Saturday, September 13, 2008
Anwar dan politik angan - angan...
Wallpaper Message Here
Jika perkiraan matematik Anwar Ibrahim digunapakai, hanya tinggal beberapa hari saja lagi tampuk pemerintahan kerajaan akan bertukar tangan.
Dengan memerlukan sekurang-kurangnya 30 ahli parlimen kerajaan ‘melompat parti’, ada kalanya impian Anwar ini dilihat seakan-akan ‘angan-angan Mat Jenin’.
Biarpun sesekali di pandang sinis oleh sesetengah pihak, beliau begitu optimis mengatakan peralihan kuasa tetap ‘on track’.
Bersandarkan kepada hubungan baiknya dengan ahli parlimen Sabah terutamaya ketika mana beliau menjadi TPM , Anwar merasakan bahawa ‘kemungkinan’ itu tetap ada.
Keyakinan beliau itu ditambah lagi dengan scenario politik negara yang tidak menentu setelah memasuki bulan September. Berdasarkan kepada perkembangan politik mutakhir, yang akan dinyatakan di bawah ini, berkemungkinan kita dapat merumuskan apa yang bakal berlaku datangnya 16/9 nanti.
1. Dakwaan Ketua Penerangan PKR Terengganu yang mengatakan sejumlah 43 orang ahli parlimen BN akan melompat parti.
2. Dakwaan beliau dikuatkan lagi dengan dapatan Ketua Penerangan PKR Sarawak yang amat meyakini tiba masanya ahli parlimen BN khususnya di Sarawak akan menyertai parti-parti Pakatan Rakyat.
3. Keengganan sebilangan ahli parlimen BN untuk menandatangani perjanjian taat setia kepada kepimpinan sekarang. Menurut mereka, perjanjian ini seolah menghina dan merendahkan martabat mereka.
4. Perdana Menteri dengan tidak semena-mena mengadap YDP Agong dan terus membuat kenyataan bahawa baginda berpuas hati dengan pemerintahan sekarang. Mengapa tiba-tiba sahaja mengadap Agong dan mengeluarkan kenyataan sedemikian.
5. MCA dan Gerakan yang bersedia mengkaji semula kerjasama politik mereka di dalam Barisan Nasional sekiranya usaha-usaha ‘repackaging’ BN tidak dijalankan.
6. Polemik ‘Cina menumpang’ yang di utarakan oleh Ketua Umno Bahagia Bukit Bendera yang masih belum selesai. Komponen-komponen BN seperti Gerakan dan MCA masih tidak berpuas hati dan memugkinkan sesuatu terjadi.
7. Hubungan dan tawaran lumayan Anwar kepada penduduk Sabah dan Sarawak jika beliau menjadi PM nanti. Bermungkinan kaum-kaum Iban dan Kadazan-Dusun akan dapat melihat Ketua Menteri di kalangan mereka. Sesuatu yang gagal di lakukan oleh PM dan Mantan PM sebelum ini.
8. Paling terkini, ‘lawatan sambil belajar’ secara tergesa-gesa kelab penyokong kerajaan (BNBCC) ke luara negara untuk menimba ilmu pertanian moden. Pelbagai soalan bermain di di kotak fikiran rakyat. Kenapa sekarang baru terfikir nak menimba ilmu??!! Tidakkah ini di namakan tindakan golongan desperado.
9. BN terus menerima tamparan hebat apabila bekas ketua Parti Gerakan Wilayah Persekutuan telah mengisytiharkan diri menyertai PKR. Beliau merupakan bekas ahli parlimen Segambut selama 3 penggal dan pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.
Perkembangan politik terkini yang diutarakan di atas, boleh dilihat sebagai hujah bahawa dakwaan Anwar tidak boleh dipandang enteng dan sepi.
Justeru itu, pihak kerajaan perlu mengambil langkah-langkah terancang untuk mengembalikan keyakinan rakyat. Saranan Tan Sri Muhyidin Yasin supaya BN perlu menjalani proses ‘repackaging’ adalah amat bertepatan sekali dengan kehendak masyarakat.
Namun pun begitu, impian masih belum menjadi kenyataan. Apakah yang bakal berlaku pada 16/9 masih belum diketahui lagi samada Anwar akan menjadi PM Malaysia yang ke-6, ataupun impiannya seolah-olah seperti ‘ menunggu ayam jantan bertelur’.
'Barakallah Hummalana Fi Syahri Ramadhan Ya Allah'
-
Pengalaman mengerjakan amalan Puasa di Bumi Mesir Di sini penulis akan menyorot sedikit tentang pengalaman dan suasana dalam kedua-dua buah ...
-
Contoh Penulisan Impak dan Refleksi Penulisan impak dan refleksi kadang kala agak merumitkan disebabkan ketandusan idea. Biasanya k...