada lawatan Perdana Menteri Malaysia ke negara itu.

23. Pesawat Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
pernah divert (tidak diketahui sesiapa) ke Pakistan untuk melihat ujian bom nuklear pertama negara itu. Mahathir kini TUN menjadi satu-satunya pemimpin Islam di luar Pakistan yang pernah menyaksikan ujian tersebut (maklumat ini disampaikan sendiri dari seorang anggota perisikan Pakistan kepada penulis satu ketika dahulu).

24. Juruterbang Australia pernah menggelar pilot pesawat pejuang TUDM, “Berani tetapi Gila” dalam satu temuramah dengan media di negara kita. Australia dan TUDM sering mengadakan latihan bersama semasa negara itu mempunyai skuadron pesawat pejuangnya di Butterworth.

25. Helikopter Nuri pernah ditembak jatuh dengan roket semasa darurat dahulu.
26. Peristiwa di Pasar Bakara, Somalia menyaksikan dua buah kereta kebal Pakistan yang sepatutnya melindungi konvoi tentera Malaysia bertindak melarikan diri (Ini disahkan oleh seorang pegawai tentera).

27. Kapal peronda TLDM pernah karam di Laut China Selatan akibat cuaca buruk dan beberapa orang anak kapalnya hilang.

28. Dua pesawat pejuang jenis Sabre dari Butterworth (tahun 1970an) pernah dilancarkan ke udara selepas radar di pengkalan itu mengesan pencerobohan pesawat asing (UFO-hal ini pernah saya baca dalam akhbar di Perpustakaan Negara dan ada dalam sebuah buku mengenai UFO yang saya temui di perpustakaan UiTM Shah Alam).

29. Komando Malaysia pernah mencerobohi kompleks pertahanan udara Singapura di Bukit Batuk.

Ambil wudhuk tidak perlu banyak

"Ambil wudhuk tidak perlu banyak, tetapi biar sempurna. Ini kerana basuhan dengan air itu hanyalah simbolik. Yang hendak dibasuh bukanlah najis yang ada di wajah dan anggota kita, tetapi kotoran dosa yang dibawa oleh mata, mulut, telinga, tangan dan juga kaki".

:::Tuan Guru Dato' Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat:

Saturday, June 09, 2012

Wasiat Rasulullah Kepada Para Suami.

Wasiat Rasulullah Kepada Para Suami.

Rasulullah s.a.w. menyuruh para suami agar berbuat baik kepada isteri dan bersederhana dalam mendidik para isteri, sehingga ke saat kewafatannya pun Baginda masih berwasiat tentang perkara ini. Rasulullah SAW bersabda ““Aku berwasiat kepada kamu supaya menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Sekiranya kamu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan sekiranya kamu membiarkannya akan terus bengkok selama-lamanya. Justeru, berpesan-pesanlah kepada wanita (dengan kebaikan).” (Riwayat Syaikhain melalui Abu Hurairah)



Siti Hawa dijadikan dari tulang rusuk bahagian yang paling atas Nabi Adam a.s. Tulang rusuk yang paling atas adalah bahagian yang senang dipatahkan. Begitu jugalah dengan perempuan, seorang suami perlu bersederhana dalam mendidik isteri. Jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. Janganlah seorang suami terlalu cerewet dengan perkara yang remeh-temeh seperti lauk atau masakan isteri yang kurang masin. Asalkan seorang isteri itu patuh ajaran Islam, meminta izin apabila hendak keluar rumah dan tidak curang kepada suaminya, maka memadailah. Jangan pula langsung tidak menegur atau menasihati isteri apabila mereka tidak mematuhi ajaran Islam.

An-Nisaa [34]….jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka….

Dalam kehidupan rumah tangga Rasulullah s.a.w, baginda telah meninggalkan contoh teladan kepada kita betapa baginda berbuat baik kepada keluarganya. Dalam sebuah hadis, baginda telah bersabda, yang bermaksud: “Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling baik dengan keluarganya dan aku adalah yang paling baik terhadap keluargaku.” (Hadis riwayat Tabrani)

Bahkan Baginda turut membantu dalam melakukan kerja-kerja rumah dan selalu membuat sendiri sesuatu kerja seperti menjahit pakaiannya tanpa menyuruh isteri Baginda. Sunnah “layan diri” atau Do IT Yourself (DIY) ini turut diamalkan oleh masyarakat Barat walaupun mereka bukan beragama Islam.

Monday, June 04, 2012

Solat Sunat GERHANA BULAN

Solat Sunat GERHANA BULAN

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumat

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan




أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadis :

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Maksud: Dari Aisyah r.a. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah SAW berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian beliau mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan beliau berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian beliau ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian beliau sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian beliau bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana)maka bersyukurlah kepada solat gerhana”

(Riwayat Bukhari 4-hlm: 358)


عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Maksud: Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah SAW, maka diserukan : ‘as solatu jami`ah’. Lalu Rasulullah SAW melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu”(Sahih Muslim 2-hlm: 81)

Secara ringkasnya seperti berikut :

1. Takbiratul Ihram.

2. Membaca doa iftitah.

3. Membaca Ta`awudz. ( تعاوز )

4. Membaca surah al-FatihaH

5. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal surah al-Baqarah.

6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

7. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

8. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

9. Iktidal.

10. Sujud dan membaca tasbih.

11. Duduk antara 2 sujud.

12. Sujud kembali.

13. Berdiri ke rakaat kedua.

b. Rakaat kedua.

1. Membaca surah al-Fatihah.

2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.

3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

4. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah

atau mana-mana surah.

5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

6. Iktidal.

7. Sujud dan membaca tasbih.

8. Duduk antara 2 sujud.

9. Sujud kembali.

10. Membaca tasyahud akhir.

11. Memberi salam.

Sunday, June 03, 2012

13 Mei 1969 - The Truth

13 Mei 1969 - The Truth
Posted by Sisi Jam on May 21, 2012 at 1:07pm in Sembang Politik
Back to Sembang Politik Discussions

Sumber rujukan: analisis jebat must die dan buku tulisan Tunku Abdul Rahman
olahan semula oleh dozzvader.blogspot.com

ok la..tentu ramai yang tahu sekarang yang DAP dan RPK sekarang sedang memutar sejarah dengan berbohong tentang apa yang sebenarnya berlaku pada 13 mei 1969 iaitu rusuhan kaum terburuk antara 2 kaum majoriti terbesar di Malaysia. paling latest aku ada terbaca yang pihak DAP mengatakan bahawa UMNO ( maksud mereka orang melayu la tu) yang memulakan rusuhan tersebut. Bukti yang mereka rujuk ialah dari buku tulisan Dr Kua Kia Soong yang bertajuk "Declasiffied Documents On The Malaysian Riots 1969". buku tersebut menyatakan bahawa :
Tun Abdul Razak merancang rusuhan 13 mei tersebut untuk merampas kuasa dari Tunku Abdul Rahman.
Datuk Harun Idris mengetuai pemuda Umno untuk memulakan serangan terhadap kaum cina tanpa sebarang provokasi.
Rusuhan itu bukan dicetuskan oleh Pembangkang yang Rasis dan gerakan subversif komunis.
Tapi ada perkara yang secara terang-terangan tidak diceritakan. Ini la part yang aku nak ceritakan kat korang semua agar kita sama-sama tahu dan tidak tertipu dengan penipuan hebat dari para sosialis dan komunis yang sedang berusaha menjatuhkan bangsa kita secara senyap.


Sedikit sejarah tentang perselisihan kaum di Malaysia sebelum 13 Mei :
Untuk melindungi Malaya dari kebangkitan komunis,Kerajaan telah menjalankan usaha untuk merekrut orang cina untuk menyertai pasukan polis. Dari tahun 1949 hingga 1951 (3 tahun),Usaha kerajaan untuk menarik penyertaan orang cina gagal. Hanya 200 belia cina yang mendaftar secara sukarela. Bila National Service atau Khidmat Negara diperkenal pada tahun 1950, ramai orang Cina dan India mencari jalan untuk meninggalkan Malaya.
Lebih dari 10,000 orang cina lari ke China untuk mengelak dari dipanggil untuk berkhidmat. Ini menambahkan perasaan tidak puas hati dikalangan orang melayu hingga Sir Henry Gurney memberi komen " Perasaan tidak puashati dari komuniti bukan cina semakin bertambah kerana orang cina seperti tidak mahu membantu. mereka hidup selesa dan hidup hanya untuk membuat wang.."


Walaubagaimanapun, masih terdapat juga warga cina yang patriotik yang tinggal dan menjalankan tanggungjawab dengan membantu berjuang mempertahankan negara dari komunis. Mereka adalah antara wira negara kita yang berani. Tidak seperti kebanyakan opportunis rasis yang cabut lari bila keadaan negara susah dan pada masa yang sama mengutuk Malaysia dari luar.
2. Rusuhan kaum di Pulau Pinang pada 2 Januari,1957 menyebabkan 4 kematian dan 48 cedera. Kejadian berlaku pada hari pengisytiharaan Georgetown kepada status Bandar oleh kerajaan British. Kejadian bermula setelah masyarakat cina yang menyambut hari tersebut tersalah anggap kepada orang melayu yang sedang sama-sama memerhati sambutan tersebut. Ketibaan pasukan polis dengan cepat telah mengelak rusuhan merebak keseluruh negeri.


3. Pada May 1959, satu lagi rusuhan tercetus diantara melayu-cina yang berlaku di Pulau Pangkor. Konfrontasi antara samseng melayu dan kongsi-gelap cina menyebabkan rumah penempatan terbakar dan 2 melayu terbunuh dan 8 cedera.Pihak cina mengalami 1 kematian dan 2 belia tercedera. Perintah berkurung seluruh pulau dikenakan untuk beberapa hari disebabkan rusuhan kaum tersebut.

4. Di Bukit Mertajam sekitar tahun 1964, seorang melayu dan seorang cina terbunuh kerana perselisihan kecil. Beberapa ramai tercedera. Ia bermula bila seorang pekerja pasar telah dipukul dengan cangkul oleh seorang remaja cina berusia 15 tahun yang menjual sayur dipasar tersebut. Dari kejadian tersebut, berlaku serangan kecil di sana-sini dan rumah-rumah dibakar ketika pekerja pasar tersebut cuba membuat laporan kepejabat daerah. Akhirnya perintah berkurung dikenakan untuk mengelakkan rusuhan berlanjutan.


5. Pada tahun 1967 ketika matawang disusut nilai, elemen komunis didalam Parti Buruh memulakan 'Hartal' (menutup kedai tanda protes) pada 19 November untuk mengekspoitasi isu berkenaan dalam propaganda anti-susut nilai. Mereka memilih Pulau Pinang sebagai sasaran kerna situasi sensitif perkauman di pulau tersebut. Ini kerana ketegangan kaum sudah ada sejak 10 tahun (dari rusuhan kaum yang pertama 10 tahun sebelum). Orang melayu yang tidak tahu menahu tentang 'Hartal' telah diserang secara kejam oleh kongsi gelap ahli Pembangkang yang berbangsa cina yang menyebabkan kematian dan kecederaan dimana beberapa rumah dan kereta dibakar. nota : ada blogger pro pembangkang menyeru dilancarkan 'HARTAL' untuk menyatakan perasaan tidak puas hati terhadap ISA. Apakah agenda beliau?!

Tunku mengaitkan -


“The communists however, never left us alone. If they couldn’t carry out open aggression they at least carried out intensive and extensive acts of subversion. In 1967, we had to adjust our currency to meet our financial exigency, and so we devalued very slightly our currency – so slightly that nobody noticed. But in Penang the Socialist Front, an opposition party somewhat hostile to the Alliance Government, declared a hartal (closing of shops as mark of protest or sorrow)…


So when they declared the hartal the gangsters and thugs took it upon themselves to start trouble, and attacked the harmless Malay people whom they regarded as the favoured children of the Government. In fact these Malays were ignorant shoppers who knew nothing valuation or devaluation of our currency, and they were taken completely by surprise.”

Tunku menulis tersebut pada tahun 1980. Beliau menulis pendapat beliau di dalam kolum mingguan beliau di The Star. Ini kemudianya dikumpul dan dijadikan buku 'Political Awakening'. Keratan diatas khususnya telah menunjukan penipuan Kua Kia Soong yang mengatakan Tunku Abdul Rahman telah berhenti menyalahkan komunis terhadap krisis tersebut.


6. Pada Jun 1968, kekacauan perkauman meletus bila 11 anggota PKM dan 2 melayu telah dijatuhkan hukuman mati kerana membantu Soekarno menceroboh Johor sewaktu zaman Konfrantasi Malaysia-Indonesia. Ketika hukuman bunuh kerana khianat terhadap negara hendak dijalankan, MP BATU, Dr Tan Chee Koon dari Parti Buruh telah membuat rayuan terhadap hukuman tersebut. Beliau telah mendapatkan sokongan dari komuniti cina yang pro komunis dan berusaha membakar semangat perkauman orang cina yang lain. Sementara itu, di luar pagar penjara Pudu dan di sepanjang jalan menghala ke penjara Pudu (sekarang Jalan Sultan ISmail dan Jalan Pudu), mereka berdemonstrasi secara ganas dengan membaling botol dan batu kearah kereta dan menghalang pergerakan lalulintas dijalan-jalan yang sibuk.

7. Serangan paling ganas dari Parti Pembangkang berlaku pada 24 April, 1969 ; 2 minggu sebelum Pilihanraya Umum yang paling bersejarah. Seorang pekerja UMNO bernama Kassim bin Omar telah dibunuh dengan kejam semasa dari perjalanan pulang dari pusat kempen oleh ahli Parti Buruh yang berbangsa cina. Ditelah dibelasah seperti binatang dan dibunuh di tepi jalan besar dan cat merah disapukan ke muka mayat beliau. Pembunuhan tanpa sebab dan sengaja itu telah mengahantar satu isyarat kepada kerajaan. Parti Pembangkang telah menjadi pembunuh politik (political murderers).


Sifat rasis mereka yang tinggi telah merasa darah dan mereka mahukan darah lagi. Mereka dengan sesuka hati telah membunuh seorang melayu yang tidak bersalah tanpa sebarang provokasi hanya kerana ingin membuktikan kekuatan politik mereka. Ketegangan perkauman melonjak ke tahap serius tapi pertumpahan darah telah dapat dielakkan disaat akhir setelah ketua-ketua UMNO mengarahkan mayat encik Kassim dikebumikan dengan segera secara senyap dan ditanam dengan penghormatan sebagai wira. Ketua UMNO ketika itu begitu sensitif dengan perasaan awam dan dikatakan terlalu bertolak ansur terhadap puak cina Chauvinist dan Rasis.

Cuba kita fikir, apa persamaan kekacauan yang berlaku dahulu dengan cara kekacauan yang cuba dicetus oleh DAP sekarang? Banyak persamaan bukan? Dari segi motif, hanya satu. Perjuangan mereka hanya untuk orang cina yang Rasis yang amat benci dengan orang Melayu.


PERKARA YANG DISOROK OLEH PEMBANGKANG DAP:




En Kassim bin Omar, seorang pekerja UMNO telah dibunuh dengan kejam pada 26 April di Pulau Pinang oleh belia parti buruh ketika beliau hendak pulang kerumah selepas membantu kempen pilihanraya dan disimbah cat merah dan ditulis perkataan 'Jangan keluar mengundi'. Provokasi melampau dari Pembangkang. AL-fatihah untuk beliau.(sila klik gambar)


Perarakan pengkebumian seorang 'Pejuang' cina bersama-sama logo Parti Buruh pada 9 mei 1969 bersama-sama banner berbaur perkauman dan komunisma yang melencong jauh hingga ke Kampung Baru. (sila Klik Gambar)





slogan-slogan berunsur provokasi dan cacian perkauman terhadap orang melayu yang memerhati di tepi jalan (sila klik Gambar)



slogan yang menjadi bukti bahawa Pembangkang memang bersekongkol dengan Komunis dan Rasis Extremis. (Sila Klik Gambar)


Itu baru perarakan kematian seorang bangsa cina yang melencong jauh hingga masuk ke kawasan penempatan melayu dan mencaci dan memaki orang melayu hingga maghrib. Orang Melayu masih bersabar walaupun hati mula terbakar dengan perangai golongan cina Rasis Chauvinist yang didokong oleh Parti Buruh dan DAP.


Pada 12 Mei, perarakan kemenangan oleh Parti Gerakan dan DAP pula memenuhi jalan-jalan utama di Ibukota. Seperti biasa, jeritan dan slogan perkauman terutama slogan anti-melayu menjadi pilihan mereka. Orang Melayu masih bersabar.

Seperti
kelaziman juga perarakan mereka sekali lagi telah melencong dan memasuki kawasan penempatan melayu dan cercaan dilemparkan secara terus-menerus. Orang Melayu masih bersabar.
Perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan (sila Klik Gambar)



Tragedi bermula. Aku lampirkan keratan dari buku Tunku.

Bab X

Mabok "Kemenangan"

Muka 87 ...
Sebagaimana yang telah saya sebutkan di-atas tadi, keputusan2 pilehanraya pada kali ini telah memeranjatkan semua pehak parti2 politik. Saya perchaya mereka yang se-habis terperanjat sa-kali ia-lah DAP dan parti baru Gerakan di-atas kejayaan2 yang mereka sendiri tidak sangka. Mereka terus merasa sombong dan bongkak.
Dengan kelakuan sombong yang mereka tunjokkan itu, maka tidak-lah boleh hendak
disalahkan jika pelawat2 dari luar negeri menyangka bahawa parti2 itu-lah yang telah memenangi pilehanraya2 itu pada keselurohan-nya. Parti2 itu dengan tidak berlengah2 lagi mengatorkan perayaan2 menyambut 'kemenangan' mereka.

Pada pagi Ithnin, 12hb Mei, Dr Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dalam kawasan Batu, Selangor dengan kelebehan undi yang besar, telah meminta kebenaran Polis untok mengadakan satu perarakan kemenangan oleh anggota2 Parti Gerakan-nya. Satu permit telah di-keluarkan dengan sharat perarakan itu melalui jalan2 yang telah di-setujui oleh polis. DAP pula telah membuat keputusan hendak mengadakan perarakan pada hari esok-nya,hari Thalatha, 13hb Mei dengan tidak mendapatkan kebenaran polis. Chadangan ini tidak di-teruskan. DAP telah champor sama dalam perarakan Gerakan.

Muka 90 ...
Sa-telah perarakan yang berlesen itu tamat, perarakan2 haram yang penoh dengan perbuatan dan kelakuan biadab dan samseng telah di-adakan. Mereka telah melanggar perentah2 polis, dan melalui jalan2 yang tidak di-beri kebenaran sa-hingga menggendalakan lalu lintas. Perasaan gila kemenangan telah memunchak dan tidak terkawal lagi, dan pehak Komunis pasti pula mengambil kesempatan menghasut dan menghangatkan perasaan mereka. Orang2 yang menang pilehanraya itu telah membuat satu kekhilapan yang besar, sa-kali pun mungkin mereka tidak bertanggong-jawab atas kejadian itu.

Perarakan haram ini telah masok ka-Jalan Campbell dan Jalan Hale, ia-itu jalan2
menghala masok ka-Kampong Baharu di-mana tiga puloh ribu orang2 Melayu telah hidup dengan rukun damai dalam kawasan mereka sendiri yang terletak di-tengah2 bandar Kuala Lumpur dari semenjak bertahun2. Jalan Hale ia-lah sa-batang jalan besar di-Kampong Baharu. Di-sapanjang2 jalan itu mereka telah bertempek sorak, dan apakala mereka berada di-kawasan orang2 Melayu itu, mereka telah mengejek2 dan menunjokkan kebesaran mereka untok menaikkan perasaan marah orang2 Melayu.

Bab XI Api Menyala Malam

Muka 98

...
Dia (KSU sulit Tunku) telah memberitahu saya bahawa Umno akan mengadakan satu perarakan untok merayakan kemenangan parti, dan mereka yang akan mengambil bahagian akan berhimpun di-rumah Menteri Besar Selangor, Dato' Harun bin Haji Idris di-Jalan Raja Muda.

Muka 99

...Tunjok2 perasaan yang di-lakukan oleh Gerakan pada 12hb Mei bukan sahaja telah menimbulkan perasaan marah orang2 Melayu bahkan juga telah menyakitkan hati mereka. Saya sendiri bimbang perarakan yang akan di-adakan oleh Umno itu mungkin membawa kapada kekachauan.

Muka 100

...Dalam masa kami (Tunku dan Tun Sambathan) melanjutkan perbualan2 itu, satu panggilan talipon telah di-terima pada jam 6.45 petang, meyatakan bahawa satu kejadian yang ngeri telah berlaku di-Jalan Raja Muda dalam mana beberapa orang China telah di-serang.

Muka 101

Tidak lama kemudian, Enche' Mansor, Ketua Lalu Lintas Polis Kuala Lumpur, dan
satu dua orang lagi telah datang berjumpa saya dan memberitahu bahawa beberapa kejadian pembunohan telah berlaku. Bandar Kuala Lumpur terus di-letakkan di-bawah perentah berkurong mulai 7.00 petang. Pasokan2 Keselamatan telah keluar mengawal dan ashkar2 telah di-panggil untok membantu.

Muka 106

...Kuala Lumpur telah menjadi satu bandar yang terang dengan api kebakaran2 dan dapat di-lihat dengan jelas daripada rumah saya yang terletak di-atas bukit. Ini-lah satu pandangan yang sangat meyedehkan dan saya tidak sangka saya akan menyaksikan kejadian yang saperti itu semasa-masa hayat saya. Api yang menjilat bangunan itu telah menghanguskan segala usaha2 saya dalam beberapa tahun yang lepas untok menjadikan Malaysia sa-bagai sa-buah negara yang bahagia dan aman, dan juga menghanchorkan impian saya hendak menjadi Perdana Menteri yang sa-habis2 bahagia sa-kali di-dalam dunia.

Muka 109

...Ketika mereka sedang berhimpun di-halaman rumah Dato' Harun, tiba2 perkhabaran telah di-terima yang menyatakan bahawa orang2 China telah menyerang orang2 Melayu di-Setapak, kira2 satu atau dua batu hala ka-Utara, sa-masa orang2 Melayu itu sedang dalam perjalanan hendak mengabil bahagian dalam perarakan yang akan bergerak dari Jalan Raja Muda. Perkhabaran itu segera menaikkan berang orang2 Melayu yang sedang berhimpun, dan mereka terus mengamok dengan tidak dapat di-kawal lagi. Dua orang China yang melalui jalan itu dengan menonggang motosikal telah di-serang dan di-bunoh. Dengan itu bermula-lah rusohan 13hb Mei yang meletuskan kekachauan yang belum pernah berlaku saperti-nya dalam sejarah Malaysia.



Tidak lupa juga ingin aku nyatakan, Jika DAP,Gerakan dan Parti Buruh berusaha memburukan imej melayu dan Umno dimata masyarakat cina ketika itu, PAS adalah petualang yang memburukkan imej melayu Umno dan Islam Umno dimata orang melayu sendiri. Mereka juga secara tidak langsung menjadi ejen menghancur bangsa dan negara dengan membuat pakatan rahsia dengan DAP.
Itu adalah fakta. Jika ada orang PAS yang tidak percaya, silalah rujuk kemana-mana perpustakaan dan carilah topik berkenaan 13 Mei yang ditulis oleh pejuang negara. Kalau buka harakah atau buku tulisan penulis prokomunis memang sampai kiamat takan jumpa punya. Sebenarnya banyaklagi perbuatan keji DAP dan Parti Buruh menghina bangsa aku ketika itu yang aku tak nak tulis di sini kerana aku terlalu marah terhadap kezaliman mereka. Aku bukan rasis tapi aku tetap akan marah jika bangsa aku dihina dan diperlakukan sedemikian rupa. Buat kalian yang membaca, hayatilah sejarah agar sejarah itu tidak berulang. Semoga Allah melindungi kita semua dari b******-b****** negara ini. Amin.
Tatap dan renungi gambar terakhir diatas. Pilihan ditangan anda.