Petua Untuk Mengurangkan Batuk


Pilihan Petua Untuk Mengurangkan Batuk 1. Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi. 2. Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya. 3. Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum 2 kali seminggu. 4. Campurkan 2 sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut 3 kali sehari. 5. Ambil 2 sudu nasi panas yang baharu masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya. 6. Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. 7. Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu lebah. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

Popular Posts