Friday, May 22, 2015


Ikon demokrasi mana-mana negara lazimnya akan menjadi ikon barat dan dunia. Uniknya kepincangan dan kelumpuhan tubuh badan demokrasi Mesir tidak pula menjadi isu yang disinggung oleh dunia Barat. Bila rakyat Mesir dan Ikhwanul Muslimin (IM) memilih laluan demokrasi setelah hampir lima dekad mengambil jalan dakwah semata, lantas keputusan memihak kepada Dr Morsi dan IM ; tiba-tiba dunia menjadi bungkam dan statik. Lulusan cendikiawan dari Universiti Amerika; lengkap pakej profesional, pembicara dan hafiz ini langsung tiada nilai dalam darjah bacaan demokrasi ala barat. Dr Morsi mengambil risiko dalam sedar. Memimpin negara penuh hemah, akhirnya dikasihi rakyat sekalipun dia dimusuhi oleh junta tentera. Ironisnya, dunia menyaksikan bagaimana Presiden pilihan demokrasi digulingkan depan mata rakyat. Dipenjara, dibicara dan kini menunggu ketika dan saatnya untuk menjalani hukuman bunuh. Semuanya ibarat satu episod cereka dunia yang sememangnya sudah diskripkan. Oleh siapa? Justeru, seiring dengan prinsip demokrasi yang diterima seantero dunia, politik beretika dan hak rakyat jelata ; Dewan Muslimat menggesa seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dengan rakyat seluruh dunia tegakkan hak Morsi dan rakyat mesir ini! Kita punya pengalaman perit FIS di persada antarabangsa dan kini Dr Morsi menunggu masa sebelum mereka melebar langkah menuju kita di seluruh dunia. Islam adalah agama dakwah, amanah dan ukhuwwah. Sebagai wanita, isteri, ibu, kakak, adik dan anak kepada pejuang, para wanita harus bangkit dan gerakkan seluruh keluarga kita untuk mara bersama perjuangan ini. Apalagi yang mereka tuntut dari kita? Demokrasi pujaan mereka kita kuasai sekarang walau akhirnya hak ini dinafikan oleh beberapa kerat konglomerat kuasa. Nyawa Muhammad Morsi adalah lambang nyawa dan suara jutaan manusia yang telah memilihnya sebagai Presiden Mesir. Tiada kesalahan jenayah dan tiada skandal yang dilakukannya. Yang ada hanyalah semata-mata tuduhan pengkhianat politik ke atasnya oleh seterunya. Morsi - Wira Dunia ... dan kini bakal melangkah menjadi Wira Akhirat tanpa sempat memberikan lebih manfaat untuk kita. Kecaman daripada semua peringkat, bangkangan dan bantahan keras daripada seluruh dunia diharapkan akan memberi tekanan politik dan antarabangsa untuk Mesir dan sekutunya. Sejujurnya, Morsi adalah nilai sebuah demokrasi! MUMTAZ MD NAWI Naib Ketua/ Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia 21 Mei 2015

Sunday, May 17, 2015


Petua Untuk Mengurangkan Perasaan Malu Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang di sekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu.

Thursday, May 14, 2015

.: AA cabar AHA, langsunglah dalam baik

.: AA cabar AHA, langsunglah dalam baik: ULASAN MALAM                                                                                                Beberapa minggu lepas saya su...

Wednesday, May 13, 2015


1. Apakah penyebab kentut Kentut disebabkan oleh udara terperangkap, yang boleh datang dari pelbagai sumber. Sesetengah daripadanya adalah udara yang kita telan atau pun makanan yang kita kunyah atau minum. Udara ini disebabkan oleh gas yang meresap ke dalam usus kita daripada darah kita. Dan ada juga gas yang terhasil oleh tindak balas kimia dalam usus atau bakteria yang hidup dalam perut. Kentut biasanya terdiri daripada kira-kira 59 peratus nitrogen, 21 peratus hidrogen, 9 peratus karbon dioksida, 7 peratus metana dan 4 peratus oksigen. Hanya kira-kira satu peratus daripada kentut mengandungi gas hidrogen sulfida dan sulfur.... 2. Kenapa kentut berbau busuk Sulfur adalah elemen yang membuat kentut berbau busuk. Kentut berbunyi kerana getaran rektum. Kekuatan bunyi ini mungkin berbeza-beza bergantung kepada bagaimana kuatnya tekanan gas, serta kesempitan otot selepas usus anda. Lebih banyak sulfur dalam diet anda, lebih dahsyat kentut anda akan berbau. Sesetengah makanan mengandungi sulfur lebih daripada yang lain, itulah sebabnya makanan seperti petai, jering, keju, soda, dan telur boleh menyebabkan gas yang mampu mengerutkan dahi.... 3. Purata seorang manusia normal kentut sebanyak 14 kali sehari Rata-rata manusia menghasilkan kira-kira setengah liter kentut setiap hari. Walaupun ramai wanita tidak akan mengakuinya, wanita tetap kentut sekerap lelaki. Malah, satu kajian telah membuktikan bahawa apabila lelaki dan wanita makan makanan yang sama, wanita cenderung mempunyai gas yang lebih pekat berbanding lelaki. Jika seseorang itu kentut secara berterusan selama 6 tahun dan 9 bulan, mereka akan menghasilkan gas dengan tenaga bersamaan sebutir bom atom.... 4. Kentut terpantas telah mencatatkan kelajuan 3 meter per saat Walaupun kentut keluar dengan halaju yang berbeza-beza, kita biasanya menghidu baunya selama kira-kira 10-15 saat selepas itu. Ini adalah kerana ia mengambil yang lama untuk bau mencapai lubang hidung anda.... 5. Menahan kentut tidak berbahaya kepada kesihatan anda Doktor tidak bersetuju bahawa menahan kentut tidak baik untuk kesihatan. Sesetengah pakar berfikir bahawa kentut adalah sebahagian aktiviti semula jadi dalam sistem pencernaan anda, jadi menahannya tidak akan memudaratkan anda. Pendapat bahawa menahan dari kentut boleh menyebabkan kembung perut dan gejala tidak selesa yang lain adalah tidak tepat.... 6. Bagi sesetengah budaya, melepaskan kentut di depan khalayak bukanlah masalah besar Walaupun kebanyakan budaya merasakan bahawa kentut perlu dikendalikan dengan sopan, terdapat beberapa budaya yang bukan sahaja tidak kisah melepas di khalayak ramai, tetapi mereka benar-benar membudayakannya. Satu kaum etnik Indian di Amerika Selatan yang menggunakan kentut sebagai ucapan (Yanomami). Di China pula anda sebenarnya boleh mendapatkan pekerjaan sebagai penilai bau kentut professional. Di zaman Rom purba, Maharaja Claudius, berasa takut bahawa menahan kentut dalam upacara awam adalah tidak baik untuk kesihatan, maka beliau meluluskan undang-undang yang menyatakan bahawa ia boleh diterima untuk melepas angin sewaktu jamuan.... 7. Gas kentut mudah terbakar Seperti yang dinyatakan di atas, metana dan hidrogen dalam bakteria yang menghasilkan kentut membuat gas anda sangat mudah terbakar. Inilah sebabnya mengapa sesetengah orang berfikir ia adalah perkara menyeronokkan untuk menghasilkan nyalaan api dari kentut. Tindakan ini jelas sangat berbahaya.... 8. Anai-anai menghasilkan paling banyak kentut berbanding haiwan lain Adalah sukar untuk mempercayai bahawa anai-anai kecil bertanggungjawab untuk kebanyakan masalah pemanasan global di bumi. Anai-anai kentut lebih banyak dari mana-mana binatang lain, yang menghasilkan gas metana. Menurut Environmental Protection Agency, “pelepasan metana ke global oleh anai-anai dianggarkan antara 2 dan 22 Tg setahun, menjadikan mereka sumber semula jadi kedua terbesar pelepasan metana. Metana dihasilkan dalam anai-anai sebagai sebahagian daripada proses biasa pencernaan.... 9. Jika anda menahan kentut, ianya akan keluar sewaktu anda tidur Walaupun anda menahan kentut anda sepanjang hari, gas akan melepaskan diri sebaik sahaja anda berada dalam keadaan santai. Apa yang lebih santai daripada tidur? 10. Manusia masih kentut selepas mati Berikut adalah bukti bahawa anda tidak boleh melarikan diri dari kentut, walaupun selepas mati! Sehingga tiga jam selepas badan itu mati, gas terus melepasi laluan dari kedua-dua hujung saluran penghadaman, menyebabkan berlakunya sendawa atau kentut. Fenomena ini adalah disebabkan oleh pengembangan dan pengecutan otot sejurus selepas mati.... 11. Kemana perginya kentut jika ditahan atau tidak dikeluarkan? Kentut tidak diserap darah dan tidak hilang dengan sendirinya. Kentut berpindah menuju ke bahagian atas menuju usus dan pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, cuma ditunda dari melihat dunia......

Tuesday, May 12, 2015


Ragu Dengan Al-Qur'an..... Jika 1 jam kita bekerja di hargai dengan 100.000 ? Bisa kebayang kan senengnya kita. Berarti kalau sehari 8 jam perharinya di gaji 800.000. Jika sebulanya 25 hari efektif kerja maka 1 bulannya kita terima 20.000.000 ! Jika 1 jam kita digaji 1.000.000 ? Berarti sehari kita akan menerima 8 juta, dan sebulan kita akan mengantongi 200 juta. Keren bukan??? Hehehe Masalahnya siapa yang akan menggaji sebanyak itu ?!...hehe Al-Qur'an..... Mari kita berhitung berapa Allah akan membayar kita. Untuk setiap huruf bacaan Qur'an... Allah menggaji 10, 25 kebaikan bahkan sampai 100 (bacaan dalam shalat). Dan antara kebaikan dan rupiah tentunya kita sepakat lebih tinggi kurs mata uang kebaikan, Bila 1 jam seseorang bisa mengkhatamkan sekitar 1,5 juz. Padahal 1 juz terdiri 70.000 huruf. Bagi yang kurang yakin dengan hitungan jumlah ini boleh menghitung sendiri..... Hehehehe. Sehingga 1,5 juz sama dengan 105.000 huruf x 10 = 1.050.000 kebaikan. Subhanalloh sangat fantastis..!! Dalam sehari kerja 8 jam maka akan di upah 8 x 1.050.000 = 8.400.000 kebaikan dr Allah. Kemudian jika di kalikan 30 hari efektif tadarus 8 jam, jumlah itu akan menjadi 250 juta kebaikan dr Allah. Walapun kita g' akan mampu menghitung dengan detail dan tepat nikmat dariNya, Hitungan ini hanya untuk mendekatkan pikiran kita siapa yang lebih pantas kita bekerja habis-habisan kalau orentasi kita hanyalah uang. Ini baru membaca Al Qur'an, belum menghafal,mengamalkan, sholat, zakat, sedekah, haji, umroh dll. Mari kita Terus berkhusnudzon terhadap Allah.... Jangan mudah mengeluh, putusasa dan bahkan berani menyalahkan Allah.... Sediakan waktu untuk Al-Qur'an walau 1 juz/hari syukur bisa lebih Allah telah sediakan berjuta" kebaikan untuk kita.... Tinggal kita mau/tidak untuk mengambil kebaikan, kenikmatan, kebahagiaan itu.... Dan kita tahu semua itu akan mengantarkan kita pd kehidupan abadi.... آمــــــــــــــــــين يا رب العالمين

Monday, May 11, 2015


Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global Muzakarah Muamalat/Ekonomi 4840 reads ShareThis Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-107 yang bersidang pada 10 - 11 Februari 2015 membincangkan Hukum Pelaburan Yang Dijalankan Oleh Syarikat Mecca Fund Global. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut: Setelah meneliti fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan Muzakarah menegaskan bahawa terdapat beberapa syarat bagi kontrak mudharabah yang sah mengikut syarak, iaitu antaranya: Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu. Pelaburan mestilah bersifat terbuka dan sesuatu pelaburan dianggap tidak sah jika pelabur menetapkan pengusaha perlu membeli barang tertentu contohnya, sejadah, atau barangan jenis tertentu daripada orang tertentu. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha. Keuntungan yang dihasilkan mesti dikongsi bersama oleh pelabur dan pengusaha. Pelabur akan mengambil hasil pelaburan modalnya, sementara pengusaha akan memperoleh hasil usahanya. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja. Kontrak pelaburan dianggap tidak sah jika wujud syarat yang menetapkan pelabur perlu bekerja bersama pengusaha. Muzakarah mendapati bahawa pelaburan yang dijalankan oleh Syarikat Mecca Fund Global ini bertentangan dengan prinsip sebenar mudharabah dalam Islam, iaitu antaranya pelabur perlu membeli lot yang ditawarkan oleh pemilik syarikat, akan berlaku kehilangan modal dan berlaku ketidakpastian terhadap kadar keuntungan dan modal. Selain itu, pelaburan yang dijalankan juga bertentangan dengan undang-undang yang terpakai di Malaysia iaitu melakukan perbuatan mengambil deposit secara haram. Sehubungan itu, berdasarkan perkara-perkara tersebut, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Pelaburan yang dijalankan oleh Mecca Fund Global adalah tidak mengikut prinsip mudharabah yang sebenar dan tidak sah mengikut hukum syarak. Pelaburan yang dijalankan juga didapati melanggar undang-undang negara kerana mengambil deposit daripada pelabur tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM). Muzakarah juga menasihatkan umat Islam supaya tidak terlibat dalam skim pelaburan oleh Mecca Fund Global ini.

Friday, May 08, 2015

Za'faran - Makanan Minda, Otak Geliga


Za'faran - Makanan Minda, Otak Geliga Tahukah anda apakah makanan mencerdaskan minda paling berkesan? Memperkenalkan Za'fran, antara herba paling berharga di dunia dapat membantu ramai golongan cendikiawan, penuntut ilmu dan elit sejak berkurun lama lagi! Di dalam sejarah peradaban, Za'fran telah membantu ramai cendikiawan disanjung dihormati dan pemimpin terkemuka dunia. Adakah kalian sentiasa didedahkan dengan pelbagai jenis vitamin yang dihasilkan bukan semula jadi, yang diproses secara kimia, hakikatnya boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan. Telah terbukti za'fran adalah makanan alternatif golongan elit sejak dahulu dan hingga kini, ramai telah mencubanya dan hasilnya luar biasa, antara kelebihannya dapat menguatkan daya ingatan, makanan menyihatkan badan, menurunkan serta mengurangkan tekanan darah, dan juga tiada kesan sampingan mengambilnya .