Cerita tentang Valentine Day

Meraikan Hari Kekasih.... Pasti Ada Yang PRO & KONTRA Dalam Kenyataan Terbaru Ketua Pemuda PAS ini yang mengatakan "Anak muda Muslim dan Muslimah boleh meraikan kekasih hati terutama mereka yang telah berada diambang perkahwinan, sama ada sempena Hari Kekasih ataupun pada hari lebaran yang lain, selama mana mereka memelihara adab dan akhlak Islam", kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan.


Rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/188626

Kenyataan Beliau Itu Bagi ADMIN Tidak Salah, Tapi beliau Seharusnya Mengatakan Bahawa Tak Salah Sambut Hari Kekasih Selain 14 Februari... Mungkin Ketua Pemuda PAS Ini Lupa Tarikh 14 Februari ( Valentines Day ) Itu Apa... Kita Imbas Kembali Agar Beliau, Saya & Anda Memahaminya...

Secara ringkasnya Valentine adalah nama seorang paderi bernama Pedro St Valentino.

Pada 14 Februari 1492 Kerajaan Islam Sepanyol tumbang lalu St Valentino mengisytiharkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang atau hari yang sesuai untuk manusia berkasih sayang kerana bagi paderi itu, Islam adalah agama yang menolak kasih sayang dan zalim kepada manusia.

Maka, hari kejatuhan Kerajaan Islam di Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Sejarah yang lain pula mengaitkan perayaan atau sambutan masyarakat kaum Rom kuno sebelum datangnya Kristian yang dinamakan Lupercalia.

Mengikut kepercayaan mereka, Lupercalia adalah upacara penyucian dan pembersihan jiwa yang berlangsung daripada 13 hingga 18 Februari dan banyak lagi kisah di sebalik Hari Kekasih yang ditunggu-tunggu oleh pasangan berkasih sayang untuk menjadikan hari itu sebagai hari kejutan atau gimik kasih untuk pasangan mereka.

Amatlah memalukan andainya kita yang baru seminggu berada dalam suasana kelahiran Rasulullah, namun tanpa segan silu mengangkat syiar kuffar (orang-orang kafir) ini dalam kehidupan kita?

Adakah kita tidak malu memilih tarikh itu sebagai tarikh paling penting dalam hidup kita? Lebih dahsyat lagi jika ada di kalangan kita yang mengabadikan tarikh itu sebagai tarikh untuk pertunangan, perkahwinan dan hari penting dalam kehidupan mereka.

Allah SWT mengingatkan kita dalam firman-Nya: “Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (Surah Al-An’am: 116).

Begitu juga dengan sabda Rasulullah: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.” (Abu Dawud: 4,031, Al-Albani dalam Shahih Al-Jami: 2,831).

Ini dikuatkan lagi dengan dalil lain bahawa Islam mempunyai tatacara dan metodologi atau ‘manhaj’ tersendiri untuk umatnya. Ia disebut dalam al-Quran: “Dan bagi setiap umat itu Kami jadikan (bagimu) satu syariat tertentu untuk mereka patuhi, maka janganlah ahli syariat lain membantahmu dalam urusan syariatmu dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau berada di atas jalan yang lurus.” (Surah al-Hajj: 67).

Ayat ini disokong dengan peristiwa yang berlaku pada zaman Rasulullah melalui kisah riwayat Anas bin Malik iaitu beliau berkata: “Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah ketika mana masyarakatnya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang jauh lebih baik, dan ia adalah Aidiladha dan Aidilfitri.” (Al-Nasaai dan juga Abu Dawud dalam Kitab Solat Dua Eid).

Cukuplah beberapa dalil di atas menjadi panduan kita yang bergelar Muslim untuk beriman atas apa yang diturunkan Allah, Rasul serta menjadi insan bermanhaj dan berprinsip dalam hal ini.

Adakah salah dan haram bagi kita memberi hadiah kepada insan disayangi seperti isteri, suami ataupun bakal pasangan kita?

Nabi menggalakkan umatnya memberi hadiah sebagaimana hadis: “Berilah hadiah di kalangan kamu, sesungguhnya hadiah itu dapat menghilangkan perasaan marah dan dendam.” (Imam Syaukani, Nailul Author, 6/101).

Walaupun majoriti di kalangan ulama menyebut hadis lemah, namun Islam menyuruh kita memberi hadiah dan berkasih sayang, malah memberi hadiah tidak menjadi kesalahan, tidak kira apa bentuk hadiah tetapi yang menjadi masalah, kenapa tarikh tersebut dijadikan pilihan. Kenapa tidak 364 hari yang lain?

Malah, daripada segi ekonominya pula, harga barangan seperti coklat dan bunga ros yang menjadi hadiah utama naik berlipat kali ganda sempena Hari Kekasih.
Mengapa kita harus sama dengan mereka? Tidakkah Rasulullah menyebut di dalam hadis: “Berbezalah dengan al-yahud (yahudi).” (Al-Suyuti, dalam Al-Jami’ Al-Saghir: 3,879).

Kesimpulannya, berhati-hatilah dengan amalan dalam keghairahan kita mengikut sesuatu perkara. Ketika pelbagai pihak mempromosikan Hari Kekasih lebih baik bagi kita menghebohkan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 November 2005 yang mengatakan Hari Kekasih jelas daripada Kristian, wajib dijauhi umat Islam dan boleh meruntuhkan akidah umat Islam.

Ia juga dilihat sebagai hari yang membuka pintu kerosakan dengan berlakunya maksiat dan lahirnya anak luar nikah sebagai ‘hadiah’ Hari Kekasih.

Renungilah hadis Nabi: “Kamu akan mengikut jejak langkah orang-orang sebelummu sejengkal-sejengkal dan sehasta-sehasta sehingga kamu akan menuruti mereka walaupun mereka memasuki lubang-lubang biawak.”

Sahabat bertanya: “Siapakah mereka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Yahudi dan Nasara, siapa lagi.” (Al-Bukhari dan Muslim).

Jangan kerana Hari Kekasih, kita dimurkai oleh Yang Maha Pengasih!

Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Minda_ElakmurkaYangMahaPengasih/Article/index_html

Popular Posts