Thursday, July 09, 2015


7 ZIKIR PEMBUKA PINTU REZEKI 1. Memperbanyak Membaca – La hawla Wala Quwwata Illa billah – Barangsiapa yang lambat datang Rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah (HR. At- Tabrani) 2. Membaca – La Ilaha Illallahul Malikul Haqqul Mubin - Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illallahul malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi Keamanan dari Kefakiran dan menjadi Penenteram dari rasa Takut dalam Kubur (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami). 3. Membaca – Subhanallah wabihamdihi Subhanallahil adziim . Dari setiap Kalimat itu seorang MALAIKAT yang BERTASBIH kepada ALLAH Ta’ala sampai hari Kiamat yang Pahala Tasbihnya itu diberikan Untukmu. (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat) 4. Membaca Surat Al-IKHLA S: Barangsiapa membaca Surat AlIkhlas ketika masuk rumah maka berkah bacaan Menghilangkan Kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya (HR. AtTabrani) 5. Membaca Surat Al-WAQIA’AH : Barangsiapa membaca surat Al-Waqiaah setiap malam…maka TIDAK akan diTimpa Kesempitan Hidup” (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman) 6. Memperbanyak SELAWAT KEATAS NABI : Dari Umar bin Khaththab dari Nabi Shallallahu’alaihi wa sallam bersabda bersabda: Barangsiapa Berselawat kepadaku satu kali Selawat maka ALLAH akan membalas sepuluh kali Selawat dan Mengangkatnya Sepuluh DARJAT. (Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah…al-Bazzar….Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul) 7. Melazimkan BERISTIGHAFAR : Barangsiapa melazimkan Beristighfar nescaya ALLAH akan Mengeluarkan dia dari segala Kesusahan dan Memberikan Rezki dari arah yang tidak diDuga-Duga” (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah) Ya ALLAH berikanlah kami Rezki yang Luas… yang Halal lagi Baik tanpa Memberatkan kami….Jika Rezki kami ada diLangit maka Turunkanlah. Jika ada diBumi maka Keluarkanlah. Jika jauh maka Dekatkanlah. Jika Dekat maka Mudahkan lah. Jika sedikit maka Banyakanlah. Jika banyak maka BERKATI LAH agar kami dapat menolong ANAK-ANAK YATIM – FAKIR MISKIN – MEREKA YANG DALAM KESUSAHAN & KEDHAIFAN. YA ALLAH……Kabulkanlah doa kami…Aamiiin YA ALLAH Ya Robbal ‘Alamin. Semoga ALLAH Mengabulkan Do’a kita. Semoga Bermanfaat. In shaa ALLAH..... SEBARKANN...

Wednesday, July 08, 2015


Islam tanpa syariat Ya, ia adalah konspirasi musuh Islam antarabangsa. Gerakan Islam yang istiqamah berjuang menegakkan agama dan syariat Islam mestilah dilumpuhkan. Di sisi mereka, inilah musuh Yahudi yang akan mengancam survival mereka dan sekutu mereka. Mereka telah lakukannya di Mesir. Sehebat mana Mursi memilih laluan demokrasi yang sempurna tetapi beliau telah menggunakannya untuk memperkenalkan Islam yang benar dan adil. Itu ditakuti barat. Justeru Mursi mesti ditumbangkan lebih awal sebelum auranya merebak ke seluruh dunia Islam. Ikhwanul Muslim yang mengepalai perjuangan menegakkan syariat Islam hari ini dipenjarakan daripada aktif di laluan demokrasi besi. Mereka juga telah melakukannya di Syria. Penentangan dan jihad yang dimulakan oleh fatwa para ulama muslimin yang membenarkan jihad bersenjata ke atas penghisap darah Bashar Al-Asad mestilah disekat kerana ia pasti akan berakhir dengan kemenangan kumpulan Islam yang menyeru kepada sistem syariat Islam yang adil dan berjaya. Mereka membawa masuk perang mazhab Sunni-Syiah dan golongan ekstrimis terlarang seperti ISIS. Maka Syria hancur dan fitnah ugama berterusan memporak perandakan Syria, negara yang dipenuhi para ulama besar. Mereka telah cuba menghancurkan HAMAS di Palestin. Bilionan wang ringgit telah dibelanjakan walaupun terpaksa menerima hakikat kekalahan kepada singa-singa Allah yang kian mendekati Baitul Maqdis. Mereka sesekali tidak akan berputus asa. Perang di Palestin akan terus dicetuskan walaupun dengan alasan nyamuk sehinggalah mereka berjaya menghancurkan HAMAS. Di Turki, mereka membenarkan Erdogan dan partinya bergerak dalam perjanjian yang mengikat. Tiada Syariat Islam dan tiada seruan ke arah itu. Tentera Turki yang jauh lebih sekular daripada tentera Mesir memerhati dengan tajam. Di Yaman, Syeikh Abdul Majid Zindani dan parti Islahnya mesti ditumbangkan sebelum harum auranya memikat seluruh negara Yaman. Mereka membakar dan menghasut kumpulan Syiah Houthi Zaidiyah yang tidak pun dimusuhi oleh Syeikh Zindani agar memberontak dan menggempur Sana'a. Universiti sarat ilmu Syeikh digempur sedangkan kedutaan Amerika tidak pun disentuh walaupun slogan mereka adalah 'Maut buat Amerika'. Begitulah perancangan jahat musuh Islam antarabangsa bagi menyekat kebangkitan Islam yang semakin diterima rakyat. Semuanya dilakukan samada secara perang memerangi pengganas atau lebih licik, menimbulkan fitnah ke atas gerakan Islam daripada dalam. Misi mereka adalah menukar laungan perjuangan menegakkan syariat Islam kepada perjuangan Islam tanpa syariat. Ya, mereka menerima hakikat umat Islam sedang kembali kepada ugama dan sedang meninggalkan pemikiran warisan penjajah yang sedang nazak bersama parti-parti politik mereka yang korup. Tetapi mereka mesti melumpuhkan seruan ke arah Islam yang menyeluruh dan menggantikannya dengan Islam yang mereka boleh terima dan berkompromi dengannya. Maka dijaja projek Islam tanpa Syariat. Dijadikannya manis dan harum dengan seruan ke arah maqasid syariah yang bermatlamatkan keadilan buat semua. Mereka bercakap mengenai keadilan untuk semua. Inilah Islam. Apa yang dilihat adil oleh mereka, maka itulah Islam walaupun ianya diukur sebaliknya oleh syariat Islam. Mereka bersedia dengan akalan untuk mentakwilkan maksud nas dan hukum ugama. Akhirnya lenyaplah seruan ke arah syariah Islam yang merupakan maksud sebenar bicara mengenai Maqasid Syariah dan Siyasah Syar'eiyah. Begitulah fitnah melanda gerakan Islam di seluruh dunia. Fitnah krisis identiti. Di Malaysia, PAS konsisten berjuang menegakkan ugama di dalam negara. Mengekalkan kebaikan yang sudah sedia ada dan berjuang menyeru kepada syariat dan sistem Islam yang menyeluruh berpandukan al Quran dan al Sunnah yang tidak diimani atau diragui oleh pemerintah. Itulah maksud sebenar Islam sebagai ugama persekutuan. Ini telah merimaskan barat dan musuh Islam antarabangsa. Justeru dengan BN yang semakin tua dan di ambang kejatuhan, kehadiran PAS sebagai pemain utama dalam pakatan pembangkang adalah cukup merimaskan. PAS mesti diserang. Ia mesti dipinggirkan daripada menjadi kekuatan utama dalam PR. Ia mesti dilemahkan daripada dalam. Kekuatannya mesti diragut dan dibiarkan hidup dengan kekuatan baru yang bersedia menolak seruan ke arah syariat Islam. Mereka menemukan kekuatan asal itu berpaksi dan berpangkal di dalam institusi Majlis Syura Ulamak PAS yang diketuai al Mursyidul Am dan kehadiran para ulama yang memimpin parti PAS diketuai Presiden PAS. Jika anda bertanya, adakah gerakan menjatuhkan TGHH dan memperlekeh Majlis Syura Ulamak PAS adalah projek konspirasi musuh Islam antarabangsa? Saya jawab, YA. Ahli dan pendukung PAS mestilah dalam kesedaran yang tinggi. Selamat menyambut Eidul Adha. Semoga Allah menerima amal kita pada hari-hari 10 Zulhijjah yang agung ini.

Tuesday, July 07, 2015


SEMASA Tuan Guru Nik Aziz jadi menteri besar kelantan dulu, bila masuk bulan Ramadhan beliau akan lakukan tadarus Al-Quran di setiap jajahan (daerah) negeri kelantan. Bila menteri besar turun semua kena turun sekali la. Sekali dgn jkkk dan ketua2 kampung turun. TGNA pernah kata dlm satu majlis tadarus, "Hok mana boleh baca Quran, baca Quran. Hok tak pandai baca Quran blajar sungguh². Kita terima surat dari orang kita boleh baca, kita terima surat bahasa melayu kita boleh baca, kita terima surat bahasa omputih kita boleh baca, tapi bila kita terima surat (Quran) dari Allah Taala kita tak boleh baca. Sedangkan kita menumpang di bumi Dia, berteduh di bawah langit Dia, makan rezeki Dia, tiba2 surat (Quran) daripada Dia kita tak boleh baca. Hinanya kita hidup atas muka bumi ni..."Menangis ketua kampung dan jkkk yg mendengar kata-kata TGNA itu. Inilah cara tok guru mendidik rakyat kelantan semasa beliau memerintah Kelantan. Takbir !! *Di mana letaknya Al-Quran di hati kita?* :') ‪#‎Salam10Ramadan‬ ‪#‎Lama‬ menanti Ramadan datang, belum cukup memanfaatkannya, dia dah nak pergi tinggalkan kita.. :') ...sekadar perkongsian... ...RAMADHAN YG SAMA,NATIJAH YG BERBEZA...

Tuesday, June 23, 2015


Dalam Kitab Fiqh Al-Harakah Baina Al-Waqie Wal Indhibat Al-Syarie karya Syeikh Ahmad Abdul Majid menegaskan bahawa mengikat diri dengan disiplin parti adalah asas kepada pengukuhan anggota jemaah : "Jemaah atau Parti Islam yang ada mesti mempunyai disiplin pada gerak kerja dan mempunyai anggota yang sentiasa bekerja berdasarkan disiplin tersebut sehingga tiada anggota yang berkelakuan membelakangi parti. Pengajian haraki dan agenda tarbawi yang berhikmah sangat perlu diterapkan bagi mengelakkan parti Islam daripada bahaya akibat permasalahan anggota yang mementingkan diri. Amal haraki tidak boleh dilakukan secara berkeseorangan dengan kebolehan dirinya atau mengikut hawa nafsunya atau naluri perasaannya. Bahkan amal haraki wajib diselarikan dengan disiplin dan pertimbangan politik jamaie". Indhibat atau berdisiplin dalam parti Islam adalah asas ketaatan kepada ketua dan setiap pelanggaran disiplin parti kebiasaannya akan berakhir dengan sikap membelakangi parti tersebut. Amal haraki dalam parti Islam sama ada ianya berkaitan dengan dakwah atau tarbiah atau siyasah, kesemuanya mesti dibawah kawalan dan pertimbangan kepimpinan tertinggi parti. Setiap khilaf dan sedikit sebanyak pergeseran yang berlaku mesti diurus dengan hati yang lapang serta berasaskan iman bukannya dengan hati yang menyimpan dendam dan berasaskan hawa nafsu. Rasa tidak puas hati akan berpanjangan jika hawa nafsu mengatasi diri dan sudah tentu ia akan menyebabkan furqah atau perpecahan dahsyat yang berakhir dengan keluar parti atau menubuhkan parti politik baru. Sejarah telah membuktikan sejak dahulu lagi bahawa parti serpihan walaupun tampak hebat pada awalnya namun ia pasti terkubur dengan sendirinya. Tatkala Parti Islam diseluruh dunia masa kini berusaha untuk membangunkan semula khilafah, tiba-tiba ada pihak yang berusaha mewujudkan parti serpihan diatas dasar tidak puas hati kepada parti Islam, maka yakinlah, ianya tidak ke mana bahkan hanya menyusahkan perjuangan Islam sahaja! ~ Asri ed-Diwanie 27 Sya'ban 1436

Friday, May 22, 2015


Ikon demokrasi mana-mana negara lazimnya akan menjadi ikon barat dan dunia. Uniknya kepincangan dan kelumpuhan tubuh badan demokrasi Mesir tidak pula menjadi isu yang disinggung oleh dunia Barat. Bila rakyat Mesir dan Ikhwanul Muslimin (IM) memilih laluan demokrasi setelah hampir lima dekad mengambil jalan dakwah semata, lantas keputusan memihak kepada Dr Morsi dan IM ; tiba-tiba dunia menjadi bungkam dan statik. Lulusan cendikiawan dari Universiti Amerika; lengkap pakej profesional, pembicara dan hafiz ini langsung tiada nilai dalam darjah bacaan demokrasi ala barat. Dr Morsi mengambil risiko dalam sedar. Memimpin negara penuh hemah, akhirnya dikasihi rakyat sekalipun dia dimusuhi oleh junta tentera. Ironisnya, dunia menyaksikan bagaimana Presiden pilihan demokrasi digulingkan depan mata rakyat. Dipenjara, dibicara dan kini menunggu ketika dan saatnya untuk menjalani hukuman bunuh. Semuanya ibarat satu episod cereka dunia yang sememangnya sudah diskripkan. Oleh siapa? Justeru, seiring dengan prinsip demokrasi yang diterima seantero dunia, politik beretika dan hak rakyat jelata ; Dewan Muslimat menggesa seluruh rakyat Malaysia bersama-sama dengan rakyat seluruh dunia tegakkan hak Morsi dan rakyat mesir ini! Kita punya pengalaman perit FIS di persada antarabangsa dan kini Dr Morsi menunggu masa sebelum mereka melebar langkah menuju kita di seluruh dunia. Islam adalah agama dakwah, amanah dan ukhuwwah. Sebagai wanita, isteri, ibu, kakak, adik dan anak kepada pejuang, para wanita harus bangkit dan gerakkan seluruh keluarga kita untuk mara bersama perjuangan ini. Apalagi yang mereka tuntut dari kita? Demokrasi pujaan mereka kita kuasai sekarang walau akhirnya hak ini dinafikan oleh beberapa kerat konglomerat kuasa. Nyawa Muhammad Morsi adalah lambang nyawa dan suara jutaan manusia yang telah memilihnya sebagai Presiden Mesir. Tiada kesalahan jenayah dan tiada skandal yang dilakukannya. Yang ada hanyalah semata-mata tuduhan pengkhianat politik ke atasnya oleh seterunya. Morsi - Wira Dunia ... dan kini bakal melangkah menjadi Wira Akhirat tanpa sempat memberikan lebih manfaat untuk kita. Kecaman daripada semua peringkat, bangkangan dan bantahan keras daripada seluruh dunia diharapkan akan memberi tekanan politik dan antarabangsa untuk Mesir dan sekutunya. Sejujurnya, Morsi adalah nilai sebuah demokrasi! MUMTAZ MD NAWI Naib Ketua/ Pengerusi Lajnah Antarabangsa Dewan Muslimat PAS Malaysia 21 Mei 2015

Sunday, May 17, 2015


Petua Untuk Mengurangkan Perasaan Malu Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit. Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang di sekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenarnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tidak perlu tunjukkan yang anda pemalu.