Tuesday, September 16, 2008

SEHENING DINIHARI

Sekadar Gambar Hiasan

SEHENING DINIHARI

Apakah persis malam itu?

Berasa kelainan di malam-malam yang lain,

Daku menggagahi untuk bangun,

Setelah sedar daripada kesunyian,

Dinihari yang sayup menusuk qalbu,

Memenuhi dua pertiga malam,

Sedangkan yang lain diulit mimpi kesyahduan.



Ketika itu,

Awan redup di sebalik bulan,

Angin sepoi-sepoi bahasa,

menerejah tubuh dengan kelembutan,

Kedengaran di luar sahutan ayam,

Memecah hening keindahan malam,

Tidak kurang unggas bertenggek di dalam kegelapan,

Sedangkan pungguk bertalu-talu merindui bulan,

Namun binatang yang lain turut berperanan,

Apakah semuanya itu?

Namun ku tahu itulah bentuk persembahan,

Tanda Ubudiyyah kepada Ar-Rahman,

Sedangkan manusia dalam kealpaan.


Nung malam itu,

Tubuhku dijirusi dengan wuduk,

Dilakukan dengan penuh kesempurnaan,

Dengan cermat dan tertib,

Bagi perapian untuk Al-Khaliq.

Dihamparkan tikar sejadah,

Daku persembahkan solat tahajjud,

Diiringi solat Hajat dan Istikharah,

Sememangnya solat Tasbih,

Diiringi Wirid dan Zikir

Ditutupi dengan solat Witir.


Malam itu,

Daku berasa sungguh bertuah,

Rasa menebal kesyukuran di hati ini,

Kerana dijemput menjadi tetamu yang agung,

Sememangnya daku seorang hamba,

Linangan airmata di muara kelopak,

Tidak mampu menahan sebak dan sesak,

Mengingatkan dosa nan silam,

Hati, jiwa dan tubuh luluh longlai,

Berpadu untuk dipersembahkan dan dinilai.

Ya Rabbi!

Daku memohon keampunan,

Daku mengharapkan kebaikan Mu,

Kerana apa yang ku tahu,

Daku tidak layak untuk menjamah Syurga Mu,

Namun tidak pula daku sanggup menanggung

seksaaan Neraka Mu.


Ya Rahman! Ya Rahim!,

terimalah cintaku,

Janganlah cintaku tidak dibalas,

Kerana ku tahu, Engkau menerimaku

Daku tidak akan putus mengharap,

Selagi daku bertuhan,

Selagi itulah diaju harapan.


Alunan zikir tetap diteruskan,

Jari jemari terus mengerakkan bijian tasbih,

Mata terpejam, hati bertafakur,

Sehinggalah fajar sidiq membutuh

sehening dinihari.


Hasil nukilan:-
afifzahrah

15 Ramadhan 1429H / 15 September 2008M
Rumah Pahang Hayyu Asyir, Nasr City,Cairo, Egypt.
http://www.imamazhari.blogspot.com

Hak Cipta Terpelihara


Wallpaper Message Here