Petua Untuk Merawat Penyakit Darah Tinggi Petua 1: Ambil seikat daun kucai. Tumbuk lumat dan perah sehingga mengeluarkan air. Minum air tersebut setiap pagi selama sebulan. Petua 2: Perahkan buah mengkudu masak dan ambil airnya dan tapis. Minum di waktu pagi sebelum memakan sesuatu . Buat selama seminggu berturut-turut. Petua 3: Ambil 2 biji epal hijau, buang kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan 2 cawan air sehingga empuk. Biarkan sehingga sejuk dan tapiskan airnya. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu walaupun tekanan darah tinggi anda sudah menurun. Petua 4: Ambil beberapa batang serai yang telah diketuk, rebus bersama 4 mangkuk air dan renehkan sehingga air rebusan menjadi semangkuk. Amalkan meminum air rebusan serai 2 kali sehari. Petua 5: Ambil 3 biji pisang kelat yang masak, diramas dengan kulitnya sekali dan ambil airnya dibuat minum. Petua 6: Ambil air kelapa muda segelas, bubuh sedikit kopi dan sebuku garam jantan, kacau dan minum. Buat 2 kali seminggu

Popular Posts