Sunday, April 01, 2012

Naib Mursyidul 'Am Ikhwan

Seperti yg dijangkakan,Ikhwan Muslimin telah mengumumkan calon mereka iaitu Naib Mursyidul 'Am Ikhwan Muslimin, Ir.Khairat Shatir sbg calon Presiden Mesir,hnya beberapa hari lagi baki masa penamaan calon dibuka sblm berakhir 8 April ini. Esok, pasukan peguam Ikhwan Muslimin akan menguruskan borang pencalonan beliau serta urusan teknikal yg lain. KENALI IR.KHAIRAT SHATIR:

Muhammad Khairat Sa'ad Abdul Latif Shatir dilahirkan pd 4 Mei 1950 di Kampung At-Tir'ah Qadim, Markaz Syirbin,wilayah Daqahliyah. Melanjutkan pelajaran dlm ijazah pertama dalam Fakulti Kejuruteraan di Universiti Iskandariah selepas menamatkan pendidikan menengah pd 1966 dan mula melibatkan diri dlm gerakan dan dakwah Ikhwan Muslimin pd tahun 1974. Selepas tamat pengajian, bertugas sbg pembantu pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Universiti Mansurah hingga tahun 1981 apabila ditamatkan perkhidmatannya oleh Presiden Mesir ketika itu,Anwar Sadat.Beliau kemudian melibatkan diri dlm bidang perniagaan hingga dikenali tokoh korporat terkemuka Ikhwan Muslimin di Mesir hingga hari ini. Beliau turut memiliki Diploma Pengajian Islam dari Kolej Pengajian Islam, Diploma Kemasyarakatan Awam dan Pertubuhan Bukan Kerajaan dari Fakulti Ekonomi dan Sains Politik Universiti Kaherah, Diploma Perdagangan Antarabangsa dari Universiti Helwan.

Gambar kenangan Khairat Shatir (kanan) dan Hasan Malek,tokoh korporat Ikhwan Muslimin yg dihadapkan ke mahkamah ketika era Mubarak 7 tahun yg lalu..