Wednesday, March 31, 2010

Hanya Pas perjuang Islam

Hanya Pas perjuang Islam

IPOH 17 Ogos - Pas perlu terus berada dalam pakatan pembangkang kerana parti itu sahaja yang memperjuangkan Islam berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, kata perwakilan Pas kawasan Shah Alam, Ir. Khalid Abdul Samad.

MASLAHAH

Menurut beliau, kedudukan Pas dalam pakatan itu amat penting kerana ia menunjukkan keistimewaan parti berkenaan dalam memperjuangkan Islam di negara ini.

''Islam yang diperjuangkan oleh Pas tidak sama dengan UMNO. Kita memperjuangkan Islam dengan menolak rasuah, penyelewengan, penipuan dan kezaliman.

''Islam yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional (BN) pula menghalang bukan Islam daripada memahami apa itu Islam malah lebih teruk lagi menghalang perjuangan Islam," katanya ketika menyokong usul memperkasakan pakatan pembangkang pada Muktamar Pas Ke-54 di sini hari ini.

Sementara itu, Khalid berkata, dakwaan kononnya Pas di Selangor diabaikan oleh kerajaan negeri merupakan satu pandangan atau pembacaan yang cukup meleset.

Beliau menjelaskan, Pas di negeri itu mempunyai wakil dalam kerajaan negeri kerana tiga ahli exconya adalah daripada parti itu, malah masing-masing mendapat bajet yang besar.

Menurutnya, pemimpin terbabit juga diberi kebebasan untuk menguasai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) termasuklah masjid-masjid dan surau-surau di negeri itu.

''Kita datang ke Perak ini dengan harapan untuk mendengar Abdul Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan Tok Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) berkhutbah tetapi tidak dapat.

''Adakah DAP dan PKR yang menghalangnya... tidak tetapi ia angkara UMNO," dakwa beliau.

Dakwanya lagi, di Selangor, walaupun UMNO sudah tidak memerintah tetapi parti itu sanggup melakukan apa saja bagi menghalang Pas menguasai MAIS dan JAIS

DIPETIK DRPD:-
UTUSAN MELOYA
18/08/2008