Wednesday, August 21, 2013

Remaja kampung dan felda lagi hebat dengan seks bebas dan gejala sosial?? - UtaraNews - The News Portal

Remaja kampung dan felda lagi hebat dengan seks bebas dan gejala sosial?? - UtaraNews - The News Portalgambar hiasan Saya melihat sendiri di mana seusia ini sudah pandai mencuri dan pecah masuk rumah orang, dah pandai menghisap dadah (ganja, ice,syabu) , lebih mahir tentang pergaulan bebas dan menjadi kutu jalanan. Anak gadis di usia ini dalam usaha untuk mendapatkan pendamping hidup (teman hidup) , kadang geli gelaman saya lihat remaja ini yang tergedik-gedik dekat dengan kita untuk mendapatkan perhatian. Mereka tak fikir kesannya , hanya yang di fikirkan adalah kepuasan. Kalau kes dadah jangan cakaplah di felda mahupun kampung-kampung kesnya juga tak kurang tinggi.Saya pernah bertanya dengan remaja yang terlibat dengan kes dadah mereka mengatakan untuk melepaskan "stress" kerana tekanan yang di berikan oleh keluarga dan persekitaran sekeliling yang pandang hina pada mereka. Kes pergaulan bebas, seks terbuka menjadi trend untuk masa kini anak muda di kawasan luar bandar . Bayangkan remaja belasan tahun sudah lebih expect tentang hubungan jantina dan ketagih seks . Teringat juga kisah lalu yang menjadi bualan mulut masa saya ambil SPM tentang seorang remaja yang ingin melahirkan anak di dalam tandas. Budaknya muka baik sahaja tapi tak sangka telah terlanjur dengan teman lelakinya. Dan yang paling latest tentang remaja luar bandar yang suka sertai kumpulan-kumpulan gangster . Tujuannya untuk mendapat perlindungan dan keselamatan. Kebanyakkan yang terlibat adalah remaja belasan tahun yang kononnya ingin melihat siapa yang paling kuat. Entahlah saya pon tak boleh nak kata apa, tapi kes-kes di luar bandar ini masih dapat lagi di bendung. Kebanyakkan kes terpencil, jadi ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat perlulah mainkan peranan untuk mengatasi masalah gejala sosial ini.Blogger juga kena mainkan peranan, jangan tulis pekara-pekara tentang tak senonoh di blog . Kat kampung pon oleh access internet tau. Jadi fikir-fikirlah kita di hidupkan dunia ini bukan untuk sia-sia hidup kita dan tidak hargai apa yang Allah pinjamkan. Kita haruslah muhasabah diri dan sentiasa membaiki diri untuk menjadai lebih baik. Jom kita sama-sama membantu menyedarkan kepada remaja di luar sana kepentingan menjada peribadi diri dan kelakuan kita.(dipetik dari emel pembaca).