Sebenarnya kita kehilangannya! Kita kehilangan Model. Masyarakat juga kehilangan model. Model yang dapat merubah kehidupan ini menjadi kehidupan yang diredhai Allah dan dapat kita merasakan nikmat islam dan iman berjalan dan bergerak disekeliling kita. Kita kasihan melihat masyarakat yang kini mabuk dan tercari cari. Malah keluarga disekeliling kita juga tercari cari. Mereka tidak tahu siapa yang harus mereka ikuti. Sebab itu kita harus menjadikan diri kita model itu kerana kita telah melalui proses itu. proses Tarbiyah islam. Dan ini menjadi satu tanggungjawab yang besar kepada kita selain dari tanggungjawab harian kita. Inilah Wa’ islam yang perlu kita fahami agar kita tidak larut dengan tarbiyah dan meninggalkan manusia sekeliling kita dan menjadikan tarbiyah dan jamaah sebagai aset untuk kita berbangga bangga sedangkan tarbiyah dan jamaah itulah yang patut kita sebarkan ditengah ummah ini. Bukan untuk kita pendamkan dan bermegah dengan nya bahawa kita lebih hebat dari orang lain dengan kefahaman yang tinggi.
Sikap ini telah menyerang para da’i dan dai’yah dan tandanya ialah mereka tidak dapat melahirkan ramai murabbi @ murabbiyah walau pun telah lama membimbing halakah dan usrah. Kita telah kehilangan Syaksiyah Mukminah qawiah Muasirah ( Keperibadian mukmin yang kuat dan memberi kesan pada orang lain ) sehingga kita tidak mampu merubah waqi’ hidup yang rosak dan kotor untuk ditegakkan syaksiyah yang suci dan murni. Sekali pun kita telah merubah waqi’ hidup kita namun kita tak dapat menjelmakan nya kepada orang lain disebabkan tidak ada usaha yang bersungguh sungguh kearah itu.
Oleh itu kita sebagai da’i ini kena kembali merubah dan merubah. Jangan terpedaya dengan sifat ” syok sendiri” atau syok dengan kumpulan kumpulan kita sahaja kerana Islam amat mendambakan kita dengan dambaan yang teramat sangat kerana kita umat terpilih untuk menyelamat seberapa ramai manusia dan fokus kita adalah fokus yang jauh. Dan ingat Noktah bidayah ( titik tolak ) kita bukan untuk membangunkan Universiti Islam atau hospital Islam atau apa pun jenama islam yang lain tetapi paling utama adalah menyelamatkan aqidah manusia. Itulah priority kita. Bukan keluar dari tarbiyah untuk membina kepentingan diri semata. Memang permasaalahn ekonomi dan apa apa yang berkaitan dengan islam itu penting tetapi Pembangunan aqidah adalah matlamat utama kita dan tidak boleh kita kesampingkan.
Untuk ini kita tidak boleh berdiam diri. Kita kena mengislah diri. pengislahan diri dari suasana fasad dan tidak yakin pada Allah dan Rasulnya. Pengislahan diri kita sehingga kita sampai keperingkat dapat memberikan kecontohan islam kepada orang lain dengan sifat sifat keperibadian islam yang jitu dan mapan dengan hidup dalam suasana mujahadah yang berterusan sehingga kita lahir sebagai rajul aqidah yang benar didalam dan diluar dan akhlaq yang kuat lagi kukuh berlandaskan quran dan sunnah.
Daripada pengislahan ini semestinya terpancar dalam diri kita satu masuliyah untuk mengajak orang lain kedalam saf Islam, supaya dari masa kemasa akan bertambah rajul aqidah dan imaraah aqidah untuk bersama sama kita meng halilintarkan bumi ini dengan Kalimah Laila halilalah. Cukuplah selama ini kita hanya duduk dalam usrah dan halaqah tanpa melakukan apa apa untuk dakwah ini. Tarbiyah memerlukan output dan kini kita harus keluar dari zone itu dengan berbekalkan teori syajaah untuk melaksanakan dakwah dengan lebih tersusun dan berani. Kita tidak boleh diam sahaja dan berpuas hati dengan program program kita. Kita sudah sampai keperingkat bekerja dan membangunkan ummah. Waqi’ amat mendesak sekarang untuk kita bekerja dan berkhidmat dengan penuh iltizam. Kita amat kurang kepimpinan dimana sahaja. Kekurangan Naqib. Kekurangan Murabbi dan berbagai lagi dan saf islam semakin memerlukan kita untuk membangunkan generasi baru untuk mengantikan generasi lama yang kian lemah tubuh badannya. Mari kita membangun ummah dengan padu, bermahabbah dengan penuh kesungguhan sehingga terlaksana Kesultanan Allah dibumi ini
Allah telah menjanjikan kepada orang orang beriman dan beramal soleh, bagi mereka maghfirah dan balasan yang besar disisi Allah ~ AlFath 69
Akhirnya ~ Marilah kita tanamkan kesedaran ini dan cita cita untuk bangun dari khayalan dan letakkan kesabaran sebagai senjata kita.
Imam Ghazali pernah menyebut:
Kesabaran itu ada dua jenis, Kesabaran badani dan kesabaran nafsi
Dan kesabaran nafsi itu adalah kesabaran semata mata kerana Allah maka ia akan menjadi ibadah. Hendaklah kita bersabar dalam jalan ini baik perkara kecil mahu pun besar.
Hanya sedikit ini sebagai zikr dari saya dan bukanlah ilmu yang tidak pernah didengar. Semuga dipelihara kita dalam iman dan amal yang berterusan.