Dalam Kitab Fiqh Al-Harakah Baina Al-Waqie Wal Indhibat Al-Syarie karya Syeikh Ahmad Abdul Majid menegaskan bahawa mengikat diri dengan disiplin parti adalah asas kepada pengukuhan anggota jemaah : "Jemaah atau Parti Islam yang ada mesti mempunyai disiplin pada gerak kerja dan mempunyai anggota yang sentiasa bekerja berdasarkan disiplin tersebut sehingga tiada anggota yang berkelakuan membelakangi parti. Pengajian haraki dan agenda tarbawi yang berhikmah sangat perlu diterapkan bagi mengelakkan parti Islam daripada bahaya akibat permasalahan anggota yang mementingkan diri. Amal haraki tidak boleh dilakukan secara berkeseorangan dengan kebolehan dirinya atau mengikut hawa nafsunya atau naluri perasaannya. Bahkan amal haraki wajib diselarikan dengan disiplin dan pertimbangan politik jamaie". Indhibat atau berdisiplin dalam parti Islam adalah asas ketaatan kepada ketua dan setiap pelanggaran disiplin parti kebiasaannya akan berakhir dengan sikap membelakangi parti tersebut. Amal haraki dalam parti Islam sama ada ianya berkaitan dengan dakwah atau tarbiah atau siyasah, kesemuanya mesti dibawah kawalan dan pertimbangan kepimpinan tertinggi parti. Setiap khilaf dan sedikit sebanyak pergeseran yang berlaku mesti diurus dengan hati yang lapang serta berasaskan iman bukannya dengan hati yang menyimpan dendam dan berasaskan hawa nafsu. Rasa tidak puas hati akan berpanjangan jika hawa nafsu mengatasi diri dan sudah tentu ia akan menyebabkan furqah atau perpecahan dahsyat yang berakhir dengan keluar parti atau menubuhkan parti politik baru. Sejarah telah membuktikan sejak dahulu lagi bahawa parti serpihan walaupun tampak hebat pada awalnya namun ia pasti terkubur dengan sendirinya. Tatkala Parti Islam diseluruh dunia masa kini berusaha untuk membangunkan semula khilafah, tiba-tiba ada pihak yang berusaha mewujudkan parti serpihan diatas dasar tidak puas hati kepada parti Islam, maka yakinlah, ianya tidak ke mana bahkan hanya menyusahkan perjuangan Islam sahaja! ~ Asri ed-Diwanie 27 Sya'ban 1436

Popular Posts