Thursday, December 04, 2014

Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid mengisahkan Di Masjid Negeri


Al Imam Hassan As Syadzili pernah bermimpi bertemu melihat beberapa orang besar disisi Allah yang tinggi derajatnya, dalam mimpinya tersebut ada Rasulullah, Nabi Musa as dan Imam Al Ghazali.. Di dalam majlis itu, Nabi Musa AS telah bertanya kepada Rasulullah ﷺ “Ya Rasulullah, Apakah maksud Hadis mu: Ulama-ulama di kalangan umatku setara dengan para Anbiya' dari Bani Israel?”. Maka Rasulullah pun memanggil Al Imam Ghazali dan memperkenalkannya kepada Nabi Musa AS “Ini adalah salah satu ulama kami yang setara para nabi di masa kamu.” Yang dimaksudkan Setara dari segi keilmuanya. Lalu Nabi Musa AS telah bertanya kepada Imam Al-Ghazali, “Siapakah nama mu”. Maka Imam Ghazali pun menjawab, “Namaku ialah Muhammad bin Muhammad bin Muhammad Al Hamid Al Ghazali. Nabi Musa A.S berkata “Aku bertanya nama mu sahaja, kenapa kau menyebut sehingga nama ayah dan datuk mu sekali”. Imam Al-Ghazali mengatakan pada Nabi ﷺ , untuk meminta izin dari Rasullullah ﷺ untuk menjawab persoalan dari Nabi Musa Kalimullah atau dirinya diam saja kepada Musa sebab nak hormat kepadanya.. Lalu Nabi kata, jawab.. Selepas mendapat keizinan maka Imam Al-Ghazali pun menjawab, “Bukankah Allah telah bertanya kepadamu : وما تلك بيمينك يا موسىٰ “Dan apakah itu yang berada di tangan kananmu itu wahai Musa? (Surah Toha:17), Dan Jawab Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkat saya, aku bertekan atasnya( bersandar, berjalan dsb), dan aku memukul dengannya pada daun-daun dan supaya gugur dan menghalau kepada kambing-kambing saya dan lain-lain lagi keperluan saya " (Surah Toha :18) ” Allah bertanya kepadamu apa ditanganmu, kenapa kamu menjawab sehingga tiga jawapan kamu beri, kenapa tidak menjawab tongkat saja? Jawab Nabi Musa “Allah itu adalah kekasih ku, maka aku mengambil peluang itu untuk bercakap panjang lebar dengannya lantaran rasa kerana suka, nikmat dan lazat dapat bercakap dengan Tuhan. Maka Imam Al Ghazali pula mengatakan “Begitulah aku, kamu juga adalah kekasih aku, maka aku juga mahu mengambil kesempatan untuk bercakap panjang lebar denganmu”

Blog Archive