Thursday, May 27, 2010

Jalan Hakiki

JALAN HAKIKI

Wajah semalam itu
Masih kukenal senyumnya
Masih kutatap sinar matanya
Masih terngiang merdu suaranya
Tika beramah mesra mengundang ketawa.
hakiki
Dia pernah berkongsi cerita jiwa
Mencari damai yang semakin menjauh
Mengintai tenang yang tak kunjung datang
Menjaring rindu yang tak terbalas
Mengejar mimpi yang terlepas
Menganyam dunia yang tak pernah puas.

Hari ini dia bertemu hidayah Tuhannya.
Di jalan MUSTAQIM
-Redup pandangannya seumpama Balqis
-Tabah hatinya seumpama Mariam
-Redha jiwanya seumpama Hajar
-lembut lakunya seumpama Fatimah
-bahagia hidupnya seumpama Khadijah
Moga seluruh hayatnya dilimpahi Nur Illahi
Teguh dalam istiqamah
Dalam diam kumunajat syukur
Doa mengiringi hijrahmu.

dipetik:-
-Ahmad Sirajuddin Mohd Tahir...

Sunday, May 09, 2010

Selamat Hari Ibu


ummi


diucapkan selamat hari ibu kepada mereka yang bergelar ibu..terutama ibuku..
emak...anakndamu sentiasa mengingati diri mu..
ampun segala dosa dan kesalahan sama ada secara sedar mahupun tidak disedari..
doakan untuk kebahagiaan anaknda ni...
moga hidupmu diberkati oleh ALLAH..amin

arena Hikmah:-
afifzahrah

Thursday, May 06, 2010

sisipan sentuhan

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"

"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"
"
kilauan

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"

"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

"Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai"

"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup.Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

"Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah"

"Orang yang cemerlang melihat setiap halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan kemundurannya"

"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan"

"Kejayaan adalah tangga yang tidak dapat anda panjat dengan tangan di dalam poket"

"Orang yang selalu bersedih akan sukar mencapai apa yang dicita-citakan"

"Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri"

"Janganlah kamu berkawan dengan orang yang suka melakukan maksiat, nanti hilang kebencian kamu terhadap maksiat"

"Tiada sesuatu yang lebih bahaya kepada seseorang selain daripada kawan yang elok percakapannya tetapi buruk perbuatannya"

"Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah orang yang suka bermusuh-musuhan"

"Jangan dilupa pada yang putih. Ianya suci, bersih sudi juga mengingatkan kita pada usia"

"Hidup yang berguna adalah hidup yang ketika petang membawa suluh untuk menghadapi malam yang akan sampai"

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

"Suatu hari nanti kita pasti berhenti bekerja dengan manusia, tetapi tiada istilah berhenti bekerja dengan Allah melainkan perjuangan berakhir bersama nafas terakhir

Thursday, April 29, 2010

orang Melayu jangan bertelagah lagi...

CINA dah nak cuba mnguasai Malaysia ni...mereka hanya meneguk air yg keruh aja...

KUALA LUMPUR : Kegagalan meraih sokongan orang Cina dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Hulu Selangor baru-baru ini terus menghantui Umno dan sekutunya. Bagai tiada isu untuk dimainkan, akhbar pro-Umno sekali lagi membangkitkan isu perkauman dengan menyerang 'orang Cina Malaysia' secara halus.




Tindakan sebahagian besar orang Cina yang tidak mahu kembali kepada parti kerajaan dilihat bukan sahaja mewujudkan rasa tidak puas hati kerajaan, malah jika diperhalusi, menimbulkan kebimbangan yang terlampau pada parti itu.

Kolumnis kontroversi Utusan Malaysia, Cuit Zaini Hassan, dalam tulisannya ' Orang Cina Malaysia, Apa Lagi Yang Anda Mahu?' cuba meniup api perkauman dengan mempertikaikan kemewahan dan kesenangan yang diperolehi orang Cina di Malaysia.

"Orang Cina di Malaysia hidup lebih daripada biasa-biasa," lapornya.

Zaini dalam tulisannya juga dcuba menakut-nakutkan orang Melayu dengan membayangkan sejarah tragedi 13 Mei, perarakan penyapu, sikap cauvinis dan gelombang bawah tanah yang bakal berulang sekiranya rakyat tidak berhati-hati dengan DAP.

"Saya juga sering mengaitkan cita-cita DAP yang mahu 'pulun' semua sekali pengaruh Cina di negara ini," akui penulis itu.

Sama seperti ucapan beberapa pemimpin Umno sebelum ini, isu kerakyatan dan sejarah kehadiran orang Cina ke tanah melayu tidak pernah diabaikan.

"Ternyata, percaturan datuk moyang mereka dulu berbaloi. Mereka dapat apa yang mereka mahukan. Mereka hidup mewah di bumi bertuah Malaysia ini.

"Malah, bukan Malaysia sahaja, Singapura pun mereka kuasai sepenuhnya. Singapura bukanlah negara asal mereka. Orang Cina Singapura pun asalnya adalah dari tongkang yang sama bersama-sama orang Cina Malaysia," katanya seperti dipetik media.

Menurutnya, pilihan raya umum 2008 bukanlah satu ujian sebenar bagi proses demokrasi di negara ini dan ia terjadi hanyalah kerana kecelaruan fikiran orang Melayu ketika itu.

DAP dituduh mencuri peluang itu dan mengakibatkan tsunami politik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia.

"Apa lagi yang mereka mahu? Apakah mereka masih merasakan merekalah penentu kepada sesuatu keputusan pilihan raya di negara ini?" tulis kolumnis itu.

Selain itu, kenyataan Lim Kit Siang dalam ucapannya di rapat umum penutup selepas keputusan PRK Hulu Selangor diumumkan turut dimainkan.

"Lim memberitahu para hadirian yang rata-rata terdiri daripada orang Melayu, keputusan itu sebenarnya ialah kejayaan kepada 'rakyat' Hulu Selangor.

"Tanpa mahu menyentuh perasaan orang Melayu di situ, beliau sebenarnya merujuk 'rakyat' itu sebagai orang Cina Hulu Selangor yang rata-rata tidak memberi undi kepada BN, tapi sebaliknya memihak kepada DAP," petik media lagi.

Perbandingan yang dilakukan Zaini dalam tulisannya turut menyentuh soal pendidikan dan pekerjaan.

"Kebanyakan pelajar-pelajar di kolej-kolej swasta yang terbaik di Malaysia dipenuhi oleh pelajar-pelajar Cina. Orang Melayu hanya mampu ke kolej milik kerajaan dan yang tidak ternama. Pusat-pusat membeli belah di kompleks-kompleks ternama di Malaysia dipunyai oleh orang Cina.

"Di organisasi korporat dan swasta, orang Cinalah yang menguasainya. Orang Melayu boleh di bilang jari dan pekerja bawahan. Malah, kini mahu mohon kerja di situ pun perlu faham cakap Mandarin, sebagai prasyaratnya," ujar Zaini dalam tulisannya.

erm..saksikanlah org2 melayu jangan bertwlagah lagi..Cina snyum jer kita bertalagah..jgn jadikan Malaysia macam singapore walaupun pada asasnya depe tiada kaitan negara tersebut , akhirnya mnguasai satu pulau kecil, maju dan termoden..

ayuhlkah bangsa Melayu..jangan tidue!! bangkitlah dan sedarlah..
Moga Allah merahmati bangsa kita dan muliakn kita kerana kita adalah ISLAM..
Kalau meraka agama Islam, alhamdulillah..
Jangn biarkan mereka ada niat untuk menginjak2 kepala kita..
Ya Allah selamatkan bagsa melayu ni, keran kami adalah agama Islam...
amin Ya robb!!

dipetik drpda:-

http://www.erapakatan.com/berita/tak_puas_hati_tak_dapat_undi_cina
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4385
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=4385

Monday, April 26, 2010

santai...hikmah

lebih baik bagi apa yang sikit drpd bnyak tapi tidak bagi..renung2kanlah


Mesej Hikmah