Monday, February 29, 2016

Petua Untuk Pengantin Baharu Memenangi Hati Ibu MertuA

Petua Untuk Pengantin Baharu
Memenangi Hati Ibu Mertua
a. Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi anda menjadi miliknya.Kalau dahulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah. Namun anda sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya.
b. Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi masalah. Bagaimana pula bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi apabila memikirkan cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua. Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa petua yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sejak awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.
1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal-kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.
2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.

3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.
4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya di hadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian di hati mertua.
5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri.
6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.
7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.
8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.
9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.
10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.

Friday, February 26, 2016

Petua Merawat Penyakit Angin
a.Jika anda sering menghidapi penyakit angin dan sering merasa sejuk perlu minuman campuran cengkih dan lada putih atau lada hitam . Bahan tersebut yang sama jumlah hendaklah digoreng hingga garing dan kemudiannya ditumbuk hingga halus.
b.Campuran tersebut hendakalah diayak terlebih dahulu. Campuran yang masih kasar digoreng lagi hingga garing, kemudian ditumbuk semula seperti proses yang terdahulu hingga kesemuanya sempurna menjadi serbuk yang halus.
c.Sebuk tersebut kemudian dicampur dengan setengah cawan air suam diminum setiap pagi atau malam, sebelum atau selepas makan. Ubat ini berguna untuk memecahkan angin yang ada di dalam badan dan memanaskan badan yang sejuk.

Wednesday, February 24, 2016

Konsep Homeroom @ MRSM

Homeroom
Satu program bimbingan dimana pelajar-pelajar dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang sebaya dan menjalani kehidupan bersama dalam suasana bersaudara. Homeroom ini dibimbing oleh seorang guru penasihat sebagai ibu bapa angkat. setiap Homeroom mempunyai tidak lebih daripada 13 orang pelajar terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan.

Tujuan Perlaksanaan Program:

* mengesan dan menolong pelajar yang menghadapi masalah emosi.
* menggalakan pelajar merancang dan melaksanakan sendiri aktiviti 
mereka.
* memupuk persefahaman dan perpaduan dikalangan pelajar.
* menanam perasaan bertanggungjawab dan kasih kepada MRSM.
* mewujudkan hubungan mesra antara guru dan pelajar.
* mempelajari dan memahami nilai-nilai masyarakat.
* meninggikan kesedaran sivik dan perasaan kewarganegaraan Malaysia.

Objektif
Pada jangka masa tertentu pelajar sepatutnya dapat menguasai kebolehan berikut:

* melahirkan fikiran dan pendapat secara spontan dan bebas.
* menggunakan dua atau lebih bahasa dalam percakapan atau
perbincangan.
* menentukan aktiviti yang harus dibuat mengikut keutamaandan juga
mengetahui kepentingan menepati masa.
* memberi cadangan dan melaksanakannya dengan semangat dan azam
yang kuat.

Fungsi:
* sebagai satu unit keluarga.
* mengesan dan menyelesaikan masalah.
* membentuk sikap.
* mengembangkan minat.
* budaya kebajikan.
* alat perpaduan.
* agen masyarakat.

Tuesday, February 23, 2016

petua awet muda cara IsLam

Petua Awet Muda Cara Islam
1 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petuaini. Urutkan wajah kalian tu dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.
2 : Sejurus bangun pagi,sebelum mandi dan gosok gigi, minum air dan biarkan ia di dalam mulut selama 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali. Kemudian, baru diteguk. Air Liur ada enzim yang boleh jadi ubat.
3 : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.
4 : Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

5 : Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlahpetua ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. Wajah kalian akan kelihatan muda daripada umur sebenar kalian.
6 : Hafalkan ayat 35 ~38 surah Al-Waqiah. Bacalah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama, mulakan dari kepala.
7 : Amalkan bangun pagi dan mandi embun. Usap embun dari hujung daun pada wajah, rambut dan kulit badan. Khasiat air embun amat banyak. Wajah kalian akan berseri dan tubuh badan menjadi sihat serta awet muda.
8 : Amalkan mandi air telaga sulung iaitu air telaga yang diambil pada waktu pagi sebelum ada orang lain mengambilnya terlebih dahulu daripada kita. Mandilah sebelum air telaga itu ditimba orang. InsyaAllah wajah akan berseri dan badan sentiasa ramping.
9: Muka kita biasanya akan berminyak selepas bangun dari tidur. Inilah masanya untuk mengamalkan urutan wajah. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan di letakkan di bawah mulut (dagu). Pusingkan jari kalian ke pipi, pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Lakukan setiap pagi di susuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sesekali mengurut wajah kalian dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Monday, February 22, 2016

petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri

Berikut adalah petua-petua sekiranya anda ingin memilih gadis jelita menjadi isteri anda:

1. Elakkan Dari Berkawan Dengannya

Dengan merapati dan berkawan dengan si gadis, kecantikan hati ini sebenarnya sukar untuk dinilai oleh lelaki. Selalunya yang dilihat semuanya ‘baik, sopan dan elok’ apatah lagi pada masa itu sang teruna sedang mahu, dia hanya nampak yang elok. Si gadis pula mungkin hanya berpura-pura jadi baik dan sopan untuk memikat teruna. Itulah sebabnya ada yang membidalkan bahawa:
‘Yang bercahaya tidak semestinya emas’ dan ‘Yang cantik tidaklah semestinya permata’. Maka elakkan dari berkawan dengannya untuk mengelakkan anda dari terpesona dan terpedaya. Di atas kejelitaan yang tiada tara bergantunganlah kehancuran yang tiada tara.(Bidalan ltali).

2. Lakukan Risikan Secara Rahsia

Kecantikan hati biasanya boleh dinilai oleh pengamatan rahsia si teruna bersama keluarga teruna terhadap si gadis. Risikan rahsia ini adalah untuk mengetahui bagaimanakah tingkahlaku si gadis itu bila dia berada bersama keluarganya sendiri. Adakah si gadis dari jenis yang suka berjalan, bergaul bebas, atau suka menolong ibunya memasak, rajin berkemas dan taat dalam beribadat akan dapat ditentukan dengan lebih jelas.
Pihak teruna juga boleh mengetahui perihal moral si gadis dengan menyelidiki ke manakah si gadis itu suka pergi di hujung minggu atau di masa lapangnya. Jika dia gemar pergi ke tempat yang kurang baik, besar kemungkinan dia mempunyai sifat-sifat yang kurang baik pula.
Kejelitaan dan kegembiraan tidak akan bersatu lama. -Goethe
Walaupun pada asasnya cara menyelidik begitu, atau dipanggil ‘merisik’ ini tidak begitu disukai oleh si gadis sendiri, ia adalah jalan yang dianggap lebih baik dari cara berkawan dengan si gadis, membawanya ke mana suka, dan ‘menyelidik’ dengan bertanya pada gadis itu atau hasil memperhatikan tingkah lakunya di depan mata.
14 Petua Mencari Isteri Yang Cantik3

3. Cari Yang Duduk Bersama lbu bapa

Sebenarnya alam gadis terdedah kepada pelbagai gejala yang tidak begitu menyenangkan.Terdapat lebih banyak unsur negatif dari yang positif di luar rumah, malah, bagi sesetengah keluarga ianya berlaku dalam rumah sendiri.
Si gadis, yang masih dalam peringkat belajar hidup mudah terpengaruh kepada unsur-unsur negatif yang boleh merosakkan kesuciannya serta kebaikan perangainya. Ini kerana unsur-unsur negatif biasanya memberikan keseronokan dan nikmat tetapi kenikmatan ini berakhir sebentar saja disusuli pula oleh sesalan dan kemuraman mungkin seumur hidup.
Wanita jelita tidak bernasib baik dan teruna yang bijak tidak cantik. – Bidalan Cina

4. Cari Yang Pandai Mengurus Rumahtangga

Pada zaman sekarang, masa remaja si gadis bererti masa sebagai pelajar sekolah menengah, pra-universiti dan pusat pengajian tinggi. Bagi gadis-gadis ini, masa untuk mereka belajar menjadi ‘wanita’ dari ibu adalah amat terhad, jika ada, praktikannya hanya dalam jangkamasa pendek.
Kesempatan untuk berada di dapur amatlah terhad pada hujung minggu serta semasa cuti. Akibatnya, semakin ramai gadis yang berorientasikan kerja makan gaji dan tidak berorientasikan mengurus rumahtangga.

5. Cari Yang Hormat Kepada Orang Tua

Selidiklah apakah dia gadis yang tahu menghormati orang tua. Ini penting kerana dia nanti akan bersua, bertandang ataupun duduk bersama ibu bapa anda. Walau betapa cantik pun dia, jika dia tidak menghormati ibu dan bapa mertuanya, dia akan menyebabkan anda menjadi serba-salah dalam menangani kehidupan anda.
Kejelitaan wanita, gema hutan dan pelangi, akan wujud sebentar saja. – Bidalan Jerman

6. Cari Yang Pandai Menjaga Kehormatan

Hal ini juga dapat diperhatikan di kalangan gadis-gadis yang tidak begitu berjaya dalam pelajaran. Lebih ramai yang suka bekerja makan gaji dari membantu lbu di rumah atas alasan meringankan beban keluarga. Bagi gadis yang mudah ‘lupa’ masa inilah mereka akan jadi rosak.
Mereka akan keluar dengan lelaki tanpa segan silu, mula memakai pakaian yang ketat dan menjolok mata serta belajar berbagai cara dari rakan sebaya untuk memikat lelaki. lbubapa yang tidak mengawasi gerak-geri anak gadisnya mungkin akan menyebabkan gadis itu menjadi gadis murahan.

7. Cari Yang Tidak Bebas Dengan Lelaki

Pada zaman dahulu, ada ibu bapa yang sengaja tidak menghantar anak perempuannya ke sekolah. Takut nanti jadi perempuan jahat akibat dapat bergaul dengan lelaki secara bebas. Bila zaman semakin moden, pemikiran cara ini dianggap sudah usang.
Ramai pula menganggap adalah lebih baik bagi wanita bersekolah asalkan saja di sekolah dia dilengkapi dengan input tatasusila dan adat apatah lagi agama.
Wahai si jelita jangan banggakan wajahmu, ianya hanya tamu yang akan berundang beberapa hari saja.- Bidalan Hindustan
14 Petua Mencari Isteri Yang Cantik2

8. Cari Yang Didikan Agamanya Cukup

Beredarnya zaman perlu mengambil kira faktor sekeliling si gadis. Jelas pada kita bahawa cara hidup gadis sekarang sudah jauh berbeza berbanding gadis satu atau dua dekad silam. Namun, dari sudut nalurinya adalah sama saja.
Zaman gadis adalah zaman mencari identiti dan cuba mengekalkan identiti itu. Jika terdedah dia kepada yang buruk maka buruklah jadinya. Walaupun begitu, gadis yang mendapat didikan yang baik besar kemungkinan akan menjadi wanita yang berguna kepada negara dan agama malah boleh menjadi contoh teladan sama ada kepada wanita mahupun lelaki.
Kadangkala lebih baik wanita buta dari wanita yang terlalu jelita. – Bidalan Serbia

9. Cari Yang Berpegang Teguh Pada Suruhan Agama

Ada empat sebab utama mengapa teruna memilih seseorang gadis, kerana kecantikannya, kerana hartanya, kerana keserasian taraf dan kerana agama. Yang akan membahagiakan ialah memilih gadis yang beragama.
Dimanakah letaknya nilai gadis yang cantik? Letaknya ialah pada keimanan gadis itu. Jika dia cantik dan dia pula beriman, berharta dan setaraf pula, maka dialah yang masuk ke dalam kategori gadis yang ‘tak boleh tahan’. Tapi sedarlah, dia akan memilih lelaki yang baik-baik pula!

10. Bertunang Jangan Lama

Bila anda sudah melamarnya, jangan tunggu lama-lama. Nikahlah dengan segera kerana gadis jelita, ramai yang ingin menggodanya. Elakkan dari membawanya ke sana-sini kerana ini akan menerbitkan cemburu di hati lelaki yang jahat serta membahayakan keselamatan si gadis.
Petua orang tua-tua, kalau boleh, semasa bertunang perlulah berahsia, semasa bernikah perlulah dihebahkan agar semua orang tahu.
Katakan kepada wanita bahawa dia jelita, dan syaitan akan mengulangi kata itu kepadanya sepuluh kali. – Bidalan Itali

11. Kahwini Dia Ketika Usianya Masih Muda

Hal lni mungkin dianggap satu kontroversi oleh ramai orang tapi ia merupakan kebenaran yang sukar untuk dinafikan. Mengahwini gadis jelita ketika umumya masih muda remaja dapat membantunya agar selamat dari godaan dan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Ramai gadis jelita yang telah rosak kerana merosakkan diri atau dirosakkan. Ibu bapa seharusnya melepaskan anaknya untuk dikahwini lebih awal dan jangan membuat alasan bahawa anaknya masih belajar atau baru bekerja.
Seorang gadis, sama ada dahulu ataupun sekarang, layak berkahwin blia dia sudah berumur kira-kira 13 tahun. Ramai orang mungkin berflkir anda gila mengahwini gadis semuda itu, tapi siapakah sebenarnya yang gila jika gadis jelita seperti ltu besar kemungkinannya akan ternoda? Cuma, ibu bapa patutlah mempastikan bahawa anak gadis mereka mendapat suami yang baik serta bertanggungjawab.
Wanita jelita yang kurang bernasib baik akan berjumpa lebib ramai pencinta berbanding suami.- Bidalan Jerman

12. Elakkan Dari Terlalu Cemburu

Memang sudah menjadi adat dunia, gadis yang cantik jelita memang menjadi idaman teruna, suami orang mahupun duda. Elakkan dari menaruh perasaan cemburu. Yang penting ialah sejauh manakah anda telah bertindak untuk memilikinya. Bila si gadis telah menjadi isteri anda, didiklah dia agar dia menjaga kehormatannya serta taat pada agama.

13. Layan Dia Dengan Baik

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis tidak memandang pada paras rupa anda. Yang penting bila anda berkahwin dengannya ialah cinta anda kepadanya.
Cinta bukan bermakna anda mahu ambil bulan bawa ke ribanya atau selalu melakukan seks dengannya.
Cinta pada wanita ialah memahami jiwa mereka dan melayani mereka dengan baik. Bila dia sudah cinta pada anda seluruh jiwa raganya, dia tidak akan mudah tergoda dengan lelaki lain. Dia akan hanya anggap anda sebagai pengarang jantung dan buah hatinya.
Kejelitaan wanita yang tidak berguna itu ibarat racun dalam cembul emas.- Bidalan Tamil

14. Bertanggungjawab

Walau betapa jelita pun dia, seorang gadis mahukan lelaki yang mampu menjaganya dengan baik, menguruskan kebajikannya serta memimpinnya menjadi wanita yang baik serta taat pada agama. Lelaki yang mereka mahukan ialah yang bertanggungjawab terhadap anak-anak serta menghormati pula ibubapa si gadis.

Thursday, February 18, 2016

petua terkena getah pisanG

PAKAIAN TERKENA GETAH PISANG
Letakkan kapur makan dekat tempat yang terkena getah pisang tu. Biarkan beberapa minit...untuk kapur bertindak balas. Lepas tu, ambil baju, basuh macam biasa. Kalau untuk getah yang degil, kena la ulang lagi proses yang sama.


Wednesday, February 17, 2016

MENGHILANGKAN TAHI LALAT PADA BAJU

PETUA MENGHILANGKAN TAHI LALAT PADA BAJU
Caranya, ambil baju yang ada tahi lalat tadi rendamkan dengan clorox dan sabun sikit. Seelok-eloknya guna air panas.. Rendam sekejap lepas tu berus sampai lah tahi lalat tu hilang. Bilas bersih dan sidai. Tapi ingat...clorox boleh buat baju makin cepat reput yaa..
Lagi 1 cara, gantikan clorox tadi dgn cuka. Tapi kena rendam lama sikit. Sebabnya cuka ni lambat sikit bertindak berbanding clorox.
*Lebih baik asingkan baju putih dan bewarna. Takut warna luntur.



Tuesday, February 16, 2016

30 PETUA MELAYU LAMA

30 PETUA MELAYU LAMA
.
1. MENURUNKAN BERAT BADAN
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
• Caranya : sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air mnuman setiap kali selepas anda makan tengah hari dan makan malam.
Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkan meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL
Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

3. TEPUNG UBI PENAWAR RUAM
Cara yang baik untuk menghindarkan ruam dari tubuh bayi anda ialah dengan melumurkan tepung ubi selepas mandi. Pastikan bahagian-bahagian utama yang menjadi sasaran serangan ruam seperti di leher, punggung dan dada di lumur.

4. UBATI SAKIT DADA
Ambil beberapa ulas halia. Tumbuk hingga lumat dan perahkan airnya. Ambil satu biji telur ayam kampung. Keluarkan kuningnya sahaja. Campurkan bersama madu lebah tulin. Kacau rata-rata dan minum setiap pagi sebelum sarapan.

5. HILANGKAN URAT DI KAKI
Bagi ibu-ibu yang mengandung mereka sering mengalami masalah urat timbul di kaki dan ia berlarutan hingga bersalin. Di sini, ada satu petua untuk mengatasi maalah ini, ketika tidur anda mesti meletakkan kaki lebih tinggi dari kepala. Atau ambil sebesen air suam, rendamkan kaki anda selama 15 hingga 20 minit setiap hari. Lakukan hingga anda memperolehi hasil yang memuaskan. Atau, anda boleh mengurutnya perlahan-lahan dengan menggunakan minyak urut.

6. RASA GARAM DALAM MASAKAN
Untuk merasa garam dalam masakan memang menjadi masalah terutama jika anda berpuasa. Bagaimana cara terbaik untuk mengatasi masalah ini dengan meletakkan kuah di atas jari anda. Jika kuah itu tidak meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda terlebih garam.

7. SIMPAN KELAPA PARUT
Masukkan kelapa dalam tapisan. Letakkan di atas periuk yang berisi air panas. Biarkan wap itu masuk ke dalam kelapa.

8. MENGHILANGKAN KEDUT
Wanita yang sudah berumur biasanya sangat takut kelihatan tua. Terutamanya di bahagian muka, kerana muka adalah bahagian yang mula-mula menjdi tumpuan pandangan seseorang. Bagaimanakah caranya untuk menghilangkan kedut-kedut yang mula berjinak-jinak di muka anda? Sebenarnya tidak sukar menghilangkan kedut-kedut di muka asalkan anda rajin melakukannya. Ambillah sebiji lobak merah. Parut hingga hancur. Kemudian ambil satu sudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Campurkan semua ramuan itu dan kacau hingga sebati. Sapukan di tempat yang berkedut itu. Biarkan selama 20 minit, barulah dibasuh dengan air bersih. Lakukan selalu, Insya-Allah wajah anda kelihatan berseri dan kedut-kedut yang mula bertapak itu akan menghilang.

9. PENYERI MUKA
Selain dari menghilangkan kedut di muka, ada juga amalan yang boleh dilakukan supaya muka akan sentiasa kelihatan berseri. Caranya ialah, cuci muka setiap pagi dengan daun teh yang sudah direndam. Sapukan the tersebut ke muka, sepuluh minit kemudian basuhlah dengan air bersih. Ataupun anda sapukan muka dengan putih telur. Biarkan selama sepuluh minit. Kemudian bersihkan dengan air. Lakukan begitu seminggu sekali. Anda akan nampak keberkesanannya.

10. GARAM UBATI SAKIT GIGI
Sakit gigi memang amat menyeksakan.Apa lagi kalau terkena di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik tutup. Jadi anda terpaksa menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi menimpa anda. Petua ini elok dilakukan bagi menghindar dari terkena sakit gigi. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri.

11. MULUT BERBAU
Mulut berbau tentu menimbulkan masalah apabila hendak bercakap dengan seseorang. Untuk mengatasinya, cuba ikut petua ini. Ambil tujuh helai daun sirih. Racik halus, kemudian diramas dengan semangkuk air suam. Campurkan sedikit garam, kumurlah setiap hari dengan air itu. Insya-Allah masalah mulut berbau akan dapat diatasi.

12. IKAN KERING TIDAK BERULAT
Benda-benda busuk selalu dihinggapi lalt termasuk ikan kering. Keadaan ini menyebabkan ia mudah berulat. Untuk mencegahnya, jemurkan ikan di tempat panas, taburkan sedikit serbuk lada hitam yang telah ditumbuk kasar ke atasnya. Cara ini lalat tidak akan hinggap lagi.

13. TUMIT KAKI TIDAK PECAH
Bagi anda yang menghadapi masalah ini, boleh mencuba petua ini. Ambil sebiji buah betik yang masih muda. Hiriskan di bahagian hujungnya agar mengeluarkan getah. Sapukan getah betik tersebut ke bahagian tumit yang pecah. Lakukan berulang kali beberapa hari jika ingin mendapat hasil yang memuaskan.

14. KEKALKAN KEPUTIHAN PERIUK
Jika anda masak menggunakan dapur kayu atau arang, tentu anda menghadapi masalah periuk hitam dan sukar dibersihkan. Bagi mengatasi masalah ini, sebelum memasak, sapukan dahulu bahagian luar periuk anda pencuci pinggan seperti Axion. Setelah siap masak, cucilah periuk dengan penggosok. Insya-Allah kotoran dan kesan hitam akan mudah dihilangkan.

15. HILANGKAN DARAH TINGGI
Jika anda menghidap sakit darah tinggi,ambillah daun kucai kira-kira seikat. Bersihkan dan tumbuk dengan sedikit garam. Perah ambil airnya, bubuh dalam mangkuk dan embunkan. Minumlah pagi-pagi sebelum makan apa-apa, Insya-Allah sembuh. Kalau sekali minum tidak sembuh, jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Selalunya penyakit tidak akan sembuh dengan sekali berubat. Kerana itu cubalah amalkan banyak kali, bersabar dan bertawakal.

16. KHASIAT DAUN JAMBU BATU
Kalau anda terkena sakit perut, buang-buang air, perut kembung, masuk angin dan citir-birit, ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.

17. CARA CUCI BARANGAN PERAK
Campurkan perahan air limau dan garam dalam semangkuk air dan cucikan barangan perak anda. Hasilnya ia lebih berkilat.

18. HILANGKAN BAU DAN PENING MAKAN DURIAN
Biasanya selepas anda nemikmati buah durian, mulut atau sendawa anda akan berbau. Dan pada sesetengah orang pula dia akan terasa mual, pening atau mabuk.Untuk mengelakkan semua ini ambillah pangsa durian tadi dan curahkan sedikit air di dalamnya. Ratakan air itu dan minumnya. Insya-Allah semuanya beres.

19. UBAT GIGI PENAWAR KULIT MELECUR
Cara yang paling mudah mengubati kulit yang melecur ialah dengan menyapu ubat gigi ke atas kulit berkenaan sebaik ianya terkena.
20. MINYAK TANAH HILANGKAN KUTU
Satu lagi petua mudah untuk menghilangkan kutu kepala ialah dengan melumurkan sedikit minyak tanah di serata kepala. Kemudian balut kepala dengan kain lembab. Biarkan selama dua atau tiga jam. Anda akan lihat kemudiannya kutu-kutu melekat pada tuala itu dan kepala anda bebas daripadanya.

21. ARANG KAYU PERAPI RAMBUT
Percayakah kayu arang dari batang getah boleh menghitam dan mengilatkan rambut. Caranya, keringkan arang itu beberapa hari kemudian tumbuk sehingga lumat. Selepas itu, campurkan dengan minyak kelapa. Lumurkan ramuan itu pada rambut setiap hari dan cucilah. Lakukan sekerap yang boleh.

22. PENAWAR BISUL/KUDIS
Ambil segenggam daun sengkuri. Petik daun muda dan keringkan sebentar, kemudian baru digiling dengan tujuhbiji mata kunyit serta sedikit melukut. Kemudian calitkan sedkit kapur sirih dan sapukan daun yang digiling tadi di atasnya. Sementara untuk menghilangkan bengkak bisul dan bissanya, sapukan cuka dan nila. Petua ini juga boleh menawarkan sakit beguk di leher. Bagi kudis pula, rebus antara 30 helai pucuk daun jambu batudengan dua gelas air. Campurkan secamca garam. Bila mendidih, biarkan ianya suam dan cucilah kudis atau gatal-gatal berkenaaan.

23. CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya. Cuab titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang
.
24. PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.

25. PUTIH TELUR PENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putih telur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukan secara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

26. BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.
(25/1/08 - Ini mlm tadi isteri dah cuba, bubur bau hangin, so letak daun pisang, bau hilang)

27. UBAT DEMAM MALARIA
Daun betik yang masih muda ditumbuk hingga haluslau diperah. Air perahan ini bolehlah diminum sebagai ubat demam malaria. Selain itu, ia juga boleh diminum setelah selesai haid. Kerana ia boleh melancar dan membersihkan sisa-sisa darah kotor.

28. MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

29. MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak penggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedasdan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

30. BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkon ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuian tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

Monday, February 15, 2016

doa apabila mendiami rumah baru


1. #Azan:-

][Laungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baharu. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di rumah atau bangunan yang tidak berpenghuni.

2. #Baca Surah Al-Baqarah:-
][Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibacakan Surah Al-Baqarah."

3. #Banyakkan Solat dan Membaca Al-Quran:-

][Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran." (Hadis riwayat Al-Baihaqi)

4. #Baca Surah Yassin, Al-Fatihah dan Al-Ikhlas:-

][Amalkan membaca surah Yassin setiap malam terutamanya tujuh malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca juga surah Al-Fatihah sebanyak 1 kali, surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas Nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi 1 kali, tetapi di ayat terakhir bacalah sebanyak 7 kali.

Thursday, February 11, 2016

demam kuning baby

Bayi baharu lahir memang tidak pernah terlepas daripada dihidapi jaundis atau demam kuning. Apa yang membezakannya adalah tahap bacaan darahh bayi tersebut. Jika terlalu tinggi maka perlu mendapatkan rawatan fototerapi di hospital.
[']Walaupun jaundis adalah masalah normal dalam kalangan bayi baharu lahir namun jika terlalu tinggi ia boleh mengundang bahaya. Harapnya tahap jaundis bayi kita hanya peringkat normal dan boleh hilang selepas tempoh dua minggu. Kata orang ada petua yang boleh diamalkan oleh ibu ketika hamil bagi mencegah bayi dihidapi jaundis teruk.

1. [']Amalkan minum susu kambing dua cawan sehari semasa sarapan dan sebelum tidur.

2. [']Makan buah delima atau minum pati delima sekurang-kurangnya 500 ml sehari.

3. [']Amalkan makan tiga sudu madu tanpa air atau minum air dicampur lima sudu madu setiap hari.

4. [']Amalkan makan buah kurma sebagai sarapan.

[']Amalkan minum air kelapa muda setiap hari ketika hampir bersalin. Air kelapa dikatakan baik untuk bayi selain dapat mengelakkan penyakit jaundis.

Wednesday, February 10, 2016

Tips penjagaan bateri iPhone

🚨Tips penjagaan bateri iPhone (dan semua bateri li-ion) kesayangan anda 🚨
⚓ 1. Jangan lazimi cas masa tidur (mengelakkan over charge)
⚓ 2. Jangan cas menggunakan power supply dalam kereta
⚓ 3. Elakkan penggunaan powerbank yang kerap, gunakan ketika kecemasan sahaja
⚓ 4. Sebaiknya biarkan peratusan bateri adalah pada tahap paling rendah sebelum cas semula (15%-25%)
⚓ 5. Jangan gunakan iPhone untuk heavy usage (online, rakaman video, video game, video durasi panjang) semasa mengecas
⚓ 6. Digalakkan untuk menggunakan "airplane mode" ketika mengecas
⚓ 7. Elakkan mengecas iPhone anda dalam suhu persekitaran melebihi 35* C.
🚧 SHARE & TAG pada kawan2 anda yang lain. 


🚧

Friday, February 05, 2016

Rawat Ulser Mulut


Rawat Ulser Mulut




03C49256
Gambar: freeimages.com
Ada kalanya tanpa disedari mulut terasa bisa bila sedang menjamu selera. Tidak hairanlah mengapa pedih itu selalunya datang dari ulser mulut atau juga digelar mata ikan oleh kerana rupanya yang berbentuk bulat dengan luka putih yang membengkak. Selalunya petua orang-orang tua menyuruh untuk kumur air garam tetapi EH! temui beberapa lagi remedi yang boleh anda cuba untuk redakan ulser ini.
Baking Soda
Campur dengan sedikit air hingga menjadi pes dan sapukan pada kawasan ulser biarkan selama 20 minit dan berkumur untuk membersihkannya. Lakukan ini sebelum makan supaya anda dapat makan tanpa rasa sakit lagi. Anda juga boleh gunakan baking soda dan larutkan dengan air untuk berkumur dengannya. Kandungan asid yang tinggi dalam bahan ini akan mengelakkan jangkitan bakteria.

Daun Salam (Basil Leaves)
Daun ini mempunyai banyak khasiat perubatan. Anda boleh kunyah daun ini untuk kurangkan bengkak dan pedih ulser atau boleh jadikan ia sebagai bahan kumur untuk bersihkan mulut dari infeksi kuman.

Bawang
Jus bawang ini mempunyai enzim yang mampu menghalang bakteria merebak serta mengelakkan ulser melarat. Titik jus bawang pada ulser atau makan sebiji bawang sehari untuk redakan kesakitan. Sagat bawang dan perah jusnya dan ratakan pada bahagian dalam mulut. Ulang beberapa kali untuk kesan efektif dan hasilnya mulut bebas ulser dalam masa tiga hingga empat hari.

Minum Soda
Air soda mengandungi bikarbonat yang bagus untuk melenyapkan mikro organisme yang menyebabkan ulser itu. Minum soda selepas makan juga dapat membersihkan mulut daripada partikel lebihan makanan yang tersekat di celah-celah gigi. Bakteria yang menyebabkan ulser mendapatkan tenaga untuk membiak daripada sisa makanan ini jadi pastikan mulut anda sentiasa bersih.

Uncang Teh
Basuh dan sejukkan uncang teh yang sudah digunakan. Letakkan uncang pada ulser tersebut kerana teh mengandungi bahan yang bagus untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Letakkan seberapa kali yang anda suka.

Dadih
Dadih atau yogurt asli dan sejuk bagus untuk meredakan bengkak serta kesakitan yang disebabkan oleh ulser. Anda hanya perlu makan dadih setiap hari dan sapunya pada bahagian ulser untuk kurangkan sakit. Yogurt mempunyai kultur hidup dengan bakteria baik untuk melawan jangkitan bakteria.

Thursday, February 04, 2016

" Berani bertindak melakukan sesuatu untuk mendapatkan yang terbaik"

Tuesday, February 02, 2016

Petua Supaya Suami Anda Tidak Cari Lain
1. Baca surah Ali Imran ayat 200 tiga kali dan tiup pada dada suami anda seminggu sekali sampai bila-bila. Niatkan supaya suami anda setia pada anda.
2. Berniat agar perkahwinan sentiasa berkekalan dan berdoa agar Allah s.w.t. sentiasa membantu.
3. Rajin-rajinlah solat tahajud, mudah-mudahan Allah s.w.t. "mencantikkan" wajah anda setiap kali suami melihat anda.

Monday, February 01, 2016



" sometimes the people with the worst past
create the best future.........."

SaiDina Umar AL-KhattaB