Monday, August 19, 2013

Tidak Wajar Menggunakan Senjata Dalam Demonstrasi Aman.


[ Terkini Isu Semasa Mesir ] Ahad | 18 Ogos 2013 | 10.57 malam Mufti Mesir, Syeikh Syeikh Syauqi Ibrahim : Tidak Wajar Menggunakan Senjata Dalam Demonstrasi Aman. Beliau turut menegaskan, rakyat Mesir perlu mempertahankan Mesir dari terus bergolak dan menyeru kepada semua golongan agar bersatu menentang kekejaman yang berlaku. Tindakan mengangkat senjata dalam perhimpunan ini haram di sisi syarak, bahkan berdosa besar, kerana menyebabkan berlakunya pertumpahan darah saudara seislam. Sabda Rasulullah SAW: "Mencela muslim itu fasik dan membunuhnya itu kafir". Beliau juga meminta agensi yang terlibat berusaha untuk mengembalikan ketenteraman awam. Meskipun sukar, agensi tersebut perlu bertahan sehingga keamanan mesir dipulihkan. Rakyat Mesir perlu cakna dengan isu semasa yang berlaku dan tidak mudah terpedaya dengan khabar angin serta berita palsu. Semoga Allah memelihara Mesir dari segala keburukan yang terzahir ataupun tersembunyi. "Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan" #pray4egypt #persekutuanmelayurepublikarabmesir Share

Friday, August 16, 2013

Terkini : Sehingga jam 5 petang 15 Ogos]


Terkini : Sehingga jam 5 petang 15 Ogos] 1. Demonstrasi mega di Yaman mengutuk jenayah meleraikan demonstrasi aman di Rabiatul Adawiyah dan Nahdhah secara ganas dan menumpahkan darah. 2. Presiden Amerika, Obama membuat keputusan membatalkan latihan bersama "Bintang Bersinar" antara tentera Amerika dan Mesir. 3. Denmark menggantung bantuannya kepada Mesir dan German memanggil Duta Mesir untuk menyatakan bantahan terhadap pembunuhan terhadap demonstran aman di Mesir. 4. Demonstran menyerbu bangunan Gabenor Giza. Perarakan aman berlaku di Iskandariah, Fayyoum, Tanta dan Aswan. 5. Gehad el Haddad (Jurucakap Rasmi Ikhwan Muslimin) : Kami akan meneruskan perjuangan ini sehingga dikembalikan semula legitimasi yang dicabuli. 6. Menteri Dalam Negeri Mesir (Kerajaan haram Kudeta) : Kami tidak akan membenarkan sama sekali sebarang perhimpunan di semua medan utama di seluruh Mesir dan akan bertindak tegas tanpa mengira kesan yang bakal berlaku. 7. Esam Eryan, Timbalan Presiden FJP menafikan menerusi Twitternya dia ditahan, begitu menafikan adanya kepimpinan Tahaluf Wathani yang ditahan. 8. Obama menyeru segera dihentikan penguatkuasaan undang- undang darurat di Mesir dan memulakan usaha mencari jalan penyelesaian terhadap kemelut di Mesir. 9. Erdogan meminta Majlis Keselamatan PBB segera mengadakan msyuarat tergempar bagi membincangkan kegawatan di Mesir. Sumber: FJP dan Jazeera dan TV Al Quds ‪#‎mesirkini‬

Thursday, August 15, 2013

Menghaluskan Wajah


Petua Untuk Menghaluskan Wajah Untuk menghaluskan wajah dan seluruh kulit di tubuh, ambil setangkai daun betik tua tetapi masih berwarna hijau, 3 tangkai daun keledek dan 3 tangkai daun selasih. Semua daun tersebut diramas hingga hancur. Setelah hancur, tambahkan sedikit garam dan asam jawa. Semua bahan tersebut diramas lagi hingga mengeluarkan air. Seterusnya, bahan tersebut digosokkan dengan perlahan-lahan ke seluruh tubuh dan wajah. Lakukan 2 kali seminggu. Dalam masa sebulan akan menampakkan hasil. Kulit jadi bersih dan wajah menjadi segar ceria.

Wednesday, August 14, 2013

HARAPAN UNTUK MORSI KEMBALI MEMERINTAH SEMAKIN CERAH...


HARAPAN UNTUK MORSI KEMBALI MEMERINTAH SEMAKIN CERAH... 1. Washington meminta Presiden Dr Mursi dibebaskan selepas tekanan yang kuat diberikan rakyat Mesir di mana kebanyakan penyokong beliau mula berhimpun di dua tempat iaitu medan Rabiatul Adawiah dan Medan An Nahdhah berhadapan Universiti Kaherah. 2. Berikut merupakan berita seperti dikhabarkan oleh siaran langsung al-Jazeera : a. Washington secara rasminya menuntut pembebasan Dr Mursi. b. Saluran TV " Arabiah" mengelirukan , di samping banyak percanggahan dalam berita yang disiarkan. c. Beberapa orang kepimpinan utama Kem Dalam Negeri zaman Mubarak mula melarikan diri kerana mereka mula merasakan natijah yang bakal berlaku; iaitu kembalinya Mursi dan jatuhnya sistem kepolisan mereka dan akan bermulanya nanti penangkapan ke atas mereka. d. Kebimbangan dan ketakutan untuk menyertai kabinet bagi kerajaan baru yang merampas kuasa ini. e. Tersebar berita- berita yang tidak dapat disahkan tentang kemungkinan berlakunya pengisytiharan rampasan kuasa baru yang dilakukan oleh beberapa orang pegawai tentera untuk mengembalikan kuasa Mursi. f. Sebahagian pemimpin rejim Mubarak yang sebelum ini telah terbang ke UAE tidak kembali semula ke Mesir kerana bimbang dengan kemungkinan kegagalan rampasan kuasa yang telah berlaku. g. Senarai hitam nama mereka yang dilarang keluar negara telah disediakan terhadap semua yang terlibat dalam rampasan kuasa. Arahan tangkap juga telah disiapkan. h. Masyarakat Dunia khususnya barat mula mengalihkan perhatian terhadap perhimpunan besar-besaran rakyat Mesir, khususnya terhadap kehadiran seorang wanita Kristian semalam yang telah muncul di atas pentas menyatakan pendirian beliau dan juga pendirian sebahagian besar rakyat Mesir bersama legitimasi dan tuntutan mengembalikan Presiden Dr Mursi. 3. Kenyataan ini telah diumumkan secara langsung dari pentas dan siaran langsung Al Jazeera. YA ALLAH MAKBULKAN DOA ORANG YANG DIZALIMI DENGAN MENGEMBALIKAN PRESIDEN MORSI MENJADI PEMERINTAH MESIR. Sumber : Al Jazeera. Ameen ya Rabbal Alameen

Tuesday, August 13, 2013

Petua Awet Muda


Petua Awet Muda 1. Melambatkan minum air setelah makan. Minum sedikit (lebih kurang seteguk sahaja). Minum setelah setengah jam selepas makan. 2. Rajin-rajin baca Al-Quran dan niat ikhlas kerana Allah Ta'ala. 3. Menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur. 4. Rajin-rajin bangun sembahyang tahajjud di tengah malam. Sesungguhnya sekuat-kuat iman itu umpama seorang yang menyempurnakan wudhunya di waktu musim sejuk. 5. Sentiasa tenang dan tidak marah-marah. Kerana setiap ahli syurga itu lembut, mudah dan mesra, manakala setiap ahli neraka itu keras dan yang kasar kepada keluarganya. 6. Mulakannya sesuatu urusan dengan 'nawaitu' yang baik dan niat kerana Allah.

Monday, August 12, 2013

Isnin Hari Kelahiran Rasulullah SAW


Isnin Hari Kelahiran Rasulullah SAW Riwayat: (Muslim) Hadith: Daripada Abu Qatadah al-Ansari berkata: Rasulullah SAW ditanya oleh sahabat tentang kelazimannya berpuasa pada setiap hari Isnin. Maka baginda bersabda: "Padanya aku dilahirkan dan padanya wahyu pertama diturunkan kepada ku". Huraian Hadith: 1) Merayakan maulid rasul termasuk dalam rangka memuliakan Rasulullah SAW dan sesiapa yang meraikannya diberikan pahala oleh Allah SWT. Begitu juga menyambut hari-hari kebesaran Islam yang lain seperti Maal Hijrah, Nuzul al-Quran, Hari Raya Puasa dan Haji, Nisfu Syaaban dan sebagainya. 2) Allah SWT berfirman dalam surah al-Haj ayat 32 yang maksudnya : "..dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah, maka (dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu adalah satu kesan daripada sifat-sifat hati yang bertaqwa kepada Allah" 3) Rasulullah SAW adalah merupakan syiar atau tanda kebesaran Allah SWT kerana dengan kelahiran Rasulullah SAW, dunia mengetahui tentang keesaan Allah SWT. Sesungguhnya Allah menyuruh kita mengambil pengajaran di atas peristiwa keputeraan Rasulullah SAW ini kerana ia akan memperkukuhkan keimanan dan kecintaan kita terhadap diri baginda dan meneruskan perjuangannya serta tidak melupakan ajaran dan sunahnya. 4) Mengucapkan selawat ke atas Nabi SAW seperti dalam majlis maulidurrasul adalah amalan yang amat digalakkan dalam Islam kerana Allah sendiri telah berfirman yang maksudnya "Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi. Wahai orang beriman, hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya." (Al-Ahzab:56) 5) Ulama telah sepakat memandang baik amalan menyambut maulidurrasul SAW. Di Malaysia, era 50an hingga 80an sambutan ini dilakukan dengan cara tradisional seperti berzanji, tilawah al-Quran, tahlil dan sebagainya. Namun perkembangan semasa telah mempengaruhi acara sambutan tersebut kepada bentuk baru seperti dengan mengadakan nasyid, forum, ceramah, perarakan dan sebagainya. Tujuannya tidak lain melainkan untuk memperingati, mengagungkan, dan memuliakan Rasulullah SAW.

Tuesday, August 06, 2013

Profesor Sunni masuk Syiah tetapi keluar Syiah akhirnya


Seorang bekas pengikut Syiah mengakui fahaman tersebut menyeleweng dari sudut akidah, khususnya amalan nikah muta’ah dan konsep imam 12. Pensyarah Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Dr. Mohamed Ajmal Abdul Razak al-Idrus berkata, selama lima tahun menjadi pengikut Syiah, beliau juga mendapati para pengikut fahaman itu terlalu mengabaikan ibadah. Atas sebab itu katanya, beliau mengambil keputusan meninggalkan fahaman tersebut dan kembali kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah. “Saya menjadi pengikut Syiah ketika berusia lingkungan 20-an dan pada masa itu masih belajar di Amerika Syarikat (AS). Saya tertarik dengan Revolusi Iran pada tahun 1979 yang dianggap berjaya mengangkat martabat maruah Islam. “Namun dalam tempoh saya di dalam Syiah, didapati ada perkara-perkara yang saya tidak boleh terima dan tidak logik, antaranya nikah muta’ah dan konsep imamah. Paling menyedihkan mereka terlalu mengabaikan ibadah khusus kepada Allah SWT,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini. Mohamed Ajmal berkata, rata-rata pengikut tidak tahu tentang solat, puasa dan ekoran itu mengambil keputusan keluar daripada terus mengikuti fahaman itu. “Apabila ditanya tentang ibadah khusus kepada Allah SWT, mereka tidak tahu tetapi apabila ditanya perbezaan fikrah sunni dan Syiah, mereka tahu dengan mendalam. “Solat mereka pun berbeza dengan kita. Memang solat mereka lima kali tetapi boleh ditunaikan dalam tiga waktu. subuh satu waktu, zuhur dan asar dijamakkan, begitu juga maghrib dan isyak juga boleh dijamakkan,” katanya lagi. Mengenai nikah muta’ah, beliau berkata, amalan tersebut tidak masuk akal kerana pasangan boleh berkahwin dalam tempoh lima atau 10 atau 15 minit tanpa perlu saksi. Lebih malang lagi ujarnya, amalan itu terus berlaku sehingga sekarang. “Bagi saya nikah cara ini merupakan lesen kepada seorang lelaki untuk tidur dengan sesiapa sahaja. Adakah ini yang kita mahukan? “Saya juga percaya imam- imam besar Syiah ini tidak akan benarkan anak perempuan mereka dinikah secara muta’ah dengan mana- mana lelaki,” katanya. Mengenai konsep imam 12, beliau berkata, akal juga sukar untuk menerima konsep imam ghaib yang kini terus menjadi pegangan kepada pengikut Syiah. “Konsep imam 12 ini juga berlaku penyelewengan besar, sebab itu saya tidak boleh terima pegangan mereka yang mengangkat manusia lain lebih tinggi berbanding para sahabat Rasulullah,” katanya lagi. Mohamed Ajmal turut mendedahkan tentang kesanggupan Syiah mengeluarkan dana besar untuk menaja mereka yang benar-benar berminat untuk menjadi pengikut fahaman itu. “Saya pernah melalui pengalaman itu yang mana saya dan rakan-rakan ketika menyertai satu persidangan (Syiah), mereka telah memberikan buku-buku secara percuma. “Bayangkan ketika menuntut di universiti, kami mana ada duit untuk bayar yuran persidangan, menempah hotel, makan dan minum yang semuanya dibiayai oleh mereka,” ujarnya. Sementara itu beliau berkata, penularan ajaran Syiah dikhuatiri akan mendatangkan ancaman militan kepada tanah air sekiranya dakyah itu tidak dibendung bermula daripada sekarang. “Situasi berkenaan boleh berlaku jika wujud pertembungan antara fahaman, lebih-lebih lagi umat Islam Malaysia yang berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah, sekali gus membawa kesan buruk kepada keamanan negara. “Syiah mengamalkan ekstremis dan antara salah satu bukti boleh dilihat daripada perbuatan mereka ketika menyambut hari Asyura iaitu mencederakan diri sendiri, selain bersikap ganas,”

Monday, August 05, 2013

Saat-Saat Doa Paling Mustajab


Saat-Saat Doa Paling Mustajab Riwayat: (Muslim) Hadith: Dari Ibnu Abbas r.a katanya:Rasulullah s.a.w membuka tirai (kamarnya ketika baginda sakit akan meninggal), padahal ketika itu jamaah sedang solat berjamaah diimami Abu Bakar. Lalu baginda bersabda:Sesungguhnya tidak ada lagi wahyu kenabian yang ketinggalan yang harus aku sampaikan, kecuali mimpi baik seorang muslim. Ketahuilah! Aku dilarang membaca al-Quran dalam rukuk dan sujud. Agungkanlah Allah Azza wa Jalla di dalam rukuk dan perbanyakkanlah doa di dalam sujud pasti doamu diperkenankan Allah S.W.T. Huraian Hadith: Postur sujud ialah menungging dengan meletakkan kedua tangan, lutut, hujung kaki, dan dahi pada lantai. Ketika Allah meminta para malaikat bersujud kepada nabi Adam a.s bererti inilah tingkat tertinggi dari sebuah penghormatan. Sujud hanyalah untuk Allah S.W.T. Allah meminta malaikat sujud hormat, bukan sujud penyembahan dan mengajar kita bahawa tingkat paling tinggi dari rasa hormat adalah " Sujudlah pada Ku." Tidak ada penyembahan yang lebih baik daripada sujud. Itulah sebabnya mengapa umat Islam berbeza daripada umat agama lain. Mereka meletakkan dahinya atau kepalanya yang paling mulia ke tanah. Hal ini sekaligus membuang sifat angkuh seseorang dan menggantinya dengan berserah kepada Tuhan-Nya yang paling Agung. Inilah nilai kehambaan yang sebenar yang mengundang rahmat dan keberkatan daripada Allah.

Sunday, August 04, 2013

muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab


Seorang muslimah yang mempunyai kelulusan Phd yang berhijab telah ditanya oleh para wartawan yang merasa hairan dengan pemakaian hijabnya tak memberi kesan terhadap tahap kecerdikannya kerana mereka menyangka berhijab adalah simbol kemunduran dan ketinggalan zaman, lalu dia menjawab dengan mudah dan bijaksana: " Manusia pada zaman permulaan dahulu hampir bertelanjang keadaan mereka dan setelah pemikiran mereka berkembang mengikut peredaran zaman mereka mula memakai baju, dan hijab yang saya pakai pada hari ini ialah kemuncak pemikiran dan kemajuan yang dicapai oleh manusia dan ia bukanlah kemunduran. Adapun bertelanjang ia adalah simbol kemunduran dan ketinggalan yang mengembalikan pemikiran manusia kepada zaman permulaan dahulu. Kalaulah bertelanjang itu simbol kemajuan nescaya sudah tentulah binatang lebih maju".

Friday, August 02, 2013

Peristiwa-peristiwa Bersejarah dalam bulan Ramadan


1. Perang Badar Al-Qubra Perang Badar terjadi pada tahun ke-2 setelah hijrah di bulan Ramadhan. Bagi kaum muslimin, perang Badar mempunyai arti sejarah tersendiri, sebagai tonggak sejarah terpisahnya kubu Al-Haq dan kubu Al-Bathil. Perang itu tepatnya terjadi tanggal 17 Ramadhan. 2. Peristiwa Nuzul Al-Quran Peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran. 3. Persiapan tentera Islam menghadapi Perang Khandaq/Ahzab Rasulullah s.a.w meminta pandangan para sahabatnya dalam menghadapi peperangan ini. Salman al-Farisi mengusulkan supaya digali parit di sekitar kota Madinah. Kemudian bersama Rasulullah saw kaum Muslimin keluar dari kota Madinah dan berkemah di lereng Gunung Sila dengan membelakanginya. Mereka mulai menggali parit yang memisahkan mereka dengan musuh mereka. Waktu itu jumlah kaum Muslimin sebanyak tiga ribu sedangkan kaum Quraisy bersama kabilah-kabilah lain berjumlah sepuluh ribu. 4. Perang Tabuk Dalam sejarah Islam, peperangan ini merupakan peperangan terakhir bagi Nabi Muhammad s.a.w. Perang ini telah berlaku pada bulan Rejab ketika tahun ke-9 Hijrah (Oktober 631 M). Keadaan cuaca pada ketika itu adalah terlalu panas terik dan tempat berlakunya peperangan itu, Tabuk merupakan destinasi padang pasir yang terlalu jauh menyukar para musafir. Setelah segala-galanya selesai tentera Islam berjalan pulang ke Madinah di bulan Ramadan dengan selamatnya tanpa seorang pun yang terkorban nyawa. 5. Pembukaan kota Mekah Berikutan dengan perlanggaran perjanjian Hudaibiyah oleh kaum musyrikin Mekah, Nabi Muhammad SAW dan umat islam mengambil keputusan untuk menyerang dan memasuki Kota Mekah. 6. Tertawannya Garis Bar Lev, Israel Pada bulan Jun 1967, berlaku Perang Enam Hari antara Israel dengan Mesir, Syria dan Jordan. Dalam pertempuran itu , Israel berjaya menduduki Bukit Golan, Syria di utara serta Semenanjung Sinai, Mesir di selatan sehingga ke Terusan Suez. Selepas itu, Israel membina barisan pertahanan di Sinai dan Bukit Golan. Pada tahun 1971, Israel memperuntukkan 500 juta dolar Amerika bagi membina kubu dan kerja tanah raksasa yang dinamai Garis Bar Lev sempena nama Jeneral Israel, Haim Bar Lev. Israel bermegah dengan kubu Bar Lev yang didakwa tidak dapat ditawan kerana mempunyai kekebalan dan teknologi peralatan yang canggih. Namun, tentera Islam berjaya menawan kubu itu sekaligus mengalahkan Israel. 7. Perang Ain Jalut Pada 15 Ramadhan 658 Hijrah bersamaan 1260 Masihi, angkatan tentera Islam bangkit membuat serangan balas. Tentera Islam dan para ulama pimpinan Sultan Qutuz dari Dinasti Mamluk, Mesir mara ke Palestin selepas Mongol menguasainya. Kedua-dua pihak bertemu di Ain Jalut. Dalam pertempuran itu, tentera Islam meraih kemenangan dan berjaya menawan Kitbuqa. Noyen, seorang Leftenan Kristian yang memberi nasihat kepada Hulagu Khan bagi menyerang Baghdad. Kitbuqa akhirnya dihukum bunuh. Kemenangan itu adalah suatu yang luar biasa apabila Mongol yang terkenal dengan keganasan akhirnya kalah kepada tentera Islam. 8. Kekalahan Tentera Salib Perang Hittin, salah satu perang besar dalam sejarah dunia, yang dimenangi pasukan Islam. Guy dan Reynald ditawan dan dihadapkan ke hadapan Salahudin. Reynald dibunuh oleh Salahudin dan Guy diseret Salahudin ke Jerusalem. Pasukan Islam memenangi pertempuran di Arce lima hari selepasnya. Wilayah dari Gaza hingga Jubayl dikuasai Salahudin pada awal September. Pada hari Jumaat, 2 Oktober 1187, Salahudin berjaya menawan Jerusalem. Jatuhnya Jerusalem ke tangan umat Islam adalah puncak kejayaan Salahudin dalam memimpin umat Islam semasa Perang Salib. Merebut Jerusalem dari tangan kaum Frank adalah cita-cita terbesar Salahudin dan Perang Salib Kedua berakhir dengan kemenangan umat Islam. 9. Perluasan negara Islam di Andalus Andalus adalah nama Arab yang diberikan kepada wilayah-wilayah bahagian Semenanjung Iberia yang diperintah oleh orang Islam selama beberapa waktu bermula tahun 711 hingga 1492 Masihi. Pada 28 Ramadhan tahun ke-92 Hijrah, panglima Islam bernama Tariq bin Ziyad dihantar pemerintahan Bani Umaiyah bagi menawan Andalus. Tariq memimpin armada Islam menyeberangi laut yang memisahkan Afrika dan Eropah. Selepas pasukan tentera Islam mendarat, Tariq membakar kapal-kapal tentera Islam supaya mereka tidak berfikir untuk berundur. Akhirnya Andalus ditawan dan menyelamatkan rakyatnya yang dizalimi. Islam bertapak di Andalus selama lapan abad dan meninggalkan kesan tamadun yang tinggi nilainya kepada dunia barat. 10. Pembebasan Sinai Tentera Mesir dan Syria menyerang Israel serentak pada hari perayaan Yahudi Yom Kippur. Mesir menyerang kubu sekitar Terusan Suez dan Sinai sementara Syria menyerang kubu di Bukit Golan dan Israel mengalami kerosakan teruk. Walaubagaimanapun, Mesir gagal menembusi kubu pasir Bar Lev walaupun menggunakan teknologi ketenteraan yang mahal. Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel selepas tiga minggu peperangan dan mereka berjaya mengundurkan tentera Arab dan merampas kembali Sinai dan Bukit Golan. Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/07/peristiwa-peristiwa-bersejarah-dalam.html#ixzz2alPuV8Mb

Thursday, August 01, 2013

BUKTI MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W


LAGI BUKTI MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W Sheikh Abdel Majid al-Zindani, merupakan pengarah projek Scientific Miracles in the Quran and Hadith, Universiti King Abdul Aziz Jeddah, Saudi Arabia telah mengumumkan satu lagi penemuan saintifik yang telah beliau temui yang membuktikan kebenaran kenabian Nabi Muhammad saw, melalui hadith yang menceritakan tentang jarak antara dua pintu syurga. Kemajuan didalam bidang sains dan angkasa dizaman kini telah membuktikan sabda Rasulullah saw yang telah baginda sampaikan sejak 1400 tahun yang lalu. Padahal baginda adalah seorang nabi yang diutuskan sebagai ummi, yang tidak tahu membaca dan menulis sebelumnya. Sheikh Zindani telah membawa satu hadis dalam Sahih Muslim dan diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahwa Nabi saw bersabda: "والذي نفس محمد بيده إن ما بين المصراعين من مصاريع الجنة لكما بين مكة وهجر أو كما بين مكة وبصرى" “Demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya! Sungguh jarak antara dua pintu (yang ada daun pintunya) dari pintu-pintu syurga seperti antara Makkah dengan Hajar, atau seperti antara Makkah dengan Bushra.” (HR. Muslim no. 287) Sheikh tersebut mengatakan Nabi Muhammad saw memberikan jarak antara dua pintu syurga adalah sama jaraknya Makkah dan Hajar yang berada di sebelah timur (sekarang ini Qatar dan Bahrain), dan juga jarak antara Makkah dan Bushra yang berada di sebelah utara. Sesuai hadis ini, maka jaraknya sama seperti jarak antara Makkah dan Hajar atau sama dengan jarak antara Makkah dan Bushra (Jarak Makkah-Hajar = Jarak Makkah-Bushra). Beliau mengatakan adalah sukar untuk mengukur jarak yang jauh antara dua tempat melalui jalan darat kerana terdapatnya halangan seperti bentuk mukabumi, jarak yang tepat hanya boleh diperolehi melalui pengukuran dari udara yang tidak mungkin dapat dilakukan pada zaman tersebut. Beliau mengatakan dengan adanya kapalterbang dan satelit dalam abad 20 ini jarak tersebut dapat dihitung dengan tepat. Ukuran dengan Google Earth membuktikannya, bahawa adalah benar jarak Makkah-Hajar tepat sama dengan jarak Makkah-Bushra, iaitu keduanya memiliki jarak yang sama, 1273 km! Bagaimana mungkin seorang manusia di padang pasir Arab dapat dengan tepat mengukur jarak dua tempat itu, jika tidak kerana bantuan, pemberitahuan dari Allah Yang Maha Pencipta yang mencipta langit dan bumi dan seluruh alam ini!