Soalan:
Assalamualaikum ustaz,
#B3tulkah tanda solat kita membekas pada kehidupan kita, ada tanda hitam di dahi? Seorang sahabat saya kata dia tak ikut ustaz-ustaz yang berceramah kalau tidak ada tanda solat di wajah mereka. Katanya, di dalam Al-Quran pun menyebut sifat-sifat sahabat nabi ada tanda solat di wajah mereka. Katanya dia sekarang tengah berusaha supaya ada hitam di dahi.
-Aslan, Sabah-
Jawapan:
#Akhi Aslan pertanyaan yang diajukan ini agak sensitif kerana ia akan menyentuh hal peribadi dan penampilan orang lain. Namun jika tidak diberi pencerahan juga adalah suatu tindakan yang kurang bijak kerana membiarkan orang seperti rakan saudara sewenang-wenangnya menilai orang lain dengan penilaian dari tafsiran yang salah.
Ayat yang dimaksudkan oleh rakan sudara itu ialah firman Allah :
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan Dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. kamu Lihat mereka ruku dan sujud mencari kurniaan Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud (QS al Fath:29)
R@kan saudara beranggapan bahwa dahi yang hitam kerana sujud adalah maksud daritanda-tanda mereka nampak pada muka mereka dari bekas sujud. Sedangkan menurut para ulama tafsir tanda atau kesan sujud tersebut bukanlah hitamnya dahi.
!mam at-Thabari telah meriwayatkan dengan sanad yang hasan dari Ibnu Abbas bahwa yang dimaksudkan dengan tanda mereka adalah perilaku yang baik. at-Thabari juga dengan sanad yang kuat meriwayatkan dari Mujahid bahwa yang dimaksudkan adalah kekhusyukan. Dalam riwayat yang lain at-Thabari meriwayatkan dengan sanad yang hasan dari Qatadah, beliau berkata, Tanda mereka adalah solat (Tafsir Mukhtashar Shahih hal. 546)
Jelas sekali tafsiran rakan saudara tidak menepati tafsiran para ulama yang lebih dipercayai. Bahkan menilai kesolehan orang lain hanya dengan kesan hitam di dahi juga tidak betul.
 ( ) : .
Dari Manshur, Aku bertanya kepada Mujahid tentang maksud dari firman Allah, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud apakah yang dimaksudkan adalah bekas di wajah insan? Jawab beliau, Bukan, bahkan ada orang yang bertompok di antara kedua matanya itu bagaikan tompok yang ada pada lutut unta namun dia adalah orang jahat. Tanda yang dimaksudkan adalah kekhusyukan (Riwayat Baihaqi ; Sunan Kubro ; 3702).
Hakikat dahi hitam
Hanya Allah yang mengetahui rahsia dahi hitam. Ada orang yang bertanda hitam di dahi secara semulajadi atau tanpa disengajakan dan mungkin juga kerana banyak sujud. Moga ia adalah suatu petanda baik buat mereka sebagaimana tanggapan baik rakan saudara dan kebanyakan orang.
Tetapi awas! Tanda hitam di dahi juga boleh menyebabbkan seseorang menghadapi masalah penyakit hati seperti riyak dan takbur kerana tanggapan salah orang seperti rakan saudara. Semoga Allah menjauhkan kita dari mazmumah ini ameen.
Peringatan!
Jangan sampai sengaja menggesel dahi dengan kuat ditempat sujud agar dahi berbekas hitam. Ia adalah perbuatan tercela dan ditegah kerana merosakkan wajah:
 : : .
Dari Ibnu Umar, beliau melihat ada seorang yang pada dahinya terdapat bekas sujud. Ibnu Umar berkata, Wahai hamba Allah, sesungguhnya penampilan seseorang itu terletak pada wajahnya. Janganlah kau burukkan penampilanmu! ( dengan kesan sujud )(Riwayat Baihaqi; Sunan Kubro; 3699).
: : .
Dari Abi Aun, Abu Darda melihat seorang perempuan yang pada wajahnya terdapat tompokkan seperti tompokkan yang ada pada seekor kambing. Beliau lantas berkata, Seandainya bekas itu tidak ada pada wajahmu tentu lebih baik (Riwayat Bahaqi ; Sunan Kubro ; 3700).
: : : . : – – ( 3698)
Dari Salim Abu Nadhr, seorang lelaki datang menemui Ibnu Umar. Setelah orang tersebut mengucapkan salam, Ibnu Umar bertanya kepadanya, Siapakah anda?, Aku adalah anak asuhmu, jawab orang tersebut. Ibnu Umar melihat ada bekas sujud yang berwarna hitam di antara kedua matanya. Beliau berkata kepadanya, Bekas apa yang ada di antara kedua matamu? Sungguh aku telah lama bershahabat dengan Rasulullah, Abu Bakar, Umar dan Utsman. Apakah kau lihat ada bekas tersebut pada dahiku? (Riwayat Baihaqi; Sunan Kubro ; 3698)
: :
Dari Humaid bin Abdirrahman, aku berada bersama as Saib bin Yazid ketika seorang yang bernama az Zubair bin Suhail bin Abdirrahman bin Auf datang. Melihat kedatangannya, as Saib berkata, Sungguh dia telah merosakkan wajahnya. Demi Allah bekas di dahi itu bukanlah bekas sujud. Demi Allah aku telah solat dengan menggunakan wajahku ini selama sekian waktu lamanya namun sujud tidaklah memberi bekas sedikitpun pada wajahku (Riwayat Baihaqi dalam Sunan Kubro no 3701).
Kesimpulan
Kesolehan seseorang bukan terletak pada hitam dahinya. Tetapi pada taqwa, taat dan ikhlasnya dalam kehidupan beragama. Lihatlah berapa ramai para ulama yang kita kenali di zaman ini hitam dahinya?
P/s : Saya yang faqir memohon jutaan kemaafan kepada semua yang mungkin tersinggung dengan penulisan ini. Tidak ada niat untuk memalukan sesiapa. Hanya ingin menyatakan yang hak agar ummah tidak semudah itu menolak para ilmuwan yang tidak bertanda di dahi.. Wallahu alam

Popular Posts