Friday, February 14, 2014

DARAH - APAKAH HANYA DOKTOR SAHAJA YANG PERLU TAHU?


DARAH - APAKAH HANYA DOKTOR SAHAJA YANG PERLU TAHU? Perkataan ‘darah’ telah disebut sebanyak 19 kali didalam AlQuran. 4 kali daripadanya dalam bentuk kalimah arab ‘dam’ yang menjurus kepada pengharaman mengambil darah sebagai pemakanan yang dirangkaikan bersama bangkai, daging babi dan binatang ternakan yang tidak disembelih mengikut syariah didalam ayat yang sama. (AlBaqarah 173, AlMaidah 3, AlAn’aam 145 dan An-Nahl 115) 4 kali daripadanya pula dalam bentuk kalimah arab “alaq/alaqah” yang menjurus kepada segumpal darah beku yang menjadi asal kejadian manusia. (Al-Hajj 5, AlMu’minun 13, Ghafir 67 dan Al-Alaq 2) Selainnya dijuruskan kepada pelbagai maksud darah seperti pertumpahan darah, pertalian darah dan sebagainya. Cuba kita renungkan bersama, diantara kedua keadaan yang disebutkan tadi dan kaitan nya dengan amalan BERBEKAM yang dicontohi Rasulullah. Darah beku yang disebutkan sebagai asal kejadian manusia ialah darah yang asalnya suci terbentuk dalam proses penyemaian benih didalam rahim wanita yang hamil. Darah yang diharamkan untuk memakannya ialah darah yang sudah bercampur dengan pelbagai sisa-sisa metabolisma termasuk toksin, asid urik, patogen dan sebagainya yang dipam keluar oleh jantung dari pelbagai tisu dan organ manusia untuk disingkirkan daripada tubuh. Sisa-sisa yang diangkut oleh darah akan akhirnya sampai ke usus kecil dimana proses penyerapan nutrisi daripada makanan dan minuman yang kita ambil berlaku, sisa selainnya akan memasuki usus besar sebelum dikeluarkan sebagai najis melalui dubur. Namun, perlulah kita ingat bahawa darah akan melalui pelbagai organ yang lain sebelum sampai ke usus kecil dimana sisa-sisa yang bahaya boleh terpaut kedalam organ-organ tersebut yang akan menyebabkan pelbagai penyakit atau kondisi yang menyakitkan bahagian-bahagian tubuh. Maka dengan itu, cara yang dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya pautan sisa pada organ ialah dengan mengeluarkannya dengan BERBEKAM supaya yang akhirnya sampai ke usus kecil ialah nutrisi yang akan diserapkan kedalam tubuh. Darah yang tidak dibebani dengan sisa-sisa bahaya ini juga akan mengurangkan beban kerja organ-organ penting khususnya hati, ginjal dan limpa yang sekaligus memastikan kesihatan pada tubuh kita. Wallahu Ta’ala A’lam.

Blog Archive