Monday, September 15, 2014

KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH, CUTI SEPARUH GAJI DAN CUTI TANPA GAJI


KERAJAAN MALAYSIA _____________________________ SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 4 TAHUN 2009 ________________________________ KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN BAGI PEGAWAI YANG DILULUSKAN CUTI BERGAJI PENUH, CUTI SEPARUH GAJI DAN CUTI TANPA GAJI TUJUAN 1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji oleh Pihak Berkuasa Melulus sama ada Ketua Jabatan atau Ketua Setiausaha Kementerian atau Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam mengikut peraturan yang berkuat kuasa. LATAR BELAKANG 2. Peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang bercuti terdapat dalam pelbagai peraturan seperti berikut: (a) Perintah-Perintah Am Bab C (Cuti) 1974; 1(b) Akta Pencen 1980 (Akta 227); (c) Akta Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1980 (Akta 239); (d) Peraturan-Peraturan Pencen 1980; (e) Peraturan-Peraturan Pencen Pihak-Pihak Berkuasa Berkanun Dan Tempatan 1990; dan (f) P.U.(A)176/ 2005 - Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005. Selain itu, peraturan kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang bercuti juga dijelaskan dalam Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di Lampiran A. 3. Memandangkan peruntukan mengenai kesan ke atas perkhidmatan bagi pegawai yang bercuti dijelaskan tidak secara spesifik dan tidak menyeluruh serta dibuat mengikut peraturan-peraturan tertentu di atas, maka wujud keperluan mengeluarkan satu panduan khusus yang menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan kepada pegawai yang bercuti. Panduan ini juga merupakan kompilasi peraturanperaturan sedia ada yang boleh dijadikan sumber rujukan kepada agensi atau pegawaKESAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEGAWAI 4. Bagi maksud Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, senarai Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji yang sedang berkuat kuasa bagi pegawai lantikan tetap adalah seperti di Lampiran B. 5. Kesan ke atas perkhidmatan seseorang pegawai berbeza mengikut cuti yang diluluskan. Cuti Bergaji Penuh 5.1 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh adalah seperti berikut: (a) layak menerima gaji penuh bulanan; (b) layak menerima imbuhan tetap seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Gred Khas. Bagi pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) dengan biasiswa, mereka boleh memilih sama ada untuk menerima Imbuhan Tetap Perumahan atau Elaun Bantuan Sewa Rumah yang disediakan di bawah pakej biasiswa; (c) layak menerima elaun dan kemudahan mengikut syarat kelulusan cuti dan peraturan yang berkuat kuasa. Sebagai contoh, layak Elaun Perumahan Wilayah kecuali bagi pegawai yang berkursus melebihi tiga (3) bulan; 3(d) tempoh cuti secara bergaji penuhd) tempoh cuti secara bergaji penuh diambil kira sebagai sebahagian daripada tempoh percubaan; (e) layak dipertimbangkan menduduki Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) mengikut syarat yang berkuat kuasa; (f) layak dipertimbangkan Pergerakan Gaji Tahunan (PGT) sebenar sama ada Pergerakan Gaji Biasa atau Anjakan Gaji berdasarkan keputusan Panel Pembangunan Sumber Manusia; (g) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan sekiranya: (i) menggunakan kemudahan Cuti Rehat sebelum genap 28 hari tempoh pemangkuan kecuali penggunaan kemudahan Cuti Rehat atas sebab-sebab kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 6 hari bekerja; atau (ii) bercuti sebanyak 28 hari atau lebih secara berturutturut selepas menggenapkan 28 hari mulai tarikh memangku kecuali atas sebab menghadiri kursus yang diarah oleh Kerajaan, meninggalkan jawatan untuk menjalankan tugas rasmi lain atas arahan Kerajaan atau Cuti Sakit. Tempoh tersebut hendaklah tidak melebihi 92 hari berturut-turut. (h) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya: (i) menggunakan kemudahan Cuti Rehat sebelum genap 28 hari pertama dalam tempoh penanggungan kerja kali pertama atau sebelum genap 14 hari pertama bagi penanggungan kerja kali kedua atau seterusnya atas jawatan yang sama kecuali Cuti Rehat atas sebabsebab kecemasan serta Cuti Sakit secara terkumpul yang tidak melebihi daripada 5 hari bekerja; atau (ii) meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu (sama ada penanggungan kerja kali pertama atau seterusnya) termasuk cuti secara bergaji penuh selama 14 hari atau lebih secara berturut-turut dengan mengambil kira hari rehat mingguan dan kelepasan am; (i) layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam secara penuh bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan; (j) layak dibayar Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) kecuali kepada pegawai apabila berada dalam keadaan seperti berikut: (i) Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut; (ii) Cuti Haji; (iii) Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut; (iv) Cuti Bersalin; (v) Cuti Belajar melebihi tiga (3) bulan kecuali Pegawai Perubatan, Pegawai Pergigian dan Pensyarah Pelatih Perubatan/ Pensyarah Perubatan (Pelatih) yang layak di atas kadar sebenar/ separuh yang mengikuti kursus Sarjana Perubatan atau Pergigian yang mana berkenaan di bawah program kepakaran yang dilaksanakan di dalam negeri mengikut Sistem Terbuka/ Sistem Tertutup; atau (vi) kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) di atas yang melebihi 28 hari berturutturut. (k) layak dibayar Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) kecuali kepada pegawai yang berada dalam keadaan seperti berikut: (i) Cuti Rehat yang melebihi 28 hari berturut-turut; (ii) Cuti Haji; (iii) Cuti Sakit yang melebihi 28 hari berturut-turut; (iv) Cuti Bersalin; (v) Cuti Belajar melebihi tiga (3) bulan; atau (vi) kombinasi mana-mana jenis cuti di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) di atas yang melebihi 28 hari berturutturut. (l) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBBP untuk berkhidmat dengan Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian; (m) baki Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan sebelum memulakan cuti adalah tertakluk kepada peraturan Membawa Ke Hadapan Cuti Rehat Yang Tidak Dapat Diambil; (n) bagi pegawai yang diluluskan CBBP melebihi 12 bulan, semua cuti rehat yang pegawai berkelayakan sebelum tarikh CBBP tersebut adalah luput. Walau bagaimanapun, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan tertakluk kepada had sehingga 7 hari sekiranya pegawai masih mempunyai baki Cuti Rehat sebelum tarikh kuat kuasa CBBP. Cuti Rehat ini tidak perlu ditolak dari Cuti Rehat yang pegawai akan berkelayakan setelah pegawai berkhidmat semula; (o) tempoh Cuti Bergaji Penuh diambil kira untuk tujuan kekananan pegawai; (p) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika memenuhi syarat yang ditetapkan; (q) tempoh CBBP yang melebihi 92 hari, Cuti Haji dan Cuti Tibi, Kusta dan Barah tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan; (r) tempoh cuti secara bergaji penuh diambil kira sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen; (s) tempoh cuti secara bergaji penuh akan diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain; (t) tempoh cuti secara bergaji penuh diambil kira dalam tempoh notis peletakan jawatan; (u) tidak layak dibayar emolumen bagi tempoh pegawai mengambil Cuti Rehat melebihi kelayakan pada tahun semasa termasuk Cuti Rehat yang telah dibawa ke hadapan. Bilangan hari yang terlebih ambil hendaklah dianggap sebagai Cuti Tanpa Gaji dan ditolak daripada Cuti Tanpa Gaji yang pegawai berkelayakan di bawah Perintah Am 14 Bab C, 1974. Pegawai juga boleh dikenakan tindakan tatatertib; 8(v) tidak layak dibayar emolumen bagi tempoh pegawai mengambil cuti-cuti lain seperti Cuti Isteri Bersalin, Cuti Kematian Ahli Keluarga Terdekat dan Cuti Latihan Pasukan Sukarela yang melebihi kelayakan mengikut peraturan yang berkuat kuasa. Tindakan ini hanya boleh diambil setelah tempoh cuti yang terlebih itu ditolak daripada Cuti Rehat yang pegawai layak pada masa itu; (w) layak dibayar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBBP di dalam negara. Kadar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBBP di dalam negara adalah mengikut lokasi institusi pengajian pegawai; (x) layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah bagi pegawai yang diluluskan kursus tidak melebihi tiga (3) bulan. Bagi yang diluluskan CBBP melebihi tiga (3) bulan tidak layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah; dan (y) tempoh cuti akademik semasa pegawai diluluskan CBBP bagi tempoh 12 bulan atau kurang perlu ditolak dari jumlah Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan sebelum bercuti. Cuti Separuh Gaji 5.2 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Separuh Gaji adalah seperti berikut: (a) layak menerima separuh gaji pokok bulanan; (b) layak menerima imbuhan tetap seperti Imbuhan Tetap Khidmat Awam, Imbuhan Tetap Perumahan, Imbuhan Tetap Keraian dan Imbuhan Tetap Jawatan Utama/ Gred Khas sebanyak separuh dari kadar penuh; (c) tidak layak elaun-elaun lain kecuali peraturan yang berkuat kuasa menyatakan sebaliknya. Sebagai contoh, pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) layak diberi Bantuan Sara Hidup sebanyak separuh dari kadar penuh yang pegawai berkelayakan; (d) layak menerima kemudahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa seperti kemudahan perubatan; (e) jika pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan, tempoh percubaan pegawai akan dibekukan mengikut tempoh Cuti Separuh Gaji; (f) layak dipertimbangkan menduduki PTK mengikut syarat yang berkuat kuasa; (g) tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Separuh Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan: (i) CBSG; 10(ii) Cuti Separuh Gaji kerana menghidap penyakit tibi, kusta, barah dan penyakit seumpamanya yang diperakukan oleh Lembaga Perubatan; atau (iii) kombinasi cuti di atas. Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii) dan (iii) adalah secara isyarat dan tidak lebih tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi pergerakan gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Separuh Gaji yang diluluskan seterusnya; (h) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang sedang memangku; (i) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja sekiranya meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja itu termasuk Cuti Separuh Gaji selama 14 hari atau lebih secara berturut-turut dengan mengambil kira hari rehat mingguan dan hari kelepasan am; (j) layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan sebanyak separuh daripada kadar penuh; k) tidak layak dibayar BIPK dan BISP; (l) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBSG untuk berkhidmat dengan Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian; (m) bagi pegawai yang diluluskan CBSG melebihi 12 bulan, semua cuti rehat yang pegawai berkelayakan sebelum tarikh CBSG tersebut adalah luput. Walau bagaimanapun, pegawai boleh diberi kemudahan Cuti Rehat Selepas Berkursus Lebih 12 Bulan tertakluk kepada had sehingga 7 hari sekiranya pegawai masih mempunyai baki Cuti Rehat sebelum tarikh kuat kuasa CBSG. Cuti Rehat ini tidak perlu ditolak dari Cuti Rehat yang pegawai akan berkelayakan setelah pegawai berkhidmat semula; (n) tempoh Cuti Separuh Gaji tidak diambil kira untuk tujuan kekananan kecuali tempoh CBSG; (o) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan; (p) tempoh Cuti Separuh Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan; 12(q) tempoh Cuti Separuh Gaji diambil kira sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh di masuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen; (r) tempoh Cuti Separuh Gaji diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh di masuk kira bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain; (s) tempoh Cuti Separuh Gaji diambil kira bagi tujuan tempoh notis peletakan jawatan; (t) layak dibayar Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBSG di dalam negeri sebanyak separuh daripada kadar penuh yang pegawai berkelayakan berdasarkan lokasi institusi pengajian pegawai. Tidak layak Bantuan Sara Hidup bagi pegawai yang diluluskan CBSG di luar negeri melebihi satu tahun. Sekiranya tempoh CBSG kurang dari satu tahun, kelayakan Bantuan Sara Hidup ditentukan berdasarkan tempat terakhir pegawai bertugas atas kadar sebanyak separuh dari kadar penuh; (u) layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah bagi pegawai yang diluluskan kursus tidak melebihi tiga (3) bulan sebanyak separuh dari kadar penuh yang pegawai berkelayakan. Bagi yang diluluskan CBSG melebihi tiga (3) bulan tidak layak dibayar Bayaran Insentif Wilayah; dan (v) tempoh cuti akademik semasa belajar yang diperoleh perlu ditolak dari jumlah Cuti Rehat yang pegawai berkelayakan 13sebelum Cuti Belajar jika pegawai diluluskan CBSG bagi tempoh 12 bulan atau kurang. Cuti Tanpa Gaji 5.3 Kesan ke atas perkhidmatan pegawai yang diluluskan Cuti Tanpa Gaji adalah seperti berikut: (a) tidak layak menerima gaji pokok bulanan, imbuhan tetap dan elaun- elaun lain kecuali peraturan yang berkuat kuasa menyatakan sebaliknya. Walau bagaimanapun, bagi Cuti Sakit Lanjutan secara tanpa gaji, pegawai layak menerima Elaun Bantuan atas kadar bersamaan separuh gaji pokok (tidak termasuk imbuhan tetap dan elaun-elaun lain); (b) tidak layak menerima kemudahan tertentu mengikut peraturan yang berkuat kuasa kecuali kemudahan perubatan; (c) tempoh percubaan pegawai akan dibekukan mengikut tempoh Cuti Tanpa Gaji jika pegawai belum disahkan dalam perkhidmatan; (d) layak dipertimbangkan menduduki PTK mengikut syarat yang berkuat kuasa; (e) tidak layak dipertimbangkan PGT jika tempoh Cuti Tanpa Gaji melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar kecuali bagi pegawai yang diluluskan(i) Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG); (ii) Cuti Tanpa Gaji Mengikut Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar Negeri; (iii) Cuti Menjaga Anak; atau (iv) kombinasi mana-mana cuti di (i), (ii) dan (iii) di atas. Walau bagaimanapun, pergerakan gaji yang diberi kepada pegawai di perenggan (i), (ii), (iii) dan (iv) adalah secara isyarat dan tertakluk kepada had sebanyak tidak melebihi tiga (3) kali sepanjang perkhidmatan. Setelah pegawai mendapat PGT secara isyarat sebanyak tiga (3) kali tersebut, tiada lagi Pergerakan Gaji secara isyarat dipertimbangkan bagi tempoh Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan seterusnya; (f) tidak layak dibayar Elaun Pemangkuan bagi pegawai yang sedang memangku; (g) tidak layak dibayar Elaun Penanggungan Kerja bagi pegawai yang sedang menanggung kerja; (h) tidak layak dibayar Bayaran Insentif Pakar atau Bayaran Insentif Pegawai Kesihatan Awam bagi Pegawai Perubatan yang diwartakan sebagai Pakar Perunding atau Pakar Klinikal atau diwartakan sebagai Pegawai Kesihatan Awam mengikut mana yang berkenaan; 15(i) tidak layak dibayar BIPK dan BISP; (j) terikat dengan ikatan kontrak bagi pegawai yang CBTG untuk berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh yang ditetapkan atau tuntutan ganti rugi jika melanggar syarat perjanjian; (k) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan yang melayakkan bagi tujuan pengiraan kelayakan Cuti Rehat tahunan, Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang diberi berdasarkan tempoh perkhidmatan yang melayakkan; (l) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira untuk tujuan kekananan kecuali pegawai diluluskan CBTG; (m) layak dipertimbangkan kenaikan pangkat jika telah memenuhi syarat yang ditetapkan; (n) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada tiga (3) tahun perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi tujuan pemberian taraf berpencen; (o) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira sebagai tempoh perkhidmatan bagi tujuan pengiraan ganjaran, pencen dan faedah-faedah lain; (p) tempoh Cuti Tanpa Gaji tidak diambil kira bagi tujuan tempoh notis peletakan jawatan; (q) tidak layak dibayar Bantuan Sara Hidup atau Bayaran Insentif Wilayah; dan (r) Cuti Tanpa Gaji yang diluluskan kerana mengikut pasangan bertugas atau berkursus di dalam atau di luar negeri dan Cuti Menjaga Anak tidak menjejaskan kelayakan Cuti Tanpa Gaji di bawah Perintah Am 14 dan 52 Bab C 1974. 6. Jadual perbandingan kesan perkhidmatan bagi pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji adalah seperti di Lampiran C. STATUS PEGAWAI 7. Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji tidak menjejaskan status pegawai sebagai penjawat awam. Pegawai tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 8. Ketua Jabatan hendaklah menjelaskan kesan ke atas perkhidmatan seseorang pegawai yang diluluskan Cuti Bergaji Penuh, Cuti Separuh Gaji dan Cuti Tanpa Gaji. Ketua Jabatan dikehendaki mengemas kini rekod cuti dan perkhidmatan pegawai berkenaan atau mana-mana rekod perkhidmatan yang berkaitan. PEMAKAIAN 9. Semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun (Persekutuan dan Negeri) dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mematuhi peraturan yang ditetapkan dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan ini. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” ( TAN SRI ISMAIL ADAM ) Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PUTRAJAYA Tarikh: 2 April 2009 Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Y.B. Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan LAMPIRAN A SENARAI PEKELILING PERKHIDMATAN DAN SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN YANG MENGANDUNGI PERATURAN KESAN KE ATAS PERKHIDMATAN PEGAWAI YANG BERCUTI Bil. Bilangan PP/ SPP Tajuk PP / SPP 1 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Berdasarkan Laporan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Gaji Sektor Awam 1991 2 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993 Peraturan Mengenai Pemangkuan Dan Penanggungan Kerja 3 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1996 Cuti Tanpa Gaji Tidak Boleh Diambilkira Untuk Tujuan Notis Peletakan Jawatan 4 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1998 Pelaksanaan Perenggan 93 Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1991 Bagi Mengambilkira Tempoh Cuti Belajar Tanpa Gaji 5 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2002 Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan 6 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 15 Tahun 2002 Bayaran Insentif Subjek Pendidikan Bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bidang Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris 7 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2002 Panduan Pertukaran Pelantikan 8 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 5 Tahun 2002 Kaedah Pergerakan Gaji Pegawai Cuti Belajar Bergaji Penuh, Separuh Gaji Dan Cuti Tanpa Gaji Di Bawah SSM 9 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 2005 Cuti Tanpa Gaji Bagi Pegawai Yang Mengikuti Pasangan Bertugas Atau Berkursus Di Dalam Atau Di Luar NegeriBil. Bilangan PP/ SPP Tajuk PP / SPP 10 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 28 Tahun 2005 Bantuan Sara Hidup 11 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 2007 Kenaikan Kadar Bantuan Sara Hidup 12 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 Peraturan Penanggungan Kerja Perkhidmatan Awam 13 Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007 Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal