Monday, May 21, 2012

gaji PTD

Salam sejahtera, Post kali ini ialah berkenaan gaji permulaan PTD Gred M41. Gaji permulaan PTD Gred M41 adalah seperti berikut: Gaji pokok: RM1993.63 (minimum)/RM 5295.68 (maksimum) Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) : RM300.00 Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) : RM250.00 Bantuan Sara Hidup (COLA) : RM100.00 (minimum)/RM300.00 (maksimum) Jumlah besar sebulan: RM2643.63 (minimum) / RM6145.88 (maksimum) Selain gaji, PTD juga akan menikmati kemudahan lain seperti kakitangan awam lain termasuklah: 1. Pinjaman perumahan 2. Pinjaman komputer 3. Pinjaman kenderaan 4. Kemudahan rawatan perubatan 5. Lebih 30 jenis cuti 6. Biasiswa pelajaran dan banyak lagi kemudahan. Sekian sahaja buat kali ini. Jumpa lagi.

Sunday, May 20, 2012

Tiga syarat untuk kebangkitan umat Islam

DALAM Quran ada jaminan daripada Allah bahawa orang-orang Islam adalah umat yang terbaik di sisi-Nya. Malah lebih baik daripada umat lain yang diberikan kitab-kitab terdahulu, iaitu orang-orang Nasrani dan Yahudi.
Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab (Nasrani dan Yahudi) beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik. - Ali Imran 3: 110 Lalu Allah berjanji bahawa umat lain tidak akan berjaya memudaratkan umat Islam, dan mereka akan kalah jika memerangi kita. Mereka (Ahli Kitab) sekali-kali tidak akan dapat membuat mudarat kepada kamu, selain daripada gangguan-gangguan celaan saja, dan jika mereka berperang dengan kamu, pastilah mereka berbalik melarikan diri ke belakang (kalah). Kemudian mereka tidak mendapat pertolongan. - Ali Imran 3: 111 Jaminan Allah ini telah disempurnakan kepada umat Islam pada zaman Rasulullah SAW sehingga Islam beroleh kemenangan demi kemenangan. Janji Allah itu juga berlaku kepada umat Islam pada zaman selepas Rasulullah selama lebih satu alaf sehingga ke abad ke -19. Islam juga berkembang sampai ke Eropah, tetapi akhirnya tewas dan ditindas sehingga sekarang. Di samping berkembang ke dua pertiga pelosok dunia, Islam juga menempa kecemerlangan dalam pelbagai bidang kehidupan dunia. Akhirnya, di samping tewas di medan peperangan, umat Islam juga ke belakang dalam bidang-bidang kemajuan duniawi yang dulu mereka pelopori. Pada hari ini, selalu sangat ditanya kenapa kenapa umat Islam jadi begini? Malah soalan yang sama terus berulang-ulang, sehingga sudah sampai ke peringkat menjemukan. Jemu kerana seolah-olah tiada jawapan yang tepat lantaran keadaan tidak juga berubah. Antara jawapan yang paling popular terhadap kedaifan umat Islam hari ini, ialah mereka tidak bersatu. Jika dipanjangkan persoalan tidak bersatu ini kepada semua orang Islam, mereka akan bersetuju termasuk yang sedang bergaduh dan berbunuh sesama sendiri. Anehnya umat Islam terus tidak bersatu dan semakin bergaduh, malah berbunuh sesama sendiri. Selain berbunuh sesama sendiri, mereka juga dibunuh oleh oleh tentera negara-negara 'Ahli Kitab'. Kenapa keadaan yang menimpa umat Islam sekarang amat berbeza daripada zaman Rasulullah. Pada zaman itu, tentera Ahli Kitab termasuk pasukan Rom yang paling kuat pada zaman tersebut juga tidak dapat menewaskan tentera Islam. Amat benar janji Allah sebagaimana ayat 111 Ali Imran itu. Oleh kerana ayat 111 itu adalah kesinambungan ayat 110, maka eloklah didalami kandungan ayat 110 itu. Firman Allah dalam ayat itu ialah ''Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. ''

Saturday, May 19, 2012

Ciri-Ciri Anak Yang Cemerlang

Ciri-Ciri Anak Yang Cemerlang Dalam al-Quran, Allah s.w.t. merakamkan beberapa pesan seorang bapa yang bernama Luqman terhadap anaknya. Pesanan ini sangat relevan untuk dicontohi oleh anak-anak untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. CIRI-CIRI ANAK CEMERLANG : Pesan Luqman :
1. Mendirikan sembahyang. 2. Menyuruh berbuat kebaikan. 3. Mencegah daripada berbuat kemungkaran. 4. Sabar atas apa yang menimpa. 5. Tidak memalingkan muka daripada manusia (sombong). 6. Tidak berjalan di muka bumi dengan angkuh. 7. Bersederhana dalam berjalan. 8. Lunak suara. (sopan santun / berbudi bahasa) (Surah Luqman : ayat 17 – 19) Aaron Afif 19.Mei 2012

‎12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI

‎12 SIFAT SAHABAT SEJATI MENURUT IMAM AL-GHAZALI 1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu. 2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu. 3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya, ia akan membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik. 5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu. 6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya. 7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya. 8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu. 9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu (membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu). 10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu. 11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu. 12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan. ~Semoga kita dianugerahkan sahabat seperti itu dan menjadi sahabat seperti itu.. InsyaAllah by: Jundi Tarbawi

Friday, May 18, 2012

Solat Kita Termasuk Golongan Yang Mana ?

Solat Kita Termasuk Golongan Yang Mana ? السَّلاَمُ عَلَيْكُم سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. Sahabat yang dirahmati Allah, Ibadah solat fardu lima waktu adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Sesiapa yang meninggalkannya dengan sengaja akan mendapat dosa besar dan mendapat kemurkaan Allah SWT. Dihari akhirat nanti solat akan menjadi amal ibadah yang pertama disemak dan nilai oleh Allah SWT, sekiranya solatnya diterima maka semua amalan-amalan yang lain akan diterima untuk ditimbang, tetapi apabila solatnya ditolak maka amalan-amalannya yang lain tidak akan diterima. Daripada Abu Hurairah r.a, katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Sesungguhnya amalan yang mula-mula sekali dihisabkan seseorang pada hari kiamat mengenainya ialah solatnya, jika solatnya diterima, maka sesungguhnya beruntung dan berjayalah ia. Jika solatnya tidak diterima, maka kecewa dan rugilah ia. Jika terkurang daripadanya solat fardu sesuatu. Allah berfirman: 'Periksalah, adakah hambaku itu mempunyai solat-solat sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang daripada solat fardu. Demikianlah keadaan amalan lain." (Hadis riwayat Tirmizi). Terdapat sembilan golongan manusia yang terlibat dengan ibadah solat. Di manakah kedudukan kita? Golongan tersebut adalah seperti berikut : Golongan 1 : Tidak mahu mengerjakan solat.(masih menyakini solat itu wajib ditunaikan) Golongan ini telah melakukan dosa besar. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Solat itu adalah tiang agama. Maka sesiapa yang mendirikannya , sesungguhnya ia menegakkan Agamanya dan sesiapa yang meninggalkannya ia telah merobohkan Agamanya.” Di dalam hadis yang lain Nabi SAW ada bersabda yang bermaksud : “ Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu” Iman Syafie menjatuhkan fasik kepada orang yang meninggalkan solat fardu dengan sengaja tetapi masih menganggap kewajipan fardu solat. Tetapi sekiranya dia menganggap bahawa solat tidak wajib keatas dirinya dia jatuh kufur, nauzubillahiminzalik. Golongan 2. Orang yang mengerjakan solat secara zahir sahaja dan tidak ada ilmu. Solat yang ditunaikan tidak sempurna kerana bacaan pun masih tidak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Tidak ada ilmu bab solat dan tidak mahu menuntut ilmu. Golongan ini berdosa besar dan fasik kerana melakukan solat dalam keadaan jahil dan tidak mahu menuntut ilmu dan solatnya tidak sah kerana tidak mengikut rukun dan syarat sah solat. Golongan 3. Orang yang mengerjakan solat bahkan tahu ilmu mengenai solat, tetapi tidak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Golongan ini mengerjakan solat bermusim. Jadi ada masa dia akan solat (jika lapang) tetapi jika sebuk dengan urusan pejabat , ada masyuarat, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka dia tidak solat. Orang seperti ini akan jatuh fasik. Golongan ini akan memasuki neraka Wail jika mati tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT kerana lalai dalam mengerjakan solat. Golongan 4. Orang yang sembahyang, ada ilmu solat, fasih bacaannya (tetapi tidak memahami maksud setiap bacaan), tetapi solatnya tidak khusyuk . Ketika solat fikirannya tertumpu kepada urusan dunia yang tidak berkesudahan dan alam sekelilingnya, solatnya tidak memberi kesan langsung terhadap hubungan hati dengan Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya" (Surah al-Maun ayat 4-5) Dalam ayat-ayat ini Allah mengungkapkan satu ancaman iaitu celakalah orang-orang yang mengerjakan solat dengan tubuh dan lidahnya tidak sampai ke hatinya. Dia lalai tidak menyadari apa yang diucapkan lidahnya dan yang dikerjakannya oleh sendi anggotanya. Ia rukuk dan sujud dalam keadaan lengah, ia mengucapkan takbir tetapi tidak menyadari apa yang diucapkannya. Semua itu adalah hanya gerak biasa dan kata-kata hafalan semata-mata yang tidak mempengaruhi apa-apa, tidak ubahnya seperti robot. Ulama menafsirkan bahawa lalai semasa solat (tidak khusyuk) juga akan dimasukkan kedalam neraka Wail melainkan dia bertaubat kepada Allah SWT dan cuba sedaya upaya untuk mendapat khusyuk semasa menunaikan solat. Golongan 5. Golongan yang mengerjakan solat cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan solatnya seperti fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tidak dihayati dalam solat itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, setakat faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai solat ' awamul muslimin'. Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam solatnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam solatnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah SWT secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam solatnya. Begitulah sehingga selesai solat. Ia merintih dan tidak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah SWT, mana yang lalai itu moga-moga Allah SWT ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai solatnya itu. Ertinya solatnya tiada memberi kesan apa-apa. Allah SWT belum lagi cinta orang ini. Golongan 7. Golongan yang mengerjakan solat yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam solatnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar solat itu tidak mempengaruhi solatnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi solatnya. Hatinya masih dapat memuja Allah SWT didalam solatnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin. Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan ke tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit lebih khusyuk dan menghayati dalam solatnya. Golongan ini bukan saja faham, dan tidak mengingati dunia didalam solatnya, malahan dia dapat menghayati setiap makna bacaan solatnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tidak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah SWT dapat dirasai pada gerak dalam solatnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah ) Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Solat dengan penuh khusyuk. Golongan ini bukan saja ibadah solat itu dijiwai didalam solat malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia solat, kerana ia yakin solat punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan solat. Solatnya telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti solat Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan solat dulu, maka didalam solat itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan solat. Makin banyak solat makin lazat, solatlah cara ia hendak lepaskan kerinduan dengan Tuhannya. Dalam solatlah cara ia hendak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang hendak jadi disekelilingnya langsung tidak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq. Sahabat yang dimuliakan, Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat solat itu tadi, maka dapatlah kita nilai solat kita di tahap golongan yang mana satu?. Maka ibadah solat yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja. Solatnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada fasik kerana masih ingkar dan tidak menunaikan solat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Marilah sama-sama kita memperbaiki nilai dan kualiti solat kita. Tunaikanlah dengan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Cuba kita melihat cara seorang ulama sufi bernama Hatim ketika beliau mengerjakan solat : Hatim berkata, "Aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada dihadapanku, syurga disebelah belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. Setiap bacaan dan doa dalam solat aku faham maknanya. Kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawaduk. Aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan sepenuh ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Posted by abubasyer at 12:21 PM

POSISI BERJIMAK SUAMI ISTERI

POSISI BERJIMAK SUAMI ISTERI (18sx untuk suami isteri Sahaja)
Firman Allah s.w.t bermaksud:“Dihiasi bagi manusia itu dengan perasaan dan keinginan kepada sesuatu, iaitu syahwat kepada wanita…”(Surah Ali Imran ayat 14) lain-lain ayat Firman Allah s.w.t bermaksud: ” Mereka (para isteri) adalah sebagai pakaian bagi kamu dan demikian sebaliknya kamu juga ibarat pakaian bagi mereka..” (Surah Al Baqarah ayat 187) Firman Allah s.w.t bermaksud: ” Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu dan datanglah kepada ladang kamu mengikut yang kamu suka dan kehendaki” (Surah Al Baqarah ayat 223) Menurut Ibnu Jarir At Tabari, “ladang” bermaksud tempat menanam benih. Sementara maksud perkataan “datangilah mengikut yang kamu kehendaki” ialah boleh melakukan persetubuhan dengan isteri dalam pelbagai cara , teknik dan posisi yang sesuai asalkan melalui kemaluannya (kemaluan isteri) dan TIDAK melalui duburnya !! Diulangi.. TIDAK MELALUI DUBURNYA !!
Kesimpulan dari kalimat-kalimat kinayah dalam ayat diatas mempunyai 2 erti:- 1- Boleh bersetubuh dengan isteri pada bila-bila masa setiap kali timbulnya nafsu dan keinginan seks terhadap isteri (kecuali isteri dlm keadaan haid, nifas, puasa bln ramadhan dsb iaitu masa yg dilarang oleh syariat utk bersetubuh). 2- Boleh bersetubuh dengan pelbagai cara dan teknik yang dikehendaki mengikut penyesuaian diri masing-masing (kecuali dubur). TEKNIK-TEKNIK DALAM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI. Antara teknik-teknik yg boleh diamalkan ialah:-1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, sambil berdiri, dari arah belakang mencangkung atau menonggeng (mat saleh kata doggy , ni la dia kot) , atas kerusi, dan sebagainya.Semuanya tu adalah sekadar utk menukar selera sekali sekala dan bukan utk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua teknik tadi tidak mendatangkan keselesaan pada isteri (bergantung pada bentuk tubuh isteri). Oleh itu posisi normal suami diatas dan isteri dibawah adalah digalakkan. Dalam kitab At Tibun Nabawi ada menyebut bahawa dalam banyak posisi-posisi persetubuhan, suami di atas dan isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala posisi yg ada. Sementara posisi suami di bawah isteri diatas adalah sangat merbahaya, ini kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair yg ada dlm liang rahim isteri mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami dan ini merbahaya kerana mudah mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yg ada. Namum tambah kitab itu lagi, posisi itu tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya Rasulullah bersabda, maksudnya:” Apabila seseorang itu berjimak, boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah) atau tidak bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul (kemaluan) isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan benih dan menghasilkan anak. ” Hadis diatas menjelaskan , bahawa tidak salah bersetubuh dalam pelbagai posisi kerana yg utamanya ialah perlaksanaanya tepat, pada farajnya dan matlamatnya ialah untuk menghasilkan anak. 2- PETUA MENCAPAI KENIKMATAN JIMAK Sementara orang tua-tua dulu memberi panduan asas persetubuhan ialah hendaklah dilakukan dengan 2 cara:- 1. Hendaklah dengan 7 anggota (bagi pihak suami). Dua siku, dua lutut dan dua hujung jari kaki hendaklah menyentuh bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri. 2. Hendaklah dada sama dada, pusat sama pusat, perut sama perut, dan wajah sama wajah suami ister bertemu rapat. Selain dari cara diatas, kemungkinan tidak mendatangkan nikmat yang sempurna kepada pasangan. Mungkin pihak suami yang tidak puas artau isteri yang tidak puas. Sedangkan tujuan bersetubuh adalah utk sama sama merasa nikmat. 3. KERJASAMA SUAMI ISTERI Sebenarnya kerjasama antara suami isteri memainkan peranan penting utk mencapai kepuasan seks. Tidak kira walapun posisi mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama antara kedua dua belah pihak semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin . Oleh itu pertimbangan dan kreativiti pasangan dalam memberi kan kerjasama sangat diperlukan. 4. TEKNIK-TEKNIK BERJIMAK 1- Teknik Menggoyang Teknik ini boleh melambatkan inzal (terpancut mani) dan memberikan kenikmatan kepada kedua-dua belah pihak, boleh juga menambahkan kekuatan dan ketahan zakar. Goyangan yg terkawal dan tersusun membolehkan pihak suami mengawal inzal seberapa lama yang dia mahu sehingga isteri benar benar mencapai kepuasan sebenar. Cara-cara goyangan ialah seperti berikut:- a. Goyangan Kesabaran - Mengoyang dengan perlahan ketika memaukkan zakar, tetapi bila menarik, tarik dengan cepat hingga kepala zakar hampir keluar. Teknik ini melambatkan pancutan mani suami dan isteri lebih terasa nikmat dan mempercepatkan inzal isteri. b. Goyangan Jongket - Bahagian tubuh anda keatas sedikit sehingga batang zakar kelihatan bengkok. Teknik ini akan memberi geseran kuat batang zakar pada kelentit isteri. Ini akan mempercepatkan isteri inzal dan memberi nikmat yg tiada tara pada isteri. Tanda isteri merasai nikmat ialah nafas isteri kencang dan suara renggekannya kuat. c. Goyangan Hitungan - Sewaktu menggoyang, lakukan 40 kali secara lambat diikuti 40 kali goyangan secara cepat . lakukan secara bergilir-gilir. Cara ini menjadikan isteri berasa khayal , kerana ombakan goyangan bagai ombak kapal di lautan. tanda isteri khayal ialah matanya kuyu dan dipejamkan. d. Goyangan Hentian - Goyang secara selang seli dan rehat sejenak. Goyang 3 kali dan berhenti, kemudian goyang lagi dan berhenti.Goyangan begini menjadikan isteri tersentak-sentak kesedapan. Tanda isteri kesedapan ialah bila kita menggoyang , nafas dan suaranya bagai tersekat sekat. Bila berhenti, ia menghembus nafasnya panjang. e. Goyangan Berpasangan - Suami mengoyang dahulu kemudian berhenti. Setelah itu isteri menggoyang pula dan berhenti. lakukan bergilir-gilir. Boleh juga bergoyang serentak atau suamo menggoyang keatas dan kebawah isteri pulak menggoyang ke kiri dan kanan. Cara ini memerlukan kesepakatan dan kerjasama. f. Goyangan Kekasih - isteri menggoyang sedangkan sumai mendiamkan diri. cara ini membantu melambatkan inzal suami dan banyak memberi kerehatan pada suami. Sesuai utk diamalakn bagi suami yg mudah terpancut awal.bagi suami pulak janganlah berdiam diri sahaja. lakukan perkara lain seperti meramas payudara isteri, mencium isteri atau menghisap puting susu isterinya atau mengikut selera isteri.Sekiranya isteri hendak terpancar maninya, hendaklah dia memberitahu suami agar goyangan bersama -sama dan supaya sama sama serentak terpancar mani. g. Goyangan dan Geselan Kepala Zakar -Melakukan goyangan dengan menggunakan kepala zakar. Caranya ialah memasukkkan zakar sampai ke takuknya agar kepala zakar berada di permukaan kemaluan isteri dan disamping itu kenakan kepala zakar pada kelentitnya.Ini kerana kebanyakan kelazatan perempuan banyak terhimpun pada bahagian permukaan faraj dan khusunya pada kelentitnya.
Bergoyanglah hanya sampai takuknya sahaja dan sekali sekala ditusukkan zakar sampai habis dan tarik semula.Cara ini juga dapat melambatkan suami inzal .Tusuklah zakar perlahan-lahan dan apabila tarik, tarik dan rentap cepat-cepat dan tusuk pula perlahan lahan dan seterusnya. Sebaik-baiknya suami yg lakukan teknik goyangan supaya senang untuk mengawal ghairah. Bila terasa kegelian dan hendak inzal, hentikan goyangan sekejap .Semasa berhentia. suami haruslah teruskan ciuman dan rabaan di tempat-tempat sensitif isteri supaya ghairahnya berterusan. 2. Teknik Tahan Nafas a. Semasa memasukkan zakar, tahan nafas sehingga tenggelam semua zakar. Diamkan sebentar . Kemudian baru lepaskan nafas. b. Semasa buat goyangan sorong tarik,tahanlah nafas dan apabila hendak lepaskan nafas,hentikan goyangan.Begitulah seterusnya. Petua ini dapat melambatkan keluarnya mani. c. Ada baiknya anda lipatkan lidah di lelangit mulut dan niatkan selagi tidak turun lidah selagi itu tidak terpancar mani. Apabila hendak mencium dan menghisap lidah isteri hentikan goyangan. 3. Teknik Nafas Songsang a. Semasa goyangan (keluar masuk zakar), hendaklah berlawanan dengan keluar masuk nafas isteri. nafas isteri keluar, zakar masuk dan apabila nafas masuk zakar ditarik keluar. b. Untuk mengetahui nafas isteri keluar, bila kempisnya perut dan tanda nafas isteri masuk buncit perutnya. Ini dapat menahan mani dan banyak kelebihannya lagi. 4. Teknik Kerjasama (Berpakat) - Apa yang paling penting untuk melambatkan inzal atau inzal serentak kedua-dua pihak ialah suami isteri hendaklah berpakat.Bila suami terasa nak inzal,suami hendaklah berenti mengoyang.Jika isteri asyik mengoyang-goyang suruh dia berhenti sekejap.Demikian dengan pihak isteri, jika hendak inzal bersama beritahu agar sama-sama inzal serentak. -Cara kerjasama ini hanya boleh wujud jika suami isteri saling cinta menyintai dan tidak ada rasa segan dan saling memikirkan utk mencapai kepuasan nafsu bersama yang maksimum. 5. Tidak Lupa Allah - Walaupun semasa bersetubuh,jangan biarkan diri anda terlalai dari mengingati Allah.Biarlah pancutan mani anda keluar sambil anda mensucikan diri dengan kalimah Allah. Berzikirlah dalam HATI semasa berjimak.Ini bertujuan supaya fikiran dan perasaan anda dapat menumpukan pada keagungan Ilahi.Dan dari segi psikologinya, ia akan dapat memberi anda keupayaan mengawal dan mengemudikan kelakuan jimak anda. Biasanya anak yang dilahirkan sukar mendapat penyakit sawan. 6. Baca Doa Ketika Klimaks (Inzal). - Ketika klimaks, bacalah doa di dalam HATI dan jangan baca secara lisan atau mengerakkan kedua-dua bibir. Ini kerana dilarang menyebut nama Allah dalam hadas besar. Tetapi menyebut didalam hati tidaklah dilarang. Doanya seperti berikut:- ” Maha Suci Allah yang menjadikan manusia daripada air (mani), lalu diadakan pertalian darah (nasab) dan hubungan musaharah (hubungan kekeluargaan berpunca dari perkahwinan, seperti me Source: Realiti Alam Perkahwinan

Thursday, May 17, 2012

kata2 hikmah 2

Koleksi kata-kata hikmah Kata-kata hikmah ini merupakan koleksi kata-kata mutiara indah yang sesuai dijadikan motivasi dan pengisian jiwa. Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kunci. 2. Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi. 3. Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan. 4. Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian. 5. Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan oleh orang besar sekalipun. 6. Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih menghiba untuk dikurnia jodoh. 7. Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain. 8. Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya 9. Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya. 10. Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah dan tingkat demi tingkat. 11. Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari dan Muslim daripada Aisyah) Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi. 12. Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya.
13. Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya 14. Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap 15. Belajar dari pengalaman adalah guru yang paling baik. Jatuh pada lubang yang sama adalah suatu kebodohan. 16. Sayidina Ali menyatakan “Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah sifat qona’ah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia”. 17. Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu. 18. Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa, mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta mengubah kerugian menjadi keuntungan 19. Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburuk-buruk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta 20. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka). 21. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home) 22. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 23. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." (Surah al-Hajj:77) 24. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18) 25. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 26.Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi seman gat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. (Davey John Schwartz) 27. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.
28. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 29. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 30. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 31. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. (Saidina Ali Abu Talib) 32. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu." 33. Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 34. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (Surah Al-Baqarah:214) 35. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 36. Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah. 37. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati 38. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 39. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. 40. Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 41. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. Nota Admin : Page ini akan di update dari masa- ke semasa..

Tuesday, May 15, 2012

Apa itu NAKBAH?

Secara rasminya kemuncak peristiwa NAKBAH berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948, bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera The Star of David dan pada keesokkan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diistiharkan oleh Perdana Menterinya yang pertama David Ben Gurion. Kenapa peristiwa Nakbah yang kini sudah memasuki ulangtahun ke 64 ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam. Sebabnya ialah kerana inila h tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahkan mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa Barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.
Peristiwa Nakbah yang telah dirancang sejak tahun 1897, disususli dengan penaklukan British ke atas Palestin pada tahun 1917, direstui oleh Parlimen British melalui lobi Yahudi yang mengizinkan bangsa Yahudi untuk memasuki Palestin sebagaimana yang termaktub dalam deklarasi Balfour 1917, dan pembahagian Palestin kepada negara Arab dan Yahudi oleh resolusi PBB 181 pada tahun 1947 dan pencerobohan pengganas-pengganas Yahudi yang merampas tanah air rakyat Palestin pada tahun 1948 sebenarnya adalah titik hitam kepada penderitaan yang berlanjutan sehingga kini. Pengistiharan negara haram Israel pada tahun 1948 telah membuka laluan kepada penaklukan seluruh bumi Palestin pada tahun 1967. Pada tahun tersebut Baitul Maqdis timur di mana terletaknya Masjid al-Aqsa, Tebing Barat dan Semenanjung Gaza diduduki oleh Israel. Masjid Al-Aqsa terus dikepung dan dikuasai oleh Yahudi Zionis sehingga ke hari ini. Mereka telah melakukan pelbagai rancangan jahat untuk meruntuhkan masjid tersebut termasuklah dengan peristiwa pembakaran masjid pada 21 Ogos 1969 dan meletakkan bahan letupan di bawah binaan masjid. Di samping itu mereka juga menggali terowong di bawah masjid serta mendirikan kuil (synagogue) sementara di bawah permukaan masjid. Kesemua peristiwa ini gagal untuk menggerakkan dhamir umat Islam untuk berjuang bersungguh-sungguh untuk membebaskan tanah sucinya sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Salahuddin al-Ayubbi ketika Baitul Maqdis dikuasai oleh kaum salibiyyah. Muawiyah bin Abi Sufyan menyampaikan dari Rasulullah SAW, “Ada di kalangan umat ku yang sentiasa berada di atas al-haq. Tiada sesiapa yang menentang mereka akan menyakiti mereka sehingga datangnya kiamat.” Para sahabat bertanya, “Di mana mereka itu?” Rasulullah SAW menjawab, “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di sekitar Baitul Maqdis.” – Imam Ahmad Hadis-hadis yang terbit dari lidah Rasulullah SAW adalah satu bukti bahawa apa yang berlaku pada hari ini adalah satu kebenaran yang telahpun disusun oleh Allah SWT. Kita pada hari ini amat beruntung kerana para sahabat hanya mendengar beritanya dari Rasulullah SAW sedang kita menyaksikan dengan mata kepala kita sendiri. Alangkah ruginya jika kita tidak mengambil sebanyak manfaat dari peristiwa ini untuk menyuburkan iman kita dan keyakinan kita untuk berjuang pada jalan Allah? Petikan dari , Teks khutbah disediakan oleh Aqsa Syarif 15 Mei 2012 (Sempena Bulan Naqbah) Prof Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor Pengerusi Aqsa Syarif { Gambar : Hari Memperingati NAKBA - 64 yang dibuat oleh HAMAS di Kem Pelarian Shati , Gaza }

Soalan temuduga PTD

Soalan temuduga PTD 2009
  1. 1. Sila perkenalkan diri anda.. 2. Kenapa nak jadi PTD??? 3. Apa beza PTD dgn PTN (Peg.Tadbir Negeri) 4. Apa beza Ambassador dgn High Commissioner 5. Apa beza HRM (Management) dgn HRD (Department) 6. Apa beza Management dgn Administration 7. Kalau dapat PTD..Kamu nak kejer KEMENTERIAN maner??..Kenapa???Apa tugas utama kementerian terbabit??..Saper nama KSU Kementerian terbabit…Bagi nama satu agensi dibawah kementerian terbabit… 8. Apa 8 Bidang Tugas PTD.. 9. Siapa KSN dan KPPA.. 10. Nama2 Menteri.. 11. Apa beza ISA dan OSA.. 12. Dasar kerajaan…MISI NASIONAL, DEB dan sebagainya.. 13. Pertubuhan antarabangsa..NAM,WHO, OIC, UNESCO, ZOFPAN, ASEAN dan sebagainya.. 14. Rancangan Malaysia yang terkini..(Contoh RMK8,RMK9).. 15. Soalan berkaitan INTEGRITI, PIN, RASUAH dan sebagainya.. 16. RUKUN NEGARA… 17. Sejarah asal usul PTD… 18. Apa beza DUN dan PARLIMEN…Boleh disusuli ngan soalan berkaitan ADUN, Tugas Ahli Parlimen, Kabinet, Dewan Rakyat..Dewan Negara..Senator..Speaker.. 19. Delivery System.. 20. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN.. 21. Apa beza SULTAN dgn AGONG??… 22. Apa beza PKPA dgn PERINTAH AM ??? *Soalan kemungkinan akan ditanya berdasarkan jawapan yang dikemukakan…So kena laa stanby ngan jawapan2 yang munasabah..

Monday, May 14, 2012

43 Perkara Ringan Yg Menyekat Rezeki.

Assalamualaikum..w.b.t.. Bismillah..
Terdapat beberapa perkara yang mempunyai kaitan dengan kesusahan atau secara lebih khusus sebagai penyebab ditimpa kesusahan dan penderitaan yang mana pada kebiasaannya kita mengambil ringan tentang perkara tersebut. Dalam kitab Al-Barakah fi Fadhl lis Sa'yi Wal Harakah yang disusun oleh Abi Abdillah Muhammad bin Abdul Rahman Al-Habsyi telah diterangkan perkara yang mempunyai hubung kait dengan kesusahan seseorang. 1. tidak sembahyang atau solat. 2. tidak membaca Bismillah ketika hendak makan. 3. makan atas pinggan yang terbalik. 4. memakai kasut atau sandal memulakan sebelah kiri. 5. menganggap ringan apa2 yang terjatuh dalam hidangan makanan. 6. berwuduk' di tempat buang air besar atau air kecil. 7. suka bersandar pada pintu rumah. 8. suka duduk di atas tangga. 9. membiasakan diri mencuci tangan di dalam pinggan selepas makan. 10. membasuh tangan dengan tanah atau bekas tepung. 11. tidak membersihkan rumah. 12. membuang sampah atau menyapu dengan kain. 13. suka membersihkan rumah pada waktu malam. 14. suka tidur di atas muka. 15. membakar kulit bawang. 16. menjahit baju yang sedang dipakai. 17. mengelap muka dengan baju. 18. berdiri sambil bercekak pinggang. 19. tidur tidak memakai baju. 20. makan sebelum mandi hadas. 21. tergesa-gesa keluar dari masjid selepas menunaikan solat subuh. 22. pergi ke pasar sebelum matahari terbit. 23. lambat pulang dari masjid. 24. doakan perkara yang tidak baik terhadap ibubapa dan anak-anak. 25. kebiasaan tidak menutup makan yang dihidangkan. 26. suka memadam pelita dengan nafas. 27. membuang kutu kepala dalam keadaan hidup. 28. membasuh kaki dengan tangan kanan. 29. membuang air kecil pada air yang mengalir. 30. memakai seluar sambil berdiri. 31. memakai serban sambil duduk. 32. mandi junub di tempat buang air atau tempat najis. 33. makan dengan menggunakan dua jari. 34. berjalan di antara kambing. 35. berjalan di antara dua perempuan. 36. suka mempermainkan janggut. 37. suka meletakkan jari jemari tangan pada bahagian lutut. 38. meletakkan tapak tangan pada hidung. 39. suka menggigit kuku dengan mulut. 40. mendedahkan aurat di bawah sinaran matahari dan bulan. 41. mengadap kiblat ketika membuang air besar atau air kecil. 42. menguap ketika solat. 43. meludah di tempat buang air besar atau air kecil.

Sunday, May 13, 2012

sambutan Hari Ibu

Mother’s Day menurut Wikipedia : “One school of thought claims this day emerged from a custom of mother worship in ancient Greece, which kept a festival to Cybele, a great mother of Greek gods. This festival was held around the Vernal Equinox around Asia Minor and eventually in Rome itself from the Ides of March (15 March) to 18 March. The ancient Romans also had another holiday, Matronalia, that was dedicated to Juno, though mothers were usually given gifts on this day. In some countries Mother’s Day began not as a celebration for individual mothers but rather for christians.”
Maksudnya di sini ialah bahawa hari ibu juga merupakan salah satu di antara perayaan yang disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama kristian. Greek kuno memanggilnya sebagai hari cybele iaitu ibu kepada dewa-dewa mereka. Dan Roman kuno pula meraikan hari matronalia sebagai tanda memperingati dewa juno iaitu mak kepada juventas, vulcan dan mars. Jadi persoalannya di sini, perlukah kita sebagai orang Islam untuk menyambutnya? Di dalam Islam, kita dituntut untuk menghormati ibu bapa kita setiap masa dan ketika. Bukannya hanya terhad kepada hari-hari tertentu sahaja seperti pada hari ibu atau hari bapa. Firman ALLAH Subhana Wa Ta’ala : Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.” [Surah al-Israa’, Ayat 23 hingga 24] Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.” sekian...