Sunday, December 19, 2010

pantang larang - satu perspektif antara kebenaran, kebetulan @ cetusan nasihat

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

1-Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.
2-Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.( bagi lelaki )
3-Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
4- Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
5- Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.
6-Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
7-Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
8-Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.
9-Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.
10-Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.
11-Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.
12-Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
13-Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.
14-Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.
15-Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

by Afifzahrah Bin Imam Azhari on Saturday, 04 December 2010 at 01:09

Blog Archive