Tuesday, July 14, 2009

Confirm dibius Cinta...



Kehidupan manusia tidak sunyi dari kalimah cinta. Cinta yang dikatakan fitrah manusia yang senantiasa menghantui fikiran manusia mampu membinasakan akal andai tidak pandai dijaga. Di sini dinyatakan 11 tanda-tanda cinta.

1. Sentiasa memandang si dia, ini kerana cinta itu bermula dari mata, sepertimana di sebut dalam sebuah pantun :
“dari mana semut melata,
dari bata turun ke titi,
dari mana datangnya cinta,
dari mata turun ke hati”.
Orang yang menyintai seseorang akan kerap kali memandang insan yang dicintainya, sebagaimana dikatakan dalam sebuah syair :
“kuikuti arah pandangan ke mana pun kau pergi,
tak seorang pun mampu halangi jalan yang ku lalui”
dan dalam syair lain
“jika mereka menghalangi agar aku tak memandangnya,
mataku pun takkan sudi lagi memandang manusia”
2. Malu-malu jika orang yang dicintai memandangnya.
3. Merindui, membicarakan dan menyebut namanya, sebagaimana disebut di dalam pantun :
“adat permata di dalam tangan,
dibungkus dengan kain baldu,
jikalau bercinta menyesal jangan,
adat muda menanggung rindu”.
4. Tunduk kepada perintah orang yang dicintai dan mendahulukannya daripada kepentingan diri
5. Bersabar menghadapi gangguan orang yang dicintai.
6. Menghayati perkataan orang yang cintainya dan mendengarkannya, sebagaimana syair : “ senantiasa ku perhatikan perkataanmu,agar aku tampak mengerti dalam pikiranku”
7. Mencintai tempat atau rumah sang dicintainya.
8. Menyintai apa yang dicintai kekasih.
9. Gementar atau gelisah bila berhadapan dengan orang yang dicintai.
10. Cemburu kepada orang yang dicintai.
11. Berkorban untuk mendapatkan keredhaan orang yang dicintai, sebagaimana syair :
“kupunya sekeping hati yang ditebari cinta,
keranan cinta dia rela menghadapi penyiksa,
cinta menebus dirimu dengan pengorbanan jiwa,
kan ku tebus pula dengan sesuatu di atas jiwa”.

Jari-jemari terus memacu sebagai budak suruhan dari kontur gaung hati yang merintih dan juga dari cebisan jiwa yang mendakap menyatakan qudus nurani yang bergema menandakan hati yang berbunga untuk bercinta lagi dengan insan yang teristimewa buatku hadir dalam hentian nafas ini...

*afifzahrah