Sunday, June 12, 2011

KASIH SESEORANG KERANA ALLAH

KASIH SESEORANG KERANA ALLAH

Hadis riwayat imam Muslim daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya seorang pemuda telah melawat saudaranya di kampung yang lain,maka Allah telah mengutuskan kepadanya dalam perjalanan malaikat,apabila telah tiba dekatnya,dia (malaikat) telah bertanya :”Ke mana engkau mahu tuju?”

Dia menjawab ,”Aku mahu jumpa saudaraku di kampong ini,”

Dia (Malaikat) bertanya :”Adakah bagi engkau atasnya sesuatu nikmat yang mana engkau menjaganya?”

Dia menjawab:”Tidak! Selain daripada aku mengasihi kerana Allah,”

Dia(malaikat)memberitahu :”Maka sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepada engkau dengan sesungguhnya Allah begitu mengasihi engkau sebagaimana engkau begitu mengasihinya (saudaramu)

Ringkasan Kisah

Kisah ini menceritakan bagaimana seorang pemuda telah bermusafir dari kampungnya ke kampong yang lain yang mana dia tidak mempunyai sebarang hajat ataupun perkara yang menguntungkan selain daripada menziarahi saudaranya yang dikasihi kerana Allah.Kasih kerana Allah merupakan salah satu daripada cabang iman.

Rasulullah s.a.w telah memberitahu kita bahawasanya sesiapa yang berkasih-sayang kerana Allah akan berada di atas mimbar daripada cahaya pada hari Qiamat yang mereka berada bersama anbiya’,para syuhada’dalam majlis mereka dan begitu hamper kepada Allah.

Allah telah mengutuskan malaikat kepada pemuda tadi yang mana berupa manusia untuk bertanya mengenai tujuan dan hajatnya.Dia telah menerangkan mengenai hajat dan tujuan sebenar dia melawat saudaranya.Setelah mendengar jawapannya yang mana tujuan sebenar dia bermusafir adalah untuk melawat saudaranya kerana begitu mengasihinya kerana Allah bukannya kerana dia mempunyai kepentingan atau pun hajat dengannya,maka Malaikat memberitahunya bahawa Allah mengasihinya sebagaimana dia mengasihi saudaranya.Sesiapa yang dikasihi oleh Allah akan hidup dalam bahagia didunia dan akhirat.

Pengajaran

1.Kelebihan bagi mereka yang kasih kerana Allah dan menziarahi keranaNya.Allah
mengasihi pemuda itu kerana kasihnya kepada saudaranya,perjalanannya kerumah
saudaranya dan lawatannya
2 Islam menggalakkan kita bermusafir untuk menziarahi saudara mara kerana Allah.

3. Kadang-kadang Allah mengutuskan malaikat kepada sebahagian hambaNya untuk
Menyampaikan kepada mereka beberapa perkara.Ini bukanlah bermakna bahawa
Mereka yang mana Allah mengutuskan kepada mereka Malaikat itu merupakan Nabi
atau pun Rasul.

4. Kemampuan malaikat dengan izin Allah untuk menyerupai manusia sebagaimana
Dalam kisah ini.

5. Kelebihan ikhlas yang mana pemuda itu mencapai apa yang dicintainya iaitu kasih
Kerana Allah bukannya kerana sesuatu yang berharga ataupun kepentingan antara
Mereka.

Blog Archive