Wednesday, February 21, 2018
Thursday, February 01, 2018
Fenomena Gerhana BuLaN
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
‘Khusuf‘ (الخُسُوفِ) dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya bulan, samada terlindungnya itu hanya sebahagian atau keseluruhannya. Hukum melakukan ‘Solat Gerhana Bulan’atau dikenali juga dengan nama ‘Solat Sunat Khusuf’ adalah ‘sunat muakkad’ bagi muslimin dan muslimat. Ia boleh ditunaikan sama ada secara berjamaah atau bersendirian dan waktunya bermula ketika sedang berlakunya bulan gerhana sehingga selesai gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak adalah solat gerhana.
.
Galakan mengerjakan ibadah solat sunat gerhana ini berdasarkan satu hadis diriwayatkan Imam Muslim; Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu kedua-duanya adalah sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah. Tidaklah terjadi gerhana kerana matinya seseorang dan tidak pula kerana lahirnya. Apabila kamu telah menyaksikannya maka berdoalah kepada Allah dan solatlah kamu hingga cuaca telah terang kembali.”
.
.
A. Solat Gerhana Bulan (Khusuf)
1. Bacaan ketika solat gerhana bulan adalah secara kuat (jahar) seperti dalam solat Maghrib, tidak sebagaimana solat gerhana matahari yang dibaca secara perlahan.
.
2. Lafaz niat Solat Sunat Gerhana Bulan:
Daku Solat Sunat Khusuf dua raka’at, kerana Allah Ta’ala.
.
3. Dilaksanakan dengan dua raka’at. Di dalamnya dilaksanakan sama ada dengan dua (2) kali ruku’, tiga (3) kali ruku’ atau empat (4) kali ruku bagi setiap raka’at.
.
4. Memperbanyakkan istighfar dan memohon ampun kepada Allah SWT;
.

.
5. Antara doa yang biasa dibaca terutama semasa khutbah atau selepas solat sunat gerhana ialah :
.
.
B. Cara Solat Sunat Khusuf
Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً ) dan dilakukan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunat biasa. Manakala dalam solat ini bacaan Al Fatihah dan surahnya boleh dijaharkan (dinyaringkan). Secara ringkasnya solat sunat tersebut adalah seperti berikut:
.
1. Cara Pertama
Solat Sunat Khusuf 2 rakaat dengan 2 kali fatihah, 2 kali rukuk dan 2 kali sujud.
.
a. Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz.
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah, yang lebih afdhal ialah surah al-Baqarah.
6. Rukuk dan membaca tasbih, anggaran bacaan 100 ayat.
7. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Rukuk sekali lagi dengan membaca tasbih, anggaran bacaan 90 ayat.
9. Iktidal.
10. Sujud dan membaca tasbih.
11. Duduk antara 2 sujud.
12. Sujud kembali.
13. Berdiri ke rakaat kedua.
.
b. Rakaat kedua.
1. Membaca surah Al-Fatihah.
2. Membaca surah Al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Rukuk dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat.
4. Iktidal serta membaca surah Al-Fatihah dan surah Al-Maidah atau mana-mana surah.
5. Rukuk dangan membaca tasbih, anggaran bacaan 50 ayat.
6. Iktidal.
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10. Membaca tasyahud akhir.
11. Memberi salam.
.
.
Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad SAW maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah).” Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat ke dua Nabi Muhammad SAW rukuk dua kali juga. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu.” (Hr Bukhari dan Muslim).
.
Disebutkan oleh Ibnu Rusyd di dalam Bidayatul Mujtahid:
وكان إسحاق بن راهويه يقول: لا يتعدى بذلك أربع ركعات في كل ركعة لأنه لم يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم أكثر من ذلك. وقال أبو بكر بن المنذر وكان بعض أصحابنا يقول: الاختيار في صلاة الكسوف عين وإن شاء ثلاثة وإن شاء أربعة
Ishak B. Rahawaih berkata: “Tidak boleh melebihi empat kali ruku’ dalam satu raka’at. Kerana tiada riwayat yang menunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ruku’ lebih dari empat kali.”
.
.
2. Cara Ke-dua
Solat Sunat Khusuf (Solat Gerhana Bulan) 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
.
- Boleh juga dilakukan Solat Gerhana 2 rakaat dengan 4 kali fatihah, 4 kali rukuk dan 4 kali sujud.
- Disunatkan membaca surah-surah panjang dalam setiap rakaat solat gerhana.
- Pada setiap rakaat rukuknya dilakukan dua kali, iaitu selepas membaca Al Fatihah dan surah, lalu rukuk.
- Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lagi lalu rukuk yang ke dua.
- Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang ke dua, kemudian bangun untuk rakaat yang ke dua.
- Pada rakaat yang ke dua ini, rukuk dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian tahiyat dan diakhiri dengan salam.
- Makmum yang hanya dapat mengikut imam ketika berdiri ke dua atau rukuk ke dua dalam rakaat pertama dianggap tidak dapat rakaat pertama.
.
Abu Bakar B. Al-Mundzir berkata: “Ada beberapa sahabat kami menyatakan bahawa memilih tatacara ‘Solat Kusuuf’ (solat gerhana) memiliki landasan hukum. Mereka yang mahu solat kusuuf dibolehkan memilih mana-mana tatacara yang dikehendakinya, sama ada dua kali ruku’ dalam setiap raka’at, tiga kali ruku’ dalam setiap raka’at, atau empat kali ruku’ dalam setiap raka’at.” (Ibnu Rusyd, Bidayatul Mujtahid, 1/121)
.
.
C. Khutbah Solat Gerhana
Dalil dari Aisyah r.a. berkata :
ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان
من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة.
“Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana” (Riwayat Bukhari r.a.)
.
.
Umat Islam perlu mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan mengadakan dan menunaikan solat Sunat Khusuf ini secara berjemaah berserta khutbah gerhana sempena gerhana bulan penuh tersebut. Ibadat sunat ini seharusnya ditunaikan dengan sebaik mungkin, apatah lagi fenomena gerhana ini jarang berlaku.
.
.
Wallahu A’alam Bissowab
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.
Tuesday, January 23, 2018
Saturday, January 13, 2018
Friday, January 05, 2018
Sunday, December 24, 2017
Friday, December 22, 2017
Saturday, December 09, 2017
SIHIR RABTH
SIHIR RABTH (Ikatan)
➖
➖
➖
➖
➖
➖
➖
➖
Pengenalan SIHIR RABTH ini mengakibatkan pasangan suami-isteri tidak dapat melakukan persetubuhan tanpa sebab-sebab tertentu. Ini disebabkan oleh kelemahan alat kelamin suami apabila hendak melakukan persetubuhan atau kedinginan dan rasa kesakitan oleh pihak isteri.
Pengenalan SIHIR RABTH ini mengakibatkan pasangan suami-isteri tidak dapat melakukan persetubuhan tanpa sebab-sebab tertentu. Ini disebabkan oleh kelemahan alat kelamin suami apabila hendak melakukan persetubuhan atau kedinginan dan rasa kesakitan oleh pihak isteri.
Jenis-jenis atau Punca Penyakit Ransangan seks yang dialami oleh kaum lelaki berlaku apabila hormon-hormon yang dikeluarkan oleh pundi-pundi jantina bersatu dan mengalir di seluruh badan.
Apabila hormon tersebut tiba pada otak, ia akan diterjemahkan pada bahagian pusat ransangan otak menyebabkan berlakunya keinginan seks.
Maklumat ini dihantar melalui tulang belakang (spinal cord) ke bahagian alat kelamin dan ini menyebabkan alat kelamin lelaki menegang. Jin syaitan apabila mereka berjaya memasuki tubuh pesakit, mereka akan bertindak dengan menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak.
Dari sini mereka bertindak mengacau bahagian utama yang terdapat pada otak yang dikenali sebagai pusat ransangan seks, kerana dari bahagian pusat inilah semua isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota kelamin lelaki.
Keadaan alat kelamin yang menegang mampu bertindak balas sebagai lazimnya. Namun sebaik-baik sahaja suami hendak menyetubuhi isteri, jin atau iblis tadi akan mematikan atau mengganggu ransangan seks dengan serta merta.
Apabila ia berlaku, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan terganggu ataupun terputus hubungannya dengan alat kelamin lelaki yang boleh menyebabkannya ia mengecut dan menjadi lemah.
Sintom Pesakit yang mengalami SIHIR RABTH ini mungkin akan mengalami tanda-tanda berikut:
1. Suami tidak berupaya bersetubuh dengan isteri biarpun pada awaknya mempunyai ketegangan alat kelamin suami. Kemaluan suami akan menjadi lemah atau layu sebaik-baik sahaja hendak bersatu. Penulis pernah menemui pesakit yang mempunyai dua isteri yang hanya boleh bersatu dengan seorang isteri, tetapu tidak dapat bersetubuh dengan isteri yang lagi satu.
2. Kedua-dua belah peha isteri terkapit erat bukan atas kehendaknya menyebabkan suami gagal bersetubuh.
3. Isteri terasa dingin dan dalam kebingungan, tidak merasa apa-apa nikmat daripada persetubuhan yang dilakukan.
4. Keluar darah setiap kali suami hendak bersetubuh dengan isterinya.
5. Isteri merasa sakit ketika disentuh oleh suami, biarpun dengan sentuhan yang sedikit, apatah lagi ketika bersetubuh. Darah terus keluar setelah bersetubuh untuk jangka masa yang tidak dapat dipastikan.
6. Suami rasa macam ada penghalang atau adanya ketulan daging dalam faraj menyebabkannya gagal untuk menyetubuhi isteri seperti biasa.
7. Kami ada juga menemui beberapa pasangan suami-isteri yang telah bernikah selama 5 hingga 7 tahun tetapi isterinya masih lagi dara dan belum pernah disetubuhi.
8. Apa bila dapat bersetubuh, akan merasa kemaluan isteri terasa longgar dan besar sehingga tidak dapat menikmati
9. Dan begitu jugak sebaliknya isteri akan merasa kemaluan suami akan terasa kecil sehingga akan merasa tidak ada kenikmatan saat bersama.
Apa bila anda merawa mengalami keadaan keadaan diatas, maka cubalah cari perawat atau rujuk pada perawat yang faham akan bidang tersebut terutama pada SIHIR RABTH.
Wallahualam
Wednesday, December 06, 2017
Monday, November 13, 2017
Beri Markah Penilaian Rendah Juga Salah Satu Penderaan - Cuepacs
SHAH ALAM - Bukan hanya majikan, malah pegawai penilai yang memberi markah rendah tanpa alasan munasabah disarankan supaya dikenakan tindakan oleh kerajaan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda berkata, tindakan itu boleh memberikan tekanan kepada pekerja bawahan.
「Kami pernah bertemu dengan mereka yang diberikan markah penilaian prestasi rendah dan mereka adukan tentang perkara ini. Pihak atasan letakkan pekerja kelas bawah dalam keadaan tertekan.
「Mereka tidak mengambil kira situasi dan keadaan semasa pekerja bawahan. Kalau buat silap sikit terus dapat markah rendah dalam prestasi,」 katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Menyifatkan ia sebagai suatu kaedah baharu untuk 『mendera』 pekerja katanya, pegawai yang mempunyai kuasa memberi penilaian sering menjadikan markah prestasi sebagai ugutan kepada pekerja.
「Kumpulan pekerja bawahan kebiasaannya dipantau habis-habisan. Pihak atasan tetap tidak kira susah payah pekerja bawahan.
「Kadangkala pihak atasan atau pegawai buat silap lagi teruk tapi tidak diambil tindakan. Ini penderaan mental kepada penjawat awam,」 katanya.
Menurutnya, 『budaya』 seumpama itu tidak dapat mewujudkan keharomonian antara pegawai dan pekerja bawahan.
「Kerajaan patut ambil tindakan terhadap pegawai yang memberikan markah prestasi rendah kepada kakitangan tanpa alasan kukuh.
「Manakala pekerja yang diberikan penilaian rendah perlu dinilai semula oleh pegawai penilai baharu,」 katanya.
Sinar Online sebelum ini melaporkan kerajaan akan mengenakan tindakan ke atas majikan yang memberikan tekanan kepada pekerjanya.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap perkara tersebut, selain menegaskan untuk menjalankan siasatan termasuk mengambil tindakan undang-undang ke atas majikan yang tidak menghargai pekerja mereka.
Wednesday, October 25, 2017
CIKGU SUHAIMIN: Senarai Kumpulan 'Facebook" Warga Pendidik Malaysi...
CIKGU SUHAIMIN: Senarai Kumpulan 'Facebook" Warga Pendidik Malaysi...: Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.. Pada kali ini, saya ingin kongsikan Senarai Kumpulan 'Facebook&quo...
Subscribe to:
Posts (Atom)



