Thursday, January 22, 2009

Aduhai Persis Jodoh...


Mesej Bergambar


JODOH

Apakah persis maknanya,
Apa tafsiran yang boleh diertikan,
Bagaimana gambaran yang boleh diterjemahkan,
Agak sukar untuk diertikan,
Dan memang susah untuk diperkatakan,
Apatah lagi untuk dipertemukan
Tidak dijangkau pemikiran insan,
Semuanya kerja–kerja Tuhan.

Ada orang kata,
Jodoh dan maut di tangan Tuhan,
Mari kita buktikan kebenaran,
Polemik yang tidak disangka-sangkakan,
Merentasi akal yang berbatasan,
Melangkaui minda yang mapan,
Sama ada pemikiran mahupun penafsiran,
Hanya semua berdasarkan kesesuaian
Berserahlah kepada urusan Tuhan.

Marilah kita saksikannya lagi,
Ia bukan khayalan dan fantasi,
Bukan sekadar impian dan isi hati,
Bukan angan-angan yang menjadi realiti,
Tidak kurang daripada angan-angan yang dipaksi,
Tidak sekadar cita-cita-yang bersungguh,
Tetapi memerlukan kesungguhan yang ampuh,
Memang memerlukan perancangan yang utuh,
Sebaliknya juga tidak ada perancangan,
Bahkan di tepi jalanan,
Kadang-kadang di dalam sembarangan.
Ia juga memerlukan ikatan,
Yang lahir dari persis percintaan,
Gerangan daripada rindu-rinduan,
Malah tumbuh daripada berkasih-kasihan,
Tidak kurang daripada buah kesayangan,
Semuanya ada dalam benak fikiran,
Namun ianya terbukti dalam hati dan perasaan.
Diingatkan bukan cinta menjadi kekuasaan,
Dan bukan jodoh menjadi cinta korban,
Tanggapan salah yang mengatakannya korban percintaaan,
Selazimnya cinta membawa penjodohan,
Diingatkan, tidak semestinya lahir daripada percintaan.

Walhasil lahir daripada pertemuan singkat,
Kadang-kadang hanya sekadar sesaat,
Ibarat sekelip pandangan,
Bahkan ada yang ber jam-jam,
Ada yang berhari-hari,
Namun ada berminggu-mingu,
Tidak kurang ada berbulan-bulan,
Sungguh pun ada ada yang bertahun-tahun,
Itulah masa jodoh dipertemukan.

Itulah gerangan Jodoh,
Bukan menegenal isi dan rupa,
Tidak mengenal kepercayaan dan agama,
Namun juga ras dan bangsa,
Apatah lagi kulit dan warna,
Baik juga umur dan usia,
Begitu jua kedudukan dan harta,
Apatah lagi sempadan dan batasan kota,
Jangkaan waktu sama ada baru atau pun lama,
Antara kekal mahupun sementara,
Tidak terjangkau dek aqal manusia,
Itulah Keagungan Yang Maha Esa.


Bagaimana sebenar untuk diperkatakan,
Malah manusia menjadi tidak ketahuan,
Di antara ada yang bahagia,
Sebaliknya ada yang sengsara,
Ia lahir dari persis pilihan sendiri,
Namun di sana ada yang bukan kendiri,
Tidak semua citarasa dipenuhi,
Tidak kurang kehendak didapati,
Tidak lebih keinginan dihajati,
Tidak sehebat kemahuan dinikmati,
Memang itulah Kuasa Rabbul Izzati.

Bahkan di sana ada pilihan,
Yang pasti mengikut keadaan,
Bahkan ada dalam paksaan,
Sebahagian ada yang berkenan,
Namun ada yang enggan,
Ia sudah menjadi ketentuan,
Setelah mendapat persetujuan,
Daripada campur tangan ,
Bahkan ada yang tidak disangka-sangkakan,
Lantaran tidak ada perikatan,
Kesinambungan tidak ada persamaan, (kufuuah)
Namun di sana tidak ada penolakan dan penerimaan,
Terimalah segala kekurangan,
Begitulah sehebatnya perancangan ar-Rahman
Bukan sewenang-wenangnya dari insan.


E-card NasyidFM


Itulah jodoh yang kita perkatakan,
Bukan senang untuk untuk dibicarakan,
Malah manusia sudah tidak kehaluan,
Lantaran tidak menerima keredhaan,
Sebaliknya ada yang aman,
Setelah qanaah dengan pemberian,
Ada yang untung dan ada yang kerugian,
Semuanya telah menjadi suratan,
Sejak zaman– berzaman
Permulaan Azali itulah Hak Tuhan,
Marilah kita pasrahkan,
Sebulat usaha sequdus doa pilihan,
Untuk menetapkan hati keimanan,
Apa yang terbaik menjadi tetamu Ar-Rahman,
Siapa yang ingkar terkeluar daripada Syurga Adnan,
Nauzubillah...kita doakan segala kemungkinan,
Jadilah hamba yang teguh Iman,
Namun di sana semestinya perbuatan Tuhan,
Apakah kita masih enggan?
Waspada dan insaflah segala ancaman,
Tawakkal seafdalnya menjadi keputusan…
Wallahua’lam

____________________________
Glosari:-

Ampuh -kuat
Utuh -kukuh
Kendiri -kendalian diri sendiri
Kufuah -persamaan taraf

afifzahrah
14 Ramadhan 1429 H/ 14 September 2008 M 11.27 malam
Rumah Pahang Hayyu Asyir,Nasr City, Cairo, EGYPT.

( http://www.imamazhari.blogspot.com )


E-card NasyidFM

Blog Archive