Monday, October 09, 2017

tekA


. Polis Malaysia dan polis Indonesia, mana yang lebih tua? Berikan jawapan dengan sebab sekali. Jawapan: Polis Malaysia yang lebih tua kerana polis Malaysia dipanggil Tok manakala polis Indonesia pula dipanggil bapak.
2. Sebab apa siput babi jalan lambat? Jawapan: Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.
3. Sukan apa selepas main kita tabik? Jawapan : Golf
4. Antara kereta dan motor, manakah yang lebih tua? Jawapan : Motor sebab pakai tongkat.
5. Dalam banyak-banyak kucing, kucing apa yang tak makan? Jawapan : Kuching, Sarawak.
6. Kuda apa yang tiada kaki? Jawapan : Kuda kepang
7. Apabila masuk, ia keras dan apabila keluar, ia lembik. Jawapan : Stokin
8. Binatang apa yang kurang ajar? Jawapan : Kutu kerana dia merayap di atas kepala.
Teruskan Selongkar…
9. Ikan apa yang paling rajin? Jawapan : Ikan bandaraya sebab suka cuci cermin akuarium.
10. Pokok apa yang suka berkahwin? Jawapan : Pokok pinang
11. Makanan apa, yang asalnya jauh dari negeri Perak? Jawapan : Buah Melaka
12. Binatang apa yang selalu penat? Jawapan : Anjng kerana selalu keluarkan lidah.
13. Kereta apakah yang orang tak panggil kereta? Jawapan : Teksi
14. Dalam banyak-banyak bunga-bunga apa yang berwarna hitam? Jawapan : Bunga tayar
15. Kenapa orang gali kubur tak pakai spender Jawapan : Apa kes nak pakai spender, Pakai cangkul
16. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu… Apa yang patah pula? Jawapan : Patah balik
17. Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Jawapan : Donut, Kuih keria
18. Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk? Jawapan : Penguin
19. Bila gajah jadi ayam, lalu singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa? Jawapan : Ayam jadi banyak
20. Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar? Jawapan : Kereta kabel
21. Haiwan apakah yang ejaannya mempunyai dua huruf sahaja? Jawapan : Udang iaitu U dan G
22. Tak ada kepala, ada leher, ada tangan, tak ada jari, ada badan, tak ada kaki? Jawapan : Baju
23. Permainan apa yang paling berat sekali Jawapan : catur (sebab kena bawa raja,permaisuri,kuda dan sebaginya

Exists - Jesnita