Wednesday, March 27, 2013

tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah

Sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih dilautan... 1. Bismillahhirrahmannirahim: pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Alhamdulillah: pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu. 3. Astagfirullah: jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk. 4. Insyaallah: jika ingin melakukan sesuatu pada masa akan datang. 5. Lahaulawalaquatai llahbillah: bila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk. 6. Innalillah: jika menghadapi musibah atau melihat kematian. 7. Lailahaillallah: bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. Amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang terpilih olah Allah...

Monday, March 25, 2013

Sifat Buruk Orang Melayu ~ " Malay Sketches", Frank Swettenham

Sifat Buruk Orang Melayu Menurut Pandangan Frank Swettenham a. Dalam karya yang terkenal, " Malay Sketches", Frank Swettenham telah memberi gambaran tentang orang Melayu di zamannya mengikut perspektif dan pengalaman peribadi beliau mungkin sejak tahun 1871, iaitu kali pertama beliau berada di Tanah Melayu. Pandangan Swettenham tentang orang Melayu ini menjadi bicara utama dalam bab pertama naskah beliau. Bab tersebut diberi tajuk "The Real Malay". Naskah "Malay Sketches" ini dihasilkan pada tahun 1895, maka boleh disimpulkan bahawa orang Melayu yang digambarkan dalam naskah ini adalah hasil pengalaman beliau hidup dalam alam melayu selama 24 tahun. b. Dalam membicarakan perihal orang melayu, Frank Swettenham tidak mengambil sikap populis dengan hanya menceritakan apa yang baik, sebaliknya beliau turut menyingkap sisi gelap masyarakat melayu pada zaman itu. Antara tabiat atau sifat buruk orang Melayu adalah seperti berikut: 1. Orang Melayu suka meminjam wang, tetapi liat untuk membayar balik. 2. Orang Melayu suka mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan mengumpat. 3. Suka mempercayai hal yang karut marut. 4. Orang Melayu suka berjudi, bersabung ayam dan perkara yang seumpamanya. 5. Tidak mudah menerima sebarang perubahan sampai bila-bila. 6. Orang Melayu adakalanya malas, malah perkara yang rutin juga dilalaikan. 7. Orang Melayu tidak menghargai masa. 8. Rumah orang Melayu kadang-kadang dilihat tidak kemas, malah kotor. 9. Orang Melayu suka berdendam, dan jika dendam itu tidak dapat dibalas pada orang yang sepatutnya, sesiapa sahaja yang kebetulan berada berhampiran akan menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau perempuan, tua atau muda. 10. Orang Melayu suka mengamuk, lebih-lebih lagi wanita. 11. Walaupun orang Melayu suka berbudi, mereka sebenarnya mengharapkan balasan. 12. Orang Melayu suka berpuak-puak. 13. Orang Melayu amat menitik beratkan soal darjat serta keturunan, terutama dalam soal perkahwinan. KESIMPULAN: Sikap buruk ini walaupun tidak sedap dibaca, ianya harus menjadi pengajaran kerana inilah apa yang dilihat oleh orang luar. Akan tetapi mungkin telah ada di antara sikap buruk tersebut yang sudah pun terhakis dari masyarakat Melayu kini. Senarai "buruk" ini harus menjadi pengajaran bagi orang Melayu zaman mutakhir dalam meningkatkan sahsiah mereka agar dipandang tinggi, jangan terlalu dibuai oleh syair dan gurindam akan keindahan bangsa Melayu, tetapi harus tegar memperbaiki diri bila ditegur. والله أعلم بالصواب

Sunday, March 24, 2013

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS) - Akhir Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu 1. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), 2. Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), 3. Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), 4. Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), 5. Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), 6. Dato' Fadzil Mohd Noor (1988-2002) 7. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu a- kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), b- kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), c- kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan d- kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu a- tahap kemunculan (1951-1959), b- tahap kebangkitan (1959-1973), c- tahap kemuncak (1973-1977), d- tahap kejatuhan (1977-1990) dan e- tahap kebangkitan semula (1990-sekarang) Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu a- fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), b- fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan c- fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5. ------------------------------------ 1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember. 2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos. 3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27. 4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat, dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35. 5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28. Sumber : http://www.pas.org.my/v2/index.php/info/sejarah Semoga dengan mengetahui sejarah PAS ini menjadikan kita lebih sayang kepada jamaah PAS yang sekian lama bertapak di negara kita.. Jangan dimusnahkan bahtera perjuangan ini yang sekian lama telah dibina kukuh oleh orang-orang terdahulu..Justeru kita sebagai generasi sekarang seharusnya kita menghargai perjuangan mereka.. Baarakallahufikum...

Saturday, March 23, 2013

SYAHIDNYA SYAIKH RAMADHAN AL-BUTHI

SYAHIDNYA SYAIKH RAMADHAN AL-BUTHI ( antara ulamak yang saya pernah jumpa ) Said Ramadan dilahirkan pada 1929 di perkampungan JIlka, Turki. Appbila beliau berusia empat tahun, beliau telah berpindah ke Damascus, Syria . Pada tahun 1955, beliau bergraduasi dari Universiti Al-Azhar, Mesir dalam bidang keagamaan. Beliau pernah menjadi Dekan di Universiti Damascus pada tahun 1960-an sebelum melanjutkan pengajian di peringkat PhD di Universiti Al-Azhar dalam jurusan undang-undang Islam. Kini, beliau adalah pensyarah di Universiti Damascus dan bergiat aktif di dalam persidangan serta seminar di peringkat antarabangsa. Sehingga kini, beliau telah menulis tidak kurang dari 40 buku dalam bidang kesusasteraan, falsafah, sosiologi dan keagamaan. Kecerdasan inteleknya terserlah di dalam kuliah-kuliah dan ceramah yang disampaikan di serata Syria. Sebagai seorang ahli akademik, beliau juga menganggotai Majlis Tertinggi Akademi Oxford, England dan ‘Royal Society of The Islamic Civilisation Researches’ yang berpusat di Amman, Jordan. Antara buku beliau yang terkenal adalah Fiqh Sirah yang menjadi rujukan di seluruh dunia. INNALILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI`UN...... Telah berpulang ke Rahmatullah ulama dunia AL'ALIM AL `ALLAMAH ASY SYAIKH SAID RAMADLAN AL BUTHI rahimahullahuta`ala tepat saat beliau mengisi Ta`lim di Masjid Al Iman di Kota Damaskus, Suriah, ba`da maghrib Kamis, 21 Maret 2013. Beliau wafat karena serangan bom bunuh diri yg diduga dilakukan oleh kelompok teroris Salafi di Suriah. Informasi awal menyebutkan bahwa 23 murid Syeikh Al Buty yang juga sedang menghadiri mejelis itu terbunuh dan 40 lainnya menderita luka-luka. SUNGGUH BELIAU ADALAH ULAMA YANG SHOLEH DIMASA KINI MIN AHLISSUNNAH WAL JAMAAH. Semoga Allah meridhoinya dan beliau ditempatkan di Surga Nya bersama Rosul Shollallohu alaihi wasallam.....

Friday, March 22, 2013

Syahidnya Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti

Kata Al-Habib Ali-Al-Jufri "Aku telah menelefonnya dua minggu lepas dan beliau (Dr Ramadhan Al-Buti) berkata pada akhir kalamnya " "Tidak tinggal lagi umur bagi aku melainkan beberapa hari yang boleh dikira. Sesungguhnya aku sedang mencium bau syurga dari belakangnya. Jangan lupa wahai saudaraku untuk mendoakan aku" Pada beberapa hari sebelum kewafatannya, beliau berkata "Setiap apa yang berlaku padaku atau yang menuduhku daripada ijtihadku, maka aku harap ia tidak terlepas dari ganjaran ijtihad" (yang betul mendapat dua ganjaran dan yang tidak mendapat satu ganjaran) *Sheikh Ramadhan Al-Buti Syahid setelah dibom beberapa jam lepas di dalam Masjid Iman di Dimasyq. Beliau akhir-akhir ini mendoakan kehancuran kepada rejim Syiah Nusairiah, dan sedang dikawal ketat oleh pihak tentera. Dalam usahanya untuk keluar dari Syria beliau bersama pengikutnya dibom dan mendapat ganjaran Syahid. Moga Allah merahmati dan memberi ganjaran yang sebanyak-banyaknya kepada Guruku dan Mujtahid Ummah Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti. Hidupnya sebagai ulama, matinya sebagai syuhada. al-fatihah.. Moga rohnya bersama para syuhada', orang2 solehin & Nabi2..

Thursday, March 21, 2013

napa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno

INFO: Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini: 1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat. 2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam. 3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa? 4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan. 5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri. 6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian. 7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa.? 8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI? 9) DAP tidak pernah merampas dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu. 10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1974 kini Umno gila talak dan kembali rujuk kepada PAS. 11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung 12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula? 13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah. 14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya. 15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat ....... 16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia. Yang sebenarnya masih banyak lagi antara sebab-sebab tetapi 16 nurkilan kami di atas adalah penyebab utamanya. Moga tulisan ringkas ini mampu menjadi panduan ringkas kepada para sahabat semua. via:sahabat.

Tuesday, March 19, 2013

Ilmu hak umat islam seluruh dunia

Ilmu hak umat islam seluruh dunia.... tolong "SHARE" & "LIKES" Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan, Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.. Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis 'This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud 'Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah 'The source of gelatin capsule is porcine' yang bermaksud 'Kapsul dari gelatin babi. Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi: 1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan. 2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi. 3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg. 4. Boar:Babi liar. 5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun. 6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi. 7. Ham:Daging pada bahagian paha babi. 8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan). 9. Sow Milk:Susu babi. 10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg. 11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi. Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat. Dibawakan Oleh: Suami, Isteri & Doktor

Monday, March 18, 2013

Perginya seorang Srikandi

Perginya seorang Srikandi... Di saat perpisahannya dengan putera sulungnya Farhaat, dia dan anaknya saling berpelukan dan berkata, “Ibu tidak dapat membendung air mata tetapi jangan percaya dengan air mata ibu ini anakku… Ini adalah air mata bangga menjelang hari pertemuanmu dengan bidadari. Pergilah menemui Rabb-Mu dan berjihadlah. Tetapkanlah hatimu thabatlah, kekallah seperti itu sampai engkau bertemu Allah Taala”. Baca lagi : http://zainurrashid.com/perginya-seorang-srikandi/

Sunday, March 17, 2013

Membangun Mahligai Cinta Bersama Mu

BismillahiRRahmaaniRRahiim ♥ ✽ Membangun Mahligai Cinta Bersama Mu ✽ ✽ Ketika Allah menyibakkan Tabir Taqdir_Nya untukmu, Ketika Allah pertemukan dua hati yang menyatu... ✽ Dialah orang yang belum pernah membayang di setiap anganmu, Dialah orang yang belum pernah hadir di setiap mimpi2mu, Dan dialah yang belum pernah engkau tahu jauh sebelumnya. ✽ Ingatlah !! Bukan dia yang sengaja memilih dirimu, Bukan dirimu yang sengaja memilihnya, Namun Allah lah yang telah mempersiapkan jauh2 hari sebelum kita terlahir dimuka bumi ini. ✽ Allah lah yang sengaja memilihkan untukmu,Sudah berapa banyak orang lain yang telah kau tolak atau sudah berapa banyak orang yang telah menolakmu... ✽ Jika engkau tahu itu adalah pilihan_Nya, Maka jangan pernah ada ragu dan Yakinlah dia adalah pilihan terbaik untukmu,pilihan_Nya. ✽ Lihatlah...!! Betapa dalamnya lautan dan luasnya Samudra terbentang, Seperti itulah dalamnya kamu mencintainya.. ✽ Walaupun dia bukanlah seseorang yang sempurna bagimu namun cintailah dia dengan sempurna. Kesempurnaan itu akan hadir disaat kita ikhlas menerima segala kekurangannya. Sehingga tiada niat untuk berpaling dan menggantikan dirinya dengan yang lain. ✽ Engkau juga lihat betapa tingginya langit yang di junjung. Seperti itulah tingginya kau menghargai dan memahami akan dirinya. ✽ Betapa kagumnya kita melihat indahnya gunung,Namun butuh perjuangan dengan berbagai hambatan menuju puncaknya. Seperti itulah dirimu bersamanya penuh dengan perjuangan. ✽ Tak selamanya kebahagiaan di ukir dengan Intan dan Permata namun adakalanya ada duri dan tanjakan yang menghadang. ✽ Tak selamanya kebahagiaan berhias canda dan tawa adakalanya harus di basuh dengan air mata. ✽ Apabila bahtera mu jenuh dan kau tak suka dengan bagian sisinya, Maka janganlah kau rusak dan hancurkan kapalnya, Sehingga bahtera dikaramkan. ✽ Pada saat itulah di minta kebesaran hatimu untuk memperbaikinya dan saling bergandengan tangan bukan berlepas tangan. ✽Bawalah bahtera rumah tanggamu berdermaga menuju Syurga_Nya di bawah bendera panji Syari'at_Nya. ✽ Semoga Menjadi Sakinah Mawaddah wa Rahmah bersamanya...Aamiin Allahumma ya Allah ya Rabbal 'alamiin Silahkan di Tag/Share, Semoga bermanfaat © Salam Mahabbah Fillah Untuk Muslimah ©

Saturday, March 16, 2013

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai Seorang Rasul dan Suami..

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai Seorang Rasul dan Suami.. 1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. 2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga. 3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.' 4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda. 5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,'Isteriku sangat keraskepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?' 6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik, kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhu'nya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikit pun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat. 7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, 'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan didunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.' 8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikit pun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor. 9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencingi si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. 10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH S.W.T dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah S.A.W menolak sama sekali rasa ke tuanan. 11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. 12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. 13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.' Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..' ~ SubhanALLAH, indahnya akhlak Rasulullah S.A.W dan sewajarnyalah kita menjadikannya sebagai sebaik-baik contoh ikutan...Semoga kita kelak kita akan bersama-sama dengan Baginda di Syurga..Marilah kita sama-sama usaha yang sungguh-sungguh agar cinta terhadapnya tetap subur dengan mengamalkan sunnah Baginda S.A.W...Insya'ALLAH ~ Silakan SHARE **Jom sama2 Cahaya Cinta Hati Menanti Kekasih Halal