Friday, November 30, 2012

Morsi memerintah ala-diktator

Morsi memerintah ala-diktator ? Presiden Morsi tentunya memerlukan kuasa yang lebih besar bagi mentadbir negara yang dikenali sebagai Ummu Dunya dan juga sebagai Abang Sulong Negara Arab dan Islam. Apa tidaknya ?
1-Morsi berhadapan dengan bekas-bekas calon Presiden yang liberal, sosialis dan sekular yang ditaja Barat. 2-Morsi juga berhadapan dengan pemimpin kanan tentera yang konsisten dengan 'didikan' Hosni Mubarak. 3-Morsi sedang berhadapan dengan serangan media massa dan badan-badan yang didokongi oleh kelompok sekular. 4-Morsi juga tentunya dikenakan tekanan dengan perubahan sikap Mesir kepada Palestin sejak beralihnya kuasa kepimpinan. 5-Morsi juga berhadapan dengan sejumlah besar rakyat yang menginginkan perubahan berlaku di dalam sekelip mata.... Setelah diperintah secara ketenteraan dan kuku besi selama beberapa dekad, Mursi dan rakyat yang mendokongnya pasti memerlukan masa yang cukup dan sokongan yang kuat bagi mempastikan kejayaan agenda Islam yang diimaninya. Semoga Allah permudahkan laluan uncle Morsi

Blog Archive