Followers

Tuesday, April 10, 2012

KENALI SIAPAKAH Sheikh Nuruddin al-Banjari

KENALI SIAPAKAH Sheikh Nuruddin al-Banjari


Al-'Allamah Syeikh Nuruddin Bin Hj. Marbu Bin Abdullah Thaiyyib berasal dari daerah Banjar Masin. Dilahirkan di sebuah desa bernama Harus Amuntai pada 1 September 1960 M. Beliau dan keluarganya kemudiannya menetap di tanah suci Makkah pada tahun 1974. Madrasah Shaulathiah adalah tempat beliau menimba ilmu pengetahuan di sana. Pada tahun 1982 beliau menamatkan pengajian di Madrasah Shaulathiah dengan keputusan cemerlang (mumtaz).

Sepanjang di Makkah beliau banyak mendapatkan ilmu dari tokoh-tokoh Ulama seperti Syeikh Allamah Hasan Masshath yang digelar Syeikul-Ulama rahimahullah, Syeikh al-Allamah Mohd Yasin Al-Fadani yang bergelar Syeikul Hadith wa Musnidud Dunya, Syeikh Ismail Usman Zain yang digelar Al-Faqih Ad-Darrakah dan ramai lagi tokoh-tokoh ulama di Makkah.


Pada tahun 1983 beliau melanjutkan pelajaran ke Univ. Al-Azhar As-Syarif Mesir dalam jurusan Syariah Islamiah hingga mendapat ijazah sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajian di Maahad 'Ali Liddirasat al-Islamiah di Zamalik hingga mendapat diploma am "Dirasat Ulya" pada tahun 1990.

Setelah menamatkan pengajian di Univ. al-Azhar, beliau menumpukan perhatiannya dengan mencurahkan ilmunya kepada ratusan pelajar yang datang dari Asia termasuk dari Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Univ. al-Azhar Mesir sehingga beliau digelar sebagai al-Azharus Tsani ( Univ. Al-Azhar kedua). Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab berbahasa Arab serta karya ilmiah dalam berbagai bidang. Beliau telah menghasilkan karangan dan mentahqiq kitab-kitab muktabar tidak kurang dari 50 buah karangan. (rujuk biodata beliau dalam kitab beliau bertajuk At-Tamassuk Bil Kitab Wassunnah edisi terjemahan bertajuk Berpegang Dengan Kitab Dan Sunnah).

SUMBER: Ustaz Azhar Idrus ( Original ) (http://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/385197728164947?ref=notif¬if_t=feed_comment_reply)

p/s: SEMARAKKAN ILMU :) ♥
SILA TAG DAN KLIK "SHARE" PADA RAKAN-RAKAN YANG LAIN :) MUDAHKAN DAPAT PAHALA DENGAN CARA BERDAKWAH DLM FACEBOOK NI ♥ INSYAALLAH :)

Blog Archive