HIKMAH...
mengikut Imam Ibn Qutadah al-Maqdisi:"HIKMAH ialah amalan gabungan antara ilmu dan amalan."Ibnu Qutaibah menyatakan bahawa" tidaklah seseorang dinamakan hakim (bijaksana)sehingga digabungkan antara ILMU dan AMALAN."
HIKMAH juga dengan maksud rahsia @ maksud yang tersirat yang kadang2 di luar jangkauan batasan akal manusia.Jesteru ulamak berkata:kita disuruh mengkaji sebab tetapi disuruh mengkaji hikmah.Walaupun begitu kadang2 hikmah dapat difahami dan diketahui walaupun tidak secara keseluruhannya.
cetusan hikmah
Dalam hadis menyebut,hikmah dengan maksud sunah Rasulullah s.a.w.Walaupun begitu ada ulamak menamakan kitab mereka dengan HIKAM seperti Ibnu A'taillah al-Sakandari bagi menggambarkan mutiara kata yang disusun, diambil daripada sumber al-Quran ,al-Hadis,sahabat dan ilham orang2 soleh disamping tajribah al-Hayah atau pengalaman kehidupan.Sudah tentu manusia yang berbekalkan dengan hikmah selamat kehidupan bahkan kebahagiaan sentiasa yang tidak baik dan kesedihan menjadi penawar dan kegembiraan.
Dr.'Aid al- Qorni melalui bukunya La Tahzan menyebut:dengan ilmu,kebahagiaan dan ketenteraman dapat dicapai.hal ini disebabkan ilmu dapat menyingkap kegelapan dan berjalan di atas sesuatu yang tersembunyi.selain itu,jiwa itu sendiri sanagt tertarik pada perkara2 baru dan mempelajarinya sebagai persiapan hidup.
Ahirnya dinukilkan syair yang diucapkan oleh musafir terkenal iaitu al-zamakhsyari:
Aku selau berjaga malam demi kebaikan dalam ilmu,
Yang demikian itu lebih nikmat daripada kekayaan dan pelukan,
keinginanku menyekesaikan masalah yang rumit,
lebih nikmat berbanding dengan titisan kamar,
gerakan mata penakan atas lembaran kertas,
lebih lazat rasanya dari suara seorang gadis,
lebih lazat dari pelukan gadis pada kompang,
paluanku untuk membentuk peta atas lembaran kertasku,
hai orang yang mengharapkan dengan cita-cita kepada darjatku,
berapa jarak antara bersungguh dan yang lain tingginya,
Adakah dengan sebab aku berjaga,
pada tengah malam yang gelap,
sedangkan kamu tidur bercita-cita itu bersamaku.