Thursday, April 03, 2014

Petua Untuk Mengurangkan Kencing Manis


Petua Untuk Mengurangkan Kencing Manis Pilihan 1: Kulit Buah Manggis - Ambil kulit buah manggis dan bersihkannya. Kemudian, keringkan kulit tersebut. Rebuskan kulit buah manggis yang sudah kering sampai mendidih. Setelah itu, biarkannya suam dan minum perlahan-lahan. Air rebusan ini perlu diminum 2 kali sehari. Walaupun rasanya agak kelat dan pahit, jika diamalkan mampu mengurangkan tahap penyakit kencing manis. Pilihan 2: Petai - Anda boleh pilih samaada memakannya secara mentah, merebus ataupun mencapurkannya dalam masakan. Amalan memakan petai ini bagus kerana ia mampu menghalang jangkitan serta mengubati sistem pembuangan air kecil. Selain kencing manis, petai juga berkhasiat mengurangkan tekanan darah tinggi

Wednesday, April 02, 2014

Prinsip Dalam Pekerjaan Seorang Muslim :


At-Tabrani meriwayatkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w. yang mafhumnya: “Mereka yang mencari harta dunia (kekayaan) dengan jalan yang halal dan menahan dirinya dari meminta-minta (tidak menjadi pengemis) dan berusaha mencari nafkah untuk keluarganya serta belas kasihan, kasih sayang terhadap jiran tetangganya, nescaya di hari kiamat kelak ia akan berjumpa dengan Allah dengan mukanya berseri-seri seperti bulan purnama pada waktu malam.” Secara amnya manusia yang berperibadi cemerlang berjaya menyempurnakan tugasnya berdasarkan kekayaan ilmu pengetahuan yang ada, penghayatan dan penuh ketelitian, dan pengamalan ilmunya, serta melaksanakan tugas yang sentiasa mencapai atau melepasi ukuran cemerlang. Mereka juga digambarkan melalui tingkah laku yang sentiasa berhemah tinggi, berbudi pekerti mulia, dan menerima tanggungjawab sebagai amanah. Sebagai penjawat di sesebuah organisasi, kita tidak dapat lari daripada menerima kesan daripada perubahan ini. Jika kita tidak cepat bertindak menyesuaikan diri dengan perubahan ini dikhuatiri kita tidak akan mampu menyampaikan perkhidmatan seperti yang dituntut oleh masyarakat luar yang telah berubah mengikut persekitaran. Bagi melahirkan organisasi yang gemilang, individu yang menggerakkan organisasi mestilah terlebih dahulu cemerlang. Marilah bersama-sama kita bermuhasabah diri, sejauhmanakah kedudukan kita dalam dunia pekerjaan ini? Adakah kita telah membawa perubahan kepada diri, keluarga, negara, organisasi dan kepentingan agama kita?. Dalam keadaan kemelestan ekonomi dunia sekarang, banyak pihak mengurangkan produk pengeluaran dan jumlah pekerja mereka. Namun kita sebagai penjawat awam atau swasta yang masih bekerja hendaklah bersyukur dan meneruskan usaha ke arah perkhidmatan cemerlang; bekerja dalam konteks amal soleh dan nilai-nilai murni bagi memastikan perubahan yang lebih positif terus dicapai. Firman Allah s.w.t. dalam surah at-Taubah ayat 105: وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ Maksudnya: “ Katakanlah (wahai Muhammad), beramallah kamu akan segala yang diperintahkan, maka Allah s.w.t. dan Rasul-Nya serta orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada Allah s.w.t. yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dab nyata. Kemudian Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” Prinsip Dalam Pekerjaan Seorang Muslim : Prinsip Kesempurnaan (Al-Itqan)Pembaharuan (Ai-Tajdid)Inovasi (Al-Ibda)

Monday, March 31, 2014

SURAT BUAT MUJAHID... 529


SURAT BUAT MUJAHID... 529 Ikhwanul Muslimin... Nama perjuanganmu seindah dsarnya, Harum darahmu sewangi taman syurga, Semangat kekentalanmu, membakar bukan sekadar percikan api si pengemisnya, Ya Ikhwan... Di sini, aku mewakili rakyat Malaysia. Di sini, bibir-bibir kami semangat juga mempertahan perjuanganmu. Ya... Di sini... Namun aku sebagai wakil negara ini, memohon berjuta maafnya dipinta... Mengapa? Ya... Seperti yang kalian sedari, kami langsung tidak mampu berbuat apa-apa. Mengapa? Kerna pabila kau berduka, memang mulut kami petah berbicara, Kerna pabila kau berduka, semangat tubuh kami yang paling gagah ibarat laksamana, kerna pabila kau berduka, kaki kami yang paling kuat memijak bendera 'mereka'. Kerna pabila kau berduka, Tangan kami yang paling pantas membakar kain bendera. Ya. Zahirnya memang indah belaka. Namun... Sebenarnya kami hanya melihat penderitaan kalian, Pabila diajak bertempur, Kami rakyat Malaysia menghilang, Pabila diajak berdoa, saf kami yang paling belakang. Konklusinya... Kami hanya menang sorak. Dasarnya kamilah juara, realitinya kami ibarat lalang pendusta! Kalau kalian sedar wahai Ikhwanul Muslimin...529 Kami hanya bersorak terus, terus, dan terus.... sedang kalian letih bermandi darah. Kami hanya terus, terus dan terus bersorak, namun sebenarnya kami tiada tentera untuk memberi bantuan. Ya... Itulah sebenarnya rakyat Malaysia... Aku.... Dan kami. Ya Ikhwanul Muslimin...529 Dikau tenanglah... Tugas kalian sudah hampir selesai. Hanya perlu melihat pintu syurga terbuka, dan terus masuk... Tinggal kami rakyat Malaysia yang masih mencari jalan perungkai. Oh ya! Sebelum aku terlupa, jangan lupa doakan kami berubah ya. Keseluruhannya. Dari kerajaan, hingga rakyatnya termasuk aku. InsyaAllah, jika kami semuanya berubah, kita berjumpa di sana ya!

Tuesday, March 25, 2014

Hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi


Berita sedih berganda.. Mahkamah di Mesir hari ini (24.3.2014) menjatuhkan hukuman mati kepada 529 penyokong bekas presiden Islamis Mohammed Morsi. Ayuh bantu baca dan aminkan doa ini dengan ikhlas Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di semua tempat dan di semua masa. Ya Allah! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu. Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!! Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka. Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu. Ya Allah! Rezekikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.

Monday, March 24, 2014

Petua Untuk Membuang Toksin Dalam Badan


Petua Untuk Membuang Toksin Dalam Badan Bahan-Bahan: 1 biji epal Daun seleri 1. Kisarkan epal hijau dengan daun saleri. 2. Amalkan meminum jus ini setiap pagi sebelum memulakan sarapan. NOTA: Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Juga sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman.

Saturday, March 22, 2014

Petua Motivasi Untuk Sentiasa Bersemangat Tinggi


Petua Motivasi Untuk Sentiasa Bersemangat Tinggi 1. Anda perlu ada disiplin diri yang kuat. 2. Terus bangkitkan keinginan untuk mendapatkan sesuatu. 3. Berada di sekitar atau dalam lingkungan golongan orang yang akan membuatkan kita bersemangat untuk maju. 4. Jangan berhenti berimaginasi untuk kejayaan. 5. Terus tanamkan ion-ion positif di dalam fikiran anda. Jaga fikiran supaya sentiasa berfikiran positif. 6. Jangan biarkan ion negatif masuk dalam fikiran kita. Buangkan jauh-jauh fikiran negatif. 7. Bergembiralah kalau ada orang yang berjaya, kemudian berdoalah agar kita boleh kejayaan seperti mereka.

Friday, March 21, 2014

Petua Untuk Bersabar


Petua Untuk Bersabar 1. Jangan terlalu memikirkan mengenai masalah, sakit kepala dan kesakitan serta mengharapkan simpati dan perhatian daripada orang lain. 2. Terimalah hakikat bahawa lebih banyak perhatian yang anda berikan kepada perkara-perkara ini lebih teruklah keadaan anda nanti. Semua perkara akan menjadi kelam kabut dan hati anda terluka dan berasa tidak sabar kerana orang lain tidak ambil peduli. 3. Jangan fikir anda harus menunjuk kepada orang lain bahawa anda berada dalam keadaan yang betul dan dapat memenangi hati mereka dalam setiap perkara yang anda lakukan. 4. Terimalah hakikat betapa sukarnya untuk menyenangkan hati setiap orang pada setiap masa. Pastikan bahawa anda bersikap adil dan wajar dan biarkan masa menentukannya. 5. Jangan fikir anda mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain. 6. Terimalah hakikat sementara anda boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang anda hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak. 7. Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan anda, mereka bersifat tidak wajar terhadap anda. 8. Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Anda mengharapkan mereka membenarkan anda mendapat hak yang sama itu. 9. Jangan fikirkan mengenai semua perkara buruk yang akan berlaku ke atas diri anda. 10. Terimalah keadaan bahawa setiap orang mempunyai masa rehatnya. Cuba lihat di luar daripada diri anda. — with Norsazalina Saad and Tilat Arfafi.

Wednesday, March 19, 2014

Petua Remaja Untuk Meluahkan Rasa Cinta


Petua Remaja Untuk Meluahkan Rasa Cinta a. Ungkapkan cinta dengan sesuatu - Ungkapan cinta tidak hanya dengan ucapan, tetapi seharusnya ada elemen lain, misalnya, selitkan bersama sesuatu yang amat digemarinya. Jika anda lelaki, berikan si gadis bunga mawar atau cincin, kerongsang. Jika anda perempuan, cukup dengan senyuman dan kata cinta. b. Ungkapkan cinta secara langsung - Si dia akan lebih menghargai jika anda berbicara secara langsung. Jangan mengatakan cinta melalui perantara seperti teman, telefon, surat atau e-mel. c. Kenali si dia dengan baik - Hal ini penting supaya anda tidak kecewa pada saat menuturkan rasa cinta yang membara itu. Jika yakin anda akan diterima, jangan ragu-ragu. d. Siapkan Minda - Ini juga perkara paling penting supaya semua rancangan tidak tergendala di tengah jalan. Jangan sampai suara tidak terkeluar atau peluh ketika mengucapkan kata cinta. e. Berdoa sebelum mengungkapkan cinta - Perkara ini adakalanya dilupakan atau kadangkala dianggap remeh. Dengan berdoa, rancangan anda lebih membawa keberkatan. Jika ditolak, biarkan sahaja dan anda harus pasrah atau redha.

Wednesday, March 12, 2014

Petua Pemakanan Untuk Membesarkan Otot Lelaki


Petua Pemakanan Untuk Membesarkan Otot Lelaki 1. Bayam - Bayam adalah makanan yang paling baik untuk membentuk otot. Bayam merupakan bahan bakar otot, kerana mampu meningkatkan sintesis protein hingga mencapai 120 % sehingga jaringan otot mampu memperbaiki dirinya sendiri. Namun, bayam tidak boleh membuat seseorang itu menjadi lebih langsing dan seksi. 2. Nenas dan Betik – Ia baik untuk penyembuhan otot. Kedua-dua buah ini membantu memecah protein untuk proses pencernaan. 3. Salmon - Baik untuk kardiovaskular. Asam lemak yang terdapat pada minyak ikan penting dalam menjaga kesegaran jantung kerana ia mempunyai kesan setelah masuk ke dalam sel jantung. Amalkan minyak ikan dalam bentuk kapsul atau makan ikan yang kaya dengan asam lemak beberapa kali dalam seminggu. 4. Air Sejuk – Ia berkesan untuk daya tahan. Jika anda minum air sejuk sebelum dan semasa latihan dapat membantu meningkatkan daya tahan. 5. Susu Coklat – Ia baik untuk menjaga tubuh tetap berhidrasi. Minuman yang terbaik setelah olahraga adalah susu.. Penambahan coklat pada susu akan mudah menyempurnakan keseimbangan protein, lemak dan mempercepatkan proses pemulihan otot.

Tuesday, March 11, 2014

Petua Untuk Melegakan Sakit Perut Kerana Memakan Cili Api


Petua Untuk Melegakan Sakit Perut Kerana Memakan Cili Api Petua ini untuk anda yang suka makan sambal cili api, tetapi selepas itu berasa sakit perut. Untuk mengelakkan sakit perut setelah makan cili api, sambal cili api itu hendaklah ditumbuk bersama dengan tangkainya. Ini kerana, penawarnya ada pada tangkai. Cili yang dicuci bersih hendaklah disimpan dalam peti sejuk sehingga keras. Setelah itu baharulah ditumbuk atau digiling.