ratapan Tok Guru
Tuhan! Jika aku masih sujud padaMu
Menunjukkan Engkau masih memanggil aku
Engkau masih lagi benarkan aku membesarkanMu
Namun aku sahaja tidak pandai beradab denganMu
Aku hambaMu memang tidak pandai beradab
Tapi Engkau masih sudi menerima aku
Begitulah rahmat dan kasuh sayangMu
Hanya aku sahaja tak pandai menerima rahmatMu
Tuhan! Ajarkanlah bagaimana beradab denganMu
Agar aku dapat bersopan sesuai dengan lebesaranMu
Aku takut setiap kali Aku menyembahMu
Aku derhaka denganMu Tanpa disedari
Wahai Tuhanku! Ampunkanlah aku
Kalau aku tidak pandai membesarkanMu
Maafkanlah aku tidak pandai beradab
Begitulah hambaMu selalu sahaja tidak beradab denganMu
Janganlah kau putuskan hubunganku denganMu
Tuhan Teruslah panggil aku untuk mengadapMu
Aku pula cuba membaiki hubunganku denganMu
Tuhan Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkanMu
Wahai Tuhan!
Ajarkanlah aku Bagaimana beradab dalam sembahyangku
Agar Kau tak putuskan hubungan denganMu
Kalau Engkau putuskan musnahlah hidupku
Engkau sahaja harapanku
Janganlah Kau putuskan hubunganku denganMu
Tuhan Teruslah panggil aku untuk mengadapMu
Tuhan Aku pula cuba membaiki hubunganku denganMu
Tuhan Pimpinlah aku lagi agar pandai membesarkanMu