Thursday, November 27, 2008

Putus Bangsa Kerana Leka


Mesej Bergambar

Bismillahirahmanirrahim.
Assalamu'alaikum WBT. Dengan rasa kasih sayang saya hadiahkan Al-Fatihah buat diri sendiri, keluarga tercinta dan juga pejuang-pejuang nilai diri (agama) sama ada yang masih hidup mahu pun yang telah 'pergi'.

Setelah beberapa hari saya berkursus, dalam terpaksa dan memaksa, dalam jemu lagi keliru, antara sedar dan tidak, masa berlalu begitu cepat sekali. Biar pun badan terasa penat bersama hati yang hiba. Namun, pemikiran saya tentang pejuangan semakin terbuka. Walau pun tidak banyak diperolehi, saya tetap pulang bersama pengisian yang jernih lagi nyata. Syukur kerana saya ditakdirkan lahir sebagai bangsa Melayu di bumi bertuah, Malaysia. Banyak rahsia serta keistimewaan bangsa sendiri mula disedari tatkala saya belajar mengenal dan memahami sejarah negara.

Sayang sekali masih ramai bangsa sendiri yang tidak berminat untuk mengenali jati diri bangsa Melayu. Alangkah ruginya jika kita tidak mahu memahami sejarah negara sendiri. Sehingga sanggup berpecah membawa haluan masing-masing demi memperjuangkan matlamat yang kabur ibarat fatamorgana. Adakah keadaan ini disebabkan kerana bangsa kita terbuai leka di bawah minda yang masih belum terbuka? Atau mungkinkah juga kerana kita ini bangsa yang degil. Sengaja mempertahankan hati kecil yang tidak mahu menerima bisikan sejati?

Teringat saya bait sajak nukilan Usman Awang.

"Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah tergadai..."

Alahai Melayuku, kita ini bukan bangsa yang ditakdirkan untuk sentiasa terleka dan ditipu. Tidak sedarkah kita yang bangsa asing sedang mengintai peluang. Cercaan 'Melayu bodoh' sudah menjadi doa mereka. Dimana jati diri bangsa kita? Tidak ada iktibarkah keruntuhan orang-orang Arab ditangan ketenteraan Israel? Kemenangan Israel dalam sengketanya melawan negara-negara Arab adalah dek kerana kesukaan bangsa Arab ini yang leka hanya kerana 'tidur'. Fikirlah siapa kita yang sudah menjadi Melayu lupa diri. Pilihan ada di tangan kita. Sama ada mahu menjadi petualang atau pejuang bangsa?

Semoga hati-hati bangsa kita akan menyatu bersama nafas pejuang. Sudi-sudikanlah diri kita menjadi Melayu Islam sejati yang akan mengambil dan meneruskan peranan kita dalam memperjuangan maruah agama dan bangsa Melayu. Hak keamanan dan kesejahteraan yang ada pada hari ini perlu dipertahankan agar tidak tergugah dan tergadai. Kalau bukan kita, siapa lagi? Kalau bukan sekarang, bila lagi? Tiada persoalan bangsa yang ingin saya provokasikan di sini. Sekadar membuka minda kita bangsa-bangsa Melayu ISLAM. Janganlah hanya kerana leka, putus bangsa, punah AGAMA kita!

HATI by Siti Nurhaliza [1957-Hati Malaya OST]

Janji hati suara cinta sakti
Cinta agung dari jiwa ternyala
Janji tanah lahir aku cintai
Aku rela sama membela

[chorus]
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pecinta bangsa

Usah rajuk jauh hati rindu
Nafas lain haluan seketika
Aku rayu wira hati sayangku
Kini bukan mainan cinta

[chorus]
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pecinta bangsa
Janji janji cinta...

[chorus]
Pengorbanan jangan diluka
Khianat janji hilang jasa
Ku mencari hati mulia
Aku sanjung pecinta bangsa

Bila janji terlukis indah
Usah lagi kau buru cinta
Aku serahkan hadir asmara ku
Kini bebas hati bersatu
Oh hati...

Petikan ini diambil daripada ihumaira.
Terima kasih kepada penulis. Moga penulisan ini bermanfaat untuk semua.


Mesej Bergambar