Kalau sesiapa sahaja tidak kira berbangsa Yahudi @ Nasrani, TIDAK layak untuk menjadi pemimpin
ADAKAH OBAMA SEDANG MERETORIK MASA HADAPAN ?
Jangan tertipu dengan perlantikan OBAMA
ISLAM UNTUK SEMUA
Ini ialah satu lagi rentetan isu kecintaan kita terhadap palestin. Perihal kemunculan orang nombor 1 Amerika Syarikat atau namanya Barrack Hussein Obama Junior. Di awal kemunculan Obama, ada desas-desus yang menyatakan kesungguhannya dalam menangani isu antarabangsa dunia islam dengan Amerika. Lebih-lebih lagi, statusnya berbapakan seorang muslim berbangsa Kenya, ditambah pula dengan suasana asia yang di diaminya selama 5 tahun di Indonesia, seakan-akan mampu memberi harapan baru kepada dunia Asia , dan Negara teluk dalam krisis peperangan
Ragu Pertama
Obama mengangkat sumpah dan menyatakan kesediaan menjadi Presiden Amerika, yang termuda dalam sejarah, berbangsa kulit hitam dalam sejarah. Tindakan pertamanya ialah melantik seorang Yahudi bagi menjawat jawatan ketua executif rumah putih. Entah apa tujuannya.
Ragu Kedua
Obama mengumumkan ingin memperketat perairan di semenanjung gaza, serta memperketat kawalan disekitar Tebing Barat. Tindakan ini diambil bagi memastikan tiada aliran keluar masuk senjata ke Gaza dan Tebing Barat. John A Wellbeck, salah seorang penganalisi politik Amerika menyatakan bahawa Obama sedang melakukan tipuan awal, sejajar dengan apa yang pernah dilakukan oleh George W Bush
Ragu Ketiga
“Obama lantik 2 pendamai Asia Barat, Afghanistan”, (sumber B.harian 24/01/09 m/s38)
“Barack Obama memilih 2 pendamai berpengaruh Asia Barat serta Afghanistan dan Pakistan dalam satu lagi tindakan pantas menjarakkannya dengan dasar bekas President George Bush. Obama melantik tokoh pendamai Ireland Utara George Mitcheel dan orang tengah krisis Balkan, Richard Hoolbrooke untuk Afghanistan dan Pakistan.”
Kali ini kita melihat kenyataan yang positif pula dari Obama. Ia adalah kenyataan positif yang pertama berbanding tindakan meragukan pada 2 perenggan awal tadi.
Ragu Keempat
Buat pertama kali, akhirnya Obama muncul di kaca rangkaian telivisyen satelit arab untuk ditemu ramah. “Tugas saya kepada dunia ialah untuk menyatakan bahawa rakyat Amerika bukan musuh anda.” Ini ialah kenyataan Obama untuk menyelamat rakyat Amerika, bukannya kenyataan menyelamatkan rakyat palestin di Semenanjung Gaza.
Setiap kenyataan Obama yang dikaji oleh Biro R&D ISIUKM sejak Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden sungguh mengelirukan dan meragukan dunia. Agak khuatir, dia juga akan mengulangi duka dan janji Bill Clinton, George Bush
Ummah & Penyelamatnya
ISIUKM ingin mengajak para pembaca, agar berhenti dari meyakini setiap kenyataan persendirian lebih-lebih lagi, ia lahir dari mulut orang fasik, munafiq atau kafir. Kita diwasiatkan “lembaran itu” yang sentiasa mengulas segala jawapan yang telah lama hadir. Ia hadir sebelum sempat orang bertanya. Tidakkah itu yang dinamakan keajaiban?
Penyelamat kepada Ummah
Wahai kaum Muslimin. Allah penyelamat kita. Manakala doa adalah senjata kita. Berhenti dari mengharap selain Allah. Berhentilah dari menerima sebarang kenyataan ganji dari seluruh dunia. Tewaskan musuh kita dengan membangkitkan akidah dan kepercayaan kita kepada Islam sebagai agama. Kejayaan kita akan terukur apabila jemaah Subuh kita adalah seramai solat jumaat kita.
Jadi, apakah kenyataan yang wajib kita percaya?
Pada hari ini, rakyat palestin sedang membantu umat islam dunia, dalam mempertahankan al-Aqsa. Tanggungjawab mempertahankan Al-Aqsa adalah tanggungjawab muslimin seluruhnya, bukan muslim Palestin sahaja. Jadi… dimana kita, dimana usaha kita, dimana harta kita…
Andai kita tidak sanggup menjadi orang yang terkorban di Gaza, jadilah orang yang berkorban untuk Gaza…
sedutan dari ISIUKM…
Islam Untuk Semua