Monday, September 28, 2015


Himpunan Doa-Doa Amalan Harian Assalamu 'Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh... Semoga di ketika ini anda berada di dalam keadaan sihat wal'afiat serta dirahmati Allah SWT. Mudah-mudahan doa-doa ini memberi manfa'at kepada anda...insyaAllah. Selamat Beramal...!!! . Share on facebookShare on twitterShare on emailShare on printMore Sharing Services 0 at 1:45 PG Ahad, 29 Januari 2012 Malaikat Yang Wajib Diketahui Dan Tugasannya 1. Jibril (جبريل) - Penyampai wahyu. 2. Mikail (ميكائيل) - Penyampai/pembawa rezeki yang ditentukan oleh Allah. 3. Israfil (إسرافيل) - Peniup sangkakala apabila diperintah oleh Allah di hari akhirat. 4. 'Izrail (عزرائيل) - Pencabut nyawa. 5. Munkar (منكر) - Penyoal jenazah di alam barzakh. 6. Nakir (نكير) - Penyoal jenazah di alam barzakh. 7. Ridhwan (رضوان) - Penjaga pintu syurga dan penyambut ahli syurga. 8. Malik (مالك) - Penjaga pintu neraka dan penyambut ahli neraka. 9. Raqib (رقيب) - Pencatat segala amalan baik manusia. 10. 'Atid (عتيد) - Pencatat segala perlakuan buruk manusia. Sifat-Sifat Malaikat Sifat-sifat malaikat yang diyakini oleh umat Islam adalah seperti berikut: 1. Selalu bertasbih siang dan malam tidak pernah berhenti. 2. Suci dari sifat-sifat manusia dan jin, seperti hawa nafsu, lapar, sakit, makan, tidur, bercanda, berdebat, dan lainnya. 3. Selalu takut dan taat kepada Allah. 4. Tidak pernah melakukan maksiat dan selalu mengamalkan apa saja yang diperintahkan Allah. 5. Mempunyai sifat malu. 6. Tidak suka dengan bau tidak sedap, anjing dan patung. 7. Tidak makan dan minum. 8. Mampu mengubah wujudnya. 9. Memiliki kekuatan dan kecepatan seperti cahaya. Tempat Yang Tidak Disukai Malaikat 1. Tempat yang di dalamnya terdapat anjing, (kecuali anjing untuk kepentingan penjagaan keamanan, pertanian dan berburu). 2.Tempat yang terdapat patung (gambar). 3. Tempat yang di dalamnya ada seseorang muslim yang mengancukan senjata terhadap saudaranya sesama muslim. 4. Tempat yang memiliki bau tidak sedap atau menyengat.

Blog Archive