Thursday, November 15, 2012

seorang pejuang itu...

AQIDAH yang Sejahtera, IBADAH yang Sahih, AKHLAK yang Terpuji, AQAL yang Cerdas, AHLI SUNNAH WAL-JAMAAH JAMAAH yang dicintai, NILAI SUFISME ditempa, BERTHAQAFAH dijana JATIDIRI pegangan MANFAAT kepada Yang Lain, BERHIKMAH berdidekasi CEKAL, TEKAD & HEMAH.
"Hati seorang pejuang itu…Menyala dengan semangat waja…Menyalur pemikiran mendepani cabaran… Membulat tekad keazaman demi sebuah perjuangan.. Kerana,hati-hati seorang pejuang itu bukan…Hati yang lalai dan leka diulit indah fantasi..Hati yang beku dan jumud di dalam salji kejahilan…" "Ukirlah senyuman yang paling manis, kerana selain sedekah..senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati..dan senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar bagi hati yang sakit" "Dalam jauh sebuah perjalanan, Allah amanahkan sebuah perjuangan, terimalah dengan kekuatan, kadang sakit yang mendatang, kadang teman tak sehaluan, kadang cemerlang gagal dicapai, namun itulah ujian, mencari iman yang teguh.." "Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda." "Kita memiliki cukup kekuatan untuk mengatasi segala permasalahan dalam hidup ini walau seberat dan serumit apapun... kerana masalah tidak pernah dibiarkan melebihi kekuatan kita."