Wednesday, July 09, 2008
Bulan Allah
Doa & Amalan di Bulan Rejab
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانََ.
Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan”
MUQADDIMAH
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ
الأَنْبِياَءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan hanya ke hadrat Allah SWT yang mana dengan taufiq dan inayahNya,bahawa sekarang sudah masuk bulan Rejab yang dikatakan bulan Allah yang dijanjikan bulan untuk menabur amalan.Bulan ini dicatatkan bulan yang agung kerana Allah telah menjanakan satu program mega untuk kekasihNya Nabi kita Muhammad SAW yang mana diperjalankan dari bumi Makkah Al-Mukarramah sehingga bumi Aqsa sekarang dinamakan bumi Palestin.Satu peristiwa agung yang dipertontonkan oleh Nabi kita untuk dipersembahkan kepada manusia selaku umat Islam untuk menguji sejauh mana kukuhnya keimanan manusia bahawa ini semua adalah "Filem Allah SWT".Banyak peristiwa untuk memberi satu pengiktibaran sememangnya menjadi satu
tayangan yang mesti diambil istifadah dari lakonan umat-umat yang dahulu samada yang baik mahupun sebaliknya.Pertentangan di antara yang Haq dan Batil.Perselisihan di antara yang suci dan noda.
Sehinggalah sekarang ini bumi Palestin menjadi kontroversi sehingga dimanipulasikan oleh Yahudi laknatullah alaihim berusaha untuk mendapatkan negara Palestin yang kononya negara itu adalah warisan yang asal dari negara datuk nenek moyang mereka.Tapi pada hari ini mereka terlalu rakus sehinga melanggar hak asasi manusia bahkan apatah lagi melanggari prinsip Islam dan keadilan bahawa bangsa Yahudi ini adalah terlalu zalim,ganas dan buas sehingga meratah umat-umat Islam untuk pengusiran daripada bumi Palestin.Sepatutnya dalam bulan ini umat Islam perlu melipat gandakan iltizam dan semangat untuk rajin beribadah serta bermujahadah demi kemaslahatan Islam.Marilah kita post mortem apakah sumbangan yang kita lakukan terhadap agama dan setiap amalan harian dalam tiap-tiap tahun.Bermuhasabah dan fikir-fikirkanlah..
Inilah ketibaan bulan yang ditunggu-tunggu dengan gembira serta rindu oleh para ulama’ salafussoleh dalam menghamburkan pujian, zikir, tahmid dan doa kepada Allah I, Tuhan Yang Menjadikan alam semesta yang tidak ada tolok bandingannya. Maha Suci Allah yang telah memilih kita dari kalangan umat Nabi Muhammad S yang tidak mensyirikanNya.
Sebahagian ulama’ telah menyatakan bahawa Rejab ialah bulan bertaubat, Sya’aban bulan berkasih sayang dan Ramadhan bulan mendekatkan diri kepada Allah I. Ada juga yang mengatakan bahawa bulan Rejab merupakan bulan untuk memperbanyakkan istighfar, manakala Sya’aban ialah bulan memperbanyakkan salawat ke atas Nabi SAW dan bulan Ramadhan pula ialah bulan memperbanyakkan bacaan al Quran.
Daripada Abu Musa telah berkata, Rasulullah S bersabda:
مَثَلُ الَّذِي يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِي لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ.
“Perumpamaan orang yang ingat kepada Tuhannya dengan orang yang tidak ingat kepada Tuhannya seperti perumpamaan orang yang hidup dan orang yang mati”.
Rasulullah SAW membandingkan orang yang berzikir seperti orang yang hidup dengan penampilannya berhiaskan cahaya kehidupan sementara batinnya berhiaskan cahaya makrifah. Sedangkan orang yang tidak berzikir diumpamakan seperti orang yang mati penampilannya tidak bergerak dan batinnya rosak.
Semoga Allah SWT menjadikan kita dari kalangan hamba-hambaNya yang beramal soleh pada bulan yang mulia ini. Beramallah kita semua seolah-olah inilah kesempatan terakhir yang diberikan oleh Allah sebelum pertemuan yang sebenarnya di Padang Mahsyar.
وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانََ.
Ya Allah! Berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’aban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan”
DOA MEMOHON KEREDHAAN DI BULAN REJAB
DIBACA PADA WAKTU MALAM
إِلَهِيْ، تَعَرِّضَ لَكَ فِيْ هَذِهِ اللَّيْلَةِ الْمُتَعَرِّضُوْنَ، وَقَصَدَكَ الْقَاصِدُوْنَ، وَأَمَّلَ فَضْلَكَ وَمَعْرُوْفَكَ الطَّالِبُوْنَ،
وَلَكَ فِيْ هَذِهِ اللَّيْلَةِ نَفَحَاتٌ وَجَوَائِزُ وَعَطَايَا وَمَوَاهِبُ، تَمُنَّ بِهَا عَلَى مَنْ تَشَآءُ مِنْ عِبَادِكَ، وَتَمْنَعُهَا مِمَّنْ لَمْ تُسْبَقْ لَهُ الْعِنَايَةُ مِنْكَ، وَهَا أَنَا عَبْدُكَ الْفَقِيْرُ إِلَيْكَ، الْمُؤَمَّلُ فَضْلَكَ وَمَعْرُوْفَكَ،
فَإِنْ كُنْتَ يَا مَوْلاَيَ، تَفَضَّلْتَ فِيْ هَذِهِ اللَّيْلَةِ عَلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِكَ، وَجُدْتَ عَلَيْهِ بِعَآئِدَةٍ مِنْ عَطْفِكَ فَصَلِّ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَآلِهِ وَصَحْبِهِ، وَجُدْ عَلَيَّ بِطَوْلِكَ وَمَعْرُوْفِكَ،
DOA SAYYIDUNA ALI PADA MALAM
AWAL BULAN REJAB
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِهِ مَصَابِيْحِ الْحِكْمَةِ، وَمَوَالِي النِّعْمَةِ، وَمَعَادِنِ الْعِصْمَةِ، وَاعْصِمْنِيْ بِهِمْ مِنْ كُلِّ سُوْءٍ، وَلاَ تَأْخُذْنِيْ عَلَى غِرَّةٍ وَلاَ عَلَى غَفْلَةٍ، وَلاَ تَجْعَلْ عَوَاقِبَ أَمْرِيْ حَسْرَةً وَنَدَامَةً، وَارْضَ عَنِّيْ، فَإِنَّ مَغْفِرَتَكَ لِلظَّالِمِيْنَ وَأَنَ مِنَ الظَّالِمِيْنَ،
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ مَا لاَ يَضُرُّكَ، وَاعْطِنِيْ مَا لاَ يَنْفَعُكَ، فَإِنَّكَ الْوَاسِعَةُ رَحْمَتُهُ، الْبَدِيْعَةُ حِكْمَتُهُ، فَأَعْطِنِي السَّعَةَ وَالدُّعَةَ وَالأَمْنَ وَالصِّحَّةَ وَالشُّكْرَ وَالْمُعَافَاةَ وَالتَّقْوَى، وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ وَالصِّدْقَ عَلَيَّ وَعَلَى أَوْلِيَآئِكَ، وَأَعْطِنِي الْيُسْرَ وَلاَ تَجْعَلْ مَعَهُ الْعُسْرَ، وَاعْمِمْ بِذَالِكَ أَهْلِيْ وَوَلَدِيْ وَإِخْوَانِيْ فِيْكَ، وَمِنْ وِلْدِنِيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ.
(1 kali)
TERJEMAHAN DOA
“Ya Allah! Cucurilah rahmat ke atas Nabi Muhammad S dan keluarganya yang merupakan lampu-lampu hikmah, penjaga nikmat dan galian yang terpelihara. Peliharalah daku dengan keberkatan mereka, dari setiap kejahatan. Janganlah Engkau cabut nyawaku ketika aku berada dalam kelalaian dan kealpaan. Janganlah Engkau jadikan kesudahan urusanku dengan kerugian dan penyesalan. Redhailah aku kerana sesungguhnya keampunanMu adalah untuk orang-orang uang zalim dan aku termasuk dari kalangan orang-orang yang melakukan kezaliman.
Ya Allah! Ampunilah aku (di mana keampunanMu itu) tidaklah memudharatkanMu, dan kurniakanlah kepadaku dengan sesuatu yang tidak memanfaatkanMu kerana sesungguhnya Engkau mempunyai rahmat yang luas dan hikmah yang luar biasa. Maka kurniakanlah kepadaku kelapangan, keamanan, kesihatan, kesyukuran, kesejahteraan dan ketaqwaan.
Sempurnakanlah kesabaran dan kebenaran ke atasku dan juga wali-waliMu. Kurniakanlah kepadaku kemudahan (untuk mentaatiMu) dan janganlah Engkau jadikan bersama kemudahan itu kepayahan. Ratakanlah kurniaan yang sedemikian ke atas keluargaku, anak-anakku dan saudara-saudaraku dari kalangan kaum Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan juga Mukminat”.
DOA NABI ADAM
اَللَّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ سَرِيْرَتِيْ وَعَلاَنِيَتِيْ فَاقْبَلْ مَعْذِرَتِيْ، وَتَعْلَمُ مَا فِيْ نَفْسِيْ وَمَا عِنْدِيْ، فَاغْفِرْ لِيْ ذُنُوْبِيْ، وَتَعْلَمُ حَاجَتِيْ فَأَعْطِنِيْ سُؤَالِيْ.
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ إِيْمَانًا يُبَاشِرُ قَلْبِيْ، وَيَقِيْنًا صَادِقًا، حَتَّى أَعْلَمَ أَنَّهُ لَنْ يُصِيْبَنِيْ إِلاَّ مَا كَتَبْتَ لِيْ، وَالرِّضَا بِمَا قَضَيْتَ عَلَيَّ.
(3 kali)
“Ya Allah! Sesungguhnya Engkau mengetahui rahsiaku dan apa yang aku lakukan secara terang-terangan, maka terimalah taubatku. Engkau mengetahui apa yang ada di dalam diriku dan di sisiku maka ampunilah dosa-dosaku. Engkau mengetahui hajatku, maka kurniakanlah segala permohonanku.
Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu iman yang (mantap) memasuki hatiku, keyakinan yang benar sehingga aku mengetahui sesungguhnya tidaklah sesuatu musibah menimpaku melainkan apa yang telah Engkau tetapkan bagiku, serta redha terhadap apa sahaja yang telah Engkau taqdirkan
ISTIGHFAR MEMOHON KEAMPUNAN
أَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ (3 kali)
اَلَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ، وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ الْمَعَاصِيْ وَالذُّنُوْبِ، وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ مِنْ جَمِيْعِ مَا كَرِهَ اللهُ قَوْلاً وَفِعْلاً وَسَمْعاً وَبَصَرًا وَخَاطِرًا،
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ لِمَا قَدَّمْتُ، وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ، وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّيْ، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ، وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، وَأَنْتَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ،
اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْتَغْفِرُكَ مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ تُبْتُ إِلَيْكَ مِنْهُ ثُمَّ عُدْتُ فِيْهِ،
-
Pengalaman mengerjakan amalan Puasa di Bumi Mesir Di sini penulis akan menyorot sedikit tentang pengalaman dan suasana dalam kedua-dua buah ...
-
Contoh Penulisan Impak dan Refleksi Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea. Biasanya k...