Sunday, March 24, 2013

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS)

Sejarah Parti Islam Semalaysia (PAS) - Akhir Sepanjang tempoh 1951-2008 ini, PAS telah dipimpin oleh tujuh orang Yang Dipertua Agung/Presiden iaitu 1. Tuan Guru Haji Ahmad Fuad Hassan (1951-1953), 2. Dr Haji Abbas Alias (1953-1956), 3. Profesor Dr Burhanuddin al-Helmy (1956-1969), 4. Datuk Mohd Asri Muda (1969-1982), 5. Tuan Haji Yusof Rawa (1982-1988), 6. Dato' Fadzil Mohd Noor (1988-2002) 7. Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (2002 hingga sekarang). Para pengkaji yang menganalisis perkembangan PAS ini mengatakan PAS telah mengalami empat jenis kepemimpinan iaitu a- kepemimpinan ulamak tradisi (1951-1956), b- kepemimpinan nasionalis kiri (1956-1969), c- kepemimpinan nasionalis kanan (1969-1982) dan d- kepemimpinan ulamak haraki (1982-sekarang)3. Dalam pada itu juga, mereka mengatakan PAS telah melalui empat tahap perkembangan iaitu a- tahap kemunculan (1951-1959), b- tahap kebangkitan (1959-1973), c- tahap kemuncak (1973-1977), d- tahap kejatuhan (1977-1990) dan e- tahap kebangkitan semula (1990-sekarang) Dari sudut pembinaan ideologi perjuangan PAS, dikatakan berlaku tiga fasa iaitu a- fasa penubuhan dan pembentukan ideologi (1951-1958), b- fasa pencernaan ideologi (1958-1982) dan c- fasa pengukuhan idelogi (1982-1995)5. ------------------------------------ 1 Burhanuddin al-Helmy (1957), Panduan Jiwa Pergerakan, dlm. Suara Islam, Thn. 2, Bil. 1, Disember. 2 Burhanuddin al-Helmy (1960), Sambutan Kemerdekaan Kali Ketiga, Utusan Melayu, 31 Ogos. 3 Mohd Fadli Ghani (2003), Dewan Pemuda PAS: Suatu Kajian Terhadap Tahap-tahap Perkembangan Organisasi Dalam Era Bertindak, 1975-2003, Tesis Sarjana Sastera, Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, h. 27. 4 Wan Abdul Rahman Latif (1992), Parti-parti Politik di Malaysia: Asas Perjuangan dan Penerimaan Masyarakat, dlm. Dunia Islam, Feb., h. 35. 5 Zambry Abd Kadir (1995), Religion and Politics: The Search for Political Legitimacy of The Pan-Islamic Party of Malaysia, Tesis PhD, Temple University, h. 25-28. Sumber : http://www.pas.org.my/v2/index.php/info/sejarah Semoga dengan mengetahui sejarah PAS ini menjadikan kita lebih sayang kepada jamaah PAS yang sekian lama bertapak di negara kita.. Jangan dimusnahkan bahtera perjuangan ini yang sekian lama telah dibina kukuh oleh orang-orang terdahulu..Justeru kita sebagai generasi sekarang seharusnya kita menghargai perjuangan mereka.. Baarakallahufikum...

Blog Archive