Wednesday, February 25, 2015


etua Untuk Membuat Kek Lapis 1. Jangan terlalu digaul adunan tepung kerana ini akan membuat adunan tepung mendap dan tidak kembang. 2. Pandailah mengawal api kerana kek lapis cepat masak. Sekiranya ditinggalkan, hangus kek itu tidak cantik jadinya. 3. Perlukan kesabaran bila membuat kek lapis. Gagal sekali tidak bererti gagal selamanya. Kalau gagal cuba lagi. 4. Jangan sapu terlalu banyak mentega di antara satu lapis dan lapis yang lain. Ini akan membuat kek lembab dan benyek. Cukup hanya sapu, sekadar untuk kek tidak terlalu kering. 5. Ikut peraturan di resipi dan timbang bahan-bahan dengan teliti. 6. Pukul adunan telur dan gula sehingga betul-betul kembang. Ini paling penting, kalau adunan cair kek akan jadi tidak cantik dan juga kurang sedap. 7. Gunakan daya imaginasi dan kreativiti apbila membuat kek lapis yang banyak bentuk dan warna. Bila kita sabar dan menggunakan daya kreativiti, kek akan menjadi cantik dan sedap dimakan. 8. Selesai membakar, biarkan kek betul-betul sejuk dalam loyang sebelum mengeluarkannya untuk dihidang.

Tuesday, February 17, 2015

KETIKA HATI MERINDUI TOK GURU


KETIKA HATI MERINDUI TOK GURU Beberapa hari sudah berlalu dengan pemergian Ayahanda Tok Guru. Tarikh 12 Febuari 2015 tidak dapat aku lupakan. Tok Guru telah menemui Allah ketika aku berforum memperingati perjuangan Al-Syahid Imam Hasan Al-Banna. Al-Syahid telah menemui Allah setelah ditembak berkali-kali pada tarikh tersebut. Ayahanda Tok Guru ditakdirkan pergi buat selamanya juga pada tarikh syahidnya Imam Hasan Al-Banna. Bagiku, beliau mendapat ganjaran syahid yang sentiasa diimpikannya melalui doa yang ikhlas dipanjatkan kehadrat Allah sepanjang masa. Allah telah anugerah kematiannya sebagai syahid sekalipun beliau meninggal dunia dipembaringan. Hari ini kerinduan datang membuak-buak di sanubariku ekoran suaranya seolah-olah menyapa dicuping telingaku. Aku terkenang ketika Ayahanda Tok Guru membetulkan uslub bahasa pada syair arab yang pernah aku coret buatnya suatu ketika dahulu. Aku tersengih dengan penambahan tulisannya yang mencuit perasaanku. Manakan tidak, daripada Penyair Hasan Ibnu Thabit, Saidina Ali, Imam Syafie, Ayahanda Tok Guru juga mengingati bait gurindam Majnun terhadap Lailanya. Hari ini, sekali lagi ku utuskan kerinduanku melalui syair khas buatnya yang akan aku khazanahkan dalam Diwanku buat selamanya : شيخ العلامة ترحلت وإنني مشتاق # بفيض دمع العين من الأحزان Tok Guru, dikau telah pergi dan diriku amat merindui - Mengalir air mataku sedih mengenang akan pemergian لكن أطمئن قلبي حين رأيتك في المنام # لما أرى فيك من تقوى وإيمان Tetapi, hatiku tetap tenang apabila bermimpikan dirimu - Dengan ku saksikan bekalanmu adalah takwa dan iman يا أيها العالم الممدوح في خلق # بين الأحبة ومن كل إنسان Wahai Ulama yang dipuji pada akhlaknya - Di kalangan para pencinta bahkan sekalian manusia كم كان علمك ذا نفع وذا أثر # على مريديك من شيب وشبان Betapa luasnya ilmumu yang sangat memberi manfaat dan berkesan - Kepada penuntutmu di kalangan golongan veteran dan anakmuda وكم انتفع الناس وقد انتفعوا # بعلمك العميق في شرح وتبيان Betapa ramai manusia mempelajari denganmu lalu mengambil faedah - Dengan ilmumu yang mendalam pada huraian dan keterangan يا أيها العالم كم في الناس مقولات # أثنى عليك عظيم القدر والشان Wahai Ulama yang rata-rata manusia pada percakapan mereka - Menyanjung tinggi akan hebatnya kelebihan serta kedudukanmu ففي الدعوة قد جددت أسلوبها # لتخدم الناس من كل شيخ وفتيان Dalam kancah dakwah dikau terlalu banyak mentajdid uslubnya - Untuk bergelumang bersama manusia sama ada peringkat tua mahupun muda وكم تفانيت في التأليف مجتهدا # في نشر علم به إعلاء الأوطان Betapa engkau bersungguh-sungguh berkecimpung dalam penulisan - Demi untuk menyebarluaskan ilmu yang dengannya mengangkat martabat Negeri juga Negara شيخ العلامة قد كنت بدرا نيرا # في علم فقه وتوحيد لا سيما القرآن Tok Guru, sesungguhnya dirimu umpama bulan mengambang yang menyinari - Dalam menguasai ilmu fiqh, akidah apatah lagi ilmu berkaitan Al-Quran فكنت جوهرة في العصر نادرة # في كل عملك يرفع كل بنيان Engkaulah permata yang terlalu sukar dicari pada zaman ini – Dengan segala kerja buatmu meneguhkan keseluruhan binaan شيخ العلامة افتقدتك بعد رحيلك # به أحس بحزن وكأني في حيران Tok Guru, ku tersangat merasai akan kehilangan setelah permergianmu - Dengan pemergianmu ku bersedih dan seolah-olah ku hilang segala punca يا إلهي رحماك بعبد العزيز أعد له # طيب المقامة في جنات عدنان Wahai Tuhanku, kurniakanlah rahmat-Mu berpanjangan keatas Tok Guru Nik Abdul Aziz dan tempatkanlah beliau - Di sebaik-baik tempat di Syurga-Mu yang kekal abadi واجعل محبيه دوما في ذكر ودعاء # مزودين بصبر ثم بسلوان Campakkanlah ke dalam hati seluruh pencintanya untuk sentiasa mengutus zikir dan doa - Dan seterusnya dibekalkan mereka dengan kesabaran juga ketenangan Anakandamu; Asri Ed-Diwanie 27 Rabiul Akhir 1436

Thursday, February 12, 2015

PROPERTY: RUMAH BANGLO 3 1/2 TINGKAT DI TAMAN MELAWATI K.L...

PROPERTY: RUMAH BANGLO 3 1/2 TINGKAT DI TAMAN MELAWATI K.L...: RUMAH BANGLO 3 1/2 TINGKAT  DI TAMAN MELAWATI KUALA LUMPUR Pengenalan Taman Melawati merupakan sebuah bandar yang serba-lengkap yan...

Wednesday, February 11, 2015


Petua Untuk Anak Pandai Belajar a. Amalkan membaca Surah Al Anbiyaa’: Ayat 79 Yang Bermaksud: “Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak) dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu.” Diamalkan selepas subuh 10 kali. b. Juga ditambah doanya. . أكرمني بالفهم وارزقني العلم والحلم والحكمة والعقل بحق سيدنا محمد صلى الله عليه وسلم... آمين

Thursday, February 05, 2015

sabar


1. Sabar terhadap kesusahan dan bencana yang diturunkan kepada manusia juga di kalangan para nabi. Di dalam Al-Quran, sabar dalam bentuk ini termasuklah sabar kepada kefakiran, kelaparan, kesakitan, ketakutan, kehilangan jiwa atau kehilangan harta benda. 2. sabar terhadap keinginan nafsu yang diuruskan oleh syaitan. Antaranya, sabar atas tarikan dan tututan nafsu yang rendah dan hina, termasuk bersabar dari menuntut perasaan marah. 3. Sabar terhadap kemewahan. Ia bermaksud sabarlah sekiranya orang lain mengecapi kemewahan sedangkan diri kita tidak kaya. 4. Sabar terhadap ketaatan kepada Allah S.W.T yang sememangnya terlalu banyak halangan untuk dilaksanakan. Manusia perlu sabar untuk berlaku taat kepada Tuhan kerana nafsu itu tabiatnya liar selain syaitan suka menggerakkan jenteranya untuk membuatkan manusia lupa dan malas untuk mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. 5. Sabar terhadap kesusahan berdakwah ke jalan Allah S.W.T. berdakwah ke jalan Allah S.W.T adalah satu tindakan yang suci dan murni. Berdakwah ke jalan Allah S.W.T pastinya akan mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu kerana cuba menyampaikan perkara yang benar kepada manusia. Bahkan, Nabi Muhammad dahulu juga terpaksa bersabar apabila kaumnya sendiri menolak ajaran Islam yang cuba disampaika oleh dirinya. Justeru itu, menetapkan rasa sabar dalam diri adalah perkara yang sukar untuk dilakukan jika kita tidak istiqamah dalam beribadah ke jalan Allah S.W.T. maka, setiap manusia itu perlu untuk belajar bersabar demi mendapatkan keredhaan dan ketakwaan dari Allah S.W.T. Wallahua’lam.

Monday, February 02, 2015


Petua Menjaga Pakaian Dalam Wanita 1.Jangan rendam pakaian dalam terlalu lama dalam air kerana ia akan menyebabkan fabrik yang digunakan lusuh. 2.Jangan memasukkan pakaian dalam ke dalam mesin basuh kerana ia akan menyebabkan struktur pakaian dalam rosak akibat bercampur dengan pakaian lain. 3.Gunakan basuhan tangan untuk membasuh pakaian dalam dan tidak memerah span pakaian dalam berkenaan sewenang-wenangnya. Lebih baik lagi jika anda kepalkan tangan dan letak span di atasnya, kemudian tekan perlahan-lahan. 4.Sidai pakaian dalam dengan meletakkan bahagian tengah antara kedua-dua mangkuk di atas penyangkut baju.