Friday, June 16, 2017

UMNO TOLAK ISLAM


UMNO TOLAK ISLAM
Sejak umno asal ditubuhkan pada 1946 dan kemudiannya umno (Baru) dasar umno adalah sekular, menurut perlembagaan umno semua prinsip yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan dan negeri2 termasuk kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Perkara 3 Fasal (1) adalah pegangan politik umno. Islam agama persekutuan adalah merujuk kepada Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan hanya meliputi tiga bidang sahaja iaitu undang2 keluarga, warisan dan beberapa kesalahan takzir tidak termasuk Hudud dan Qisas.
Umno meneruskan dasar sekularnya melalui Perkara 128 Fasal (1)yang meletakkan mahkamah syariah di bawah mahkamah agung (Persekutuan) yang menjadi institusi kehakiman tertinggi bagi memastikan segala enakmen Majlis Agama Islam negeri2 dibuat sebagai memenuhi maksud perlembagaan persekutuan, mahkamah agung boleh membatalkan apa2 enakmen jika ianya berada diluar bidang kuasa DUN yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan atau undang2 persekutuan.
PKR melalui ahli parlimennya dalam sidang parlimen 16.2.2009 hingga 19.3.2009 telah membawa usul pindaan perlembagaan meliputi Jadual 9 senarai 2, perkara 4 Fasal (1), perkara 128 Fasal (1) dan beberapa pindaan lain, yang jika ianya diluluskan maka negeri2 boleh melaksanakan undang2 Hudud dan Qisas. 
Tetapi umno tidak memberikan ruang untuk dibentangkan di parlimen.
Jika umno benar2 hendakkan hukum Islam maka sepatutnya sejak merdeka umno telah meminda perlembagaan Negara atau menyokong pindaan yang dibawa oleh PKR pada 2009. Umno berjaya mengumpan PAS untuk mebawa usul yang dikenali RUU355 yang juga bukan Hudud dan Qisas, pada peringkat awal umno berjanji untuk membawa usul itu, tetapi setelah mendapat tentangan daripada parti2 kompenen BN terutama MCA,Gerakan dan MIC maka umno kembalikan kepada PAS sebagai usul persendirian. PAS Berjaya dipancing oleh umno dengan umpan RUU355 yang hakikatnya bukan hukum Islam. RUU355 itu pun jika diluluskan hudud dan qisas masih tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah dengan perkara 4 (1) dan 128 (1).
Hadi Awang bentang kali pertama dan mohon tangguh bahas, bentang kali kedua pun dia juga mohon tangguh dan kali ketiga speaker pulak tangguhkan sidang parlimen walau pun ada masa lagi.
MCA,Gerakan dan MIC secara keras menentang RUU355 tetapi PAS jadi setan bisu, sebaliknya PAS serang DAP bertali arus, padahal DAP tolak berdasarkan perlembagaan persekutuan kerana bagi DAP ianya bercanggah dengan semangat perlembagaan persekutuan, PAS gagal memahami maksud tersirat daripada kenyataan DAP ini iaitu tumbangkan BN dahulu dan selepas itu baru buat pindaan perlembagaan, bahkan YAB Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mencadangkan pindaan perlembagaan dibuat jika hendak laksanakan undang2 Islam.
Hakikatnya PAS hanya hendak hancurkan Pakatan Rakyat dan ianya juga ada kaitan dengan dedak RM90juta yang hingga hari ini 16.6.17 PAS belum lagi saman SR,Husam dan Rafizi, sebaliknya PAS semakin intim dengan umno.