Tuesday, July 30, 2013

[Nukilan wartawan Mahmud Murad untuk Dr Muhammad Mursi


[Nukilan wartawan Mahmud Murad untuk Dr Muhammad Mursi] Saudaraku yang mulia, Dr Muhammad Mursi, Aku ingin mengetahui apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga Dia memikul bagi pihakmu kerisauanmu dalam memerintah dan Dia biarkan engkau mengisi masamu sepenuhnya di dalam bulanNya yang agung ini untuk beribadah kepadaNya, dan Dia menyibukkan kami semua tentang dirimu? Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga semua doa dari seluruh umat Islam di semua tempat ditujukan untuk kemenanganmu, menyokongmu dan mengharap kejayaanmu? Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau menjadi harapan golongan yang tertindas di Suria, di Palestin dan lain-lain supaya mereka dapat hidup mulia dan merdeka? Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga seluruh kekuatan jahat bersatu untuk menyingkirkanmu dari memerintah Mesir? Apakah hubungan antara engkau dengan Tuhanmu sehingga engkau bertukar kedudukan daripada hanya seorang professor di sebuah universiti di Zaqaziq engkau menjadi lambang manusia yang merdeka di semua tempat di dunia ini. Ya Allah, sekiranya Engkau Mengetahui bahawa hambaMu Muhammad Mursi tidak menggunakan apa yang Engkau anugerahkan kepadanya; kerajaan dan kekuasaan untuk menzalimi seseorang dari kalangan makhlukMu, maka wahai Tuhanku, janganlah Engkau biarkan dia dikuasai oleh sesiapapun. Janganlah Engkau serahkan dia kepada seseorangpun. Peliharalah dia dengan pemeliharaanMu. Lindungilah dia dengan perlindunganMu. Takdirkanlah untuknya dan untuk kami kebaikan di mana jua kami berada. A.A.E Terjemahan oleh : Ustazah Maznah Daud Sumber : ألتراس نهضاوى (قوتنا فى وحدتنا)

Monday, July 29, 2013

Apabila Kita Banyak Mengkritik


Apabila Kita Banyak Mengkritik …. a. Mengkritik itu baik, dan menegur kesalahan orang lain itu pun baik. Namun, kritikan yang didasari oleh niat untuk mencari-cari kesalahan orang lain tidak mungkin dapat mempermudahkan keadaan. Anda tidak perlu menghabiskan waktu dan tenaga anda untuk menilai apakah orang lain telah membuat salah atau benar. Kerana itu sangat mudah. Yang sulitnya adalah melihat kesalahan diri sendiri. Berhati-hatilah bila anda begitu pandai mengkritik. Takut anda tidak lagi mampu melihat kebenaran. b. Sebuta-buta orang ialah mereka yang tidak boleh menangkap cahaya kebenaran. Sekali anda gembira kerana menemui sebutir debu kesalahan orang lain, anda akan tergoda untuk mendapatkan yang sebesar kerikil. Begitulah seterusnya, sehingga tanpa disedari anda telah mencipta segunung kesalahan orang. Orang tidak akan suka memakai kacamata atau cermin yang memantulkan kekurangan wajahnya. Oleh itu, janganlah anda menjadi bayangan ke atas kesalahan orang lain. Bantulah mereka mencari sudut positif dari diri mereka. Di saat itu, orang lain pula akan memantulkan sudut baik dari diri anda sendiri.

Sunday, July 28, 2013

Untukmu Ibu


Untukmu Ibu doo..doo..doo.. anak nak tido.. tido berulik jaga di gerak tepuk amai-amai belalang kupu-kupu tepuk biar ramai malam karang mak upah susu setitik air susu yang masuk ke mulut bersahaja ibu nak tengok mu hidup air susu ibu nilai tak dok harta walau pitih beribu dengan duit berjuta ku tengok muka ibu sejak muda sampai tua dahi kedut seribu uban putih penuh kepala tapi aku tahu ibu banyak jasa air tangan ibu seribu bau seribu rasa oh ibu.. oh ibu.. terima kasih ibu.. sejak kecil hingga aku dewasa nyamuk sekor tak wi ketik duduk jaga makan minum kain baju tak wi kurang didik aku dengan penuh kasih sayang bila besar baru aku kenal diri tak dok nilai jasa ibu tabur budi tangan pun kaki sanggup jadi jamban rela susah diri pero aku sorang ibu yang dah tua dok perhati anak anak hok dia tabur jasa bila besar dia nak tengok anak yang berjaya di taruh harapan bekal hari tua tempat dia nak menumpang oh ibu.. oh ibu.. jasamu ku kenang.. selama kenin ibu duduk jadi hamba hari ini ku nak balas segala jasa sakit demam makan minum mu ku jaga nak wi senang hidup mu di masa tua jasa baik budi ibu ku tak lupa walau setitik air susu mu ku rasa nak buleh ku sorang mu ngandung 9 bulan letih penat badan mu tak royak ke orang ku cium tangan ibu mintak halal mintak ampun segala salah aku banyak sangat kalu hitung hari ni aku tahu nilai kasih ibu kandung budi dan jasa ibu setinggi tinggi aku sanjung pada anak-anak hok masih ada ibu tolonglah pakat tengok walau sekali-sekali seminggu harta dia tak nak, harap kasih anak cucu tengok mata anak terubatlah segala rindu oh ibu.. oh ibu.. ku sayang padamu.. oh ibu.. halal lah makan dan minumku.. oh ibu.. oh ibu.. ampunkan dosaku.. oh ibu.. oh ibu.. terima kasih ibu..

Saturday, July 27, 2013

Petua Untuk Mengurangkan Kehausan Ketika Berpuasa


Petua Untuk Mengurangkan Kehausan Ketika Berpuasa 1. Pastikan minum air kosong sebanyak yang mungkin selepas berbuka puasa. Kurangkan minuman yang manis. 2. Elakkan memakan makanan yang berempah, pedas dan mempunyai kandungan garam. Ia mampu mengurangkan rasa haus kerana garam yang tinggi menyebabkan air ditarik keluar dari sel seterusnya menyebabkan badan terhidrat. Manakala makanan yang berlemak yang tinggi ketika sahur mudah menyebabkan rasa lapar ketika berpuasa. 3. Sebaiknya kurangkan aktiviti yang banyak mengeluarkan peluh di siang hari. 4. Sekiranya cuaca terlalu panas, basahkan kepala dengan air. 5. Sebaiknya masukkan supplement ke dalam diet bagi mengisi kekurangan mana-mana nutrisi yang diambil sepanjang tempoh berpuasa. Pengambilan multivitamin adalah langkah permulaan yang terbaik.

Friday, July 26, 2013

Khasiat Genggam Fatimah


Khasiat Genggam Fatimah a. Mengecutkan, merapatkan dan mengetatkan otot rahim menerusi pengambilan yang betul dan secara konsisten. b. Baik untuk senggugut, keputihan dan ketidakkesuburan. c. Membetulkan kitaran haid, merawat luka dalaman dan mengempiskan perut. d. Melangsingkan badan. e. Gout : Genggam Fatimah boleh menyingkirkan toksin dalam badan. f.. Melancarkan perjalanan darah. g. Menghilangkan kebas kaki dan tangan. h. Membuang angin dalam badan. i. Melawaskan air kencing dan besar. j. Membuang lemak dalam badan. Peringatan: 1. Setengah orang mungkin berasa pening ketika baru mengambil air rebusan Genggam Fatimah. Ini mungkin kerana bahan berkenaan sedang membetulkan atau menyingkirkan toksin dalam badan. 2. Wanita yang sedang hamil dilarang mengambil herba ini. 3. Jangan minum terlalu banyak air rebusan Genggam Fatimah kerana boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

Thursday, July 25, 2013

Petua Untuk Wanita Badan Sentiasa Kelihatan Menarik


Petua Untuk Wanita Badan Sentiasa Kelihatan Menarik 1. Anda disarankan minum banyak air. Elakkan atau kurangkan meminum minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih, anda mudah membuang toksin dalam badan, serta dapat menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. 2. Bersenam selalu semestinya ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam. 3. Selepas bangun tidur, disiplinkan diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah. 4. Jangan merokok kerana merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. 5. Cukup tidur dan jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam. 6. Makan jangan berlebihan. Anda perlu makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan tetapi pastikan ia makanan sihat. — with Tilat Arfafi.

Tuesday, July 23, 2013

Petua Untuk Muda dan Menawan


Petua Untuk Muda dan Menawan 1. Sentiasa mengawal emosi dengan tidak cepat meradang serta sentiasa senyum dan bermuka manis. Ini dapat mengelak kedutan pada wajah. 2. Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini. 3. Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Monday, July 22, 2013

Koleksi Petua Untuk Resdung


Koleksi Petua Untuk Resdung Resdung yang anda alami mungkin berpunca daripada hama dan kotoran yang disedut melalui pernafasan. Akibatnya, hidung akan gatal dan anda mudah bersin. Petua 1: 1. Sedikit akar terung kemar 2. sedikit akar mengkunyit 3. akar melur susun 4. akar melur biasa 5. Kemenyan Caranya: 1. Asahkan semua bahan tersebut pada bahagian belakang pasu . 2. Kemudian sapukan sekeliling hidung terutamanya di waktu malam. Petua 2: Mencegah Resdung 1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab. 2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. (Untuk hasil yang lebih baik, cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.) 3. Selalulah membersihkan karpet atau permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi. 4. Jika anda ingin mengemas rumas, pakai penutup hidung. 5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas. 6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. 7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), jangan makan makanan tersebut. Petua 3: 1. Masukkan air ke dalam hidung anda dengan cara menyedut. 2. Seterusnya picit sebelah bahagian hidung anda dan hembus dengan kuat. 3. Lakukannya untuk kedua-dua bahagian hidung anda secara berulang kali. 4. Seterusnya basuh muka anda dengan air sebersih-bersihnya.

Saturday, July 20, 2013

Petua Untuk Gadis Yang Bakal Menjadi Isteri


etua Untuk Gadis Yang Bakal Menjadi Isteri 1. Berkhidmat dengan rasa puas serta taat padanya. 2. Memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah. 3. Menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat kira-kira dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik. 4. Jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila anda mengengkari perintahnya, bererti anda melukai hatinya. Apabila anda membuka rahsianya bermakna anda tidak akan selamat daripada pengkhianatannya. 5. Janganlah anda bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia berseronok. 6. Jadilkanlah diri anda seorang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu. 7. Jadikanlah diri anda seorang yang selalu sekata dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Friday, July 19, 2013

Pintu Sempadan Dibuka


[Ismail Haniyeh Menuntut Agar Pintu Sempadan Dibuka Untuk Menghentikan Penyiksaan Terhadap Rakyat Palestin] Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin hari ini mengatakan bahawa keputusan yang diambil oleh pihak Mesir untuk menutup terowong-terowong sempadan yang menghubungkan Gaza dan Sinai perlu diganti dengan alternatif lain seperti pembukaan pintu sempadan atau sebagainya. Tambah beliau dalam temubual bersama Siaran Rusia Hari Ini, “Sesungguhnya kami telah menghubungi rakan-rakan di Mesir dan pihak Mesir telah pun bersetuju untuk tidak mendatangkan apa- apa kemudharatan terhadap Gaza serta tidak mengganggu kelangsungan bekalan-bekalan barangan asasi untuk sampai ke rakyat Palestin". Beliau menjelaskan bahawa perbincangan telah pun dijalankan dengan pihak Mesir dan beliau faham akan krisis dalaman yang berlaku di Mesir baru-baru ini sedikit sebanyak menggugat keselamatan negara Mesir yang menyebabkan pengawalan keluar masuk diperketatkan. Namun dalam masa yang sama beliau berharap agar pihak Mesir dapat faham akan keperluan semasa rakyat Palestin. Beliau menegaskan kembali, bahawa rakyat Palestin terpaksa bergantung kepada terowong-terowong ini kerana wujudnya sekatan udara, daratan, dan lautan yang dikenakan ke atas Gaza. Oleh yang demikian, terowong-terowong inilah yang menjadi nadi bagi rakyat Palestin di Gaza untuk meneruskan kehidupan. Katanya lagi,”Jika pun ia harus ditutup, maka pihak Mesir perlulah menyediakan beberapa alternatif lain seperti pembukaan pintu sempadan Rafah untuk kemasukan barang-barang perniagaan dan lalu lintas”. Sumber : Rassd #mesirkini

Thursday, July 18, 2013

Mengapa Yahudi Bijak?


y: Dr stephen Carr leon Mengapa Yahudi Bijak? Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship di beberapa hospital di sana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendekiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang, engineering, muzik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, di mana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, di samping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum-kaum lain.Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “Ya, ini untuk anak saya yang masih di dalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jemu beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak di dalam kandungan. Menurut beliau ini adalah adat orang-orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu-ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan bua- buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang ke rumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah-buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan di rumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironinya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah…… tekalah sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak-anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Di dalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata-rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak-kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah ditangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Di akhir tahun di universiti, para penuntut di bidang niaga dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan di kepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell Computer, Coca-cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar di persatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar. Kesimpulannya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa generasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah si ibu melakukan latihan matematik yg mudah tetapi konsisten di samping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berkhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak-kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak-anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak. Merokok menjanjikan generasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke generasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, di sini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$7 !!! Ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! Dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupun hakikatnya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!! Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, di mana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ 0.70 !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyakkah universiti terdapat di sana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Di tangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan matematik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri. Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 generasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan di atas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang 5 mukasurat penuh. Esei nya hanyalah mengenai 'Mengapa saya gemarkan tomato!'Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa. Ringan-ringankan jari anda ( ♥ Klik SHARE ♥)