Saturday, September 27, 2008

Ucapan Selamat Hari raya


Mesej Bergambar di Sini


Disini, afifzahrah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri( Salam Fitrah 1429H ) buat ibunda yang tersayang, tercinta dan dirindui di kampung, adik-beradik dan anak-anak saudara yang mula ramai, jiran-jiran tetangga, saudara-saudara sebelah emak dan abah, guru-guru yang pernah mendidik anak murid ini, kawan-kawan sekolah dari sekolah menengah sehingga menengah tinggi, kawan-kawan satu universiti, kawan-kawan di Egypt ini sama ada di d Cairo, Mansurah, Syibin El-kom, Zaqziq, Tanta, Dumyat, Iskandariyyah dan Dasuq. Kawan-kawan dari negara rantau Melayu seperti Indonesia Acheh, Jawa barat, Medan ,Padang, Singapura, Brunei, Thailand ,Patani Burma dan Afrika hatta negara dari seantro dunia.Kawan-kawan dari bangsa Arab Mesir dan kenalan-kenalan daku di kampung selatan Mesir di Asyut.
Buat ibunda dan ayahnda angkat di Selangor (Petling Jaya), kawan istimewa yang sedang belajar di UIAM. Kawan-kawan satu ribatan muzakarah berkelompok. Anak-ank murid di yang pernah mengajar di Maahdsas Jengka pada tahun 2005 dulu. Anak-anak murid yang pernah daku didik dalam bulan 4 tempoh hari di Iskandariyah dan di Kaherah. Adik2 angkat daku di sini yang masih lagi di tahun satu. Roomate di bilik D503 di srama Indera Mahkota Hayyu Asyir. Kepada mawar berduri yang dikatakan naqibnya.
Tidak dilupakan kepada Syeikh ana Syeikh Muhammad Najmuddin bin Syeikh Biha'uddin bin Syeikh Amin Al-Kurdi annaqsyabandiah was-syafieiyyah dan kepada semua warga PMRAM dan semua warga hli-ahli BKMIP yang dikasihi dan disayangi.Begitu juga Syeik Muhammad Nuruddin Abdullah Marbu Al-Banjar Al-Makki. Beliau dianggap murabbi mursyid dalam mebimbing anak-anak Malaysia khususnya Azhari dan menganggap Beliau Azhar kedua selepas Azhar.
Andai Ku Tahu Fitrah Kali Ini Kali Terakhir Buatku, nescaya daku memohon kemaafan dari kalian-kalian semua. Diri ini tidak tahu bila nyawa ini akan ditarik oleh Allah SWT dalam menemui DIA. Semoga Hari Raya ini ini daku dapat membersihkan segala kesilapan dan kesalahan yang sengaja mahupun tidak. Halalkan segala makan dn minum yang mana pernah terambil tanpa pengetahuan kalian. Minta dihalalkan segala makan dan minum.
Semoga dengan bulan Raya ini akan memberikan satu momentum dalam memberikan kita kekuatan dalam beribadah dan menjadi titik bidayah agar memperkuatkan ubudiyyah dalam menghadapi bulan-bulan yang lain dan tidak sekadar bulan Puasa sahaja.
Semoga kita akan kembali kepada FITRAH yang bakal ketemu nanti dan apa yang ALLAH ganjarkan kepada kita ini dapat lebih berwaspada dan lebih bertaqwa dalam menghadapi segala kesilapan dan kesalahan tingkah lakuagr tidak terlnjur dalam maksiat dan dosa-dosa.
Hendaklah kita berasa bertuhan dan selagi kita berasa kita bertuhan nescaya itulah selayaknya kita dipanggil hamba dalam ketaatan kepada Allah dan layak untuk memasuki syurganyamudah-mudahan, amin ya Rabbalalamin...



Mesej Bergambar di Sini