Sunday, September 26, 2010

facebook

facebook
Penggunaan laman sosial Facebook pada hari ini sudah menjadi kebiasaan para anak muda mulai usia belasan tahun lagi. Site community ini adalah salah satu site yang terpopular dan menduduki ranking pertama pada saat ini. Jaringan web sosial ini telah diasaskan oleh seorang mahasiswa lulusan Harvard dan mantan murid Ardsley High School iaitu Mark Zuckerberg. Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York. Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara ‘tokoh paling berpengaruh dunia 2008′, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama. Majalah Forbes Top 400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008. Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Laman sosial in telah dilancarkan dengan rasminya pada 4 Februari 2004 dan telah diguna pakai secara meluas sehingga dinobatkan sebagai laman web sosial yang berjaya memiliki jumlah pengguna berdaftar paling besar di antara web-web lain dengan jumlah 34 juta anggota pada Julai 2007.

Dari September 2006 hingga September 2007, Facebook telah membuat peningkatan yang mendadak dari ranking 60 ke 7, menjadikan ia site yang paling banyak dikunjungi. Ini menunjukkan dalam masa setahun laman sosial ini mampu menempa nama dengan memecah 53 anak tangga ranking site social. Ia juga merupakan site nombor satu diminati untuk memuat naik foto di Amerika Syarikat, sekaligus mengungguli site public lain seperti Flickr, dengan jumlah 8.5 juta foto dimuat naik setiap hari. Amat banyak kan?. Itulah fakta mengenai kemegahan Facebook ini. Pada tahun 2008 Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta.

PERSOALAN HUKUM GUNA FACEBOOK

Penggunaan Facebook menjadi HARUS apabila memanfaatkannya sebagai medan yang paling baik untuk menyebarkan dakwah, kerana ianya luas dan tiada tapisan, setiap berita yang dimasukkan akan dilihat oleh semua orang seluruh dunia.

Harus juga bagi sesiapa yang menjadikan Facebook sebagai tempat mencari kawan-kawan lama, menjadikan Facebook sebagai medan pertanyaan, menjadikan Facebook sebagai urusan pekerjaan dan seumpamanya kerana aktiviti ini tidak bercanggah dengan Amal ma'ruf dalam Islam.

Kedua-dua perkara di atas ini tidak melibatkan transaksi kewangan kepada Facebook dan ianya semata-mata sosial. Ada orang mengatakan bahawa sebahagian keuntungan Facebook akan diberikan kepada negara haram Israel. Awas!!! Jangan sesekali klik kepada iklan yang terdapat di sisi kanan Facebook, kerana Facebook akan memperolehi duit dari iklan tersebut.

Penggunaan Facebook menjadi HARAM apabila kita menggunakannya sebagai tempat untuk mencari kesilapan orang, mengutuk orang, menghina orang, menyebarkan perkara yang dilarang oleh Islam, menyebarkan fitnah, lagha sehingga lupa solat dan sebagainya, maka ini menjadi haram, kerana Islam melarang umatnya melakukan perkara yang sia-sia dan perkara sia-sia itu adalah sifat syaitan dan mazmumah.

Menyertai segala skim atau pelaburan yang ditawarkan oleh facebook, sepertimana skim infinity downline, iklan perklik facebook dan sebagainya, maka ini menjadi haram kerana bisnes tersebut bercanggah dengan muamalah Islam dan sedikit sebanyak menyumbangkan dana kepada negara haram Israel untuk membunuh umat Islam Palestin.

Setiap perkara yang dilakukan hendaklah bersandarkan kepada 4 sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas atau bersandarlah kepada dalil naqli dan aqli. Berbeza pendapat adalah fitrah kejadian manusia. Selagimana setiap perkara itu tidak mempunyai dalil qat’i atau dalil yang jelas mengatakan itu adalah haram, maka selagi itulah kita perlu merujuk kepada yang alim atau berijtihad (orang yang ada ilmu sahaja) bersandarkan dalil naqli dan qat’i.