Tuesday, September 12, 2017

SEDEKAH

Memang bijak la kepala otak org reka math ni...👩🏻👩🏻👩🏻👩🏻‍🏫👨🏻👨🏻👨🏻👨🏻‍🏫 x tau siapa yg membuat rumus seperti ini, tp ini menakjubkan
*MATEMATIK VERSI BARU...*
Jika: 
A = 1%
B = 2%
C = 3%
D = 4%
E = 5%
F = 6%
G = 7%
H = 8%
I = 9%
J = 10%
K = 11%
L = 12%
M = 13%
N = 14%
O = 15%
P = 16%
Q = 17%
R = 18%
S = 19%
T = 20%
U = 21%
V = 22%
W = 23%
X = 24%
Y = 25%
Z = 26%
apakah yg membuat kesuksesan/ keberhasilan hidup menjadi 100%.......???:
*H+A+R+D+W+O+R+K* (Kerja Keras) : 8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%
*K+N+O+W+L+E+D+G+E* (Pengetahuan) :
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
*L+O+V+E* (Cinta) :
12+15+22+5 = 54%
*L+U+C+K* (Nasib) :
12+21+3+11 = 47%
Tidak ada yang jadi 100%.
Apa yang membuatnya jadi 100%..???
Adakah money..?
*M+O+N+E+Y* =
13+15+14+5+25 = 72% NO..!!!
Leadership..?
*L+E+A+D+E+R+S+H+I+P* =
12+5+1+4+5+18+19+8+9+16 = 97% NO...!!!
Ternyata apa yang membuat menjadi 100% adalah :
Cuba lihat yang ini...
*S+E+D+E+K+A+H+J+A+R+I+A+H* 19+5+4+5+11+1+8+10+1+18+9+1+8 = 100% 👍
( nilai saham akhirat kita. )
*_KEBETULAN atau TIDAK...? tapi itulah MATEMATIK_*
Semangat menjemput rezeki , jangan lupa SEDEKAH yaaa..


Tuesday, August 15, 2017

3 perkara HebaT dengan syarat IKHLas

Suatu hari ketika Rasulullah saw & para sahabat berkumpul di satu sudut Masjid Nabawi, Rasulullah saw tiba2 berkata:
_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_
Tak lama kemudian dtg seorg pemuda yg muka & tangannya basah berwudhuk, sambil sebelah tgn memegang sandal. Penampilan sgt sederhana. Tiada apa yg istimewa.
Beberapa hari kemudian, ketika Rasulullah saw & beberapa sahabat duduk di tempat sama, sekali lg Rasulullah saw kata:
_"Sebentar lagi dtg seorg pemuda ahli syurga."_
Sebentar kemudian, pemuda yg sama sampai. Pun berpenampilan sama.
Salah seorang sahabat yg ada di situ ialah *Muaz bin Jabal ra.* Beliau ingin tahu apa rahsia lelaki itu yg dikatakan ahli syurga.
Lalu dia mencari jalan utk tidur di rumah lelaki itu dgn memberi pelbagai alasan. Pemuda itu benarkan Muaz tidur di rumahnya.
Malam itu ketika Muaz bangun *bertahajjud*, pemuda itu masih *nyenyak tidur* hingga ke Subuh.
Pabila subuh, pemuda itu bangun solat Subuh. Lalu mereka *membaca Al Quran, lelaki itu tersangkut-sangkut* merangkak membaca. Tidak lancar seperti Muaz.
Dan apabila menjelang waktu Dhuha, Muaz *bersolat sunat Dhuha*. Tapi lelaki itu tidak.
Selain itu pada hari yg sama Muaz *berpuasa sunat*, tapi lelaki itu tidak.
Muaz pun menceritakan perihal Rasulullah saw telah katakan pada lelaki itu, dan berterus-terang bertanyakan apakah amalannya hingga Rasulullah mengatakan dia ahli syurga.. lalu pemuda itu berkata:
_"Amalanku tidaklah sebaik mana. Aku masih belum lancar baca Al Quran. Aku masih tak mampu bangun bertahajjud. Aku juga tak mampu lg solat dhuha. Apatah lg berpuasa sunat."_
_"Tapi…"_
_"Sejak beberapa minggu ini, aku cuba amalkan 3 perkara yg baru ku pelajari:"_
1. *Aku sgt cuba tidak sakitkan hati sesiapa.* Samada kaum keluargaku, jiranku, sahabatku mahupun orang yg tak kukenal.
_"Muaz berkata, subahanallah."_
_"Lagi...?"_
2. *Aku cuba elakkan diri dari memarahi sesiapa.* Dan aku akan maafkan semua org yg membuat salah kepadaku.
_"Muaz berkata, subahanallah. Lagi...?"_
3. *Aku cuba jaga tali silaturrahim.* Dan aku akan bantu panjangkan silaturrahim sebaik mana mungkin.
Itulah yg mampu aku lakukan.
_*Subhanallah...*_
Sahabat2 sekalian.
*Jika kita rasa kita hebat dgn imej kita, kita silap.* *Jika kita rasa kita hebat dgn amalan kita pun silap.*
*Kalau kita rasa kita tak perlu beramal, lagilah jauh silapnya.*
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, pakaian sunnah *tapi apa yg keluar dari mulut kita sentiasa sakitkan hati isteri, hati suami, hati anak, hati sedara mara, hati orang, apatah lg hati ibu bapa.*
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, berpakaian ikut sunnah tp *selalu marah maki hamun org dan penuh dendam kesumat dlm dada.* Apatah maafkan orang.... jauh sekali.
Apa guna ilmu tinggi, hidup penuh syariat, kereta penuh sticker Islamik tapi *sering bergaduh, kawan selalu salah kita saja yg betul, sedara mara mula menjauhi kita, kita tak kesah..* apatah lg nak melawat dan berkunjung usah diharap....
Tazkirah ... (Utk diri sendiri 😔)
Semoga الله permudahkan segala urusan kita. Aminnn..

Tuesday, July 04, 2017

*📢 BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA KERAJAAN*

*📢 BANTUAN MENGURUS JENAZAH BAGI PESARA KERAJAAN*
*Adalah dimaklumkan bhw pesara kerajaan yg meninggal dunia pada @ selepas 15.10.2010 adalah layak menerima Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3000.*
*Tuan/puan diminta sampaikan dan panjang2kan informasi ini kpd keluarga, saudara mara dan kenalan yg bergelar PESARA KERAJAAN dan waris mereka supaya kemudahan ini dpt dituntut.*
*Borang permohonan boleh dimuat turun di http://www.jpapencen.gov.my/bmj.html atau ke kaunter JPA di 
*Jabatan Perkhidmatan Awam, Bahagian Pasca Perkhidmatan, Aras 2-5, Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Putrajaya*
🎀
Portal Bahagian Pencen
JPAPENCEN.GOV.MY

Friday, June 16, 2017

UMNO TOLAK ISLAM


UMNO TOLAK ISLAM
Sejak umno asal ditubuhkan pada 1946 dan kemudiannya umno (Baru) dasar umno adalah sekular, menurut perlembagaan umno semua prinsip yang terkandung dalam perlembagaan persekutuan dan negeri2 termasuk kedudukan Islam sebagai agama persekutuan Perkara 3 Fasal (1) adalah pegangan politik umno. Islam agama persekutuan adalah merujuk kepada Jadual 9 Senarai 2 Perlembagaan Persekutuan hanya meliputi tiga bidang sahaja iaitu undang2 keluarga, warisan dan beberapa kesalahan takzir tidak termasuk Hudud dan Qisas.
Umno meneruskan dasar sekularnya melalui Perkara 128 Fasal (1)yang meletakkan mahkamah syariah di bawah mahkamah agung (Persekutuan) yang menjadi institusi kehakiman tertinggi bagi memastikan segala enakmen Majlis Agama Islam negeri2 dibuat sebagai memenuhi maksud perlembagaan persekutuan, mahkamah agung boleh membatalkan apa2 enakmen jika ianya berada diluar bidang kuasa DUN yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan atau undang2 persekutuan.
PKR melalui ahli parlimennya dalam sidang parlimen 16.2.2009 hingga 19.3.2009 telah membawa usul pindaan perlembagaan meliputi Jadual 9 senarai 2, perkara 4 Fasal (1), perkara 128 Fasal (1) dan beberapa pindaan lain, yang jika ianya diluluskan maka negeri2 boleh melaksanakan undang2 Hudud dan Qisas. 
Tetapi umno tidak memberikan ruang untuk dibentangkan di parlimen.
Jika umno benar2 hendakkan hukum Islam maka sepatutnya sejak merdeka umno telah meminda perlembagaan Negara atau menyokong pindaan yang dibawa oleh PKR pada 2009. Umno berjaya mengumpan PAS untuk mebawa usul yang dikenali RUU355 yang juga bukan Hudud dan Qisas, pada peringkat awal umno berjanji untuk membawa usul itu, tetapi setelah mendapat tentangan daripada parti2 kompenen BN terutama MCA,Gerakan dan MIC maka umno kembalikan kepada PAS sebagai usul persendirian. PAS Berjaya dipancing oleh umno dengan umpan RUU355 yang hakikatnya bukan hukum Islam. RUU355 itu pun jika diluluskan hudud dan qisas masih tidak boleh dilaksanakan kerana bercanggah dengan perkara 4 (1) dan 128 (1).
Hadi Awang bentang kali pertama dan mohon tangguh bahas, bentang kali kedua pun dia juga mohon tangguh dan kali ketiga speaker pulak tangguhkan sidang parlimen walau pun ada masa lagi.
MCA,Gerakan dan MIC secara keras menentang RUU355 tetapi PAS jadi setan bisu, sebaliknya PAS serang DAP bertali arus, padahal DAP tolak berdasarkan perlembagaan persekutuan kerana bagi DAP ianya bercanggah dengan semangat perlembagaan persekutuan, PAS gagal memahami maksud tersirat daripada kenyataan DAP ini iaitu tumbangkan BN dahulu dan selepas itu baru buat pindaan perlembagaan, bahkan YAB Lim Guan Eng dalam satu kenyataan mencadangkan pindaan perlembagaan dibuat jika hendak laksanakan undang2 Islam.
Hakikatnya PAS hanya hendak hancurkan Pakatan Rakyat dan ianya juga ada kaitan dengan dedak RM90juta yang hingga hari ini 16.6.17 PAS belum lagi saman SR,Husam dan Rafizi, sebaliknya PAS semakin intim dengan umno.

Tuesday, May 09, 2017

CERUCUK AGAMA
Salam kasih ikram buat saudaraku pembela agama walau di mana saudaraku berada.
Utbah bin Ghazwan ra pernah memberi kalkuzari;
" Demi Allah ! Pernah aku bersama dalam satu jemaah tujuh orang dengan Rasulullah saw. Di satu masa kami kehabisan makanan. Yang kami makan hanyalah daun- daun kayu sehingga sebahagian mulut kami pecah-pecah dan luka-luka"😭
Ini adalah salah satu episod dari ribuan kesah susahpayah dan penderitaan Rasulullah saw dan jemaah para sahabat yang taat setia dalam usaha membina agama.
Kelaparan, siksaan, tribulasi, isteri menjadi janda, anak menjadi yatim adalah hiasan perjuangan para sahabat yang penuh dengan kesah darah dan air mata.
Akhirnya terbina Islam yang indah tersebar 3/4 dunia.
Semakin hebat dan tinggi sesuatu mega struktur semakin dalamlah cerucuk yang di tanam.
Rasulullah saw dan para sahabat telah menjadi cerucuk yang terhebat.
Diakhir zaman, Islam akan memasuki setiap pintu rumah di seluruh dunia.
Seperti musim sejuk tiada rumah tersisa dengan tusukan hawa dingin.
Bunga-bunga kearah kegemilangan Islam telah bermula.
Apabila Nabi Isa as turun ke bumi, Islam berada di mercu kejayaan.
Bendera iman bakal berkibar disegenap penjuru dunia.
Namun siapakah yang bersedia bangkit berkorban menjadi cerucuk
Islam di akhir zaman ini?
Ya Allah pilihlah setiap dari kami ini menjadi cerucuk agamaMu yang suci ini. Aamiin.