Tuesday, May 09, 2017

CERUCUK AGAMA
Salam kasih ikram buat saudaraku pembela agama walau di mana saudaraku berada.
Utbah bin Ghazwan ra pernah memberi kalkuzari;
" Demi Allah ! Pernah aku bersama dalam satu jemaah tujuh orang dengan Rasulullah saw. Di satu masa kami kehabisan makanan. Yang kami makan hanyalah daun- daun kayu sehingga sebahagian mulut kami pecah-pecah dan luka-luka"😭
Ini adalah salah satu episod dari ribuan kesah susahpayah dan penderitaan Rasulullah saw dan jemaah para sahabat yang taat setia dalam usaha membina agama.
Kelaparan, siksaan, tribulasi, isteri menjadi janda, anak menjadi yatim adalah hiasan perjuangan para sahabat yang penuh dengan kesah darah dan air mata.
Akhirnya terbina Islam yang indah tersebar 3/4 dunia.
Semakin hebat dan tinggi sesuatu mega struktur semakin dalamlah cerucuk yang di tanam.
Rasulullah saw dan para sahabat telah menjadi cerucuk yang terhebat.
Diakhir zaman, Islam akan memasuki setiap pintu rumah di seluruh dunia.
Seperti musim sejuk tiada rumah tersisa dengan tusukan hawa dingin.
Bunga-bunga kearah kegemilangan Islam telah bermula.
Apabila Nabi Isa as turun ke bumi, Islam berada di mercu kejayaan.
Bendera iman bakal berkibar disegenap penjuru dunia.
Namun siapakah yang bersedia bangkit berkorban menjadi cerucuk
Islam di akhir zaman ini?
Ya Allah pilihlah setiap dari kami ini menjadi cerucuk agamaMu yang suci ini. Aamiin.

Blog Archive