Saturday, June 29, 2013

Jangan terlalu memikirkan perkara yang telah berlalu


Wahai anakku, Jika kamu di pihak yang benar, maka tiada keperluan untuk kamu berasa marah. Dan jika kamu berada di pihak yang salah, maka kamu tidak mempunyai hak untuk berasa marah. Jangan terlalu memikirkan perkara yang telah berlalu. Ia menyebabkan kesedihan. Jangan terlalu memikirkan masa depan. Ia membawa ketakutan. Hidup saat ini dengan senyuman. Ia memberi keriangan. Wahai anakku, Setiap masalah datang untuk melatih kamu atau melemahkan kamu. Pilihan di tangan kamu, samada kamu hendak menjadi mangsa atau orang yang berjaya. Perkara yang cantik tidak semestinya baik, tapi perkara yang baik akan sentiasa kelihatan cantik. Senyum - TG Tuan Ibrahim Tuan Man

Wednesday, June 19, 2013

Ensaiklopedia Petua Melayu Lama


Petua Mengubat Pelupa 1. Kismis hitam 21 biji setiap pagi. Kunyah sebutir-sebutir dan bukan sekali telan. 2. Madu sesudu dalam air panas segelas. Minum bila suam, setiap pagi. 3. Tidur awal dan bangun awal. Kalau ingin facebook di malam hari, hanya hadkan untuk Ensaiklopedia Petua Melayu Lama sahaja. 4. Jangan bersetubuh melebihi 2 kali seminggu. 5. Kurangkan makan dan kurangkan makan benda masam. 6. Banyak makan ikan, sayur, tempeh, ubi, kekacang dan kurangkan makan daging. 7. Tarik nafas dalam-dalam ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. Buat 10 kali setiap pagi. 8. Buat stretching bila bangun dari tidur. 9. Masa buang air besar, tutup kepala dan jangan buka mulut. 10. Elakkan lihat kemaluan dan najis. 11. Baca QUran dan cuba menghafal setiap hari. 12. Bakar kemenyan nasrani, wangian ros, sandal atau gaharu setiap minggu. 13. Pakai minyak wangi setiap hari bila keluar rumah (wanita ketika dalam rumah). 14. Mandi pagi, petang dan selepas buang air besar. 15. Belajar bersabar dengan bersolat atau berdoa bila ada masalah. 16. Sayang ahli keluarga, ibubapa dan kanak-kanak. Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama :)

Monday, June 17, 2013

Petua Untuk Menentukan Hala Tuju Cinta Anda


Petua Untuk Menentukan Hala Tuju Cinta Anda a. Cinta, seperti mengejar sebuah kejayaan, memerlukan anda untuk menentukan ‘mindset’ anda. Mindset ini adalah matlamat, azam, target, cita-cita dan target anda. Tanya diri anda sendiri: “Apa matlamat aku bercinta?” Inilah cara untuk menentukan hala tuju cinta Anda sama ada jadi bahagia, duka, cinta sekadar bertukar-tukar pasangan untuk mencari keserasian atau menjadi cinta yang dimeterai dengan ikatan pernikahan. Dalam usia remaja, anda bercinta sebab anda mahu menikmati bagaimana manisnya merasai cinta. Anda jadi suka apabila anda memiliki seorang kekasih. Dialah yang anda rindui, dialah yang anda sukai. Apabila anda menginjak alam pengajian tinggi, cinta lebih kepada daya rangsangan motivasi. Anda bercinta sebab anda mahu jadikan si dia sebagai rangsangan motivasi anda. Anda jadi bersemangat belajar sebab teringatkan si dia. Anda mahu bila tamat belajar nanti, anda akan kahwin dengannya. b. Dalam fasa bekerja, anda bercinta lebih kepada keinginan untuk merasai kehadiran seseorang dalam hidup, sebagai penghilang rasa sunyi. Cinta orang bekerja lebih kepada keinginan untuk hidup bersama-sama, untuk saling mengambil berat, untuk saling bekerjasama dalam apa jua perkara. c. Anda mesti kenal pasti untuk apa anda bercinta sekarang ini. Tahukah anda apa matlamat anda bercinta? Adakah untuk ke jinjang pelamin? Adakah untuk mencari orang yang sesuai dengan anda sebelum bernikah? Mindset anda menentukan kebahagiaan anda. Sama juga dalam usaha mengejar kebahagiaaan, mindset anda menentukan keberhasilan usaha anda. Selidiki hati anda. Kaji apa tujuan anda bercinta. Jika jawapannya muncul tiba-tiba, itu petanda anda tahu apa tujuan bercinta. Jika anda masih termanggu-manggu tidak tahu apa tujuan anda bercinta, itu petanda bahawa anda belum meletak matlamat cinta. Adakah untuk bernikah atau sekadar suka-suka sahaja?

Thursday, June 13, 2013

Menghormati Bapa


Menghormati Bapa Riwayat: Riwayat Muslim Hadith: DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir. Huraian Hadith: 1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama sebagaimana anak-anak mereka berhak mendapat kasih sayang daripada ibu bapa. 2. Islam melarang keras anak-anak mencela atau memarahi ibu bapa dengan bahasa yang kasar. Anak yang mengasari ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka yang diharamkan syurga ke atasnya oleh Allah S.W.T di akhirat kelak. 3. Oleh itu bagi mendapatkan anak-anak yang baik, ibu bapa hendaklah terlebih dahulu menunjukkan pergaulan yang baik dengan anak-anak. Apabila anak-anak yang soleh ini dapat dibentuk, tiadalah permusuhan dan perbalahan dalam keluarga. Masing-masing akan saling sayang menyayangi antara satu dengan lain.

Tuesday, June 11, 2013

Petua Untuk Memperoleh Zuriat


Petua Untuk Memperoleh Zuriat Mungkin anda telah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah s.w.t., namun belum memperoleh zuriat. Kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan emosi tertekan. Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat. Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah s.w.t. dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. Yang paling penting, doa dengan pujian kepada Allah s.w.t. dan selawat kepada Rasulullah SAW. Begitu juga dalam menutup doa. Amalan 1: Selepas Fajar ataupun Solat Subuh 1. Baca Bismillah 1 kali 2. Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 3 kali. 3. Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali 4. Semasa sujud mohonlah kepada Allah s.w.t. apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat) 5. Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali. Amalkanlah cara ini baik suami mahupun isteri selama 15 hari, atau teruskan jika masih belum berhasil. Jangan mudah berasa putus asa. Amalan 2: 1. Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak. 2. Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 kali setiap hari. 3. Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali, kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum. 4. Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf/surah Maryam setiap hari. Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah s.w.t. akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya.

Monday, June 10, 2013

Rahsia Warna Yang Menjadi Kegemaran Orang Lelaki


Rahsia Warna Yang Menjadi Kegemaran Orang Lelaki Putih - Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional. Merah - Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan. Jingga - Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan sifat kewanitaan. Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan. Oren - Warna ini adalah campuran dan kuning. Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang. Kuning - Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut. Hijau - Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia di anggap warna alam. Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu. Ungu - Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian . Hitam - Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri. Coklat - Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih, dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .

Sunday, June 09, 2013

Wahai anakku.... perNahkaH..?


Wahai anakku, Aku ingin memulakan surat ini dengan bertanya soalan ini. Apakah kamu sedar mengapa manusia sering menelan air liur? Semasa kita mendengar, melihat, makan, bercakap (mengumpat mahupun memuji) dan bersolat, manusia sentiasa menelan air liur? Apa tujuan manusia menelan air liur? Air liur adalah salah satu makhluk Allah yang sentiasa keluar dari rongga tanpa disedari oleh manusia. Ia terdiri dari pelbagai bentuk molekul yang akan berubah sebagaimana air lain. Bilamana kebaikan yang diterima, didengar, dilihat, dibaca atau disentuh, maka molekul air akan berubah membentuk nilai yang baik, demikian sebaliknya. Maka setiap orang sebenarnya membentuk perlakuan berdasarkan air liur yang ditelannya. Wahai anakku, Pernahkah terlintas pada minda anakanda mengapa kita diwajibkan untuk menunaikan solat, doa, zikrullah, membaca Quran, berfikir dan mengambil iktibar? Begitu juga ketika kita senyum, orang yang melihat senyuman kita akan berasa riang kerana air liur yang dihasilkan adalah baik. Sebaliknya sekiranya kita mengumpat seseorang, mendengar dan melihat benda yang tidak baik, air liur beracun akan dihasilkan sehingga minda kita terkena racun dengan buruk sangka, takut, dengki dan cemburu. Wahai anakku, Kamu sungguh bertuah kerana dilahirkan di zaman internet. Setelah subuh, anakanda membaca berita melalui internet – samada di Facebook atau mana-mana laman lain. Membeli surat khabar sudah dianggap sebagai satu pembaziran. Ekoran itu, kamu tidak terkena racun yang ditaburkan di media tradisional seperti akhbar dan TV. Tapi, situasi sungguh berbeza bagi generasi dahulu. Kami disajikan setiap hari dengan racun melalui surat khabar dan TV media perdana. Terlalu banyak air liur beracun yang telah kami telan untuk berpuluh tahun. Pemikiran kami sudah kaku seolah-olah diracuni. Berita pukul 8pm seolah-olah lebih penting daripada kuliah Maghrib bagi sebahagian besar kita. Wahai anakku, Awasilah setipa apa yang kamu baca dan tonton kerana ia menyumbang ‘racun’ kepada pemikiran dan dirimu. Setiap maklumat memerlukan tapisan, sebaik-baik tapisan ialah iman. Wahai anakku, Betapa ramai yang rosak minda dan jiwa melihat dan membaca sesuatu yang tidak baik, samada dari pelbagai media baru atau lama kerana rosaknya ‘penapisan atau filter’ dalam diri mereka. Untuk itu, wahai anakku, jadilah kamu sentiasa membersihkan imanmu dengan membaiki amalanmu dengan Allah. Nescaya air liurmu menjadi penawar kepada racun yang cuba merosakkan kamu. Wahai anakku, Awasilah apa yang kamu lihat dan dengar, kerana sesungguhnya pendengaranmu, penglihatanmu dan perasaan dalam hatimu, semuanya akan dihisab oleh Allah di akhirat nanti. Senyum.

Thursday, June 06, 2013

Petua Untuk Tenangkan Hati


Petua Untuk Tenangkan Hati 1. Dirikan solat dan banyakkan berdoa . Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdoa turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih.” 2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 kali sebelum tidur. Di samping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan. 3. Solat Taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda. 4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa,penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” (Surah Ikhlas) sebanyak 3 kali. 5. Bermaaf-ma’ afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. 6. Bisikan kepada diri sendiri mengenai perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakanlah “Aku sebenarnya.. ….(perkara yang elok-elok belaka). 7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian psikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya. 8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. 9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa). 10. Kekalkan wuduk. 11. Bersedekah.

Wednesday, June 05, 2013

Petua Untuk Pengantin Bertudung Kelihatan Bergaya dan Cantik


Petua Untuk Pengantin Bertudung Kelihatan Bergaya dan Cantik 1. Pastikan pemakaian tudung kemas sebelum dipakaikan aksesori seperti kerongsang besar, tiara atau juraian manik. 2. Pilih anak tudung yang sepadan dengan tatahan manik pada baju kerana pemakaiannya boleh membangkitkan pesona pengantin. 3. Jika anda berwajah bulat disaran mengenakan tudung bersama tambahan sanggul tinggi di belakang kepala. Ini kerana sanggul tinggi dan bentuk anak tudung yang runcing di tengah dahi boleh membantu melembutkan bentuk wajah tidak sempurna seperti bersegi dan bulat. 4. Jika anda memiliki muka berbentuk bujur adalah suatu kelebihan, kerana anda sesuai menggayakan sebarang rekaan tudung tetapi lebih elok jika anda mengenakan tudung nipis dan ringkas. Ini bagi mengelakkan anda kelihatan sarat terutama apabila ia dipadankan dengan layah. 5. Untuk memastikan pemakaian tudung tampak sempurna dan bagi membantu membentuk wajah, pilihlah anak tudung yang tidak terlalu keras serta tidak terlalu lembut. 6. Jika memilih memakai tudung, anda tidak perlu terlalu terikat dengan pilihan baju kurung dan jubah, sebaliknya masih boleh menggayakan baju kebaya kontemporari dan gaun labuh dengan potongan longgar pada bahagian tertentu bagi menyerlahkan keanggunan.

Tuesday, June 04, 2013

Petua Agar Orang Selalu Suka Kepada Anda


Petua Agar Orang Selalu Suka Kepada Anda 1. Jadilah orang yang berfikiran positif. Kebanyakan manusia tertarik kepada orang yang berfikir dan bersikap positif. Secara fitrahnya, manusia sukakan yang baik, dan ini termasuklah dalam perihal sikap. 2. Adaptasi tingkah laku orang yang anda ingin dekati. Ini kerana, persamaan tingkah laku boleh menghubungkan manusia secara psikologi. Misalnya, secara senyap-senyap tiru gaya atau intonasi percakapannya. 3. Berkongsi minat dan pengalaman yang sama. Ia boleh mengeratkan hubungan sesama manusia kerana faktor persamaan tersebut. 4. Perasaan seseorang terhadap kita juga dipengaruhi oleh cara kita membuat dia rasa terhadap dirinya sendiri. Banyakkanlah memuji dan tingkatkan estim diri orang tersayang. 5. Jangan segan menunjukkan tanda-tanda bahawa anda sukakan seseorang kerana kajian mendapati bahawa seseorang manusia akan cenderung kepada orang yang menyukainya juga. 6. Apabila lebih kerap kita berinteraksi dengan seseorang, akan wujud tarikan yang positif antara keduanya. 7. Elakkan berhubung dengan seseorang yang berada dalam ‘mood’ yang tidak baik. Ini kerana, ‘mood’ yang baik boleh mewujudkan perasaan yang positif terhadap orang yang sedang berinteraksi.

Saturday, June 01, 2013

Pantang Larang Melayu Untuk Menjaga Tenaga Batin Lelaki


Pantang Larang Melayu Untuk Menjaga Tenaga Batin Lelaki Segala apa yang dilakukan mempunyai kesan samada serta merta atau berjangka panjang. Pelbagai petua pantang larang telah diajarkan orang tua-tua Melayu bagi menjaga kesihatan tenaga batin. Ia bukan bertujuan mengharamkan yang halal tetapi berupa nasihat, hasil dari pengalaman orang-orang terdahulu. 1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jima’. Batang zakar harus sentiasa panas. 2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minnum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu. 3. Usah amalkan makan makanan bersifat ssejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal. 4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berllinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir. 5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak. 6. Elakkan minum air ketika badan sedangg panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air. 7. Jangan makan kepak ayam daging keranaa ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu. 8. Kurangkan dari memakan Pisang Embun. 9. Elakkan minum air selepas jan 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan. 10. Elakkan dari buang air ditempat air bbertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar. 11. Ini melatih mengawal otot zakar dengaan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaaksa mani keluar dan melemahkan zakar. 12. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua. 13. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar. 14. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air. 15. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jima’ lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin. 16. Jangan jimak di dalam air. 17. Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit. 18. Jangan biarkan pinggang terhentak denngan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk. 19. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks. 20. Jangan jima’ isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit. 21. Jangan cungkil gigi dengan kemucup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga.