Bahaya sangat budaya hedonistik ini
Budaya Hedonistik menjalar dalam suasana masyarakat Melayu di Malaysia...
E-card NasyidFM
Salam sejahtera kepada pembaca-pembaca budiman yang aku sayangi. Kali ini entry aku kali ini adalah mungkin
kesinambungan daripada isi terakhir yang lepas dan apa yang aku tuliskan ini adalah cetusan kerisauan sekali gus memberi gambaran sebenar polemik, 'environmental' dan keadaan sebenar masyarakat kita khususnya bangsa ku sendiri melayu yang mana aku rasakan dan wajarlah aku membuat perkiraan diriku. Mungkin orang tertanya mengapa aku ini asyik hanya menjuruskan kepada bangsa Melayu sahaja. Apakah yang kurangnya, apa yang tidak kenanya dan mengapa asyik mencari kesalahan sahaja seolah-olah membuka pekung dan terpalit kepada batang hidung sendiri...Itu adalah polemik dan prasangka yang tidak sudah-sudah.
Apa yang aku nak nyatakan di sini, adalah juga rentetan daripada apa yang aku baca dan setelah sekarang sudah banyak memahami dan memang sekarang aku sudah berada di bumi tanahair apa yang aku alami sendiri...:(
Tajuk aku kali ini adalah 'Budaya Hedonistik' menjalar dalam suasana masyarakat Melayu di Malaysia"..Mungkin Boleh dikatakan masayrakat Melayu kita memang sukakan hiburan, berhibur, bersukan, berseronok-seronok dan seangkatan dengannya. Bukan tidaklah boleh berhibur langsung. Jangan aku keluarkan fatwa tidak boleh berhibur dan bersuka bahkan ada perbatasan hukum dan adat resamnya kita selaku Muslim dan orang Melayu yang kaya dengan adat resam dan ciri-ciri ketimuran. Apa yang aku tahu ini semenjak dari dahulu lagi sebelum aku berhijrah ke Egypt dalam kembara menuntut ilmu dan setelah aku pulang dari Mesir memang masyarakat menjadi-jadi.
Mungkin di sini, kita ceritakan sinopsis persis kecenderungan masyarakat kita semenjak daripada sekitar tahun 60 an, yang mana semasa itu sudah mula ada lakon layar dan bintang terkenal masa tu Allahyarham P.Ramlee sudah mula mencorakkn masyarakat Melayu dengan hiburan serta lakon layar dalam filem-filem. Memang diakui filem-filemnya tidak jemu untuk melihatnya waluapun beratus kali dan diputarkan namun mutu dan "gizi dan zat' filem nya tidak pernah lekang dan pudar dalam arus pemodenan ini bak "tak lekang dek panas dan tidak reput dek hujan"..Ini ditambah juga dengan lagu-lagunya yang asyik -masyuk dan tidak kurang juga dengan artis-artis pada zaman tersebut.
Selanjutnya pada zaman era 70an sehinggalah pada zaman 2008 ini dalam abad 21 ini.Hampir 50 tahun kita dicorakkan dengan muzik dan hiburan. Kelahiran daripada artis-artis pada tahun tersebut juga bercambah dari semasa ke semasa dan meningkat dengan mendadak sekali.
Apa yang aku nak nyatakan di sini, bukan apa sehingga mentalitii masyarakat, suasana kehidupan, rentak hidup bahkan tarbiyyah kehidupan masyarakat Melayu pada zaman kita ini banyk tercenderung kepada budaya hedonistik sehingga aku meletakkan sasaran 75% di pengaruhi dengan media massa ini dan media elektronik. Ini termasuklah televisyen, radio, suratkhabar, majalah,komputer dan internet. Suka aku menyatakan bahawa salah satu perngkap samar ,"ghazwatul fikri" serangan pemikiran yang dibuat oleh Barat setelah kalah dengan Islam dan dipaksi atas kuasa Zionis iaitu "Song" membawa maksud hiburan. Tak kiralah saluran dan proksi dan medium yang digunakan. Mereka akan membacuh dengan ramuan-ramuan yang menggiurkan, melalaikan dan menghanyutkan misinya adalah untuk menjahannamkan semua umat-umat Islam. Di sini aku ingin nyatakan dalam pementasan dan pertumbuhan saluran media kita seperti TV1,TV2 TV3, TV7, TV8, TV9 malah kemunculan Astro. Bayangkan sahabatbt-sahabat pertumbuhan bercambah bahkan pada tahun ini. Kelahiran artis-artis tidak kurang juga bertambah dari setahun ke setahun bahkan berkumpulnya artis-artis dari dahulu sehingga sekarang sama ada pelakon-pelakon, penyanyi-penyayi dan bermacam-macam lagi. Anugerah menjadi pemankin semangat berkorban dari artis-aris seperti Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH), Anugerah Juara Lagu, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Skrin dan macam-macam lagi.
Tidak kurang juga proses kelahiran bakat-bakat baru seperti Akademi Fantasia, Malaysian Idol, MyStarzLG,Gengstarz, Bintang RTM, Bintang Si Kecil dan lain-lain lagi.Bahkan kemunculan bakat untuk humor seperti Raja Lawak Astro dan sekarang musim ke-tiga.Akademi Al-Quran hanyalah sebagai kosmetik sahaja…
Jadi...begitulah saudara-saudara. Saya bentang ini bukan sahaja kerana setiapa hari memang kita didedahkan dengan perakara sebegini.”Masakan pokok bergoyang jika tidak ada angin yang meniupnya”..
So ..apa yang kita perlu buat. Takkan kita tahu mengkritik. Cuma untuk memperjelaskan bahawa selayaknya pihak yang berwajib dan semua memainkan peranan memikirkan masa depan kita sebagai umat Islam dan umat Melayu..Mungkin inilah satu wacana untuk kita kongsi dalam tahun baru Islam ini sekaligus tahun di era globaisasi..
Fikir-fikirkanlah wahai umat Melayu...